es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 36 361 suscriptores, ocupando la posición 285 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 915 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 36 361 suscriptores.

Según los últimos datos del 16 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -373, y en las últimas 24 horas de -4, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 6.97%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 2 534 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 17 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

36 361
Suscriptores
-424 horas
-927 días
-37330 días
Archivo de publicaciones
Setiap kali ke Digital Media World Forum (DMWF), saya pasti tercari-cari ada tak kelas kecil untuk pemain industri makanan. Nak belajar apa rahsia mereka boleh berjaya dan tawan dunia. Saya berjaya masuk ke kelas penerangan tentang McD. Kelas ini adalah kelas case study yang dibuat oleh pakar-pakar negara tentang produk tersebut. Tentang McD, banyak andaian dibuat. Power iklan, Bajet iklan setahun beratus juta, Marketing tak berhenti, Mana-mana nampak McD. Apa sahajalah teori. Namun ikut case study, McD hebat kerana sistem pengeluarannya (production system). Dari sistem itu, ia mengeluarkan produk tanpa rungutan. Dari situ barulah pelan pemasaran dikeluarkan. Untuk keluarkan produk tanpa rungutan ini, ada elemen-elemen lain juga. Antaranya ialah sistem yang mengurangkan kos. Kos tinggi biasanya ada kaitan dengan orang. Maka mereka automate semua. Di bahagian pengeluaran, mereka robotkan hampir semua benda. Sebab itu: - saiz roti sama, cantiknya sama. - saiz ini beger juga sama. - apa sahaja produk semua sama. - produk sampai ke pelanggan juga sama termasuk bagaimana nak letak sos, nak letak keju, nak letak sayur semuanya ada sistem / sop yang jelas. Penjagaan internal kualiti ini tersangat hebat sehinggakan mereka boleh buat apa sahaja bentuk pemasaran. Jika produk kita hebat, maka kita boleh hebatkan di bahagian marketing. Itu mereka punya sifir. Sebab itu mereka jadi hebat dan boleh duplicate kilang demi kilang di seluruh dunia. Kawan-kawan, Kita hanya nampak McD di restoran mereka sahaja. Namun kita tak nampak "jantung" sebenar McD bukan di situ. Itu dah jadi front liners sahaja. Tukang jual. Nanti saya ceritakan kenapa masuk McD akan beli juga walau kita dah kenyang. Aha, Kita pandai buat produk, maka kita kena pastikan produk kita: - sedap - kualiti sama setiap kali pelanggan beli. - penjagaan kos yang betul. - boleh memaksimakan kapasiti. Kalau kita ada ini, marketing kita akan smooth. Ingat, buat produk bukan sekadar nak menjual. Mesti ambil tahu apa dia pengeluaran, apa dia sistem production bagai. Kalau tahu bangun pepagi masak, kemudian jual, jual, jual, lalu ada yang komplen, kita akan mula marah dan sakit hati. Kita dah berpenat, orang cakap banyak pula. Jujurnya, lihat sistem production kita. Jika situ semua ok. Tak mungkin akan ada rungutan. Produk kita adalah nyawa kita. Jaga baik-baik, jaga semua, maka hasilnya akan lumayan dan boleh jadi menjadi sebesar-besar McD yang ada lebih 38,000 lokasi di lebih 100 buah negara. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ingin dapatkan personal coaching pembangunan content di media sosial, terus whatsapp sini ya http://www.wasap.my/60122117994

Perangai toksik yang dianggap sebagai normal di media sosial: - komen atau posting kasar, jelik, hina kepada sesiapa yang dianggap berbuat salah. Memberi komen jahat tidak menjadikan kita semua mulia. - memberi komen atau membuat posting secara public mengkritik namun dalam keadaan menghina dan menjatuhkan dan kemudian memberi tahu ia adalah untuk penambahbaikan. Untuk baiki, ia perlu secara sembunyi tanpa ada ruang berbincang secara umum. - memberi komen atau membuat posting menuju-nuju kepada seseorang namun ia dibuat secada public dan memberi persoalan kepada pembaca. Ia tidak jelas malah akan memberi respon tidak baik dan membuka ruang fitnah. Kawan-kawan, Kita main media sosial dengan baik dan tenang. Berhenti normalisasi benda tak betul. Nak kritik, nak beri cadangan, PM tepi. Nak tegur, nak nasihat, PM tepi. Nampak orang jahat, buat benda tak ok. Istighfar dan doakan semoga kita tak buat seperti apa dia buat. Dunia ini pilihan. Takkanlah sebab orang lain berbuat dosa, kita pun nak ikut sama berdosa dengan guna jari jemari kita membuat posting dan komen. Kita beza. Kita nak pahala. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berubah jom.

