es
Feedback
Harith Faisal

Harith Faisal

Ir al canal en Telegram

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda. 0193897934 (WhatsApp Only)

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Harith Faisal

El canal Harith Faisal (@harithfaisal) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 42 388 suscriptores, ocupando la posición 2 785 en la categoría Economía y Finanzas y el puesto 758 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 42 388 suscriptores.

Según los últimos datos del 10 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -229, y en las últimas 24 horas de -17, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 6.27%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 2 660 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 6.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda. 0193897934 (WhatsApp Only)

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 11 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Economía y Finanzas.

42 388
Suscriptores
-1724 horas
-707 días
-22930 días
Archivo de publicaciones
Kalau kau bujang dan tak boleh simpan 30% daripada gaji maksudnya gaji kau tak cukup tampung hidup kau. Ada dua perkara yang kau boleh buat. 1. Cari side income 2. Tukar kerja lain 3. Berjimat cermat Nak berjimat, boleh. Tapi ada limit dia. Tak semua orang boleh downgrade lifestyle. Bukan senang tau. Dah terbiasa weekend jalan-jalan spend RM200-300 takkan tiba-tiba nak duduk rumah saja kan. Tukar kerja lain pun tak membantu sangat. Iyalah, kau punya skill setakat tu saja, lagipun sekarang ni orang ramai tak berani tukar kerja sebab nak bersedia hadapi recession. Pernah dengar kan.. “Last in, first out.” Jadi, cara yang paling sesuai sekarang ni adalah cari side income. Walaupun side income tu bersifat aktif pun layan sajalah. Contohnya, buat Foodpanda, Grab, jadi dropship, ambil upah mengajar tuisyen. Kalau kau nak buat side income yang satu hari nanti bakal jadi lifetime career, alang-alang kau yang boleh bagi kau passive income. Contohnya, ejen takaful, ejen hartanah, ejen unit trust, ejen jual emas dll. Cubalah! Tak salah pun explore benda baru. #harithfaisal

photo content

Ramai orang ingat nak tambah income kena ada bisnes, kena jual produk, kena kerja extra sampai penat. Padahal sebenarnya ada je cara lain yang boleh kita explore dari rumah. Contohnya belajar saham. Bukan nak kata cara lain tak bagus. Semua orang ada journey masing-masing. Cuma saya rasa ramai orang kita masih takut nak explore saham sebab terlalu fokus dekat risiko rugi. Sebab tu ramai lebih selesa simpan duit dekat tempat low risk macam ASB, TH, SSPN ataupun KWSP. Tak salah pun. Itu semua bagus. Tapi dalam masa yang sama, tak salah juga kalau kita mula buka minda untuk belajar tentang pelaburan saham. Lagi-lagi untuk: • Orang yang tengah menganggur dan tunggu peluang kerja • Fresh graduate yang tengah cari direction • Orang yang dah pencen dan nak urus duit persaraan dengan lebih bijak • Anak muda yang nak upgrade financial literacy dari awal Sebab ilmu saham ni bukan sekadar pasal beli/jual saham. Secara tak langsung ajar kita pasal: • Risk management • Kawal emosi • Buat keputusan • Sabar dan disiplin Dan benda ni sangat berguna dalam hidup. Sebab tu saya memang setuju kalau pendidikan saham dan financial literacy ni didedahkan dari usia muda lagi. Kalau umur 18 tahun dah boleh buka akaun CDS, kenapa tak mula belajar dari awal? Tak perlu terus trade pun. Saya sendiri tak galakkan newbie baru buka akaun terus live trade tanpa ilmu. Itu sangat berbahaya. Cara yang lebih betul ialah: - Belajar dulu. - Practice dulu. - Faham market dulu. Contohnya 6 bulan pertama fokus betul-betul belajar dan buat latihan. Bila dah faham strategi, faham risk management, ada trading plan, barulah mula live trade. Sebab dalam saham ni, ilmu memang tak ada shortcut. Bila ada ilmu: - Kita tahu kenapa kita beli. - Kita tahu kenapa kita jual. - Dan kita tahu apa nak buat bila market naik atau jatuh. Sebab tu bila orang tanya saya: “Berapa modal nak mula saham?” Kadang-kadang saya rasa, soalan yang lebih penting sebenarnya ialah: “Berapa kita sanggup rugi untuk belajar?” Sebab saham ni high risk investment. Kalau masuk tanpa ilmu, memang bahaya. Tapi kalau belajar dengan betul, practice dengan betul, dan faham apa yang kita buat, in-shaa-allah kita akan lebih tenang dan lebih bersedia. Kalau awak zero knowledge tapi serius nak belajar saham secara santai dan step by step, jom 👇 http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham

