cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Jom Selawat & Istighfar 🇲🇾 🇵🇸

"Di Akhir Zaman ini, Jangan kalian tinggalkan ISTIGHFAR dan SELAWAT kepada Rasulullah ﷺ. Tidak ada suatu yang lebih besar manfaatnya daripada dua perkara ini di Akhir Zaman."~[Syeikh Muhd Zainul Asri]

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
491
Suscriptores
Sin datos24 horas
+77 días
+830 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

01:02
Video unavailableShow in Telegram
Tawwasul dengan amal soleh kita.
Mostrar todo...
5.49 MB
Faedah Haul Imam Abdullah Alawi Al-Haddad Ucapan: Habib Kadzim bin Jaafar As-Saqqaf حفظه الله 1-Jika di dalam hati kita ada takzim kepada syariat dan cinta orang soleh, itu mudah-mudahan tanda ruhnya hidup 2-Jika benci cerita orang soleh, itu khuatir tanda dirinya jauh dengan dengan Allah 3- Betapa banyak ruh yang terisi apabila dibacakan karangan Sang Imam, termasuk juga karangan qasidah beliau. Apakah rahsianya walaupun beliau sudah lama wafat, namun membacanya kitab dan qasidah beliau, kita tidak terasa bosan? Ini kerana sirnya adalah sang imam mendekatkan diri dengan Allah dan ini (dan keberkatan itu) masih berterusan sehingga sekarang melalui sifat Allah, Al-Baqi (Yang Maha Kekal) 4- Jika ditanya kepada beliau apakah sebab beliau diberikan kedudukan demikian, nescaya beliau akan menjawab: "Aku tiada apa melainkan kerana inkisar (tunduk, hancur) hati, pengakuan sebagai hamba yang berdosa, hati yang sentiasa inginkan rahmatNya." Inilah penyebab datang bantuan Allah seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Qudsi: أنا عند منكسرة قلوبهم ((Aku - Allah- bersama mereka yang pecah hati mereka)) 5-Kita semua sangat افتقار berharap kepada Allah untuk kita sentiasa diberi nikmat, dan rahmat Allah. Rasakan bahawa kita benar-benar lemah terhadap Allah. Perkara ini adalah ubat jiwa bagaimana Sang Imam ungkapkan dalam qasidah قد كفاني, dengan adanya perasaan di atas, sang imam panjatkan doanya kepada Allah. Lihat bagaimana Sang Imam ungkapkan setelah merasai iftiqar, dan lemah jiwanya: فلهذا السر أدعو في يساري وعساري "Kerana rahsia inilah, aku berdoa kepada Allah ketika senang dan susahku" Bukan hanya ada perasaan ini bila waktu susah sahaja, tetapi waktu senang pun tetap ada perasaan ini. 6-Siapa yang dalam keadaan sedih atau kemurungan, maka bacalah qasidah قد كفاني ini dengan hati yang jujur kepada Allah (disamping memahami maknanya), nescaya akan dihilangkan Allah kesedihan itu dengan izin Allah. 7-Jangan murung dengan kehidupan, kerana semuanya telah ditentukan Allah, kuatkan ikatan kamu dengan Allah dengan membaca: { وَأُفَوِّضُ أَمۡرِیۤ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِیرُۢ بِٱلۡعِبَادِ } [Surah Ghâfir: 44] Bacalah sehari 100x 8-Mengingat hari kelahiran, hari kewafatan orang soleh ini sebenarnya mengingatkan firman Allah tentang ucapan salam (penghormatan kepada Nabi Isa عليه السلام { وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَیَّ یَوۡمَ وُلِدتُّ وَیَوۡمَ أَمُوتُ وَیَوۡمَ أُبۡعَثُ حَیࣰّا } [Surah Maryam: 33] Maka, tidak salah kita mengingati hari kelahiran atau kewafatan orang soleh. Mudah-mudahan kisah orang soleh lebih khusus sang Imam memberi motivasi untuk terus kita menambahkan ketaatan kepada Allah. والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir Haul Imam Abdullah Alawi Al-Haddad Masjid Negeri Shah Alam 4 Jun 2022 https://www.facebook.com/share/9brqbrs7kpWsSeLX/?mibextid=oFDknk
Mostrar todo...