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30. 50% #Fakta. 20% #Emosi. 30% #ImpakPositif. Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting. Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas. Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja. * Contoh ayat fakta di media sosial: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting. * Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul. Contoh ayat yang ditambah emosi: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja! Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus. * Impak postif pula, ia mesti: - apabila orang baca, orang faham. Atau, - apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau - apabila orang baca, orang boleh beli terus. Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis: Jika kalian nak bermula, Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian. Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa. Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai. Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang. (Sampai habis step). * Itu antara mudahnya menulis menggunakan content. Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja. Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak belajar lagi mendalam, ambil personal coaching dengan saya. Klik sini http://www.wasap.my/60122117994

Waktu saya bekerja di kilang dulu, saya dah terbiasa bab improvement dalam tempoh 1 tahun akan bawa kepada 10 tahun akan datang. Jika dalam 1 tahun ia bagus, hebat dan cemerlang, maka 10 tahun lagi trend itu semakin menaik dan naik. Namun dalam 1 tahun ia tak bagus, ia memburukkan, ia memusnahkan sampai kita tak ada apa-apa lagi, maka kita kena berhenti dan buat benda baharu. Untuk dapat 1 tahun cemerlang itu, kita mesti: - dikelilingi oleh orang yang nak bawa kita ke next level, bukan orang yang tarik kaki kita sampai kita terbenam semula. - kita sendiri mesti belajar, berusaha, bersungguh dalam lakukan sesuatu. - kita wajib ada disiplin tegas dalam bab membangunkan diri sendiri termasuk agama, hubungan dan kasih sayang. - buang semua perangai tak bagus seperti was-was, kuat bersembang, toksik, berfikiran negatif, sentiasa rasa selesa. - buang juga apa sahaja ada di sekeliling yang toksik, buang masa, negatif dan bawa perkara buruk dalam minda kita. Kawan-kawan, dalam dunia ini ada 2 sahaja faktor nak berjaya. Ia adalah push factor dan pull factor. Push - yang menolak kita untuk berjaya. Pull - yang tarik kita untuk berjaya. Dua-dua faktor ini boleh juga ada penjahatnya. Akan ada yang tolak kita sampai kita jatuh gaung. Juga ada yang akan tarik kita dan simpan kita dalam penjara dia supaya kita takkan berjaya. Hati-hati pilih kawan, hati-hati dengan suasana, hati-hati dengan hati sendiri dan hati-hati dengan apa sahaja ujian termasuk kesenangan. Kita nak cemerlang lagi 10 tahun, maka cemerlang dulu tahun ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