Banyak spend kat family bukan alasan yang kukuh untuk kau abaikan simpanan bulanan. Bayangkan kau dah kerja lebih 3 tahun, tapi simpanan kau tak sampai RM1,000 pun lagi. Sedih sangat, kan. Seolah-olah kau hanya simpan RM28 setiap bulan dalam bank selama 3 tahun tu. Kalau simpan dalam ASB, lebih kurang RM25 simpanan setiap bulan. Tak jauh sangat bezanya pun. Sebelum nak spend kat family, kau kena spend kat tabung sendiri dulu. Kalau bujang, spend 30%-50% daripada gaji masuk dalam tabung kecemasan, tabung kahwin, tabung modal beli rumah. Hujung bulan kalau ada lebih, barulah spend kat family tercinta. Nampak macam penting diri sendiri, kan. Tapi, kalau kau tak buat macam tu, kau mungkin akan susahkan family kau di kemudian hari. Bayangkan kau memang jaga kewangan kau betul-betul sekarang. Nanti bila kau dah stabil kewangan dan pelaburan, pasti boleh bantu family kau tanpa risau langsung pasal kewangan sendiri. Macam ni lah, kalau nak spend juga kat family, jangan usik duit gaji langsung, tapi kau wajib guna duit daripada side income sahaja untuk spend kat diorang. Tak kisahlah jual burger ke, jual barang online ke. Secara tak langsung, kau ada motivasi yang tinggi untuk buat side income dengan bersungguh. Saya faham, ada orang yang susah nak berkata “tidak” bila family minta tolong. Jadi, itulah caranya. Takkan sebab kita rajin sedekah, nanti kita pula kena minta sedekah, sedangkan sedekah itu patutnya menyuburkan lagi rezeki. Sebab kita silap merancang, lain pula jadinya. - HF #harithfaisal

Saya ramai kawan-kawan yang kaya. Saya perhatikan, kawan-kawan saya yang kaya raya dan jutawan biasanya mereka ni rajin. Rajin buat dua tiga kerja, rajin buat kerja amal, rajin sharing kat Facebook, rajin tulis buku, rajin pergi seminar, rajin bersedekah, rajin tolong orang. Tengoklah, tak semua yang mereka rajin buat tu dapat hasilkan duit. Rajin buat kerja amal, lagi banyak keluar duit sendiri ada lah. Dia macam ni, bila mereka rajin buat benda yang mudahkan orang lain, Allah mudahkan pula urusan mereka untuk jadi kaya. Iya, logiknya kalau nak kaya kau kena melabur, jangan membazir, kena simpan duit, kena berniaga siang malam pagi petang. Tapi, jangan sampai kita lupa yang kalau Allah nak bagi kekayaan kepada seseorang, Allah boleh bagi tiba-tiba tanpa sebab. Dan kalau Allah nak tarik kekayaan seseorang pun, Allah boleh tarik bila-bila masa sampai papa kedana, tak tercapai dek akal. Semoga rezeki yang kita dapat adalah rezeki yang berkat. Sentiasa rasa cukup dan syukur walau dapatnya sedikit. Nanti Allah bagi kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh, kerja yang bagus, kenderaan yang tak meragam, bisnes yang asyik menjadi. Baik aturan Allah! - HF #harithfaisal

