es
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Ir al canal en Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Mostrar más
828
Suscriptores
Sin datos24 horas
+37 días
+430 días
Archivo de publicaciones
Selamat Pagi Dunia! Bangun pagi ni, cuba tarik nafas dalam-dalam. Rasa tak? Itu nikmat yang Allah masih pinjamkan. Mata boleh celik, badan boleh bergerak, dan kita masih diberi peluang untuk mencipta cerita hari ini. Kadang-kadang, bila pagi-pagi kita bangun, terus kepala fikir masalah semalam. Rasa berat, rasa malas. Tapi cuba ubah sikit perspektif. Jom syukuri dulu apa yang ada: ☀️ Masih hidup. ☕ Ada sarapan menunggu. 👨‍👩‍👧‍👦 Ada keluarga atau orang tersayang. 🚀 Peluang baru nak ubah hidup. Pagi ni, mulakan dengan doa, "Ya Allah, permudahkan urusanku hari ini, murahkan rezekiku, dan jadikan aku asbab kebaikan kepada orang lain." Kemudian, cuba set niat: 🌟 Nak buat sesuatu yang baik hari ini. 🌟 Nak selesaikan apa yang tertangguh. 🌟 Nak bahagiakan diri dan orang lain. Hidup ini macam buku. Setiap pagi adalah muka surat baru. Kalau semalam tak begitu indah, hari ini kita boleh lukis yang lebih baik. Jangan lupa, rezeki tak selalu datang dalam bentuk duit, kadang ia hadir dalam ketenangan hati, kawan baik, atau peluang kecil yang membawa bahagia. Jom, mulakan hari dengan senyuman. Yang baca ni, saya doakan hari anda penuh berkat dan kejayaan. Kalau rasa posting ni beri semangat, jangan lupa kongsi ya—semoga kita sama-sama sebarkan aura positif pagi ni! #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Pernah dengar istilah "Phubbing" ? – mengabaikan orang depan mata sebab terlalu asyik dengan telefon. Jom baca di sini. https
Pernah dengar istilah "Phubbing" ? – mengabaikan orang depan mata sebab terlalu asyik dengan telefon. Jom baca di sini. https://www.facebook.com/share/p/1Bb4Co1YxB/ #positivecircle21 #kongsipositif #notaDP

Cuti sekolah sudah bermula. Ingatan buat ibu ayah tentang penggunaan gajet oleh anak-anak. Kesan Masa Skrin yang Berlebihan terhadap Kanak-Kanak 1. Kesan Negatif terhadap Perkembangan Fizikal dan Kognitif: Masa skrin yang berlebihan, terutama daripada televisyen, dikaitkan dengan kesan negatif terhadap perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Risiko masalah kesihatan seperti obesiti, gangguan tidur, kemurungan, dan kegelisahan meningkat. Penggunaan Komputer dan Permainan Video: Penggunaan komputer dan permainan video boleh menyumbang kepada gejala kemurungan, terutama dalam kalangan remaja awal. Masa skrin yang berlebihan dikaitkan dengan gangguan tidur dan kebergantungan pada peranti, yang membawa kepada kegelisahan dan kemurungan. 2. Kesan terhadap Pemahaman Emosi: Kanak-kanak berusia 4 tahun yang terdedah kepada masa skrin tinggi memiliki pemahaman emosi yang lebih rendah pada usia 6 tahun. Kehadiran televisyen di bilik tidur kanak-kanak dikaitkan dengan pemahaman emosi yang rendah pada usia 8 tahun. Perbezaan kesan mengikut jantina: permainan video memberi kesan lebih ketara terhadap pemahaman emosi kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. 3. Tingkah Laku Ketagihan dan Keupayaan Sosial: Tingkah laku ketagihan akibat masa skrin berlebihan mengganggu keupayaan sosial kanak-kanak untuk menghadapi cabaran. Kebergantungan pada peranti menyerupai kebergantungan bahan, yang menjejaskan keupayaan kawalan emosi. Kesan terhadap Kanak-Kanak Lebih Muda: Peningkatan pendedahan kepada skrin menjadi faktor risiko kepada kereaktifan emosi dan pencerobohan. Kesan ini boleh menjejaskan kesejahteraan psikologi kanak-kanak secara keseluruhan. Sumber : Effects of Excessive Screen Time on Child Development: An Updated Review and Strategies for Management. Cureus. 2023 Jun #kongsipositif #positivecircle21 #notaDP

photo content

Anda nak ubah hidup anda daripada tahap baik kepada HEBAT? Lakukan 3 perkara ini : 1. Buatlah perkara yang kita minati secara
Anda nak ubah hidup anda daripada tahap baik kepada HEBAT? Lakukan 3 perkara ini : 1. Buatlah perkara yang kita minati secara mendalam - mahir dalam bidang tersebut 2. Buat perkara yang boleh jadikan kita yang terbaik dalam bidang tersebut - terus fokus dalam bidang yang kita mahir itu 3. Buatlah perkara yang boleh memacu penjanaan ekonomi kita - peluang beri manfaat kepada orang lain juga dengan kewangan kita 3 perkara ini akan bantu kita bukan untuk jadi yang terbaik dalam semua hal, tapi membina kita kepada menguasai sesuatu dengan cara yang paling baik dan hebat. #kongsipositif #positivecircle21

