cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tips Rezeki & Kebahagiaan

Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah 💕💝

Mostrar más
Advertising posts
2 624Suscriptores
Sin datos24 hours
-27 days
-2130 days
Archivo de publicaciones
Carilah tangan yang sudi hulur saat kita jatuh. Mata yang nampak kebaikan kita saat tidak sempurna. Hati yang setia menerima kita saat dalam kesusahan.
Mostrar todo...
Imam Sufyan Ats Tsauri berkata, “Sedikit makan memudahkan ibadah malam. Berpuasa menutup pintu maksiat dan membuka pintu ibadah. Sedikit berbicara melembutkan hati dan banyak berdiam memelihara lidah menghasilkan warak. Jangan suka mengutuk nescaya kamu selamat dari kejahatan lidah manusia. Jadilah pengasih penyayang. Dengan sifat pemurah kamu dapat menutup aib dan diringankan hisab serta huruhara kiamat.” @islamitu_indah
Mostrar todo...
Walau sehelai daun pun , jika Allah tidak izinkan tidak akan jatuh ke permukaan bumi . Dan , adakah kita masih ragu-ragu dengan masa depan kita ? Jangan terlalu keluh kesah dengan masa depan kita kerana jika Allah mahu berikan sesuatu itu kepada kita hanya boleh berlaku dalam sekelip mata .  Maka , yakin tiap-tiap apa yang Allah telah tetapkan untuk kita ianya tetap akan menjadi milik kita kerana semua yang berlaku didunia ini semuanya atas keizinan Allah . 
Mostrar todo...
Kedudukan si isteri itu, posisi yang rapuh... Dia akan dipersalahkan utk apa saja... Pasangan tak solat, dia salah, sbb dia tak tegur walhal dah berbuih mulut tegur dan nasihat... Duit tak cukup, dia salah sbb dia yg menghabiskan duit setiap bulan walhal duit dihabiskan utk keperluan, jauh sekali kemahuan... Pasangan buat perangai, pasangan ada skandal, dia salah sbb dia tak buat yg terbaik dlm hubungan walhal dah habis kudrat dia taburkan... Apa perkara yg dia tak salah...? Anak tak dengar cakap, anak malas belajar, anak lambat mandi, pun salah isteri... Belum lagi masak tak sedap, lambat masak, tak masak, tak sambut depan pintu, tak senyum, dingin, merajuk, tak cakap, buat muka...ini pun termasuk senarai kesalahan isteri... Mana ada perkara yg isteri tak salah... Kita nampak semua perkara jadi salah isteri sebab kita cari salah dia...cuba kita tak cari salah dia, tengok apa yg dia dah buat utk kita, dalam rumahtangga... Baru kita sedar betapa banyak dah pengorbanan dia, jasa dia, budi dia...baru kita rasa yg kita sendiri yg banyak salah, bukan dia... Jangan hanya nak semua perkara baik-baik belaka utk diri kita namun kita tak nak buat baik kepadanya... PENTING DIRI namanya tu...👈 Kredit : Firdaus Shakirin
Mostrar todo...
DOA YANG TERGANTUNG    Ni kalau saya tulis ni mesti ada yang terasa. Saya pun selalu jugak buat macam tu. kita geng. sama sama kita ambil ikhtibar ya.  .  Nasihat ni saya dapat dari Ustaz Muhktar Fathony.  .   Contohkan kita teringin sangat nak ada rumah semi D corner lot atau sales 1 juta pastu hari hari kita doa benda tu, sebenarnya kan sales 1 juta tu dah ada Allah ready untuk kita.     .  Setiap kali Allah mengilhamkan pada hamba-Nya untuk berdoa, maka Dia sedang berkehendak untuk memberi kurniaan itu pada hamba-Nya.    .  Sebab berdoa, meminta, memohon, berharap, bermunajat kepada Allah itu adalah diantara jalan ketaqwaan.  Kata Ustaz Muhktar Fathony, jika berdoa itu diilhamkan itu maksudnya barangnya sudah ada, sudah disiapkan.   .    Tinggal penuhi syarat dan ketentuannya.   .    Namun yang menjadi msalahnya, banyak diantara kita yang BERDOA tapi tidak BERHARAP.  .  berdoa tapi tidak menghadirkan jiwa,  .  berdoa tapi tak memohon,   .  berdoa tapi tak merendahkan hati dan menjaga kelembutann (tadorru'an wa khufyatan),   .  kerana Masalah terbesar   bukan amanah hutang menggunung  bukan pada suami yang curang   bukan pada bisnes yang lingkup  bukan pada pekerjaan yang hilang  .  tapi pada hati yang kehilangan RASA  .  kerana dengan rasa ni lah kita menikmati manisnya perhambaan. lazatnya penyerahan diri pada Allah. yang lebih nikmat dari pengabulan doa tu sendiri  .  Seperti kata saidina Umar, yang aku takut bukan doaku tidak dikabulkan tetapi yang aku takut adalah aku tidak diberi hidayah untuk berdoa lagi.  .  hakikatnya berdoa adalah dalah satu jalan taqwa yang Allah ilhamkan pada kita.  .  Siti Munirah A.Rashid  #111formulatarikrezeki   
Mostrar todo...
