cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tips Rezeki & Kebahagiaan

Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah 💕💝

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
2 624
Suscriptores
Sin datos24 horas
-27 días
-2130 días
Archivo de publicaciones
Cuba ingat kembali apa yang kamu pernah doa dulu, dan lihat apa yang kamu dah miliki hari ini. Telah banyak yang kalian hajati Allah makbulkan. Mengapa masih ada hati yang kecewa bila dia kehilangan isi dunia sedangkan dia ada Allah.☺️🙏🏻 Sedikit renungan dari saya, Da’i Wan. #share #tarbiah
Mostrar todo...
Cara terbaik mendapatkan apa yang kita minta iaitu berprasangka baik kepada Allah, kerana doa itu romantis, meski disertai dengan tangis, insyaAllah akan berakhir manis. ❤️✨
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Nak Allah jaga aib kita? Kita juga perlu menjaga aib kita sendiri serta aib orang sekeliling kita. . Allah tidak akan menganiaya hambanya kecuali kita sendiri manusia yang hina menganiaya diri kita sendiri. . Semoga Allah menjaga aib kita semua. Aamiin ya rabb🤲🏻
Mostrar todo...
Anda cari makanan jiwa ke? . . Rasa jemu ke hari ni? rasa bosan? . . rasa bosan jadi isteri? rasa jemu jadi ibu? rasa bosan jadi pekerja? duk buat kerja yang sama je tiap hari? hidup lagu tu je? Suram je? Sale tak meningkat? hidup tak bertambah pun? Tak meningkat pun? lemau je nak buat kerja? rasa malasnya lah.... Kerja banyak tapi tak tahu apa nak buat. jadi blurr dan tak mahu buat. . kenapa jadi macam tu? "SEBAB KITA TAK BERSYUKUR YANG SEDIKIT DENGAN HIDUP KITA." . itu pasal nikmat lain tak bertambah hari-hari sama je. . Sebab kita tak rancang hidup kita. Tak buat to do list apa nak buat ikut masa masing-masing. Tak buat target. Tak ikhlas beribadat. Tak berdoa. Lupa sedekah alfatihah kepada diri sendiri. . itulah tanda kita sedang jauh dari ALLAH. . kita jadi lupa yang ALLAH sedang perhatikan segala perbuatan kita. itu yang jadi bosan, lemah, lemau, malas dan sewaktu dengannya. . kalau jadi macam ni cepat-cepat sedekah al-fatihah kepada diri sendiri sebanyak-banyaknya. . Kalau kita yang tak gembirakan hati kita, nak harapkan siapa yang nak gembirakan hati kita? . cer senyum >>> ^_^ dan katakan pada diri "haisshh aku tak boleh malas-malas dan buang masa, banyak kerja nak buat" nak capai target sebelum berakhirnya hari ni. dapat target aku bersyukur. tak dapat pun aku bersyukur... nak tak nak kena start promosi dan buat kerja-kerja apa patut sambil-sambil zikir, istifar dan selawat." . orang lain sale dah juta-juta, aku? nak dapatkan 4 angka sebulan pun sakit. . Sebab kita malas dan tak buat dengan istiqamah. Kejap buat, kejap tak. Kejap slow, kejap laju.. mana nak jadi.... :3 carilah apa-apa cara yang boleh buatkan kita tambah nilai sesuatu hari ni... kalau tak dapat apa nak, beri dulu sedekah apa-apa. :) (kalau tak dapat dunia, dapatkan akhirat dulu) . Allahummasollialamuhammad... . kata ustaz: . Kalau hari ni lebih baik dari semalam- hidupnya untung Kalau hari ni sama je seperti semalam- hidupnya rugi kalau hari ni lebih teruk dari semalam- hidupnya celaka. . jadi kita yang mana? :) . Anda tengah buat apa ni? hihi. . Nora Yusof. #PenulisFTR #BacaBacaSENTAP
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Buat je 5-seconds Rule ni kalau nak jadi orang yang sangat berjaya dan hebat pada bulan Februari ni! Tak ramai tahu 5-seconds Rule ni Mel Robbins ada bagi talk di TedTalk tentang 5-seconds Rule ni pada tahun 2013 Ianya jadi sangat viral, bukunya terjual hingga lebih daripada 2 juta naskah! 5-seconds Rule ni adalah : - Bila terfikir nak buat sesuatu - Buat TERUS dalam masa 5 saat - Kira 1,2,3,4 dan 5 dan terus buat - Jika lebih daripada 5 saat maka otak kita akan 'bunuh' semangat dan niat kita untuk lakukan perkara tersebut Teringat nak bangun solat subuh kira 1,2,3,4,5 dan terus solat subuh Teringat nak bangun mandi kira 1,2,3,4,5 dan terus mandi Teringat nak menyimpan kira 1,2,3,4,5 dan terus menyimpan Teringat nak menulis kira 1,2,3,4,5 dan terus menulis Sebab tula ‘Teknik 5-seconds Rule’ ni juga sangat berkesan pada orang yang suka bertangguh Nampak je kecil kan tapi teknik yang remeh ni lah yang telah ubah hidup jutaan ramai orang di luar sana! Share dan kongsikan ilmu ni pada orang lain juga ya Selamat pagi Dan selamat datang Februari - Nur Aliah Mohd Nor - #ChettakiOmey
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Ketika Allah mengujimu dgn diberikan kesakitan. Maka hintunglah sudah berapa byk NIKMAT yg Allah kurniakan untukMu.😌
Mostrar todo...
