cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Info semasa official

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
545 132
Suscriptores
+16224 horas
+4 3847 días
+9 93330 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Lelaki maut, kepala ditimpa tandan sawit BAGAN SERAI: Seorang lelaki maut selepas ditimpa tandan kelapa sawit dalam kejadian di sebuah kebun di Parit Mat Keling di sini semalam. Kejadian sekitar jam 1.15 petang itu berlaku, ketika mangsa, Jamaluddin Ariffin, 49, melakukan kerja-kerja mengait sawit di kawasan berkenaan. Difahamkan, semasa kejadian itu, tandan sawit yang dikait mangsa terjatuh dan menimpa kepalanya. Abang mangsa, Abdul Wahab Ariffin, 51, berkata, kejadian itu hanya disedari pemilik kebun selepas menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring dan kaku di kawasan kebun berkenaan. Menurutnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir. "Arwah memang ambil upah mengait kelapa sawit milik penduduk di situ sebagai pendapatan keluarga. "Sebelum ini, dia kerja kilang tetapi berhenti kerana perlu menjaga isterinya yang sakit," katanya kepada pemberita. Beliau berkata, pagi sebelum kejadian, Allahyarham sempat menangkap ikan dan menjualnya di pasar pagi di Masjid Tinggi. "Dua hari lepas, dia ada suarakan kebimbangan dengan hutang motosikalnya yang masih berbaki RM4,000 sedangkan sebelum ini, arwah tak pernah merungut sebegitu. "Pada awalnya saya anggap biasa sahaja, tetapi selepas kejadian ini, mungkin itu petanda dia akan pergi," katanya. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Ridzuan, Telok Medan di sini sekitar jam 8.30 malam. - Sinar Harian Sinar Harian 12/07/2024 05:20 MYT Artikel ➡️ Sinar Harian #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
😢 65👍 27 16😭 6🤮 2
Photo unavailableShow in Telegram
Dah beli baju merdeka untuk anak² belum? Kalau belum mari cuci mata dulu kat sini⬇️ https://s.shopee.com.my/9zd86iseF9
Mostrar todo...
👍 3 3
Gadis 14 tahun temui ajal selepas pulang mengaji al-Quran KUALA LIPIS: Seorang gadis berusia 14 tahun maut, manakala rakannya parah setelah motosikal yang dinaiki, dirempuh lori di Kampung Gua, dekat sini, petang semalam. Nahas berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Padang Tengku selepas selesai kelas mengaji al-Quran. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, nahas berlaku di simpang tiga Kampung Gua di Kilometer 20, Jalan Lipis – Merapoh, dekat sini kira-kira jam 5:50 petang semalam. Siasatan polis mendapati nahas berlaku apabila sebuah motosikal dinaiki kedua-dua mangsa tidak berhenti di simpang jalan tanpa memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama dan dirempuh sebuah lori dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Kuala Lipis. “Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal berusia 14 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. Ismail berkata, pemandu lori berusia 58 tahun tidak mengalami kecederaan. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat, sementara rakannya yang parah turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut. 12 Julai 2024, 1:18pm Artikel ➡️ Buletin TV3 #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
1.45 MB
😭 54👍 14😢 7 4🥱 1
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA. SEPANG : 12 JULAI 2024 PADA JAM 15:27:12 BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KLIA TELAH MENERIMA PANGGILAN KECEMASAN KEMALANGAN JALAN RAYA DI BULATAN MASJID KLIA. PIHAK BOMBA MENGERAHKAN 1 BUAH JENTERA DAN EMRS KE LOKASI KEJADIAN. SETIBANYA DI LOKASI TERDAPAT KEMALANGAN LORI KONTENA DAN MOTOSIKAL YANG MELIBATKAN 2 ORANG MANGSA PEREMPUAN YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL JENIS HONDA DASH. SEORANG DARIPADA PENUNGGANG MOTOSIKAL TERSEBUT TELAH JATUH DAN DIGILIS LORI KONTENA DIBAHAGIAN TAYAR SEJAUH 80 METER, MANGSA TERSEPIT DIBAHAGIAN TAYAR DAN ANGGOTA TELAH BERJAYA MENGELUARKAN MANGSA. MANGSA KEMUDIAN DIBAWA KE HOSPITAL CYBERJAYA OLEH KKM DAN EMRS UNTUK RAWATAN SELANJUTNYA. SEKIAN TERIMA KASIH. Kredit ➡️ BBP KLIA #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
😭 25👍 16😨 7 2
JOHOR 12/07/2024. Kemalangan kereta di lampu isyarat Regency Lotus's Sri Alam, Johor Bahru pada awal pagi tadi. Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian. Sumber ➡️ media sosial #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
😨 17👍 5 1😭 1
2 CEDERA 1 SELAMAT KEMALANGAN JALAN RAYA HADAPAN KILANG SAWIT NERAM I 12.07.2024 , 1.17 petang - Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh, telah menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya di alamat hadapan Kilang Sawit Neram I. Selaku Komander Operasi, PBK II KUP Marzuki bin Ngah menyatakan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan 4X4 terbabas. Kenderaan pertama dipandu seorang lelaki warga emas dan seorang wanita warga emas mengalami kecederaan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Bomba di lokasi manakala sebuah lagi kenderaan dipandu seorang lelaki warga emas dilaporkan selamat. Mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Kredit ➡️ JBPM TERENGGANU #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
😨 11👍 10 3
TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾 Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇 👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps ✅ FULL warranty 💯 ✅ Netflix Official (Original) ✅ Plan Premium 4k UltraHD ✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥 ✅ Fast Service 💨 ✅ Account Very Stable And No Issue ✅Not a Hack acct ✅No screen limit issue 📺 ✅private profile, have pin📌 ‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️ Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’ Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah 👇👇👇 @netflixbos @netflixbos @netflixbos Join telegram group 👇🏻 https://t.me/netflixmurahmalaysiaRm7 Join telegram update movie 15k follower👇🏻 https://t.me/previewmovienetflix
Mostrar todo...