Repost from Ahbabul Mujtaba
Photo unavailableShow in Telegram
اللّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلِّمْ Alhamdulillah Semoga Alloh ﷻ memberikan kesehatan dan kekuatan kepada kita semua untuk tetap semangat dan istiqomah bersholawat hingga akhir hayat. Di mudahkan lisan kita untuk bersholawat serta di qobullkan semua hajat dunia dan akhirat. 🤲🤲🤲🤲 آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Mostrar todo...
Pdf fikih qurban, silahkan dipelajari dan di share
Mostrar todo...
qurban.pdf1.54 MB
Pada keesokkan harinya penguasa tersebut tiba-tiba datang kepada pelayan itu dengan mengembalikan semua harta kekayaannya yang dirampas dan dia pun meminta maaf atas segala kesalahannya. Penguasa itu bercerita: “Alu telah didatangi oleh seorang yang sifatnya demikian, demikian, sambil mengancamku jika aku tidak mengembalikan barangmu yang kurampas ini”. Segala sifat yang disebutkan oleh penguasa tersebut sama seperti yang terdapat pada diri Syeikh Abu Bakar. Diceritakan pula oleh sebagian kawannya bahawasanya pernah ada seorang ketika dalam suatu perjalanan di padang pasir bersama keluarganya tiba-tiba ia merasa haus tidak mendapatkan air. Sampai hampir mati rasanya mencari air untuk diminum. Akhirnya ia teringat pada Syeikh Abu Bakar Asseggaf dan menyebut namanya minta pertolongan. Waktu orang itu tertidur ia bermimpi melihat seorang penunggang kuda berkata padanya: “Telah kami dengar permintaan tolongmu, apakah kamu mengira kami akan mengabaikan kamu?” Waktu orang itu terbangun dari tidurnya, ia dapati ada seorang Badwi sedang membawa tempat air berdiri di depannya. Badwi itu memberinya minum sampai puas dan menunjukkannya jalan keluar hingga dapat selamat sampai ke tempat tujuan. Waliyullah Abu bakar al-sakran wafat di Tarim tahun 821 Hijriyah. Dipetik dari Kemuliaan Para Wali diriwayatkan oleh Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa. https://www.facebook.com/share/p/eaECiZofhoU2Rmu9/?mibextid=oFDknk
Mostrar todo...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Wirid Sakran dari Syeh Abu Bakar As SAkran Berikut adalah Wirid SAkran yang merupakan salah satu wirid khas yang diamalkan di tariqa alawiyyin beserta manakib sohibul wirid dari Syeh Abu Bakar Assakran MANAKIB AL IMAM AS-SAKRAN Beliau adalah Sayyidinal Imam Abu Bakar As-Sakran bin Syeikh al Ghauts Abdurrahman As-Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin Alwi Al-Ghoyur bin Al-Imam Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Al Muhajir bin Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin Ali Al-'Uraidhi bin Ja'far Ash-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain bin Siti Fatimah Az-Zahro binti Muhammad SAW ) Beliau digelari dengan As-Sakran (mabuk) , karena beliau mabuk dengan cintanya kepada Allah swt. Waliyullah Abu Bakar al-sakran dikarunia lima orang anak laki, yaitu: Muhammad al-akbar, Hasan, Abdullah, Ali, dan Ahmad. Dari ketiga anaknya yang bernama Abdullah, Ali dan Ahmad menurunkan keluarga al-Aydrus, Syahabuddin, al-Masyhur, al-Hadi, al-Wahath, al-Munawar. Beliau adalah seorang wali Allah yang mempunyai berbagai macam karamah yang luar biasa. Beliau berasal dari keturunan Al-Ba’alawi. Sebahagian dari karamahnya pernah diceritakan bahawasanya pernah ada dua orang yang datang ke kota Tarim (Hadhramaut) dengan maksud mengunjungi setiap orang terkemuka dari keluarga Al-Ba’alawi yang berada di kota tersebut. Setibanya di suatu masjid jami’ keduanya dapati Syeikh Abu Bakar sedang bersolat di masjid tersebut. Setelah solat Jumaat selesai keduanya menunggu keluarnya Syeikh Abu Bakar dari masjid. Namun beliau tetap duduk beribadat dalam masjid sampai hampir matahari