PENCEN TAK SAMPAI SETAHUN, DUIT HABIS LICIN! 😨 Kenapa ramai pesara hidup susah lepas pencen? Duit pencen ada, tapi makin lama makin nipis. Sampai satu tahap, terpaksa cari kerja balik, buat Grab, jadi Guard, sebab duit dah habis! Kenapa boleh jadi macam ni? Saya perasan ramai pesara salah guna duit pencen tanpa fikir panjang. Paling biasa? ➡️ Sponsor majlis kahwin anak besar-besaran. ➡️ Renovate rumah sampai level istana. ➡️ Tukar kereta baru yang harga cecah ratus ribu ringgit. Setahun dua okay lagi, lepas tu mula rasa perit. Simpanan makin susut, komitmen makin tinggi. Duit lebih banyak keluar dari masuk. Kenapa jadi macam ni? ❌ Tak ada ilmu pengurusan kewangan. ❌ Tak rancang masa depan dengan betul. ❌ Tak tahu cara nak urus dan gandakan duit. Akhirnya? Duit pencen habis, hidup makin sempit. Tapi takkan nak biar macam ni je? 😏 Sebab tu saya nak ajak anda, tak kira dah pencen atau belum, untuk belajar saham. Kita akan ajar cara buat duit dalam pelaburan saham dengan santai dan selamat. Anda juga akan belajar ilmu kawal risiko supaya anda tak buat kesilapan besar. Buy and sell saham dengan strategi yang betul! ✅ Duit masuk, masa dengan family pun lebih banyak. ✅ Boleh travel, boleh beribadah dengan tenang. ✅ Paling penting, duit pencen bertahan lama. Jangan jadi pesara yang stress fikir tentang duit. Jadilah pesara yang rileks, enjoy masa dengan family dan sentiasa ada duit! 📌 Ramai orang menyesal tak mula belajar saham awal. 📌 Sebab peluang dalam pelaburan saham ni sentiasa ada, cuma ilmu je takde. Jom belajar saham sekarang! http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham

Harta dan kekayaan akan amplify siapa diri kita sebelum kita kaya. Tak tau nak gantikan word amplify sebagai apa, tapi maksudnya macam ni… Kalau sebelum kita kaya kita orang yang rajin bersedekah, bila kita dah kaya nanti kita akan semakin rajin dan banyak bersedekah. Kalau masa kita tak kaya kita ni jenis kedekut taik hidung masin, bila kita kaya nanti pun kita tetap kedekut juga, level haji bakhil. Andai sebelum kaya dia adalah seorang yang baik, biasanya semakin dia kaya dia akan jadi semakin baik. Begitu juga sebaliknya akan berlaku. Maka, orang yang baik dan soleh kena berusaha untuk jadi kaya dan berjaya. Dengan kekayaannya dapat bantu ramai orang susah. Jika anda orang yang baik, jangan takut untuk menjadi kaya. Kekayaan perlu dimiliki oleh ramainya orang baik supaya dunia kita menjadi lebih baik. InsyaAllah… - HF #harithfaisal

Kalau gaji kecil, mulakan dengan simpan 30% hingga 50% gaji. Jangan beli rumah terburu-buru. Fikir macam mana nak naikkan income dulu. Nak beli rumah, kena pakai banyak duit. Kurang-kurang kena ada 15% daripada harga rumah. Rumah harga RM200,000 standby lah RM30,000. Katakan kau simpan RM500/bulan. Selepas 5 tahun barulah cukup RM30,000. InsyaAllah gaji masa tu dah naik dan layak untuk mohon pembiayaan bank. Tapi, itu tak termasuk lampu, kipas dan perabut asas pun nak kena ada lagi RM10,000 hingga RM20,000. Harga rumah pun dah lain selepas 5 tahun. Jadi, daripada pening kena beli rumah masa gaji rendah dan risau duit belanja tak cukup, lebih baik pening fikir cara nak tambah income cepat. Contoh, cari side income sampai kau boleh simpan RM3,000/bulan. Cukup 10 bulan, dah cukup simpanan RM30,000 untuk beli rumah. Masa tu, memang dah sampai masa yang sesuai untuk kau memiliki rumah. Kau pun tak perlu catu makan, dah tak risau duit belanja tak cukup. Rumah RM200,000 bayaran balik cuma sekitar RM1,000. Sedangkan kau dah terbiasa simpan RM3,000 setiap bulan. Jadi, RM1,000 is easy. All the best! - HF Nota: Cuma kalau kau dah biasa simpan RM3,000 setiap bulan, maka taste kau mestilah bukan lagi rumah harga RM200,000 tu.😂

photo content

Kalau kau tak pernah buat silap, maksudnya kau tak pernah mencuba. Janganlah takut buat silap. Kalau diteruskan, bahaya untuk masa depan kau, sebab kau jadi tak berani nak cuba benda baru. Datang peluang sebaik mana pun, kau akan tolak mentah-mentah. Maka, kau tak ada progress hidup. Sedangkan anak makin ramai, anak makin besar, belanja bulanan naik, keinginan pun naik sama. Cuba fikir balik, berapa banyak dah peluang baik yang kau dah abaikan selama kau hidup ni. Keluarlah dari hidup dalam zon selesa. Masih ramai lagi orang sekeliling yang perlu kau bantu. Malah, keluarga kecil kau sendiri pun sangat perlukan kau untuk tambah baik tahap kewangan. Kalau boleh nak duduk rumah lebih luas, naik kereta lebih selesa, makan lebih sedap, travel lebih kerap. Jom! Explore peluang baru. Buatlah apa-apa pun. #harithfaisal

