cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

🌻 KONGSI APA HARI INI 🌻

Berkongsi Kata² Motivasi, Pelbagai ILmu & Iklan, Tips Rezeki, Doa & Amalan Harian Skrip Doa 📚 bukudoaku.wasap.my Nafas Doa 💻 https://osini.co/kelasnafasdoa99 Buku FTR 📒 bit.ly/rezkiimelimpah Wakaf FTR 💚 bit.ly/jomswakaf

Mostrar más
Malasia38 190El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad82 712
Advertising posts
726Suscriptores
Sin datos24 hours
-47 days
-730 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

1) السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ‏.‏ salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba ALLAH yang soleh 2) اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Semoga ALLAH melimpahkan keselamatan, rahmat, dan keberkahan untukmu. 3) Baca Surah Al Ikhlas 1 / 3 kali بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ قُلۡ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ‌ اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ لَمۡ يَلِدۡ ۙ وَلَمۡ يُوۡلَدۡ وَلَمۡ يَكُنۡ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
Mostrar todo...
HARI ini sudah masuk 15 Syawal 1445H. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan diterima ALLAH S.W.T. Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari. Nabi S.A.W bersabda; مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.” Kelebihan Berpuasa 6 Di bulan Syawal : - 1. Mendapat Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun. 2. Menampung kekurangan Puasa Ramadhan. 3. ALLAH Menjanjikan Syurga buat yang rajin berpuasa. #SemogaBermanfaat
Mostrar todo...
👍 3
Ali radhiyallahu’ anhu berkata: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit TSABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu. Katakanlah: اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib] Bacalah selepas solat fardhu. Selamat beramal!
Mostrar todo...
Syawal ni apa amalan yang boleh dibuat? Teruskan yang mana dok buat time ramadan hari tu macam biasa 😍 No 1 tu usaha la naa. ada 30 hari, just spent 6 hari ja puasa. Buat puasa 6. Cukup terus pahala puasa setahun.
Mostrar todo...
Cuba amalkan, insyaAllah yang baik-baik akan datang kembali. 😊❤️ Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamin ya Allah 😊
Mostrar todo...
🥰 1
Wahai diri….
Mostrar todo...
09042024 29Ramadhan 1445H DOA AKHIR RAMADHAN Ya Allah... Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami. Ya Allah... Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. Ya Allah... Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. Ya Allah... Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami. Ya Allah... Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke Syurga utk kami. Ya Allah... Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi sblm Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu dpd tergelinciran kaki kami. Ya Allah... Lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan maupun selepas Ramadhan. Ya Allah... Sblm mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami. Ya Allah... Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dgn Iman dan Taqwa. Jadikanlah kami calon Syurga Mu. Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu. Ya Mujibbasailin... Limpahilah kami dgn sifat2 kebaikan dan terpuji. Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah. Ya Allah... Jgnlah Kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang. Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami... ▪️Jadikanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati ▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu ▪️Jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus segala dosa2 kami Ya Allah… Temukanlah kami dgn Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di malam Al-Qadr Ya Allah... ▪️Terimalah amalan kami ▪️Terimalah taubat kami ▪️Ampunkanlah dosa kami ▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi ▪️Kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni (dibaca 3 kali) Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.🤲🏼
Mostrar todo...
Doa banyak² berbaki berapa hari saja lagi. Malam ni malam jumaat, malam ganjil, malam ke 25 ramadan. Mana tau kan kemungkinan yang berlaku. Segalanya rahsia Allah. Yang penting jangan tinggal amalan² kita setiap malam terakhir ni naa.
Mostrar todo...
Tips Doa Qiamullail Lailatul Qadar. Semoga bermanfaat ya 😊👍.
Mostrar todo...
👍 3 1
Doa Akhir Ramadan ✨🤲 . Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami. . Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. . Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. . Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami. . Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami. . Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami. . Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadan mahupun selepas Ramadan. . Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami. . Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa. . Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu. . Ya Mujibbasailin. Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah. . Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadan Al Mubarak yang akan datang. . Ya Allah, Janganlah Kau jadikan ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang. . Tapi, andai ini Ramadan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu. . Ya Allah, jadikanlah ramadan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. . Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr. . Ya Allah, terimalah amalan kami. Terimalah taubat kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang Maha Luas Nikmatnya.❤️🤲 . Aamiin³ ya rabbal'aalamiin.
Mostrar todo...