Persiapkan diri sebelum kedatangan bulan Ramadan dengan memperbanyak bertaubat kepada Allah. Barang siapa yang memasuki bulan Rajab dan Syaaban membiasakan dirinya dengan ibadah, maka ia akan diberikan kemudahan untuk beribadah di bulan suci Ramadhan. Semoga Allah merubah Ilmu menjadi Amal, Amal menjadi Ikhlas Tag sahabatmu & share jika bermanfaat 🕊 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ "Duhai Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan bulan Sya’ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan." #quotephotovideo 🐝🐝🐝
Mostrar todo...
Assalamualaikum semua sahabat syurga salam tahajjud.. Pejuang akhirat yang disayangi lagi dikasihi yang dirahmati Allah dunia akhirat... BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAHAJA AKU BEKERJA/BERNIAGA /BERIBADAH HARI INI KERANA INGIN MEMBANTU RAMAI ORANG MELALUI SERVIS ATAU PRODUK KERANA ALLAH TA'ALA
Mostrar todo...
Jika kita ada rezeki banyak ini, bersyukurlah· Usah dibandingkan dengan mereka yang kamu lihat diluar ada macam-macam. Apa pun rezekimu,  Dialah (rezeki ¡tu) yang menyelamatkan serba serbi hidupmu dari mereka yang tīada apa-apa langsung dibawahmu. Andai kamu mempunyai rezeki yang besar. Usah riak, usah sombong, usah terlalu tinggi diri itu, usah mendabik dada.  Sekalipun atas usahamu, tetapi jika tīada izin dariNya, kamu tidak jua memiliki apa-apa.. ingatlah ”kun-fayakun” Apa saja yang ditakdirkan ALLAH tidak akan berubah sekalipun. Dan itulah yang terbaik. Jika Allah berkehendakkan begitū, begitulah akan jadinya. Senyumlah dan berlapang dada :')) CnP
Mostrar todo...
Hati adalah anggota badan yang paling letih dalam mengharungi ujian dalam kehidupan. . Sepertimana mata, tangan , kaki dan seluruh badan memerlukan rehat begitu juga dengan hati. . Rehat dan rawat hati itu ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. . Bagaimana? . Dengan solat, taubat, munajat, istighfar dan selawat.
Mostrar todo...
"Hati mati kerana 3 perkara; Kasihkan dunia lalai dari zikrullah, membanyakkan makan & manjatuhkan anggota badan kepada maksiat"
Mostrar todo...
❤️
Mostrar todo...
Jangan resah dengan takdir. Allah genggam setiap doa, dan dilepaskan saat yang tepat💘
Mostrar todo...
Bila kita kenal Allah, kita akan istiqamah dalam melakukan kebaikan . Hari ini mungkin kita dilihat sebagai PENDOSA, Esok mungkin menjadi WALI Allah kerana tangisan Taubatnya ditengah Malam . Bersangka baik pada semua orang
Mostrar todo...
REZEKI Allah dah tetapkan, bnyak mana, waktu bila & bagaimana dapat semuanya.. Tapi sebagai hambanya kite wajib berusaha untuk mencarinya & bukan berdengki dengan rezeki org lain Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan kita dalam mencari rezeki.. Ingat dalam rezeki kita ada terselit rezeki org lain.. Nak sesuatu kena la Pasang NIAT yang baik² DOA USAHA💪 TAWAKAL SABAR Orang nampak senang kita TAPI orang TAK NAMPAK STRUGGLE nye kita nak dapat kan sesuatu.. Jangan la risau.. ALLAH da susun cantik² jalan hidup kite.. Cuma cepat atau lambat itu rahsia ALLAH..
Mostrar todo...