Theory of Mind (ToM). Kelas kognitif semalam kami belajar tentang Theory of Mind (ToM). Apa tu ToM? Jom baca kat bawah ni ya. "Faham Orang Lain, Bukan Faham Diri Sendiri Je" Pernah tak korang rasa frust bila orang tak faham apa yang korang rasa? Atau mungkin korang pelik kenapa ada orang buat keputusan yang tak masuk akal? Sebenarnya, semua ni ada kaitan dengan Theory of Mind (ToM) – keupayaan kita nak faham apa yang orang lain rasa, fikir, dan percaya, walaupun berbeza dengan kita. Contoh mudah: Bayangkan korang simpan biskut kat meja dapur. Tapi bila korang pergi cari, biskut tu hilang sebab adik korang pindahkan ke dalam almari. Kalau korang ada ToM, korang akan faham kenapa mak korang cari biskut kat meja dapur – sebab mak korang tak tahu biskut tu dah dipindahkan. Kenapa benda ni penting? Dalam hidup, kita tak boleh paksa orang faham kita kalau kita tak cuba faham diorang dulu. Kadang-kadang, bila kita cuba tengok dari sudut pandang orang lain, kita sedar masalah tu bukan tentang siapa betul, siapa salah – tapi lebih kepada salah faham sebab tak ada empati. Jadi, apa kita boleh buat? 1. Latih diri untuk dengar dengan hati. Bila orang cerita masalah, cuba tanya diri: “Kalau aku kat tempat dia, apa aku rasa?” 2. Jangan terus judge. Setiap tindakan orang ada sebab – mungkin yang kita tak nampak. 3. Belajar rasa bersyukur. Bila kita faham struggle orang lain, kita akan lebih hargai nikmat hidup kita. ... Hidup ni bukan tentang siapa yang menang atau kalah, tapi siapa yang mampu faham dan berikan manfaat pada orang lain. Bila kita cuba faham orang, kita sebenarnya sedang bina jambatan untuk hubungan yang lebih bermakna. Cuba praktikkan hari ni. Boleh start dengan keluarga, kawan, atau rakan kerja. Fikir, rasa, dan faham dari perspektif mereka. Siapa tahu, mungkin itu kunci untuk capai hubungan yang lebih harmoni. Faham orang lain, itu juga tanda dewasa. Setuju? 😊 #kongsipositif #notaDP #positivecircle21

photo content

Tip Stopkan Anak Ketika Bermain Jom baca kat sini; https://www.facebook.com/share/1Eg271ww3a/ Kongsikan kepada ibubapa lain m
Tip Stopkan Anak Ketika Bermain Jom baca kat sini; https://www.facebook.com/share/1Eg271ww3a/ Kongsikan kepada ibubapa lain moga cara kita lebih efektif dan berkesan. Dalam masa sama tidak mencederakan emosi semua. #kongsipositif #notaDP #positivecircle21

Semasa sesi pembentangan kes semalam, antara isu yang dibangkitkan ialah berkenaan individu yang HYPOSENSITIVITY. Apa itu hyposensitivity? Hyposensitivity merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mempunyai sensitiviti yang rendah terhadap rangsangan atau perasaan tertentu, baik dalam aspek fizikal, emosi, atau sosial. Lawan kepada hyposensitivity ialah hypersensitivity. Individu yang hyposensitivity mungkin tidak memberikan reaksi yang cukup terhadap rangsangan atau situasi yang biasanya memberi kesan pada orang lain. Mereka mungkin tidak merasakan kesakitan atau ketidakselesaan dengan cara yang sama, atau tidak dapat mengenali atau merasakan emosi dalam situasi tertentu dengan kuat. Contohnya: Dalam konteks fizikal, seseorang yang hyposensitivity mungkin tidak terlalu merasakan perbezaan suhu atau kesakitan. Dalam konteks emosi, mereka mungkin tidak mudah terganggu oleh perasaan cemas, marah, atau sedih, dan mungkin kelihatan lebih "kebal" atau kurang peka terhadap perasaan mereka atau perasaan orang lain. Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan gangguan perkembangan seperti autisme, di mana seseorang individu mungkin menunjukkan kurangnya sensitiviti terhadap rangsangan persekitaran atau emosi. Cuba tengok orang sebelah tu. Ada ke yang jenis macam ni? #kongsipositif #notaDP @POSITIVEcircle21

photo content

Self Reward : Jom Hack Hormon Dopamine Bacaan penuh di sini; https://www.facebook.com/share/p/1AuJvyKntL/ #kongsipositif #pos
Self Reward : Jom Hack Hormon Dopamine Bacaan penuh di sini; https://www.facebook.com/share/p/1AuJvyKntL/ #kongsipositif #positivecircle21