Banyak kali dah naik gaji, tapi simpanan kau KOSONG? Gaji RM3,000 naik jadi RM3,200. Logiknya, simpanan kau pun patut bertambah RM200 sebulan, betul? Tapi hakikatnya, bila cek akaun simpanan, tetap sama – kosong. Kat mana silapnya? 1. Bila gaji naik, lifestyle pun ikut naik. Kalau dulu kau makan nasi lemak RM3 kat warung, sekarang kau dah mula selesa lepak kafe hipster, kopi segelas RM15. Bila perbelanjaan ikut naik, simpanan automatik kena potong. 2. Inflasi lebih laju dari kenaikan gaji. Gaji naik 5%, tapi harga barang naik 8%. Kuasa beli kau makin lemah. Kalau tak pandai kawal, kau mungkin rasa kaya sekejap, tapi hakikatnya makin sempit. 3. Tak ada disiplin menyimpan. Ramai yang set mindset, “Simpan kalau ada lebih.” Masalahnya, “lebih” tu jarang sangat wujud sebab duit selalu habis sebelum hujung bulan. Kalau dah lebih 3 kali naik gaji, tapi tabung kecemasan masih kosong, jangan pelik kalau dah 10 tahun bekerja pun, kau masih belum beli rumah pertama. Nak salahkan siapa? Macam mana nak mula? Langkah pertama – buat simpanan konsisten selama 2 tahun. Bukan sikit-sikit, tapi betul-betul kena push diri untuk simpan. Kunci dia adalah, kau kena simpan amaun yang hampir sama dengan bakal ansuran rumah kau nanti. Contoh, kau gaji RM4,000 nak beli rumah RM400,000 dengan pembiayaan bank. Ansuran bulanan lebih kurang RM2,000. Jadi, mula simpan RM2,000 sebulan selama 24 bulan. Bila kau dah konsisten buat ni, kau akan ada RM48,000 dalam tangan. Tak cukup untuk beli perabot dll? Jangan risau. Sebab tu KWSP akaun 2 & 3 ada. Kau boleh keluarkan untuk tambah modal beli rumah. Sekarang dah nampak jalan, kan? Tapi ingat, simpanan 2 tahun ni bukan sekadar nak kumpul duit tau. Ini juga latihan mental. Kalau kau berjaya simpan RM2,000 sebulan selama 2 tahun tanpa gagal, kau dah buktikan pada diri sendiri yang kau mampu bayar ansuran rumah nanti. Tips terakhir. Bila dah mula menyimpan, asingkan duit tu terus ke akaun lain. Jangan letak dalam akaun gaji. Jangan pandang pun. Simpan kat tempat yang susah nak keluarkan – akaun tanpa kad ATM, Tabung Haji atau simpanan emas pun boleh. Lagi susah nak usik, lagi bagus. Itulah idea ringkas yang saya nak share kali ni. Ramai terlepas pandang, tapi simple je sebenarnya. Nak beli rumah pertama? Disiplin menyimpan adalah kuncinya. Jangan lupa manfaatkan KWSP akaun 2 & 3 untuk modal tambahan. Sekian. Kalau kau dapat manfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan. Semua orang deserve untuk beli rumah sendiri. – HF #HarithFaisal

