cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Quotes Islamik♡

💚اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد💚 Hati - hati dalam mengucapkan sesuatu perkataan kerna setiap ucapan tersebut pasti akan di pertanggungjawabkan. - Al Mukarram Habib Idrus Al-Jufri 🌹 Halal Share

Mostrar más
Malasia12 204El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad86 288
Publicaciones publicitarias
322
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Hak Muslim Keatas Muslim عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (Sahih Muslim No: 4023) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih Pengajaran: Hak muslim sesama Muslim ada enam: a. Apabila bertemu dengan setiap Muslim hendaklah mengucapkan salam kepadanya. b. Apabila diundang atau dijemput kenduri seperti perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain, hendaklah pergi memenuhi undangan selama tiada keuzuran. c. Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan. (Imam An-Nawawi berkata: Syarat memberi nasihat jika diminta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta). d. Apabila dia bersin dan bertahmid اَلْحَمْدُ للَّه, maka tasymitkan (doakan) يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat keatas kamu). e. Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan f. Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur Marilah kita tunaikan hak Muslim saudara yang lain. "Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama" #BersamaMembinaNegara #KeluargaUtuh #MasyarakatProgresif #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 09hb Dis 2022 14hb Jamadil Awal 1444H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Mostrar todo...
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malaikat Mendoakan Kebaikan Kepada Pendoa عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita. 2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya. 3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan adalah mustajab. Sepertimana hadis Rasulullah SAW: Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. (Riwayat Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ "Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500) Marilah kita doakan saudara Muslim kita termasuk pemimpin kita dengan kebaikan. Moga dapat memacu Malaysia menjadi negara yang baik dan dirahmati. Al-Fudhayl bin 'Iyadh berkata: "Jika aku memiliki satu doa yang mustajab, nescaya akan kudoakan (kebaikan) buat sang pemimpin" (Abu Nu'aym al-Asbahani). Imam Ahmad bin Hanbal mewajibkan dirinya untuk mendoakan ulil amri siang dan malam supaya dikurniakan ketepatan, taufik dan pertolongan (al-Khallal). "Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama" #BersamaMembinaNegara #KeluargaUtuh #MasyarakatProgresif #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 06hb Dis 2022 11hb Jamadil Awal 1444H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Mostrar todo...
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة Daripada Abdullah bin 'Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain 2.Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya: a.Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain b.Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi 3.Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya. 4.Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat 5.Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain. 6.Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak. 7.Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan: a.Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar. b.Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aib tersebut.” Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, berusahalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain serta miliki sifat cakna dan prihatin membantu kepada yang memerlukan. "Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama" #BersamaMembinaNegara #KeluargaUtuh #MasyarakatProgresif #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 10hb Dis 2022 15hb Jamadil Awal 1444H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Mostrar todo...
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5717) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain 2. Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat) 3. Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. 4. Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci terhadap saudara Muslim kita yang lain. 5. Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim. Menjaga persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu mereka dengan mencegah mereka daripada melakukan maksiat. "Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama" #BersamaMembinaNegara #KeluargaUtuh #MasyarakatProgresif #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 08hb Dis 2022 13hb Jamadil Awal 1444H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Mostrar todo...
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ' (HR Muslim No: 4685) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara. 2.Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan. 3.Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan. 4.Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji 5.Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan. 6.Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam Madinah. 7.Bagi membangunkan Negara Malaysia tercinta ini, marilah kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Masyarakat Yang Utuh, Negara Yang Teguh. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib. "Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama" #BersamaMembinaNegara #KeluargaUtuh #MasyarakatProgresif #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 07hb Dis 2022 12hb Jamadil Awal 1444H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Mostrar todo...
MTDM Istimewa https://t.me/habibalialhamid?voicechat Ayuh share kepada sahabat lain agar kita dapat kongsi manfaat bersama. 😊
Mostrar todo...
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Perkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Mostrar todo...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Repost from Motivasi hijrah
‏قال صل الله عليه و سلم لإبنه فاطمة رضي الله عنها : اي شيئ خير للمرأة، قالت : أن لا ترا رجلا ولا يراها رجل Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallama pernah berkata kepada Sayyidah Fatimah ; apa sesuatu yg paling baik yg dimiliki oleh seorang perempuan Sayidah Fatimah Menjawab : ia tidak pernah melihat laki laki, dan tidak pernah dilihat oleh laki laki.. -Dengan Sanad Al-Bazzar Kitab Hilyatul Aulia
Mostrar todo...
Jom selawat 💚 💕 Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad 💕 Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad 💕 Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
JAWATAN KOSONG : PEMBANTU TADBIR PERAKAUNAN (PEKERJA SAMBILAN) Akademi Darul Iftak kini sedang mencari Pembantu Tadbir Perakaunan ( 4 kekosongan jawatan). Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel. Hantarkan segera surat permohonan dan resume terkini anda ke alamat emel; [email protected] atau serahkan di pejabat kami : AKADEMI DARUL IFTAK Lot 5552, Kampung Che Bema, Sungai Layar Hujung, 08000 Sungai Petani, Kedah. Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi http://www.wasap.my/60138152060 Sekian, terima kasih.
Mostrar todo...