1. Tak semua orang suka berniaga. Kita kena tanamkan perkara itu dalam kepala. 2. Jadi dalam media sosial, asingkan posting berniaga dan posting kehidupan. 3. Posting kehidupan wajib lebih banyak dari posting berniaga. Ini sosial media, orang mahu lebih selesa bermain tentang ulas isu, perkara kesukaan yang punya titik persamaan, minat, hiburan serta memberi maklumat. Jika banyaknya berniaga, orang akan mula berundur dari kalian. 4. Nisbahnya ialah setiap 3-4 posting kehidupan, barulah up 1 posting berniaga. 5. Ramai orang suka shopping, namun tak semua orang ada duit setiap masa. Jadi susun iklan dengan sebaiknya. 6. Dikatakan, hari isnin dan rabu ramai peniaga mega membuat jualan besar. Follow sahaja langkah itu. Iklan soft sell dan hard sell pada 2 hari ini biasanya menjadi dengan baik. 7. Buat posting kehidupan yang beri impak positif untuk orang share posting kalian. Apabila tinggi share, orang mula follow kalian. Process ini dinamakan sebagai feeding atau beri umpan untuk audien klik butang follow. 8. Kemudian, kasi tebar jala (buat iklan). Kita mungkin akan dapat ikan bilis, atau ikan jerung atau sotong kurita. Besar crowd (jumlah follower) besar jugalah potensi hasil dari iklan. 9. Tak perlu pun membina follower menjurus kepada produk. Ia adalah posting yang punya content berimpak positif dan pastinya consisten sahaja. Ia adalah perkara yang kalian minat, suka atau mahir. Walau tak sama dengan produk, ia tetap menaikkan follower. 10. Di media sosial, Content adalah segalanya. Bina, susun dan jadualkan. Kalian akan dapat hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, #TipsContentKHM

Bangunkan diri di media sosial, wajib ada Channel Telegram. Ia adalah 1. Funnelling. - kita lorongkan orang mempunyai minat, kesukaan dan perhatian sama ke situ. 2. Pembangunan #content yang sekata. Tiada banyak pilihan posting namun fokus kepada beberapa perkara sahaja. 3. Jika kita selebriti, ikon, atau manusia dikenali di kaca tv dan mana-mana media lain, kita boleh bangunkan sebanyak mana dan berbagai jenis content di situ. 4. Namun jika kita tidak dikenali dan baru bermula, adalah sangat baik kita fokus kepada pembangunan content yang tersusun dan berstrategi. Pemilihan topik amat penting untuk jadi crowd puller. 5. Iklan boleh dibuat namun ia ada kaitan dengan pembangunan topik crowd puller tersebut. 6. Boleh sahaja nak guna nama sendiri atau judul topik sebagai nama Channel. 7. Mesti muat naik sekurang-kurangnya 1 post sehari. * Mengumpulkan orang yang punya minat sama, kesukaan sama dan mahu belajar perkara sama adalah satu keperluan hari ini. Rugi jika tak buat. Jika masih belum ada, hari ini boleh mulakan. Begitulah, Khairul Hakimin Muhammad, Channel saya: https://t.me/ContentKHM

Atap cakap fokus benda tinggi. Kipas cakap kena sejuk selalu. Jam cakap setiap saat itu bermakna. Cermin cakap kita kena sent
Atap cakap fokus benda tinggi. Kipas cakap kena sejuk selalu. Jam cakap setiap saat itu bermakna. Cermin cakap kita kena sentiasa tengok diri. Pintu cakap kita sentiasa ada peluang. Kalendar cakap kita kena susun semua. Tingkap cakap kena tengok luar. Bantal cakap kena cukup tidur. Buku cakap masuklah ke dunia aku. Dinding cakap kalau susah, bersandarlah. Kawan cakap biar gila-gila janji berjasa. Kesayangan cakap kita hingga hujung nyawa. Emak abah cakap jadilah orang berguna. Cikgu cakap berusaha jangan putus asa. Duit cakap rajinlah bersyukur. Makanan cakap berhenti sebelum penuh. Nabi cakap terus buat baik. Sejadah cakap sujudlah selalu. Quran cakap, bacalah aku. Dan Allah cakap “Siapa yang mendekati Aku sejengkal maka Aku dekatinya sehasta.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 20 perkara wajib kita dengar dari lihat, pandang dan hidup. Kredit Gambar: Chikimm.