Jadi leader, kau akan perasan hal ini. 1. Apa kau buat, akan diikuti. Anak buah bukan dengar apa yang kau suruh. Mereka tengok apa yang kau buat. Kalau kau rajin, mereka rajin. Kalau kau malas, mereka pun longlai. Contoh paling mudah kalau kau hadir awal, mereka pun rasa malu nak datang lambat. Action kau lebih kuat dari arahan. 2. Apa kau cakap akan didengari. Kata-kata seorang leader ada aura. Bila kau bercakap, orang berhenti scroll, berhenti borak, dan fokus pada kau. Sebab mereka tahu setiap ayat tu datang dari pengalaman, bukan sekadar cakap kosong. 3. Apa kau pakai, akan ditiru. Style kau jadi benchmark. Kalau kau pakai kemas, mereka ikut kemas. Kalau kau selekeh, mereka rasa normal untuk selekeh. Orang bawah tak tiru teori kau, mereka tiru imej kau. 4. Apa kau guna, akan diguna. Dari sekecil-kecil pen, sampai ke tools kerja. Bila kau pilih sesuatu, orang percaya itu yang terbaik. Leader tak perlu paksa. Influence tu datang secara natural. 5. Apa kau cuba, akan dicuba. Bila kau berani try benda baru, orang pun terinspirasi untuk keluar dari comfort zone. Kalau kau sendiri takut nak cuba, jangan harap orang lain berani. 6. Apabila kau datang, ceria. Suasana berubah bila kau muncul. Energy tu merebak. Orang rasa ada semangat. Kau bawa vibe yang hidupkan suasana, bukan vibe yang bunuh mood. 7. Apabila kau tak ada, sunyi dan tiada rasa. Kau jadi jiwa dalam team tu. Bila kau tiada, suasana hilang arah. Kalau ketiadaan kau tak beri apa-apa beza, maknanya kau belum jadi nyawa pada agensi kau. Itu leader. Leader ni bukan jawatan. Ia bukan pangkat. Ia adalah kehadiran yang hidup dalam diri orang lain. Kalau kau cuma ada title, tapi kehadiran kau tak memberi kesan, kau bukan leader. Kau sekadar ketua atas kertas. - HF #harithfaisal

photo content

Anak Bukan Penghalang Rezeki 1. Saya umur 30 tahun dah ada 4 orang anak. Sekarang 34 tahun umur dengan 6 orang anak. Anak pertama lahir masa umur saya 23 tahun. Ada yang pandang pelik, siap ada yang kata hidup saya akan tersekat awal-awal lagi. 2. Mereka fikir anak awal sama dengan miskin awal, sebab duit habis untuk susu, pampers, dan sekolah. Itu mindset yang dah berakar dalam masyarakat kita. 3. Tapi realitinya, anak bukan punca orang miskin. Tabiat kewangan yang salah itulah punca sebenar. 4. Kalau boros, duit banyak mana pun akan habis. Kalau tak menyimpan, hidup tetap kais pagi kais petang. Kalau tak melabur, duit memang takkan berkembang. Anak atau tak ada anak, sama sahaja. 5. Ramai salahkan anak bila kewangan sempit, padahal puncanya tiada disiplin dan tiada visi kewangan yang jelas. Senang cerita, masalah tu datang dari diri sendiri, bukan dari anak. 6. Bagi saya, anak bukan beban. Mereka adalah punca tenaga, fokus, dan semangat untuk saya bangkit lebih cepat daripada orang lain. 7. Bila ada anak, saya tak boleh main-main dengan masa dan duit lagi. Saya tahu setiap keputusan kewangan akan beri kesan besar pada hidup mereka. 8. Tekanan untuk besarkan anak buat saya lebih berdisiplin. Saya mula kawal cashflow dengan lebih ketat, supaya tak bocor sana-sini. 9. Saya belajar tentang aset, sebab saya tahu kerja keras semata-mata tak cukup. Saya kena ada sesuatu yang boleh hasilkan duit walaupun saya tidur. 10. Anak buat saya lebih serius tentang simpanan jangka panjang. Saya mula asingkan duit, bukan untuk saya belanja suka-suka, tapi untuk bina dana kecemasan dan pelaburan. 11. Dari situ saya mula nampak, kalau kita letak mindset “anak beban”, kita memang akan jatuh. Tapi kalau kita letak mindset “anak pembakar semangat”, kita akan naik. 12. Saya kerja lebih keras bukan sebab nak kaya sorang-sorang, tapi sebab nak sediakan hidup yang lebih baik untuk 4 orang anak yang bergantung pada saya. 13. Setiap kali penat, saya tengok wajah anak-anak. Dari situ datang kekuatan baru untuk saya teruskan. 14. Hari ini, dengan ada 6 orang anak, Allah bagi saya rezeki yang baik, alhamdulillah cukup semuanya. Itu bukti jelas, anak bukan penghalang rezeki. 15. Malah, anak-anaklah yang jadi sebab saya lebih cepat mencapai kebebasan kewangan berbanding orang lain yang masih bujang tapi leka. 16. Bezanya cuma perspektif, sama ada kita lihat anak sebagai kos, atau lihat mereka sebagai sebab untuk kita upgrade diri dan kewangan. 17. Anak boleh jadi punca kita jatuh, tapi mereka juga boleh jadi sebab kita bangkit lebih tinggi. Semuanya bergantung pada pilihan kewangan yang kita buat setiap hari. 18. Jadi jangan salahkan umur atau anak bila hidup tak berubah. Tengok balik tabiat kewangan, visi hidup, dan cara kita bina aset. Di situlah jawapannya. - HF #harithfaisal