terbenam. Kedua orang itu merasa lapar, tapi keduanya tidak berani beranjak dari masjid sebelum bertemu dengan Syeikh Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Syeikh Abu Bakar Asseggaf menoleh kepada mereka berdua sambil berkata: “Ambillah apa yang ada dalam baju ini”. Keduanya mendapati dalam baju Syeikh itu sepotong roti panas. Roti tersebut cukup mengenyangkan perut kedua orang tersebut. Bahkan masih ada sisanya. Kemudian sisa roti itu barulah dimakan oleh Syeikh Abu Bakar”. Ada seorang diceritakan telah meminang seorang gadis. Syeikh Abu Bakar ketika mendengar berita tersebut telah memberikan komentarnya: “Pemuda itu tidak akan mengahwini gadis itu, ia akan kahwin dengan ibu gadis tersebut”. Apa yang diceritakan oleh Syeikh Abu Bakar ersebut ternyata benar, kerana tidak lama kemudian ibu gadis itu diceraikan oleh suaminya. Kemudian pemuda itu membatalkan niatuntuk mengahwini gadis tersebut. Bahkan sebagai gantinya ia meminang ibu gadis tersebut. Diceritakan pula bahwa ada serombongan tetamu yang berkunjung di Kota Tarim tempat kediaman Syeikh Abu Bakar Asseggaf. Tetamu itu tergerak di hatinya masing-masing ingin makan bubur gandum dan daging. Tepat waktu rombongan tetamu itu masuk ke rumah Syeikh Abu Bakar, beliau segera menjamu bubur gandum yang dimasak dengan daging. Kemudian sebahagian dari rombongan tersebut ada yang berkata: “Kami ingin minum air hujan”. Syeikh Abu Bakar berkata kepada pembantunya: “Ambillah bejana itu dan penuhilah dengan air yang ada di mata air keluarga Bahsin”. Pelayan itu segera keluar membawa bejana untuk mengambil air yang dimaksud oleh saudagarnya. Ternyata air yang diambil ari mata air keluarga Bahsin itu rasanya tawar seperti air hujan. Pernah diceritakan bahawasanya ada seorang Qadhi dari keluarga Baya’qub yang mengumpat Syeikh Abu Bakar Asseggaf. Ketika Syeikh Abu Bakar mendengar umpatan itu, beliau hanya berkata: “Insya-Allah Qadhi Baya’qub itu akan buta kedua matanya dan rumahnya akan dirampas jika ia telah meninggal dunia”. Apa yang dikatakan oleh Syeikh Abu Bakar tersebut terlaksana sama seperti yang dikatakan. Ada seorang penguasa yang merampas harta kekayaan seorang pelayan dari keluarga Bani Syawiah. Pelayan itu minta tolong kepada Syeikh Abu Bakar Asseggaf.
Mostrar todo...
👍 1
Maulana Sheikh Ali Jumu'ah Hafizhohullah menceritakan tentang kisah Saffanah iaitu anak perempuan Hatim At-To'ie yang suatu hari ditawan. Kemudian dibawakan lalu diperkenalkan kepada baginda bahawa beliau adalah anak Hatim . Baginda Nabi ﷺ bertanya: ((Hatim At-To'ie?)) Jawabnya : Ya Rasulullah ﷺ terus memuliakan Saffanah dengan mempersilakannya duduk atas ridak baginda. Ini kerana baginda Rasulullah ﷺ ingin memuliakan ayahnya yang sangat menyukai akhlak yang mulia. Allah..Sheikh waktu ni cerita dalam keadaan sebak 🥹 Namun yang tragisnya , bila anaknya tanya baginda Rasulullah ﷺ, adakah Hatim (ayahnya) di syurga? Jawab Baginda Rasulullah ﷺ: ((Tidak, ia di dalam neraka kerana derma yang dilakukannya kerana sum'ah iaitu untuk dipuji manusia)) Sedangkan ia pula tidak beriman dengan Allah Taala Inilah satu pengajaran berharga bahawa kebaikan yang banyak dibuat di dunia tidak bermanfaat di akhirat walaupun namanya disebut di dunia sebagai orang pemurah. Ya Rabb Kerana itu baginda Rasulullah ﷺ tekankan iman terlebih dahulu, sebelum istiqamah dengan berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. قُلْ: آمَنْتُ باللَّهِ، ثم اسْتَقِمْ Lihatlah, hanya manfaat di dunia diperolehinya kerana ketiadaan asas utama iaitu beriman kepada Allah Fawaid hadis ke 21 Catatan ringkas: Abu Abbas Muhammad Shahir https://www.facebook.com/share/x7UfV8GzrCaxAC5x/?mibextid=oFDknk
Mostrar todo...
