cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Mostrar más
Advertising posts
20 709Suscriptores
Sin datos24 hours
-197 days
+20730 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Dunia Berputar Kita berada pada zaman yang sukar. Ujian ekonomi, sosial, politik, perubahan iklim dan bermacam-macam lagi. Seakan menekan kita dari segala sudut. Namun, janji Allah SWT dalam surah al-Insyirah bahawa setiap kesukaran bersamanya kesenangan memberikan kita satu harapan baharu. فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا Harapan untuk mencari kebahagiaan di sebalik kesengsaraan, ketenangan di sebalik kegusaran, kegembiraan di sebalik kesedihan, kelapangan di sebalik kesibukan. Berdoa lah kepadaNya bersungguh-sungguh setelah segala usaha dan daya telah kita lakukan. Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya hingga ke SyurgaNya. https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

31👍 10
Viral Semakin berkembang dunia teknologi, semakin canggih segala alat yang wujud hari ini. Kewujudan kenderaan elektrik, kebijakan peranti elektronik, kelajuan internet, termasuk lah media sosial yang diguna pakai hampir seluruh masyarakat dunia. Tidak dinafi semua yang ada di atas bumi punyai kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan. Semuanya tentang diri pengguna bagaimana dia memanfaatkan atau memudaratkan perkembangan yang berlaku di sekeliling. Acap kali kita melihat fenomena masyarakat yang seakan mencari sesuatu untuk menarik perhatian orang lain apabila dunia teknologi kian diakses semua lapisan masyarakat. Semua yang menaikkan “rating” dan “viral” seolah menjadi tujuan utama tanpa mengira soal maruah, harga diri dan malu seorang yang bergelar INSAN apatah lagi seorang MUSLIM. Mari renungi hadis-hadis Nabi SAW; َاْلإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ َاْلإِيْمَانُ. "Iman mempunyai enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan 'Lâ ilâha illallâh,' dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu merupakan salah satu cabang Iman." (HR. Imam Al Bukhari No 9). اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ "Iman dan malu merupakan pasangan dalam segala situasi dan kondisi. Apabila rasa malu sudah tidak ada, maka iman pun sirna." (HR. Al Hakim). Jelas terbukti dalam hadis-hadis Nabi SAW malu terkait dengan Iman. Betapa canggihnya teknologi suatu masa nanti tidak mengikis sifat malu kita. Kita akan beroleh Ketenangan dan kedamaian dengan cara memelihara malu dan maruah. Kita akan dihormati walaupun tidak “famous” di mata masyarakat. Harga diri dan maruah terlalu tinggi dan wajib dipelihara oleh setiap yang berakal dan beragama Islam. Selagi mana iman kita mampu jaga, selagi itu malu kita ada. Wahai orang-orang beriman, bertakwa lah dan takut lah azabNya yang bakal menimpa bagi yang lalai, buang lah sikap suka mengejar VIRAL, LIKES, SHARE, FOLLOW semata-mata. Pelihara diri kita, keluarga, rakan-rakan daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menggoda terutama zaman “viral” seperti hari ini. https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 42 15
Waktu Dalam Kehidupan Muslim Waktu amat berharga dalam kehidupan kita. Waktu yang berlalu tidak akan kembali. Ramadan dan kelebihan yang terdapat di dalamnya telah berlalu. Setiap kita belum pasti dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun akan datang. Jika bertemupun, belum pasti kita berpeluang merebutnya dengan pelbagai amalan soleh seperti tahun sebelumnya. Mungkin ketika itu kita tidak berdaya melakukan ibadat puasa. Tidaklah datang suatu hari yang baru melainkan ia berkata kepada anak Adam sebagaimana yang diriwayatkan; telah berkata al-Imam Hassan al-Basri, يا ابن آدم انا خلق جديد وعلى عملك شهيد فتزود منى بعمل صالح فإنى لا أعود الى يوم القيامه Maksudnya: "Wahai Anak Adam, aku (hari baharu) adalah ciptaan baru. Aku menjadi saksi atas amalanmu. Berbekallah daripadaku dengan amal soleh kerana aku tidak akan kembali sehingga hari Kiamat". Waktu yang berlalu kita berikan unit ukuran seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Akhirnya ia membentuk sesuatu yang kita panggil umur dan usia. Sesungguhnya kesempatan umur dan usia yang dimiliki oleh seseorang menentukan kelangsungan usia dan ajal seseorang. Firman Allah : وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤ Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan (Surah Al-Araf ayat: 34) Setiap detik masa yang kita lalui, umur yang kita miliki akan dipersoal di hari akhirat kelak. Justeru kita perlu memanfaatkan