cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Ahmad Aiman Syazwan ✨

Berkongsi Inspirasi Kehidupan melalui rehlah pengalaman dalam "Universiti Kehidupan" yang Tuhan izinkan. Alhamdulillah..

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
355
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Ketika terhampar seribu sebab untuk berputus asa, melangkahlah untuk ke seribu satu, berpaut erat dengan rahmat-Nya. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad 🌷
Mostrar todo...
1
Photo unavailableShow in Telegram
If you win your morning, you win your day. Benar. Begitulah kata-kata yang kita selalu dengar. Memang sifat orang berjaya itu memulakan kehidupan mereka pada awal pagi. Namun, dalam Islam, jauh lebih indah lagi. Jika kita berjaya bangun pagi solat subuh awal pagi waktu, tambah pula dapat solat sunat sedikit, lebih-lebih lagi kita ini jadi orang yang berjaya. Bukan mudah kan nak bangun awal? Sebab itu, Islam didik kita begitu, untuk struggle sedikit pada waktu pagi. Namun, jika kita terlewat malah tertinggal pula waktu solat, berusahalah untuk memenangi hari kita semula. Bertaubat sungguh-sungguh dan ganti semula solat yang terluput. Mohon ampun dengan penuh kesungguhan kepada Tuhan yang mengizinkan kita masih bangun lagi pada hari ini. Allah sentiasa menerima hamba-hambaNya yang berusaha dan mujahadah mendekati-Nya. Selagi bernyawa, selagi bernafas, usahakanlah kebaikan sepenuh daya dan upaya. Kelak, semuanya akan menjadi harta yang sangat bernilai di sana. Syurga abadi, yang hakiki. #AhmadAimanSyazwan Tinta dari puncak pergunungan. Renungi ciptaan Tuhan.
Mostrar todo...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
*[PENGAJIAN KITAB AL-MUHIMMAH 2024]* Kelas ke 11 🗓️ Tarikh : 17 Mei 2024 (Jumaat) ⏰ Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi 👳🏼‍♀️ Bimbingan : Ustaz Angah Sunan 💻Link Zoom : https://us06web.zoom.us/j/81485568151?pwd=VCbROENONzdOj8Fm9jG4jt0Q7EDiqB.1 Meeting ID: 814 8556 8151 Passcode: 676133 *Sumbangan* https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pengajian
Mostrar todo...
Kata Prof, cara kita melihat sesuatu situasi menentukan bagaimana keadaan diri kita. Hati yang bersih dan positif akan melihat kebaikan dalam setiap ujian
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Its okay not to be okay. The way we see the situation is more important than the condition itself - Prof Muhaya
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Jangan tunggu masa lapang untuk membaca, tapi membacalah untuk mengisi masa lapang yang ada (walaupun sedetik cuma). Begitulah saya pesan kepada diri. Dengan kepadatan jadual dan tugasan yang berat, semestinya meletihkan dan mengerah tenaga. Kalau nak tunggu balik rumah baru nak menilik buku, tidurlah jawabnya. Alhamdulillah saya mulakan dengan langkah pertama. Mulakan dengan buku yang ringan dan kecil. Mudah dikelek ke mana-mana. Sambil makan, beleklah satu dua muka. Dapatlah ilmu dan menyegarkan rohani yang dahaga. Alhamdulillah.. Semoga Allah berkati segalanya. Moga kita jadi insan yang berilmu dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Allahumma Aamiin. #AhmadAimanSyazwan Bangsa membaca, bangsa berjaya.
Mostrar todo...