Pahala Yang Amat Besar bagi Pembacaan Ayat 111 dari Surah al-Isrāʾ (Ayat al-ʿIzz) Selepas Solat <<<< >>>> عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلَاتِهِ: اَلْحَمْدُ ِلِله الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمـُلْكِ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيُّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا _ كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَالْأَرَضِينَ السَّبْعِ وَمَا فِيهِنَّ وَمَا تَحْتَهُنَّ وَالْجِبَالِ، وَذَلِكَ أَنَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ: تَكَادُ السَّمَٰوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا * أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدًا *_ فَلِهَذَا مِنَ الأَجْرِ كَمَا عَلَى هَذَا الْكَافِرِ مِنَ الْوِزْرِ Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: ”Barang siapa yang mengucapkan di akhir solatnya [setelah selesai salam, ayat 111 dari Surah al-Isrāʾ]: + اَلْحَمْدُ ِلِله الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمـُلْكِ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيُّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا _ ((Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh! )), maka baginya pahala seumpama tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan apa-apa yang terdapat di dalamnya dan apa-apa yang ada dibawahnya dan gunung-ganang. Dan ini adalah kerana Allah عَزَّ وَجَلَّ berfirman (Maryam:90-91): تَكَادُ السَّمَٰوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا * أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدًا * “Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan [anggapan mereka] yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap [90]. Kerana mereka mendakwa mengatakan: [Allah] Al-Raḥmān mempunyai anak [91].” Maka bagi pembaca [pujian ini] pahala sepertimana dosa bagi si kafir [yang mendakwa Allah mempunyai anak sepertimana yang telah disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran ini].” T: (al-Ṭabarānī (360H): al-Duʿā'), No. 676 [Lafaz di atas]. [Pada sanadnya ʿAbd al-Ṣamad bin Muḥammad bin Maʿdān al-Salmashīnī: majhūl al-ḥāl] [Hadis ḍāʿīf boleh diamalkan dalam fadilat amalan] Kitab: Zikrullah Selepas Solat Fardu: Sunnah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan Amalan Para Ulama’ (2024) PENUNTUT ILMU https://www.facebook.com/share/DLG6xiXEnJcsX6AK/?mibextid=oFDknk
Mostrar todo...
11 Pesanan Sheikh Dr. Yusri Al-Azhari Antara panduan serta nasihat Sheikh Dr. Yusri Rushdi Al-Hasani buat anak-anak muridnya ketika majlis pengajian umum: مِن نَصَائِحِ وَتَوْجِيهَاتِ سَيِّدِي الدُّكْتُورِ يُسْرِي جَبْر لِمُرِيدِيهِ فِي المَجَالِسِ العَامَّةِ وَالخَاصَّةِ ١_ المُحَافَظَةُ عَلَى الفَرَائِضِ فِي المَسْجِدِ وَلَا تُفَرِّطْ فِي السُّنَنِ. 1. Melazimkan diri sembahyang fardhu di masjid dan jangan keterlaluan melakukan ibadah sunat. ٢_ وِرْدُ القُرْآنِ هُوَ الأَسَاسُ أَمَّا الأَوْرَادُ الأُخْرَى فَهِيَ لِكَيْ تَمْلَأَ وَقْتَ فَرَاغِكَ حَتَّى لَا يُوقِعَكَ الشَّيْطَانُ فِي المَعْصِيَةِ. 