👍 10🤮 3 1👌 1😈 1🗿 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mayat terapung ditemukan di perairan PD Port Dickson: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan mengesahkan penemuan satu mayat terapung di sekitar perairan Port Dickson, semalam. Pengarahnya, Kepten Maritim, Mohd Khairi Abd Aziz berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan pemancing pada 5.10 petang. Beliau berkata, berikutan itu, bot Perkasa 37 ke lokasi pada 5.51 petang. "Anggota kemudian menemukan mayat lelaki yang hanya berseluar panjang di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya berhampiran Tanjung Tuan. "Mayat tanpa identiti itu kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut," ujarnya. Mohd Khairi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi pihaknya di talian 06-3876730. "Sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut, boleh terus menghubungi kami, Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan atau talian 999 yang beroperasi 24 jam," katanya. Disiarkan pada: Julai 12, 2024 @ 10:06am Mohd Khidir Zakaria [email protected] Kredit ➡️ Harian Metro #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
👍 19😱 10 3
Photo unavailableShow in Telegram
Bapa Baby Syifaa tak mengaku salah guna wang RM67,000 Kuala Lumpur: Bapa kepada bayi Nour Rania Asyifaa atau lebih dikenali sebagai Baby Syifaa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM67,000 milik seorang wanita, tahun lalu. Tertuduh, Yuseri Yusoff, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan. "Saya mengaku tidak bersalah," katanya. Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak ini didakwa menyalahguna harta iaitu RM67,000 milik seorang wanita, di sebuah premis, Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju di sini pada 20 Julai hingga 12 Oktober tahun lalu. Pempengaruh media sosial itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan. Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, peguam, Gaithri Thomas yang mewakili tertuduh merayu kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya yang bekerja sebagai pempengaruh, tidak mempunyai pendapatan tetap, selain perlu menyara seorang anak perempuan berusia sembilan tahun yang masih bersekolah. Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Illi Marisqa membenarkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Ogos depan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan lelaki itu pada 2.45 petang, Selasa lalu oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan disiasat berhubung menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan ke akaun syarikatnya, YY Community Center. Sebelum ini, kisah kanak-kanak malang itu meraih simpati pelbagai pihak selepas bayi itu meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022. Ramai yang menghulurkan derma kepada keluarga Baby Syifaa sebagai sokongan supaya mereka mendapatkan peguam terbaik, untuk membela nasibnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, menerusi ujian saringan air kencing, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine. Disiarkan pada: Julai 12, 2024 @ 12:03pm Suraya Roslan [email protected] Kredit ➡️ Harian Metro #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
👍 28😡 7😢 4 3🤮 2🥱 1💊 1
Photo unavailableShow in Telegram
Pemandu pelancong dipenjara 8 tahun lakukan amang seksual Tawau: Pemandu pelancong dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berumur 17 tahun, 3 Julai lalu. Tertuduh, Bara Madasah, 18, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (Pati) didakwa melakukan perbuatan amang seksual ke atas mangsa ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Kapalai, Semporna, kira-kira jam 1.49 tengah hari. Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, mangsa bersama keluarga yang berasal Klang, Selangor, menggunakan khidmat ejen pelancongan, datang ke Semporna untuk bercuti dan melancong ke pulau dan pusat peranginan. Ketika melakukan aktiviti menyelam (snorkeling), tertuduh dikatakan memegang payu dara mangsa dan perbuatan itu turut dirakam kamera yang dibawa mangsa. Mangsa menegur tindakan tertuduh tetapi tidak diendahkan. Mangsa memaklumkan kejadian kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis. Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin dalam hujahnya memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran memandangkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan membabitkan kepentingan awam. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuatkuasa daripada tarikh tangkapan iaitu pada 4 Julai selain dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan penghantaran pulang (usir) ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman. Disiarkan pada: Julai 12, 2024 @ 12:12pm Abdul Rahemang Taiming [email protected] Kredit ➡️ Harian Metro #infosemasa @infosemasaofficial
Mostrar todo...
🤬 38👍 8🥴 5 2🤡 1
Elige un Plan Diferente

Tu plan actual sólo permite el análisis de 5 canales. Para obtener más, elige otro plan.