cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Channel SK Bukit Kemuning 2

Makluman dari Sk Bukit Kemuning 2. Perlukan maklumat lanjut, sila hubungi 0351227124. Penafian: Pihak sekolah dan admin tidak bertanggungjawab atas kerosakkan atau kehilangan kerana menggunakan maklumat dari channel ini.

Mostrar más
Malasia25 005El idioma no está especificadoEducación47 363
Publicaciones publicitarias
2 089
Suscriptores
-124 horas
+17 días
-230 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Kepada ibubapa/ penjaga yang berminat, dialu-alukan untuk hubungi pihak penganjur. Terima kasih.
Mostrar todo...
Scammer sentiasa mengubah taktik, bukan saja bagi mengelakkan modus operandi dihidu masyarakat, tetapi untuk menjerat golongan yang mudah terpedaya. #MalaysiaMADANI #JabatanPenerangan
Mostrar todo...
Alahai, comelnya! Bukan selalu nak mewarna dengan Oyen kan? Kalau adik-adik suka colouring dan main kucing, cepat-cepat daftar Jom Mewarna Oyen pada 18 Mei 2024 di KLIA 2. Daftar je boleh bawa balik sijil penyertaan dan goodies istimewa Bintang Kecil. Juara akan memenangi wang tunai RM300, naib juara RM200 dan pemenang tempat ketiga pula akan dapat RM100. Memang berbaloi-baloi! Daftar segera dan jangan lupa pakai t-shirt oren nanti. Jumpa di sana! Tarikh: 18 Mei 2024 Masa: 11.00 pagi – 1.00 petang Tempat: gateway@KLIA2 Daftar sekarang : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Mostrar todo...
JOM MEWARNA OYEN - Toko Ideaktiv

Alahai, comelnya! Bukan selalu nak mewarna dengan Oyen kan? Kalau adik-adik suka colouring dan main kucing, cepat-cepat daftar Jom Mewarna Oyen pada 18 Mei 2024 di KLIA 2. Daftar je boleh bawa balik sijil penyertaan dan goodies istimewa Bintang Kecil. Juara akan memenangi wang tunai RM300, naib juara RM200 dan pemenang tempat ketiga pula akan dapat RM100. Memang berbaloi-baloi! Daftar segera dan jangan lupa pakai t-shirt oren nanti. Jumpa di sana! Tarikh: 18 Mei 2024 Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang Tempat: gateway@KLIA2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 💻📩*𝐏endaftaran Kemasukan Kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025🏫* 📢🔊 Makluman pendaftaran murid Tahun 1/2025: ➡️ Pendaftaran secara dalam talian ➡️ W𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 ➡️ Kanak-kanak yang lahir dari 𝟐 Januari 𝟐𝟎𝟏𝟖 - 𝟏 𝐉anuari 𝟐𝟎𝟏𝟗 ➡️ Pendaftaran awal dalam talian bermula pada 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024. ➡️ Pendaftaran Tahun 1 selepas 30 Jun 2024 (Pendaftaran Lewat). ➡️ Keputusan permohonan awal boleh disemak pada 1 Oktober 2024. ➡️ Ibu bapa/penjaga tidak digalakkan menggunakan 📱telefon bimbit untuk urusan permohonan dalam talian. ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu simpan dan ingat kata laluan dan e-mel yang digunakan untuk log in idme. ➡️ Sila pastikan idme ibu bapa/penjaga lengkap dikemas kini pada ruangan Pengurusan Profil (Maklumat peribadi maklumat alamat ibu bapa /maklumat anak jagaan) sebelum menekan butang permohonan kemasukan ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu pastikan maklumat anak tanggungan lengkap dan betul untuk mengelak berlaku masalah penempatan. ➡️ Semak semula permohonan yang diisi & sila pastikan maklumat permohonan betul dan tepat sebelum menghantar permohonan dalam talian. ➡️ Setelah menghantar permohonan dalam talian ibu bapa/penjaga perlu cetak 🖨️ 2 salinan borang perakuan sekolah dan membawa kedua-dua salinan tersebut ke sekolah yang dimohon untuk pihak sekolah cap TERIMA dan juga cap tarikh penerimaan. ➡️ *Satu salinan akan diserahkan untuk pengesahan dan semakan pihak* *sekolah manakala satu salinan lagi untuk simpanan ibu bapa/penjaga.* ➡️ Sekiranya ibu bapa /penjaga berpindah ketika dalam proses permohonan (sudah menghantar online dan borang permohonan ke sekolah yang dipohon) perlu maklum kepada sekolah dengan segera. ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu menggunakan alamat tempat tinggal yang betul dan benar-benar tinggal di kawasan tersebut untuk penempatan sekolah. 💻🔊 Pendaftaran permohonan melalui 𝐌𝐨𝐝𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 A𝐰𝐚𝐦, 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐊𝐏𝐌 (𝐌𝐎𝐄𝐈𝐒) di laman sesawang; (https://idme.moe.gov.my) Sekian, harap maklum. Terima kasih.
Mostrar todo...
Salam hormat Syukur SKBK2 terpilih mewakili Negeri Selangor ke pertandingan Hari Landskap Negara peringkat Kebangsaan 2024 Maka pihak sekolah amat berbesar hati menganjurkan program sumbangan 1MURID 1POKOK.. Boleh letakkan di pondok pengawal keselamatan, beserta nama murid dan nama kelas untuk pengisian amalan baik. Harap dapat hantar pada atau sebelum Jumaat 3 Mei 2024 sebab pemantauan adalah bila-bila masa.. Digalakkan juga isi Google form bawah untuk rekod dan rujukan pihak sekolah : https://forms.gle/2S1uERXG7gKtHPzE9 Sebarang info boleh hubungi Cikgu Zuraidi (0192694469) & Cikgu Hafeez (0166069090) #landskap #lestarialam
Mostrar todo...
KEMPEN SUMBANGAN 1MURID 1 POKOK

SK BUKIT KEMUNING 2

Tahniah pada anak hebat Nuha Eryna daripada kelas 4 Tania. Adik Nuha telah menyertai *KEJOHANAN SIRKIT KEBANGSAAN* Affin 100plus Junior Elite Tour (2nd Leg) 2024 di Kelantan Badminton Association pada 23 hingga 27 April 2024 Adik Nuha telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori beregu perempuan bawah 12 tahun. Sekalung tahniah diucapkan atas pencapaian yang amat hebat ini. Teruskan usaha sehingga mencapai impian. Unit Sukan 2024
Mostrar todo...
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Makluman Awal 1. Latihan sukan akan bermula hari Isnin, 29 April 2024. 2. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan/pjk/tshirt putih. 3. Kasut sukan dibenarkan. 4. Waktu latihan adalah seperti dibawah 👇 Latihan Sesi pagi 7.50 hingga 9.50 Latihan Sesi petang 3.30 hingga 5.30 Sila bawa buku selepas rehat. Mohon semua guru kelas blast maklumat ini ke dalam group kelas masing-masing. Maklumat tambahan akan diberikan dari masa ke semasa. Terima kasih.
Mostrar todo...