[ 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔 𝟳 𝗟𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗘𝗭𝗘𝗞𝗜 𝗔𝗝𝗔𝗜𝗕.]
Assalamualaikum
Nak skit share tips menjemput rezeki ajaib. semoga bermanfaat untuk kita
𝟏. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐮𝐛𝐚𝐭.
Sebelum mula berniaga apa-apa, biasakan diri dengan solat taubat. Dosa silam kita, dosa harian kita, jika tidak dicuci dengan sepenuh hati ia akan menutup lubang rezeki ajaib. Sujud betul-betul, mohon ampun dan taubat nasuha pada Allah taala. InsyaAllah lubang pertama dari Rezeki Ajaib akan terbuka.
𝟐. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭.
Ramai yang meninggalkan solat hajat. Kita berniaga, kita bekerja, kita berbisnes ni kita hajatkan agar ianya berjalan lancar dan maju jaya. Ia hajat utama kita. Bagaimana hendak membuka pintu rezeki ajaib jika permulaan bisnes tanpa memohon hajat padaNya? Solat hajat merupakan pembuka lubang rezeki ajaib ke dua.
𝟑. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐝𝐡𝐮𝐡𝐚.
Yang ni ramai juga yang praktikkan. Namun tidak ramai yang istiqomah. Solat dhuha, mohon pada Tuhan agar dibuka lubang-lubang rezeki. Agar rezeki itu mengalir tanpa putus bak air sungai yang mengalir. InsyaAllah lubang rezeki ajaib ke tiga akan dibuka.
𝟒. 𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐫𝐞𝐝𝐡𝐚 𝐢𝐛𝐮𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐉𝐮𝐠𝐚 𝐝𝐨𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐥𝐢𝐦.
Sebelum bermula, hubungi ibubapa, mohon mereka redha dan doakan bisnes atau pekerjaan kita.
Jumpa orang alim-alim pun minta mereka doakan juga. Yang pasti, diri sendiri mesti sentiasa dalam berdoa. Doa adalah pembuka lubang rezeki ajaib ke empat.
𝟓. 𝐒𝐞𝐭𝐭𝐥𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠.
Jika ada hutang, settlekan segera. Jika tidak mampu, hubungi si pemberi hutang. Bagitahu kita akan cuba membayar secara ansuran atau minta tempoh yang elevan. Bila ada hutang dan tak mampu bayar, jangan diam.
Mendiamkan hutang umpama mengambus lubang-lubang rezeki. Orang memberi hutang tapi hutang mereka tidak dibayar sebenarnya mereka golongan teraniaya. Doa orang teraniaya ni tiada hijab dengan Tuhan.
Rungutan mereka tentang kita menjadi satu doa mustajab hingga menutup segala rezeki. Ingat, selesaikan atau hubungi mereka. Jangan diamkan walau tidak mampu. Jika tidak, lubang rezeki ajaib ke lima akan tertutup rapi.
Ikuti Telegram
t.me/telepesanbonda
𝟔. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐮𝐭.
Berniaga ni ada masa untung, ada masa rugi. Bila untung syukur. Bila dapat sikit syukur. Bahkan bila rugi pun syukur. Syukur kerana masih ada nyawa untuk kita terus berjuang dan menjana keuntungan dimasa akan datang.
Bukankah Tuhan berfirman,
"Sekiranya engkau bersyukur pasti AKU akan menambah nikmat?"
Pegang pada janji Tuhan. Bersyukurlah selalu. Lubang rezeki ajaib ke enam akan terbuka luas.
𝟕. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠.
Jangan sesekali setkan dalam kepala akan bersedekah bila kaya nanti. Nak kaya tu kena sedekah. Itu pun janji Tuhan.
Utamakan sedekah/belanja ibubapa, pasangan, ahli keluarga, kemudian barulah masuk ke tabung masjid atau menyantuni fakir miskin dan anak-anak yatim. Pasti lubang rezeki ajaib ke tujuh akan terbentang seluas-luasnya.
Itu antara tips membuka lubang-lubang rezeki ajaib. Rezeki ajaib ini sejenis rezeki yang datang tanpa kita dapat huraikan bagaimana, kenapa, mengapa ia datang. Ia adalah rahsia Tuhan. Ia adalah sesuatu yang ajaib yang tidak dapat dihuraikan dengan pemikiran.
Ia ada. Ia wujud. Dan 7 amalan di atas merupakan antara pembuka lubang-lubang rezeki ajaib.
Dan ya, bukan 7 amalan ini sahaja. Banyak lagi amalan-amalan lain yang jika istiqomah dilakukan, InsyaAllah akan hadir rezeki secara ajaib.
Istiqomah ini lebih hebat dari 1000 karamah. Maka istiqomahlah dalam setiap perkara baik walau ianya kecil sahaja.
Begitulah.