Biasakan untuk mendengar nasihat,kerana sesungguhnya hati ketika kosong dari nasihat maka akan menjadi buta. -Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani- @SuriMohamad
Mostrar todo...
Semakin dewasa. Semakin takut jika banyak bicara kepada manusia. Lebih memilih untuk menyimpan segala cerita juga isi kepala. Sebab mencari telinga yang tepat saat ini bagaikan mencari jarum dalam tumpukan jerami. CnP T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Mengapa ada orang mati kelaparan? Kerana ramai orang yang mati kekenyangan. Jika sikaya itu sudi mengurangkan sedikit sahaja daripada kemewahannya nescaya ramai orang miskin terlepas daripada kesusahannya. Yang lebih pada sikaya akan memudaratkan kerana itu hakikatnya hak simiskin yang perlu diinfaqkan. Kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi #quotephotovideo 🐝🐝🐝
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
MAKSUD DARI PRASANGKA BAIK KEPADA ALLAH Yang dimaksud berprasangka baik kepada Allah adalah, Ketika beramal, engkau yakin Allah akan menerima amalanmu Ketika berdoa, engkau yakin kepada-Nya bahwa Dia akan menerima doamu Ketika berbuat dosa, lalu engkau bertaubat kepada Allah, engkau yakin Dia akan menerima taubatmu Ketika ditimpa musibah, engkau yakin bahwa di dalam musibahmu ada hikmah yang besar dari sisi-Nya (Fataawa Nuur alad Darb 4/2)
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke lubuk hati orang-orang beriman, mereka tetap berhati TEGUH di kala orang lain dalam kegoncangan." - Syed Qutb -sindiransigadis
Mostrar todo...
Kalau kita nak perbaiki hidup tapi kita tak tahu nak mula daripada mana maka mulailah dengan memperbaiki solat dulu. . Perbaiki solat bermakna kita memperbaiki hubungan dengan Allah SWT yang menjadikan kita. . InsyaAllah, Dia akan memperbaiki semua perkara yang diperlukan untuk kebaikan hidup. T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
" Sesungguhnya kamu membina masa tuamu dengan apa yang kamu tanam di masa mudamu." [ Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ] T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Pesan ustaz, "Kehidupan yang kita keluhkan, kadang kala adalah sebuah kehidupan yang orang lain inginkan. Maka lihat orang yang berada bawah kita dan jangan lihat orang yang berada di atas kita." Rasulullah SAW telah bersabda : انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ، وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ "Lihatlah orang yang di bawahmu. Dan jangan lihat orang yang ada di atasmu" [HR. Muslim] ❤️✨ -DakwahSentapOfficial
Mostrar todo...
Kadang hidup kita tak menyenangkan dek kerana terlalu memikirkan apa kata manusia.     Pesan pada diri,     Berpenatlah dalam mendapatkan redhaNya, bukan berpenat untuk memuaskan hati manusia.  
Mostrar todo...
Bila ujian datang menjenguk, senyum dan bersabar. Alhamdulillah Allah masih sayang dan ingat. Jalan mujahadah tak mungkin pernah sunyi dengan dentuman dentuman ujian yang datang menyinggah. Mujahadah tanpa ujian itu ibarat tiada apa-apa. Ujian dalam mujahadah itulah yang menjadikan seseorang itu kuat dan mampu menentang kebatilan. @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Dunia ini hanya seperti R&R iaitu sebuah tempat persinggahan . Oleh itu buatlah segala persiapan disitu dan bukan tinggal terus disitu kerana kita perlu meneruskan perjalanan menuju destinasi kekal abadi iaitu negeri akhirat.❤️ -DakwahSentapOfficial
Mostrar todo...