RM1,000,000 bahagi 365 hari bersamaan dengan RM2,740. Kita perlu buat jualan sebanyak RM2,740 sehari untuk capai jualan RM1juta setahun. Ini kiraan mudah sahaja kawan-kawan. Jika nasi lemak yang kalian jual hari ini berharga RM5. Maka kalian perlu jual 548 bungkus sehari. Jika kek kalian berharga RM30, maka kalian perlu jual 92 biji kek sehari. Jika ebook kalian berharga RM79, maka kalian perlu jual 35 buah sehari. Hendak buat 548 bungkus nasi sehari, perlu dapatkan banyaknya ejen. Mungkin sekolah, mungkin pejabat, mungkin kilang. Kalau area kalian duduk ada 5 biji sekolah. 1 sekolah dapat supply 50 bungkus, sudah dapat 250 bungkus sehari. Ada pula pejabat dan kilang, selesai terus 548 bungkus sehari. Kena tambah tukang masak. Kena tambah tukang bungkus. Team kena besar tak boleh buat sendiri Kawan-kawan, rezeki Allah ini seluas langit. Jika kita berkehendak mahu capai sebanyak itu, maka gerak kerja juga mesti begitu. Hendak capai jualan berapa ratus juta pun, namun kita tak mahu ambil team, tak mahu tambah operasi, tak mahu belajar, tak mahu bina network, tak mahu berkongsi dengan para ejen, memang takkan terjadi. Kalau kita buat berdua suami isteri boleh capai jualan RM500 sehari. Bayangkan kalau kita tambah seorang lagi, tambah 2 orang lagi, jualan juga akan berganda. Membuka dan meluaskan rezeki kepada orang akan menjemput rezeki kepada kita sendiri juga. Jadi buatlah dan berkongsilah baik-baik. Kawan-kawan, Kita yang tentukan bisnes kita bagaimana. Kalau sangkut, cek solat. Kalau selalu bergaduh, cek sedekah. Kalau sering tak temu keputusan, cek ada bangun malam ke dak. Tanyalah sesiapapun yang hebat berbisnes, yang sudah pun kaya raya membina jualan sampai mencecah RM10juta sehari. Iya mereka sentiasa ada kunci yang besar-besar. Yang mana kunci itu mereka guna hari-hari. Nampak tenang, nampak relaks, namun mereka ini ada senjata rahsia besar iaitu menjaga kebajikan dalam 1 team, menjaga keluarga, menyantuni orang luar, membantu berkongsi rezeki, sentiasa berhubung dengan Allah setiap masa terutama waktu kita semua tidur. Nak capai, kejar. Tak mahu, okey sahaja. Kita yang tentukan hidup kita bagaimana. Bukan cikgu, bukan sifu, bukan guru, bukan sesiapapun, ia adalah kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berjuang sampai capai sehari RM1juta jom. Bismillah.

Masuk 14 tahun dah saya main Facebook. Saya dah malas nak layan orang komen negatif manjang. Sikit-sikit bolehlah. Namun kalau kita up, ada je menda tak ok relate dengan diri dia, saya block je terus. Tak kuasa dah. Kita up pasal training, dia kata dia dah habis training tapi cikgu tak tolong pun lepas training. Syaiton apa benda ini gais, hang pergi sekolah belajar, balik rumah cikgu ikut sampai rumah ke tolong hang? Kita up pasal bisnes, dia pun nak cakap bisnes dia tak menjadi sebab adik beradik tak support, mak ayah suruh kerja gomen. Dah tu hang nak aku tulis pasal hang ke apa? Tulislah kat wall sendiri. Kita up pasal kilang kita buat sekian-sekian improvement, kita up supaya saling belajar, dia pun nak komen kilang tempat dia kerja dah buat tapi malasnya nak ikut. Payah, penat, serabut gitu gini katanya. Aku kalau dapat hang jadi pekerja memaang aku luku terus. Boleh tak pergi je main jejauh tak payah nak negatif sangat sana sini. Serba serbi komennya tak ok. Ada ja menda tak kena. Agaknya ginilah yang orang selalu serabut. Kat rumah isteri dah masak, dia cakap "makan kat kedai lagi sedap." Patutlah bergaduh je manjang. Tak reti bersyukur orang berkongsi kebaikan. Nak nampak buruk ni mudah je, kalau kita cari. Kita cari buruk, memang dapat. Memang nampak. Memang sentiasa ada. Cuba cari kebaikan. Itu juga kita nampak. 14 tahun dah aku guna ayat mata lalat mata lebah ni. Karang ada yang boring. Jadi aku tukarlah marilah kita guna ayat siapa asik pandang jahat maka dia sebenarnya ada hati syaiton, cucuk hati dia guna dua jari. Satu jari tak sakit sangat. 2 jari ala ala garpu gitu. Baru tersakiti sampai malas dah sibuk komen negatif manjang. K bai

