cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

The Garden of Al-Quran

Saluran asas info Al-Quran. Moga peroleh berkat untuk terus mempelajari Al-Quran.

Mostrar más
Malasia5 253El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad3 566
Publicaciones publicitarias
21 587
Suscriptores
+224 horas
+277 días
+9530 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Moga portal media atau blog dapat minta keizinan saya sebelum tulisan disebarkan di mana-mana platform. Kita suka jika ilmu disebarkan, tetapi gaya penyampaian di setiap platform ada cara berbeza. Saya tulis di X tak sama gaya dengan saya tulis di FB, Telegram dan seumpamanya. Sahabat dan kenalan saya hantar banyak artikel yang di'curi', hanya letak nama saya tanpa pernah meminta izin. Seingatan saya, ini adalah tindakan yang tidak beretika. Sebaiknya, minta izin dari saya dahulu. Wallahu a'lam. Muzuza.
Mostrar todo...
49👍 13🤔 1
Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pembaca, pelajar dan pengajar tajwid adalah muncungan bibir pada huruf tebal. Huruf tebal seperti huruf-huruf Isti’la’ dan tafkhim pada huruf ر TIDAK PERLU MUNCUNG BIBIR. Huruf yang perlu dimuncungkan hanyalah huruf BERBARIS DEPAN dan huruf و sahaja. Lihat bait Imam al-Thibiy dalam al-Mufid fi ‘Ilm al-Tajwid: وكل مضموم فلن يتما * * * إلا بضم الشفتين ضما #FawaidTajwid
Mostrar todo...
38👍 14
Jangan tinggalkan al-Quran. Sekurangnya kita baca 5 muka surat sehari. Setiap kali selepas solat fardhu, baca 1 muka surat sekurang-kurangnya. Sebelum tidur, ambil satu ayat untuk kita renung maksudnya. Jika ada guru atau bahan bacaan tadabbur yang bagus, boleh dibuat rujukan. Jangan biarkan hidup kita berlalu tanpa interaksi dengan al-Quran.
Mostrar todo...
148👍 33
Mustahil kita mengenal sesuatu ilmu tanpa guru, walaupun tanpa kita akui atau tidak. Maka, doakanlah setiap guru anda.
Mostrar todo...
76👍 13
Selamat Hari Guru buat semua pendidik umat.
Mostrar todo...
51👍 8
Insya Allah siri Fawaid Surah di IG live berjalan seperti biasa malam ini. Malam ini kita akan tadabbur surah al-Alaq. Surah yang ceritakan mempunyai ayat-ayat awal penurunan wahyu. Jam 8 malam di IG live saya: @muzuzxck Juga di Saluran Telegram saya : The Garde of Al-Quran.
Mostrar todo...
27👍 5
Sahabat-sahabat, keganasan zionis ke atas saudara kita masih belum berakhir. Jangan berhenti mendoakan Palestin. اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين Ya Allah, bantulah saudara kami di Palestin.
Mostrar todo...
122👍 16
Ada 1 perkara yang perlu kita ubah dalam masyarakat, iaitu kelaziman masyarakat kita yang sangat gemar memberikan perhatian/engagement kepada isu-isu kontroversi atau perkara negatif. Semakin dibenci satu watak, semakin disebarkan berita tentangnya. Kita perlu ubah. Ubah dengan cara abaikan berita kontroversi/gosip yang tiada manfaat, jangan sumbangkan apa-apa tindakan sama ada like, RT dan seumpamanya. Pempengaruh yang punya pengikut yang ramai juga perlu jadi orang yang bertanggungjawab dan bertaqwa. Jangan jadikan isu kontroversi sebagai medan mengumpul perhatian/engagement. Sekalipun kita memperoleh duit yang banyak dari itu, bukankah itu duit yang bersumberkan hasil umpatan dan sebaran aib orang lain? Maka jadilah orang yang bertanggungjawab, jangan tangkap layar atau repost sebarang perkara yang boleh meletupkan masyarakat dengan perbahasan yang tiada manfaat. Terkadang perkara itu boleh dibiarkan di Tiktok/IG, tetapi dibawakan oleh akaun yang punya pengikut yang ramai. Lalu tular pula di X. Adakah begini kita ingin bentuk masyarakat kita? Berkelahi & berbahas tentang perkara yang tidak berkaitan, kemudian tidak berkesudahan dengan caci maki dan kata makian. Jika begini cara kita bawa masyarakat, maka kita bimbang apa yang perlu dijawab ketika mengadap Allah kelak. Setiap apa yang kita tulis, semuanya akan ditanya semula nanti.
Mostrar todo...
90💯 32👍 25🫡 5❤‍🔥 1👏 1🙏 1👌 1
Jika ada aib saudara yang kita tahu, biarlah berakhir di jari kita sahaja. Jangan disebarkan. Nabi ﷺ pesan: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.” (HR Muslim) #FawaidHadith
Mostrar todo...
53👍 10
Jangan lupakan saudara kita di Palestin dalam doa kita. Mereka masih dalam keadaan sukar, jangan luntur dari berdoa.
Mostrar todo...
85👍 12