SEORANG GURU SUFI DITANYA TENTANG DUA KEADAAN MANUSIA PERTAMA: Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci. KEDUA: Manusia yang tak pernah beribadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lemah lembut dan mengasihi sesama manusia. Lalu Guru Sufi menjawab KEDUA-DUANYA BAIK. BOLEH JADI –Suatu saat si ahli ibadah yang sombong menemukan kesadaran tentang akhlaknya yang buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi peribadi yang baik lahir dan batinnya. DAN YANG KEDUA boleh jadi dengan sifat kasihNya, Allah akan menurunkan hidayahNya, lalu ia menjadi ahli ibadah yang juga memiliki kebaikan lahir dan batin. KEMUDIAN orang tersebut bertanya lagi, LALU siapa yang tidak baik kalau begitu? Guru Sufi menjawab: “YANG TIDAK BAIK ADALAH KITA, ORANG KETIGA YANG SELALU SUKA MENILAI ORANG LAIN, NAMUN LALAI DARI MENILAI DIRI SENDIRI
Mostrar todo...
Rahsia Rezeki Melimpah69: Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, insyaAllah hidup akan lebih terisi dan bererti. Dalam sunyi ada muhasabah.  Dalam ramai ada ukhwah. Dalam sedih ada tarbiah. Dalam sakit ada mehnah. Dalam ceria ada mahabbah. Didiklah hati mencari hikmah disebalik musibah.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Analogi bagi hati yang tidak berzikir. "Macam ikan tak dapat air." Sesak, penat dan tercungap-cungap. . . Tuan puan, Bila hati tak tenang dan tak tenteram. Lazimi zikrullah. Ingat Allah dan banyak bermohon doa padaNya.
Mostrar todo...
“Orang yang jaga solat 5 waktu (on time), automatik jadual kehidupan mereka tersusun. . Bukan dia yang susun jadual keseluruhannya untuk jadi begitu, tapi asbab penjagaan solatnya maka Allah membuka jalan kemudahan dalam melengkapkan kerja² seharian. . Nak jadual seharian tersusun cantik, jagalah kelima-lima waktu solat dengan baik. . In shaa Allah! Ni tips mujarab bagi pengamalnya.” . - Ustaz Imran Hakimi
Mostrar todo...
Ingatlah setiap tangan yang menadah ke langit, tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong. Makbul tidak makbul doa kita itu adalah rahsia Allah. Jangan pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika merintih padaNya. @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Sangka baik pada Allah ❤️
Mostrar todo...
Setiap daripada kita punya jalan hidupnya. Ada orang terpaksa keluar awal pagi untuk mencari rezeki, dan ada yang sedang diulit mimpi. . Tetaplah bersemangat, setiap usaha yang kita lakukan akan dipermudahkan bila kita ikhlas mengerjakannya dan niatkan setiap urusan kerja kita hanyalah kerana Allah. . @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹 JEMPUT REZEKI MENCURAH-CURAH DENGAN SEDEKAH PAGI SUBUH 🌹 Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat." Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari).
Mostrar todo...
Yang kita usahakan pagi-pagi, Dan setiap hari, Bukan duit tetapi rezeki Ilmu juga rezeki, isteri solehah juga rezeki, suami yang soleh juga adalah rezeki. Rezeki itu adalah bermaksud sesuatu yang bermanfaat dan memberi manfaat. #sweeterapi #Qowiyy_Fillah
Mostrar todo...
"Jangan menyerah saat doa-doamu belum terjawab. Jika kamu mampu bersabar, bersabarlah. Allah sangat mampu untuk memberikan lebih dari apa yang kamu minta." @SuriMohamad
Mostrar todo...
□ Jika Subuhnya senantiasa dipelihara, itu tanda akan selamat dari neraka □ Jika Subuhnya tiada dia tinggal, itu tanda Allah melindunginya dari segala arah □ Jika Subuhnya didahului dengan Sunat, itu tanda pasti seluruh dunia beserta isinya, dia dapat □ Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla, itu tanda dikegelapan akhirat ia dapatkan cahaya □ Jika Subuhnya hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula, itu tanda mendapat pahala Umrah dan Haji sempurna □ Jika Subuhnya tiada dijaga, maka itu tanda pada wajahnya tiada cahaya □ Jika Subuhnya sengaja terlupa, itu tanda Imannya tiada bernyawa □ Jika Subuhnya terasa berat, itu tanda munafiq sudah mendekat □ Jika Subuhnya tiada peduli, itu tanda Iman menghampiri mati □ Jika Subuhnya tiada berjama’ah, itu tanda hidupnya akan hilang barokah □ Jika Subuhnya tiada ke Masjid, itu tanda Imannya ada penyakit □ Jika Subuhnya selalu terlewat, itu tanda imannya semakin cacat □ Jika Subuhnya diakhir waktu, itu tanda Iman semakin kelabu. □ Jika Subuhnya hari sudah siang, itu tanda rezekinya sudah hilang □ Jika di waktu Subuh masih mendengkur, itu tanda ada syaitan memeluknya dalam tidur.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
😊🤲
Mostrar todo...