Jika setiap hari anda membuat purata 3 posting, maka anda telah berjaya memuat naik status di Facebook sebanyak 90 kali dalam sebulan. Dan dalam setahun, ia jadi 1,080 buah posting. Cuba kira semula berapa banyak posting kalian yang ditulis dengan baik, memberi impak positif kepada pembaca dan berapa banyak pula yang bertukar kepada jualan? Jika 10% (108 posting) dari posting tahunan (dari 1,080 buah posting) tersebut, menjana sekurang-kurangnya RM1,000 jualan, maka jualan setahun ialah RM108,000. Kita ambillah jadi dropshipper dapat komisen 25% maka bersih yang kita dapat ialah sebanyak RM27,000 setahun. Bahagi 12 bulan, dapatlah bersih RM2,250 sebulan. Dah sama macam gaji seorang eksekutif okeh. Itu kalau jualan RM1,000. Jika RM1,500? RM2,000? Semua boleh sahaja. Kawan-kawan yang baik, Gunakan media sosial sebaiknya. Jika kalian tulis perkara yang beri kebaikan dan impak positif kepada audien, maka audien akan klik butang share. Dan dari share itulah follower kalian akan meningkat. Kemudian, tebarlah jala dan buat jualan dengan berstrategi. Kalian akan dapat hasilnya. Hari ini, ramainya suri rumah sudah handal membuat jualan dan menulis banyaknya perkara kebaikan di media sosial. Dan bergaya duduk di rumah menjadi dropshipper yang menjana puluhan ribu ringgit sebulan namun langsung tak mengeluarkan sesen pun modal. Dan saya sebagai orang yang berkongsi hal penyusunan content, membina bagaimana cerita terbentuk serta bagaimana menulis dengan betul di media sosial, amat-amatlah bersyukur. Alhamdulillah. Dan kawan-kawan, Tak terlambat untuk mulakan hari ini. Gunakanlah media sosial ini dengan sebaiknya. Anda yang tentukan hasilnya bagaimana. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sekadar berkongsi ilmu #TipsContentKHM kepada kalian. Alhamdulillah.

Buka restoran kerana ramai orang tak sempat masak. Buka kedai dobi kerana membantu ramainya orang nak cuci pakaian dan tak sempat kerana kesibukan. Jual buku kerana ramainya nak membaca benda bagus dan nak tambah ilmu. Jual kereta kerana pentingnya pengangkutan. Jual ubat kerana ramainya yang mahu rawat penyakit. Jual kek kerana ramainya nak makan namun tak reti buat. Dan macam-macam lagi. Jadi kawan-kawan, benarlah Bisnes = Beri Manfaat kepada orang lain. Khairul Hakimin Muhammad, Erti hidup dalam memberi.

Beberapa perkataan dan ayat yang buat kalian tersangkut nak berjaya. Ia boleh jadi tukang tarik kaki kalian untuk stay di tempat sama sedangkan kalian sedang melangkah naik satu demi satu tangga. Ia adalah: 1. Malas nak buat hari ini. Esoklah. - tukar kepada: ok saya usahakan sekarang. 2. Kejap lagilah. - tukar kepada: saya siapkan kerja ini dahulu dan terus saya buat. 3. Tunggu dululah. - tukar kepada: saya percepatkan semuanya dan saya akan tengok terus hal ini. 4. Tak apa, nanti-nanti pun boleh. - tukar kepada: saya pastikan saya akan selesaikan hal ini dalam 24 jam. 5. Susahlah. - tukar kepada: susah juga, tak apa kita buat sama-sama. 6. Aduh, payahnya. Tak boleh tukar ke. - tukar kepada: saya yakin kita boleh buat! 7. Nampak macam tak boleh ni. - tukar kepada: nampak macam susah, tapi saya yakin kita boleh usahakan. Kawan-kawan, Kita yang susun mindset nak bergerak atau nak kekal di tempat sama. Kalau kita sendiri yang tak nak alihkan kaki kita, ia takkan ke depan atau ke belakang. Ia kekal di situ. Semua ujian, semua halangan, semua cabaran, pasti ada jalan untuk kita semua hadap dan tempuh. Itu semua lorong nak jumpa sebuah kejayaan gemilang yang kita nak sangat-sangat. Mula terus hari ini. Tanam dalam kepada semua perkara boleh disusun jadi baik dan jadi berjaya! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad. Bangkit gais.