setiap detik masa dan usia ini sebaik mungkin dengan amal yang bermanfaat. خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48) Waktu yang berlalu seringkali membuatkan manusia tertipu. Ia merasakan esok masih ada. Sedangkan waktu dan hari yang berlalu pergi meninggalkan kita tidak akan kembali sehingga hari kiamat. Berapa ramai dari kalangan kita yang membiarkan masa berlalu tanpa amal yang bermanfaat. Alangkah sedihnya mengenangkan waktu yang berlalu tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga waktu dan hari yang ada ini kita rebut kesempatan menyediakan bekalan. Bukan sahaja untuk survival diri, juga untuk survival Islam dan umat ini. Pepatah Melayu menyebutkan, Masa Itu Emas. Ia amat berharga dan perlu diguna serta dimanfaatkan sebaik mungkin. Pepatah Arab menyebutkan; الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك "Masa Seperti Pedang, Andai Engkau Tidak Memotongnya, Dia Akan Memotongmu." Jangan kita biarkan masa berlalu tanpa kita gunakan dengan cara yang bermanfaat. Waktu yang berlalu tidak akan kembali. https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

35👍 7
📌 BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL 🩷💚 Tarikh cadangan puasa 6 bagi tahun 2024 M/1445 H: 🌟 22/4 (Hari Putih + Isnin) 13 Syawal 🌟 23/4. ( Hari Putih ) 14 Syawal 🌟 24/4. ( Hari Putih ) 15 Syawal 🌿 25/4. ( Khamis ) 16 Syawal 🌿 29/4 ( Isnin ) 20 Syawal 🌿 2/5 ( Khamis ) 23 Syawal Berhimpun 3 Fadhilat 1. Puasa 6 Syawal 2. ⁠Puasa Isnin Khamis 3. ⁠Puasa Hari Putih ✔️ Tahniah buat yg dah selesai ✔️ Buat awal itu yg terbaik
Mostrar todo...
81👍 29
Hasil Tarbiah Ramadan Kita baru sahaja melalui Tarbiah di bulan Ramadan. Saya yakin dan percaya, pelbagai ibadat telah kita gandakan. Namun adakah amal tersebut berkekalan sehingga kini? Kita baru sahaja menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga. Kebanyakannya berkesempatan pulang ke kampung berhari raya bersama ibu bapa dan saudara mara. Tahukah kita bahawa  saudara kita di Palestin menyambut hari lebaran dengan peluru dan titisan darah. Namun adakah kita merasa selesa berhari raya di Negara kita dengan mercun dan bunga api? Atau hanya bersedih kerana tidak dapat berhari raya di kampung. bertemu keluarga dan sanak saudara kerana bertugas wajib. Mungkin juga kita terus merasa tenang dan terus tertipu dengan ketenangan, keselesaan dan kehebatan apabila kita menjauhkan diri dari orbit ibadah, dakwah dan tarbiah. Tiada lagi kesibukan bertilawah, berqiamullail juga bersedekah. Aktiviti usrah, katibah, daurah dan pelbagai wasilah dakwah kita dah tak kisah. Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kerdil apabila memikirkan untung nasib ketika berhadapan dengan Rabbul Jalil nanti. Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kekurangan apabila melihat segala amalnya berbanding salafussoleh terdahulu. Ketahuilah, orang yang  perihatin terhadap nasib umat Islam lain seperti di Palestin, Syria dan lain-lain akan sentiasa merasa bersalah apabila kemampuan terbatas dan terhad untuk memberi bantuan dan pertolongan. Ketahuilah, dakwah akan terus berjalan, sama ada penumpangnya ramai atau sedikit, sama ada kita bersama atau tidak, sama ada kita bantu atau tidak, sama ada kita suka atau tidak....... ia akan terus berjalan. Maka berungtunglah sesiapa yang sentiasa memperbaiki segala amalnya. Maka beruntunglah sesiapa yang sentiasa perihatin dan memberikan segala bantuan kepada orang lain. Maka beruntunglah sesiapa yang terus bersama dengan dakwah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus bersama dalam memperbaiki amal, keprihatinan serta medan dakwah sehingga ke nafas yang terakhir... Semakin dekat kita dengan paksi orbit ini maka makin kita terasa 'kita di mana' dalam pandangan Allah SWT. https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 16 12🥰 1
Perjuangan Tiada Kesudahan Jihad yang berlaku demi mempertahankan tanah air dan Kota Suci Bait al-Maqdis merupakan perjuangan panjang yang perlu disokong seluruh umat Islam. Perjuangan ini telah mengorbankan jiwa, harta, masa dan segalanya. Namun, kita yakin setiap pengorbanan ini pasti diganjari dengan ganjaran agung di sisiNya. Kita pula di negara yang aman damai, jihad kita termasuk lah jihad nafsu, jihad ilmu, jihad melawan godaan syaitan dan sebagainya. Kesemua jihad ini sedikit sebanyak menginsafi penderitaan saudara-saudara kita di bumi yang bergolak khususnya Palestin saat ini. Firman Allah SWT; وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” Mari kita berusaha untuk berjihad dengan penuh kesungguhan sama ada dalam bidang ilmu, kepakaran, pekerjaan, menentang hasutan syaitan dan hawa nafsu. Kita sambung semangat berkobar kita melawan hawa nafsu sewaktu Ramadan hingga kita bertemu Ramadan akan datang. اللهم انصر إخواننا في فلسطين 🇵🇸 اللهم ثبت أقدامنا في جهادنا https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 28 20
