Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan
Ir al canal en Telegram
Channel bagi memastikan kalian Fokus dan Konsisten dalam usaha penurunan berat badan.
Mostrar más863
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días
Archivo de publicaciones
Orang kata berubah tu senang.
Yang susah kekal dalam perubahan tu.
Yup, ada betulnya. Tapi tidak semudah itu juga.
Saya yang berubah dari 135kg sampai skrg 70kg, nak cakap mudah tak jugak, nak cakap susah pun tidak.
Tapi untuk kekal juga bukan susah, asal kita punya misi dan visi turut berubah. Jangan kita apabila capai matlamat berasa selesa dan kita rasa perjuangan sudah berakhir. Ramai antara kita terbabas disini. Sebab itulah kejayaan Turunkan Berat Badan akhirnya jadi sejarah sebab tubuh kembali naik dan naik. Sebab kita mudah selesa.
Tambah Baik Misi Kehidupan kita. Kekalkan impian nak semakin sihat menjadi pegangan sepanjang hayat.
Jadi kalau kita dah rasa kita capai apa yang kita nak, kita jugalah yang boleh ubah dan setkan apa yang kita mahukan seterusnya. Jangan berhenti tambah baik misi diri. Kerana potensi kita sebagai manusia sangat hebat. Kita mampu capai apapun jika kita fokus dan Konsistenkan tindakan.
Jadi jangan berhenti dalam apa pun keadaan yang terpaksa kita lalui. Hadap dengan visi dan misi yang baru.
Jika anda baru terfikir nak turunkan berat badan wajib tahu 5 strategi untuk berjaya dalam usaha ni..baca 5 strategi turunkan berat badan di - https://www.turunkanberatbadan.com/2023/10/penurunan-berat-badan-5-strategi-untuk.html
Senarai semak untuk mereka yang nak turunkan berat badan
Senarai Semak Harian Untuk Turunkan Berat Badan
https://www.turunkanberatbadan.com/2023/11/senarai-semak-harian-untuk-turunkan.html
Tapi saya juga tidak menyatakan untuk turunkan berat badan hukumnya wajib TINGGALKAN GULA. Kerana jika diambil dengan jumlah yang sepatutnya, tak apa. Cuma berdasarkan pengalaman, kita cenderung tidak dapat mengawal pengambilan gula, kerana gula sememangnya sedap dan memberi impak puas dalam menikmati minuman.
Jangan tangguh tangguh lagi!!! - perlukan team dan pemantauan untuk kekal konsisten dalam usaha penurunan berat badan selama 12 bulan? Klik link ini untuk tahu lebih lanjut - https://go.my/misiubah
GULA PUTIH. TINGGALKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN : BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA.
Hari ni saya nak Kongsikan semula kenapa saya menyarankan kalian yang nak sihat dan turunkan berat badan elakkan gula putih dalam minuman.
Ya, dalam minuman. Sebab itulah yang saya lakukan. Saya berhenti minum air manis seperti neacafe beng, teh tarik dan segala minuman manis hatta air sirap.
Hujah saya hanya berdasarkan pengalaman dan melalui pengetahuan saya sahaja.
Tapi saya juga nak tegaskan, ini hanyalah saranan saya yang berpengalaman obesiti dengan berat 135kg. Ianya bukanlah satu hukum tetap atau saranan dari badan berautori sama sekali. Ia saranan peribadi.
Kenapa perlu potong gula untuk sihat dan kurus?
1. Gula adalah satu perisa tambahan sahaja. Maksudnya ianya hanya hasil buatan utk penambah perisa. Bukan sesuatu yang penting untuk kita.
2. Gula putih sesuatu yang tiada nilai nutrisi tapi tinggi dengan kalori. Sebab itulah ianya sepatutnya tidak layak untuk kita ambil dalam diet seharian kita. RUGI!!!
3. Gula putih di iktiraf oleh dunia merupakan antara asbab kepada penyakit penyakit tidak berjangkit yang membahayakan nyawa bila diambil secara berlebihan.
