cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

KLINIK HATI

“Hati-hati dengan hati yang tidak berhati”

Mostrar más
Malasia7 970El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad71 122
Publicaciones publicitarias
466
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

"Dalam 24 jam sehari, berapa lama masa yang kita luangkan untuk agama?"
Mostrar todo...
Pilihlah sebaik mungkin. Jangan hanya tertipu dengan luaran semata. Semoga kebahagiaan jadi milik kita. ❤😊
Mostrar todo...
- Cuba Tahajjud, ia boleh mengubah keadaan anda. ❤️✨ 🥀
Mostrar todo...
"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja" Kami serentak menoleh. "Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya. "Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua ja. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga" Kami terdiam. "Perasan tak, dulu duduk sorang - sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk ja dekat restoran ke mana - manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba ja ada orang nak kenai lah. Masa nak bayar bil, tiba - tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik. "Perempuan ni lagi baik dari tunang hang" "Kau tengok dia ni, sopan ja, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang hang cari" "Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal" "Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah" Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat. "Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham" "Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna" "Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha" Kami mengangguk perlahan. "Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat - erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu" "Istikharahlah" "Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak" Saya terdiam lama. "Ya, inshaAllah. Moga Allah redha" Bersama kita saling mendoakan 🤲 #HijrahPendosa Zainudin Din Kag
Mostrar todo...
لاَ تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ Maksudnya: Jangan kamu mensucikan diri kamu kerana Allah lebih mengetahui orang yang paling baik dalam kalangan kamu. Riwayat Muslim (5733) Wallahualam.
Mostrar todo...
Aku sesat sewaktu menyayangi kamu dahulu. Dan lantas aku kembali menemui jalan tatkala menyintai Dia iaitu Tuhan yang menjadikan aku. Itu cinta yang sebenar-benar cinta.❤
Mostrar todo...
Andai pen itu digunakan sebagai pencatat dosa. Maka, habislah dakwatnya kerana dosa kita yang terlalu banyak. 😢😣
Mostrar todo...
Peringatan : Belajarlah untuk mengerti, bahawa sesuatu yang baik untukmu tidak akan Allah izinkan pergi kecuali akan digantikan dengan yang lebih baik. ❤️
Mostrar todo...