"Jangan pernah berhenti mendengar nasihat, kerana hati akan buta bila kehilangan nasihat." -✒️ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -
Mostrar todo...
notatazkirah  “Orang yang berakal adalah orang yang memaksa dirinya untuk taat kepada Allah SWT dan berbuat (mempersiapkan bekal) bagi akhirat, sedangkan orang yang lemah adalah orang yang membiarkan dirinya mengikuti hawa nafsu kemudian berangan - angan agar Allah mengampuninya.”  - HR At Tirmidzi -
Mostrar todo...
Yang membuat kita dewasa adalah masalah. Yang membuat kita kuat adalah doa. Yang membuat kita maju adalah usaha. Jangan berputus asa kerana masalah, kerana itu yang akan membuatmu lebih dewasa. Berdoalah kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan dan kemudahan🤲 ❤️
Mostrar todo...
Terkadang kita seperti rasa putus asa, tetapi pujuklah diri, sentiasa ingat yang Allah tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya.❤️
Mostrar todo...
Hidup didunia kita akan selalu menyalahkan orang yang menegur kita..... Tetapi, diakhirat kita akan saling menyalahkan orang yang tidak menegur kita semasa didunia. Orang yang suka memberi nasihat tu, Sebenarnya dia telah tempuhi banyak masalah hidup Sekarang ni lain. Ada pulak SEGELINTIR manusia yang bangga dengan dosa sendiri. Allahu... ❤️✨ #quotephotovideo 🕌🕌🕌 Semoga Allah sentiasa jaga aib Kita.
Mostrar todo...
Duit perlu dicari bukannya hanya ditunggu.. Ilmu perlu dicari bukannya hanya ditunggu.. Hidayah perlu dicari bukannya hanya ditunggu.. Berusahalah untuk mencari yang terbaik buat diri sendiri dan bukannya berusaha untuk menunggu yang terbaik.. ✨ #cantikdimata_indahdihati
Mostrar todo...
🤲🏼 DOA MEMINTA 4 PERKARA PENTING Dari sahabat mulia Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengucapkan : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى Allaahumma innii as-alukal hudaa wat tuqaa wal 'afaaf wal ghinaa "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu Al-Hudaa (petunjuk), At-Tuqaa (ketakwaan), Al-'Afaaf (terjaganya kehormatan), dan Al-Ghinaa (rasa cukup)." 📚 HR. Muslim, no. 2721
Mostrar todo...
Cuba ambil sebutir pasir dan campakkan ke dalam laut..kemudian kamu pergi selam dan cari semula...agak-agaknya jumpa balik tak...? - Macam itulah payahnya untuk mencari seorang insan yang pernah kau aniaya..di Padang Mahsyar kelak...😔 #quotephotovideo 🍃🍃🍃
Mostrar todo...
Jika sesuatu hal itu baik, maka Tuhan akan perkenankan. Andai sebaliknya, Tuhan akan menjauhkan. Dan untuk setiap doa yang telah engkau langitkan. Dia tidak akan membuatnya pulang dengan kehampaan. InsyaAllah akan kembali dengan membawa sesuatu yang jauh lebih berharga.
Mostrar todo...
Dalam hidup, kita perlukan seseorang yang selalu ada untuk tegur dan baiki apa yang kita lakukan. Kadang, apa yang kita rasa betul tetapi salah dari mata seseorang yang nak yang terbaik untuk kita.
Mostrar todo...
Hal yang perlu dilakukan saat kau perlu melangkah kehadapan ialah; Berhenti menoleh ke belakang. Berhenti menyesali perkara yang kau lalaikan. Berhenti berfikir 'sendainya kalau aku tidak melakukannya dulu'. Berhenti! Perbaiki masa lalu dengan hal-hal yang baik di hadapanmu. Semoga mampu menjadi lebih baik lagi!
Mostrar todo...
Zikir dan Doa Yang Paling Afdhal SALAH satu amal soleh yang tidak ditinggalkan oleh orang mukmin adalah berzikir dan berdoa. Dengan banyak berzikir dan berdoa akan merapatkan lagi hubungan diantara seorang hamba dengan Rabbnya dan akan membina kekuatan iman. Zikir yang paling afdal (utama) ialah : 'La ilaha illallah' (Tidak ada Tuhan selain Allah) Doa paling afdal ialah : 'Alhamdulillah' (Segala puji bagi Allah). (Hadis Riwayat Tirmidzi No:3383) #islamitu_indah
Mostrar todo...
😓 KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT.. Reminder to my own self. Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat. Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya." 🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya) 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya. 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit 🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud) 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita. 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran. 🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill. 🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita seding menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala 🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT. 🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita? 🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan? Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya........ Just fwd with love to all muslims..
Mostrar todo...