Keburukan pengambilan gula putih berlebihan seperti amalan kebanyakan rakyat Malaysia.
1. Gula putih ada efek ketagihan kepada pengamalnya, sebab itu tindakan untuk potong gula adalah amat perit bagi sesetengah orang. Kerana ianya meransang rasa ketagih disebabkan kepuasan yang diberikan.
2. Menambah risiko penyakit yang berisiko tinggi seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, gout dan banyak lagi, malah ada kaitan gula putih dengan 13 jenis kanser.
3. Gula putih akan menyebabkan anda gemuk, ini berdasarkan pengalaman saya, disamping ia memberi efek ketagih, pengambilan gula putih akan mempercepatkan rasa lapar. Dan memang ada kajian yang membuktikan bahawa pengambilan karbohidrat ringkas ini menyebabkan rasa lapar yang amat sangat datang dengan kerap.
Kebaikan potong gula dalam hidup kalian.
1. Anda tak ambil kalori yang tinggi tanpa sebarang nutrisi lain. Maksudnya akan berlaku penjimatan dalam kalori intake. Ambil contoh anda biasa minum 3 gelas teh sehari. Katakan teh anda ada 100kalori setiap gelas. Maksudnya anda jimat 300kalori sehari bila anda ganti teh dengan air kosong. Jika difisit kalori berlaku sebanyak 300kalori sehari dalam sebulan anda akan jimat 9000 pengambilan kalori sampah. Yang boleh memberi penurunan sebanyak 1kg sebulan.
2. Anda lebih mudah turunkan berat badan bila anda potong gula, sebab apa? Lapar tidak craving seperti biasa. Bila anda potong gula, anda akan lambat lapar berbanding dengan ambil gula. Ditambah pula dengan pengambilan fiber dari sayur akan lebih membantu anda tahan kelaparan. Bila anda tidak lapar, makanya pengambilan makan akan jadi sedikit.
3. Anda akan semakin cergas dan ianya akan memberi impak kesihatan dan penurunan berat badan. Logiknya bila kita makan banyak kerana kelaparan yang disebabkan oleh gula, tubuh akan jadi lemau, makin besar dan makin besar. Ia akan menghadkan tubuh anda untuk kembali cergas.
Bagaimana nak potong gula,saya dah cuba tapi gagal.
Saya banyak terima aduan begini. Dah cuba tapi tak jadi, nak juga gula. Ada beberapa tip yang boleh diamalkan.
1. Ganti gula putih dengan makan buah buahan yang manis seperti tembikai.
2. Cuba guna stevia sebagai peganti gula
https://invl.io/clk9clq
3. Bila anda craving makanan manis, ambil air kosong dan minum. Bagi saya ianya amat membantu. Cubalah
4. Sebenarnya yang paling berkesan ialah tahan diri anda dan tegaskan diri anda sendiri. Itu paling mujarab. Saya pada mulanya ganti gula dengan stevia, tapi sebulan sahaja, sekarang dah hampir 3 tahun saya tak masukan gula putih dalam minuman saya.
Dalam artikel ini saya kongsikan berkaitan bahaya gula, dan ianya bukanlah saranan saya seorang. Malah ramai dan ada antaranya doctor pakar menyatakan begitu.
11 Halangan Minda Untuk Berjaya Kurus
https://www.turunkanberatbadan.com/2023/11/11-halangan-minda-untuk-berjaya-kurus.html
Kalau nak kurus kena belajar asas matematik kalori, kena belajar sains tubuh. Jawabnya saya tak akan keluar dari belenggu obesiti yang saya tanggung dari kecil. Ini pengalaman saya.
Kalaulah syarat wajib nak turunkan berat badan kena master tentang istilah sains yang ada dalam meta data journal. Maka percayalah ramai yang tak nampu kurus.