photo content

Soalan: Bagaimana nak pastikan wall kita ini sentiasa ditulis dengan perkara yang orang nak baca? Saya suka menulis, tapi nak dapatkan 10 like, 1 share pun susah. Jawapan: 1. Bina content dengan adanya kekuatan fakta, bukan membebel dengan pandangan sendiri. 2. Tulis hal kehidupan lebih banyak dari hal berniaga. 3. Jadi manusia, bukan jadi kedai. 4. Menulis mesti dengan tanggungjawab, bukan lempar ikut kepala, campak ikut hati. 5. Susun content untuk orang share post kita, apabila share berlaku, maka bersebarlah ilmu, meluaslah pengetahuan dan bertambahlah follower. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Mulakan bisnes dengan RM5,000 - rasa tak cukup. Nak besar lagi, kalau gitu tangguh jelah. Beli telefon dengan RM5,000 - okeylah dapat gunakan untuk entertainment, game bagai. Beli buah, makanan sihat dengan harga RM200 - terasa mahal sangat tak berbaloi. Beli game subscribe berbagai hal dengan harga RM200 - terasa murah dan lantakkan sahaja apa nak jadi. Tonton TV berjam-jam - tak apa, janji isi masa. Masuk kelas 2 jam - mula boring dan buat benda lain. * Lihat balik tahun lalu apa kita pilih dan apa kita jadi hari ini. Pandemik masuk ke negara kita sudah 17 bulan dan kita lihat apa yang kita dah capai. Kita selalu salahkan orang, salahkan sana sini, salahkan itu ini, cuba kita tengok apa kita pilih selama ini berbaloi untuk diri atau tak. Dah sampai masa kita akui kesilapan diri dan perbaiki. Selagi masih bernafas, kita masih boleh repair. Semua orang masih ada masa, masih ada ruang untuk buat semula semuanya. Kita nak berjaya, kita pilih jalan berjaya. Berhenti pilih pintu gagal hanya untuk puaskan diri sementara. Pilih jalan kejayaan, di situ memang akan keluar peluh, keluar air mata bagai, namun hasilnya akan buat kita dan orang lain senyum beratus tahun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Bismillah.

Dulu masa saya ambil degree, saya ada buat part time di sebuah syarikat katering di Klang, Nidz Catering. Pemiliknya pernah nasihatkan saya tentang bagaimana meletakkan adab untuk menghormati orang lain dan apa kaitan semua itu dengan rezeki. 1. Apabila ada tetamu bertandang, bangun dan pergi ke dapur untuk angkat air dan hidangkan sendiri satu cawan dan satu cawan kepada setiap seorang tetamu. 2. Pastikan tetamu yang datang bertandang di rumah dapat minum atau makan sedikit. Tidak kira mereka dalam tergesa-gesa walau apa keadaan pun (kecuali kecemasan). 3. Sekiranya kita sudah bersiap mahu keluar dari rumah, tiba-tiba ada tetamu datang. Buka kembali pintu rumah dan layanlah tetamu sebaik-baiknya. 4. Sekiranya kita sedang makan di luar, kemudian datang orang meminta sedekah atau menjual barang, pastikan kita beri juga walau sedikit. Jika kita tidak mahu membeli, hadiahkan juga seringgit dua untuk dia dapat minum atau makan. 5. Sekiranya sedang makan atau minum, datang kucing menjengah. Duduk memandang atau terus mengganggu, beri sedikit makanan kepadanya. Apabila kita mendahului semuanya dengan adab. Maka rezeki akan mula menjengah. Adab itu perlu hadir untuk menghormati ejen rezeki. Tetamu = ejen rezeki. Kadang-kadang kita tidak perasan siapa yang pernah menjadi tetamu kita. Kadang-kadang juga, di meja makan restoran pun kita boleh punya tetamu. Tenang-tenang, setiap pertemuan itu Tuhan yang aturkan. Kita sahajalah perlu kawal diri mahu terima atau mahu menolaknya. Cewah. #abangtazkirah. Khairul Hakimin Muhammad Agen Papazola.