18👍 17
Umpama Berpuasa Sepanjang Tahun Kita baru sahaja menunaikan ibadat puasa sebulan di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima ibadat kita. Disamping ibadat puasa fardhu, terdapat juga galakan untuk kita mengerjakan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984) Status: Hadis Sahih Berdasarkan hadis di atas, mereka yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 60 hari atau dua bulan”. Terdapat juga hadis yang menerangkan kelebihan kepada mereka yang berpuasa sunat selain Sunat Syawal. Antaranya puasa tiga hari setiap bulan, sama ada puasa Isnin atau Khamis juga puasa pada hari-hari Puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah). Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda, صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ “Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979) Puasa tiga hari menyamai puasa tiga puluh hari atau sebulan. Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya, يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ “Wahai Abu Zar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761) Hadis Hasan. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih Di kesempatan Syawal yang masih ada ini, bagi yang belum memulakan puasa sunat Syawal, jom rebutlah peluang yang ada untuk berpuasa sunat, kerana kita tidak pasti akan bertemu Syawal pada tahun akan datang atau tidak. https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 14 6
Syawal Dan Ziarah Saling ziarah menziarahi adalah antara amalan yang dituntut di dalam Islam. Menjadi tradisi dalam masyarakat di Malaysia apabila menjelang Aidil Fitri ialah amalan saling kunjung mengunjung sama ada antara kaum kerabat mahupun jiran tetangga. Tujuannya untuk saling bermaafan dan mengeratkan hubungan silaturahim mahupun ukhuwah. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda : مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً ”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah SWT maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” (HR Tirmizi No: 2008). Status: Hadis Sahih Perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi syariat dan adab bersilaturahim dan berukhuwah. Antaranya; 1.  Pastikan memakai pakaian sopan dan menutup aurat. 2.  Tidak menziarahi terlalu lama. 3.  Sebaiknya meminta izin dan memilih masa yang sesuai kerana kita perlu menghormati privasi orang yang diziarahi. 4.  Berusahalah untuk mengeratkan ukhuwah serta silaturahim dengan kaum kerabat melalui ziarah yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Daripada Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim. (Sahih Bukhari No: 5639) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih Bagi kita yang masih ada ibu bapa, adik beradik, serta kaum kerabat yang tidak dapat diziarahi secara fizikal, manfaatkan teknologi yang ada untuk bertanya khabar mereka dalam kerangka mengeratkan silaturahim. https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 26 11
Hakikat Hari Raya Sebahagian salafusolleh menyebutkan; ليس العيد لمن لبس الجديد Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru إنما العيد لمن طاعاته تزيد Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya. ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya إنما العيد لمن غفرت له الذنوب Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya. ليس العيد لمن كسب الربياة Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit إنما العيد لمن وجد الرحمة Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah. ليس العيد لمن كثر الاشراب و الطعام Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum إنما العيد لمن عمل الصواب و الدوام Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan. ليس العيد لمن ذهب في اي المكان Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi kemana sahaja tempat yang dia suka إنما العيد لمن يزيد الايمان Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya. Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata; كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya. Eid Mubarak… Selamat Hari Raya تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian. https://t.me/kapsul_tazkirah
Mostrar todo...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

35👍 15😢 2