2. (Pilih jumlah ayat Al-Quran yang sesuai dengan keadaan diri dan kerjaya, lalu jadikannya sebagai rutin harian. Jangan sesekali 'skip' kerana) wirid Al-Quran ini ialah asas dalam hidup kita. Adapun bacaan-bacaan lain pula, Sufi menganjurkan bacaannya supaya masa lapang kamu terisi, seterusnya menyelamatkan kamu dari terjatuh ke lembah maksiat akibat godaan Syaitan. ٣_ عَدَمُ تَرْكِ قِيَامِ اللَّيْلِ وَلَوْ رَكْعَتَيْنِ. 3. Berusaha sedaya mungkin untuk tidak tinggalkan qiamullail, meskipun cuma menunaikan 2 rakaat. ٤_ عَدَمُ السَّهَرِ فِي قِرَاءَةِ الأَوْرَادِ وَتَضْيِيعِ صَلَاةِ الفَجْرِ فَلَا تُقَدِّمِ السُّنَّةَ عَلَى الفَرْضِ. 4. Tidak bersengkang mata hanya untuk membaca wirid-wirid sunat sehingga terabai solat Subuh. Oleh itu, jangan utamakan ibadah sunat berbanding yang fardhu. ٥_ كُنْ صَاحِبَ عَزِيمَةٍ فَالصُّوفِيَّةُ أَصْحَابُ عَزَائِمَ. 5. Jadilah mukmin yang punya komitmen, kerana para sufi sangat menitikberatkan pengurusan hidup, (baik dari sudut ibadah mahupun muamalah seharian). ٦_ المُسَارَعَةُ إِلَى التَّوْبَةِ عَنْ قَرِيبٍ فَإِنْ وَقَعْتَ فِي ذَنْبٍ فَتُبْ مِنْ قَرِيبٍ وَلَا تُؤَجِّلْ. 6. Taubat sesegera mungkin iaitu sejurus selepas melakukan dosa, terus bertaubat dan jangan bertangguh. ٧_ المُحَافَظَةُ عَلَى الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ لَا سِيَّمَا بِقِرَاءَةِ كِتَابِ دَلَائِلِ الخَيْرَاتِ (وَهُوَ مِنْ أَوْرَادِ مَسْجِدِ الأَشْرَافِ يَوْمِيًّا بَعْدَ المَغْرِبِ صَيْفًا وَبَعْدَ العِشَاءِ شِتَاءً). 7. Selawatlah ke hadrat Nabi ﷺ dengan tekun. Bacalah kitab himpunan selawat 'Dalail Khairat' terutamanya, (ia sudah jadi bacaan harian di Masjid Al-Ashraf). ٨_ الصَّبْرُ عَلَى البَلَاءِ وَالرِّضَا بِقَضَاءِ اللهِ وَقَدَرِهِ. 8. Sabar menghadapi bala serta redha dengan qada' dan qadar yang ditetapkan ilahi. ٩_ الاِهْتِمَامُ بِدِرَاسَةِ العِلْمِ الشَّرْعِيِّ لَا سِيَّمَا الفِقْهُ وَالعَقِيدَةُ حَتَّى تَعْبُدَ اللهَ بِطَرِيقَةٍ صَحِيحَةٍ وَعَقِيدَةٍ سَلِيمَةٍ وَالتَّمَسُّكُ بِمَذْهَبِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالجَمَاعَةِ. 9. Bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu agama, lebih-lebih lagi ilmu fiqah dan aqidah, supaya kamu dapat menyembah Allah Taala dengan cara yang betul, aqidah yang benar, melalui pegangan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. ١٠_ إِحْسَانُ الظَّنِّ بِجَمِيعِ المُسْلِمِينَ وَلَا تَدْعُ عَلَى مُسْلِمٍ مَهْمَا خَالَفَكَ أَوْ آذَاكَ. 10. (Pujuklah diri supaya bersikap) baik sangka kepada semua orang Islam, jangan sekali-kali mendoakan keburukan sesama muslim walau apapun yang terjadi. Meskipun dia pernah menyakiti kamu, teruskan husnuzon. ١١_ عَدَمُ إِضَاعَةِ الوَقْتِ فِيمَا لَا طَائِلَ كَسَمَاعِ الأَغَانِي وَالمُسَلْسَلَاتِ وَالأَفْلَامِ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَعْجِزْ. 11. Tidak mensia-siakan waktu membuat aktiviti yang tak bermanfaat seperti kerap mendengar lagu, menonton drama bersiri mahupun filem. (Namun, semua 'penyakit' ini masih boleh dirawat dengan) memohon bantuan Allah dan kamu jangan menyerah kalah. وَاللهُ أَعْلَمُ
Mostrar todo...
👍 1