photo content

Tips simple kalau awak plan nak bersara awal! ✅ Start belajar ilmu trade saham seawal mungkin. Kenapa? 👉 Bila awak dah jumpa strategi yang proven boleh buat duit, awak boleh mula bina portfolio kewangan dari awal. 👉 Bila trading style awak dah konsisten. Contohnya dalam sebulan awak boleh jana keuntungan 2 kali ganda daripada gaji awak sekarang — masa tu awak dah ada pilihan sama ada nak terus kerja atau nak bersara awal. Bayangkan, income bulanan dari trade saham lebih besar daripada gaji tetap. Hidup pun jadi lebih selesa, bebas, fleksibel dan awak ada pilihan untuk berhenti kerja atau tak. Tapi ingat, mindset kena betul. Pasaran saham bukan skim cepat kaya, tapi platform strategik untuk awak bina aset dan kekayaan jangka panjang secara konsisten. Nak belajar saham PERCUMA? 👇🏻👇🏻👇🏻 http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham http://www.wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham

Saya selalu cakap pada team saya, Kalau nak buat bisnes takaful, buat betul-betul. Jangan separuh jalan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Buat sampai jadi pakar. Sampai orang cari kita, bukan kita yang terkejar-kejar orang. Saya nak satu hari nanti, korang bekerja keras, bukan lagi sebab duit. Bukan sebab komisen. Bukan sebab bonus. Bukan sebab trip luar negara. Bukan sebab nak kejar ranking semata-mata. Tapi sebab korang dah jumpa makna dalam kerja ni. Bila satu polisi lulus, itu bukan sekadar angka. Itu satu keluarga yang lebih tenang tidur malam. Bila seorang ayah ambil perlindungan, dia melangkah keluar rumah dengan lebih yakin. Bila seorang ibu dilindungi, anak-anak dia ada masa depan yang lebih selamat. Kalau kita buat kerja ni semata-mata sebab duit, kita cepat penat. Market slow sikit, semangat hilang. Client reject dua tiga kali, terus down. Target lari sikit, terus rasa nak give up. Tapi bila kita buat sebab misi, mindset berubah. Duit jadi bonus. Income jadi kesan sampingan. Rezeki datang ikut nilai yang kita beri pada orang. Dan ada satu level yang lebih tinggi daripada semua tu. Kita kerja keras bukan hanya untuk diri sendiri. Kita kerja sebab nak tengok orang bawah kita berjaya sama. Tak ada kepuasan yang lebih besar daripada tengok agent yang dulu zero knowledge hari ni boleh close sendiri. Yang dulu struggle duit, hari ni boleh bayar hutang, beli rumah, bawa mak ayah pergi umrah. Yang dulu malu-malu, hari ni berdiri atas pentas ambil award. Percayalah, masa tu rasa dia lain macam. Bila anak buah naik stage, hati kita yang paling sebak. Bila mereka capai target, kita rasa macam menang dua kali. Itulah nikmat jadi leader. Kejayaan sebenar bukan bila kita seorang kaya. Kejayaan sebenar bila ramai orang berjaya sebab kita tak pernah berhenti bimbing mereka. Jadi saya selalu pesan, Buat bisnes ni sampai satu tahap, korang tak lagi bekerja untuk duit. Korang bekerja untuk bantu orang. Untuk bina manusia. Untuk tinggalkan legasi. Bila niat betul, duit akan ikut. InsyaAllah, banyak. - HF #harithfaisal

photo content

photo content
+9

photo content
+9