Sebab untuk turunkan berat badan ni gais. Tak perlu semua diatas tu! Bukan kewajipan. Kalau nak ambik tahu dan belajar sangat baik dan bagus. Tapi kena ingat, ianya bukan hukumnya wajib untuk kalian belajar semua perkara diatas.
Sebab, cara nak turunkan berat badan ni sebenarnya senang sahaja sifirnya. Bukan complex. Cuma yang susah nak bertindak dengan konsisten.
REVERSE APA YANG KALIAN AMALKAN. REVERSEKAN TABIAT KALIAN.
Kalau nak sempurna semua ilmu baru boleh kurus, tak de sesiapa yang boleh kurus. Ingat, kita bukan nak jadi doctor atau dietitian. Kita nak turunkan berat badan dan menikmati tubuh yang sihat bebas dari risiko penyakit yang disebabkan obesiti.
Persoalan, kalau salah macamana? Ada orang cakap kena cukup nutrisi segala macam nak kurus ni. Kalau tak boleh jadi mudarat.
Ini jawapannya, sebelum nak turunkan berat badan ada fikir pasal cukup atau lebih nutrisi?
Dah berpuluh tahun kita duk makan nutrisi ada ambik kira ke?
Ok bab ni kena baca dengan nada yang betul. Saya tak cakap dan bagitahu tak perlu jaga nutrisi. Saya cuma nak kalian jangan beratkan kepala otak kalian dengan kesusahan dan kepayahan formula.
Baik, saya bagikan solusi. Ilmu cari, tapi paling penting bertindak sekarang. Ubah mentaliti adalah perkara paling penting! Apa yang perlu diubah untuk berjaya turunkan berat badan
1. Big why kenapa nak turunkan berat badan? Pastikan ianya benar benar penting. Bukan setakat saiz baju atau nak nampak cantik. Kalau bagi saya untuk sihat, demi anak anak dan keluarga. Tapi secara umumnya tak salah kalau nak kurus sebab nak nampak cantik.
2. Ianya ambil masa yang lama. Tanam terus. Bukan sehari, seminggu dan sebulan nak nampak hasilnya. Setahun paling minima. Minimum 6 bulan untuk melatih diri kalian dengan tabiat baru.
3. Ianya sesuatu yang sukar dan mencabar! Juga kena tanam, usaha ini memenatkan, memboringkan! Tapi kena terima hakikat, sesuatu yang baik itu sukar! Secepat mungkin kalian terima hakikat ni, hasilnya akan semakin cepat.
TABIAT, itulah kunci kalian jadi besar tubuh hari ni. Maka TABIAT jugalah yang mampu kuruskan badan kalian.
Nak bina tabiat baru perlukan masa, menggantikan tabiat lama yang menggemukkan. Macam saya cakap, ianya perlukan sekurangnya 6 bulan.
Sebab tu saya cipta satu program pemantauan selama 12 bulan kepada mereka yang benar benar nak turunkan berat badan. Program yang diberi nama misi ubah akan memastikan kalian fokus dan konsisten membaiki tabiat kalian dari hari pertama sehingga bulan keenam secara berkumpulan dan dipantau oleh saya.
Dengan harapan, setelah bulan ke enam kalian dah punya tabiat yang kuat menggantikan tabiat buruk kalian.
Program MISI UBAH dibuka pendaftarannya sekarang dan sebarang detail boleh klik disini https://go.my/misiubah
Keyakinan Palsu Yang Ramai Orang Obes Ada. Berubahlah
5 TABIAT REMEH YANG PERLU DIPERBAIKI UNTUK KURUS
5 TABIAT YANG PERLU DIPERBAIKI UNTUK KURUS
https://www.turunkanberatbadan.com/2023/11/5-tabiat-yang-perlu-diperbaiki-untuk.html
Nak kurus tapi gagal walaupun berhabis RM10,000
https://www.turunkanberatbadan.com/2023/11/nak-kurus-tapi-gagal-walaupun-berhabis.html
Anda masih tangguh usaha nak turunkan berat badan?