Tip: G.A.J.E.T Semasa sesi pembentangan tugasan baru ni saya kongsikan kepada rakan kelas tentang tip urus gajet terutamanya dalam keluarga melalui Tip G.A.J.E.T. Saya kongsikan di sini pula tip ni moga ada manfaat. G - Gunakan Teknologi Secara Bijak Jangan biar teknologi kawal kita, sebaliknya kita kawal teknologi! Fahami cara platform berfungsi, buat kawalan dan sekatan supaya ia dimanfaatkan dengan baik. A - Asingkan Kawasan Teknologi Letakkan komputer atau peranti di ruang keluarga. Cara ni bukan je kawal penggunaan, tapi juga elakkan anak-anak "hilang" dalam dunia maya mereka. J - Jadualkan Aktiviti Keluarga Rancang aktiviti keluarga lebih awal dan libatkan semua ahli. Kalau anak-anak remaja dilibatkan dalam perancangan, mereka lebih mudah nak ikut dan hargai masa berkualiti bersama. E - Elakkan Masa Berlebihan Dalam Talian Tetapkan had masa penggunaan internet. Cari alternatif menarik seperti sukan, membaca, atau memasak bersama. Masa berkualiti dengan penggunaan gajet terkawal lebih bermakna! T - Tingkatkan Pemantauan dan Komunikasi Pantau aktiviti dalam talian secara berkala tapi jangan lupa komunikasi berkesan. Tegur dengan hormat, bukan menghukum – barulah anak-anak rasa difahami. Dengan amalan GAJET, kita bukan saja boleh urus penggunaan gajet dengan lebih baik, tapi juga bina hubungan keluarga yang lebih erat. Jom kita mulakan hari ini! Sumber: Wiley Handbook of Psychology, Technology and Society, Larry Rosen #kongsipositif

photo content

Dalam kelas Personaliti dan Sosial Perkembangan Manusia hari ni kami belajar tentang Altruism. Apa itu Altruisme? Jom baca di
Dalam kelas Personaliti dan Sosial Perkembangan Manusia hari ni kami belajar tentang Altruism. Apa itu Altruisme? Jom baca di sini: https://www.facebook.com/share/14dPSaQM7p/ #positivecircle21 #kongsipositif

American Academy of Pediatrics mencadangkan bahawa penggunaan gadget untuk anak-anak prasekolah adalah tidak lebih dari 1 jam
American Academy of Pediatrics mencadangkan bahawa penggunaan gadget untuk anak-anak prasekolah adalah tidak lebih dari 1 jam per hari. Penggunaan gajet yang berlebihan boleh mengganggu perkembangan otak pada kanak-kanak dengan peningkatan pengeluaran dopamine, yang mana boleh mempengaruhi kematangan Peripheral Cortex. Ini boleh membawa kepada masalah kawalan emosi, peraturan diri, tanggungjawab, pembuatan keputusan dan nilai-nilai moral serta risiko Defisit Perhatian dan Gangguan Hiperaktif (ADHD) yang lebih tinggi (Ningtyas et al., 2024). #kongsipositif #positivecircle21

Alhamdulillah. Sambungan Buku Siri Inovasi - MENANG berjaya disiapkan, kesinambungan daripada Siri MULA yang lepas. Bakal ada
Alhamdulillah. Sambungan Buku Siri Inovasi - MENANG berjaya disiapkan, kesinambungan daripada Siri MULA yang lepas. Bakal ada dua siri lagi. Akan dilancarkan sedikit masa lagi. InsyaAllah. #kongsipositif #kaunselorinovasi #positivecircle21

Dalam kelas Psikologi Sosial baru ni kami belajar satu terma psikologi iaitu Nonchalant. Satu sifat yang ada pada manusia. Na
Dalam kelas Psikologi Sosial baru ni kami belajar satu terma psikologi iaitu Nonchalant. Satu sifat yang ada pada manusia. Nak tau apa itu Nonchalant? Jom baca di sini. https://www.facebook.com/share/p/1BgbA7daHZ/ #positivecircle21 #kongsipositif

Terbaca posting Saiful Nang, ada perkataan filantropi. Adakah ciri-ciri filantropi ada pada kita? Seorang yang musleh harus b
Terbaca posting Saiful Nang, ada perkataan filantropi. Adakah ciri-ciri filantropi ada pada kita? Seorang yang musleh harus beramal dengan karakter ini. #kongsipositif #positivecircle21

Satu inisiatif yang sangat-sangat bagus oleh pihak HRPZII menyediakan platform penjelasan tentang rukhsah ibadah ini. Ringkas
Satu inisiatif yang sangat-sangat bagus oleh pihak HRPZII menyediakan platform penjelasan tentang rukhsah ibadah ini. Ringkas, mudah faham dan jelas sekali demonstrasi nya. Hari ni ketika sihat mungkin kita tak perlukan info sebegini, namun di hari kemudian ianya mungkin boleh beri manfaat kepada kita atau orang-orang yang terdekat. Moga menjadi kebaikan yang berpanjangan InsyaAllah. Bagi yang nak tengok video-video pendek penjelasan rukhsah ni boleh terus ke link di bawah ya. https://youtube.com/@hospitalmesraibadahhrpzii?si=tKv2ytWqZvgs8-XK #kongsipositif #positivecircle21