Semoga yang sakit, sembuhlah. Semoga yang belum punya anak, dapatlah. Semoga yang belum berkahwin, berjumpalah. Semoga yang sedang bermasam muka, berbaiklah. Semoga yang susahnya mencari kerja, bertemulah. Semoga yang sedang berjauhan, didekatkanlah. Semoga yang sedang lalai, sedang berjauhan dengan agama, ditemukan petunjuk dalam apa juga keadaan. Semoga juga yang sedang bertemu jalan kebaikan, diterima taubatnya. Dan semoga yang baik, sering sahaja rezekinya luas, banyaknya membantu di sana di sini, meneruskannya tanpa pernah penat, tanpa lelah, tanpa sedikit pun rasa mahu berundur. Amin Ya Rabb. Salam sabtu kawan-kawan. Semoga baik-baik sahaja semuanya. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Nakal nakal belaka eh hangpa. Haha Sungguh, Tuan Azri pun belajar membangunkan content media sosialnya bersama saya. Baca di
Nakal nakal belaka eh hangpa. Haha Sungguh, Tuan Azri pun belajar membangunkan content media sosialnya bersama saya. Baca di sini: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid02vPxmPfszDpm1esTsfJzDWkofMZMssqt8or63zwWAFgYgRQKoeDSiV6KyAn49uDbjl/?mibextid=K8Wfd2

5 teknik mudah untuk kita ini sayangi diri sendiri: 1. Bangun awal sebelum solat subuh - tanda kekuatan mental kita bermula. 2. Mandi, solat sunat sebelum subuh dan solat subuh - solat sunat sebelum subuh dan solat subuh adalah tanda awal kita memanjat kesyukuran kepada Allah. 3. Hargai sarapan yang disiapkan oleh yang tersayang. Jika tiada, buat sendiri. Jika masih tak sempat, pergi beli. Happy sahaja dengan semua pilihan yang masih ada. 4. Sampai tempat kerja, masuk dengan gembira. Sapa semua orang yang kita jumpa dengan memberi salam. Kita akan dapat jawapan salam semula. Doa itu kebaikan yang besar. 5. Letak dalam kepala hari ini pasti dapat belajar lagi perkara baru. * Kita akan dapat perasaan yang kita suka diri kita. Kita tak ganggu hidup orang. Jika ada orang ganggu hidup kita, kita lekas dapat selesaikan. Kita tahu bagaimana nak hadap dan tenang. Kita mudah memaafkan dan mudah juga move on. Kita tak hidup dalam hal lepas, semua itu hanya sesekali sahaja kita pandang untuk kita ambil pengajaran. Yang paling penting ialah masa hadapan. Kita nak bantu lagi ramai orang yang sama kuat macam kita. Jadi kita kena sayangi diri kita, keluarga kita dan masyarakat yang ada sekeliling kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari sama-sama buat.

Gais, ini media sosial. Kadang pasal kerja, kita serius. Kadang pasal keluarga, kasi nasihat. Kadang melawak, kita ketawa. Tenang gais. Tak usah stress-stress. Media sosial tak ada limit. Buat pahala, dapat pahala. Buat dosa, dapat dosa. Berpanjanganlah semuanya. Nak belajar menulis, nak belajar bangunkan content sama ada dalam bentuk tulisan atau video, ok mari ke personal coaching dengan saya. Face to face atau zoom. Ada 6 sesi dalam tempoh 3 bulan saya bantu begitu begini. Insya-Allah terbuka minda bab bagaimana nak bermain media sosial dengan betul. Ha mari. Klik sini ya. Gituh http://www.wasap.my/60122117994