es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 36 306 suscriptores, ocupando la posición 285 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 906 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 36 306 suscriptores.

Según los últimos datos del 20 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -389, y en las últimas 24 horas de -8, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.78%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.02% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 3 187 visualizaciones. En el primer día suele acumular 734 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 21 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

36 306
Suscriptores
-824 horas
-957 días
-38930 días
Archivo de publicaciones
Pernah itu hari, saya up tentang majikan yang beri team beliau yang paling setia sebiji rumah setiap seorang. Ada beberapa orang komen: “Itu yang baik, yang kedekut bersepah.” “Itu bos bagus, kita ni dapat bos bangang.” Kalau kita tak tukar cara kita berfikir, kita akan marah setiap hari, menyampah setiap hari, meluat setiap hari. Kita dengar ja perkara baik, kita bandingkan. Kita tengok je benda bagus, kita bandingkan. Kita baca benda boleh jadi contoh, kita bandingkan. Akhirnya kita jadi orang negatif. Kita bawa racun kepada diri sendiri dan tak akan move on. Awalnya racun hanya di mulut, mata dan telinga, apabila dah sampai ke hati, otak pun dah dikuasai, bukan senang nak baiki dan rawat semula. Jika kita ubah semua perbandingan tersebut kepada kita sendiri nak berjaya, maka kita akan ambil segala negativiti itu sebagai peluang nak naiki lagi 1 tangga. Tengok orang lain lembik, kita tahu bagaimana nak kuatkan. Jadi kita buat. Tengok orang lain perlahan, kita tahu bagaimana nak cepatkan, jadi kita buat. Tengok orang lain tak buat keputusan, kita tahu bagaimana nak putuskan, jadi kita buat. Kita takkan dapat ubah majikan kita, bos kita. Namun kita boleh ubah diri kita. Kita yang kawal diri kita berfikir bagaimana, jadi kita fokus kepada diri kita sendiri. Tahan, belajar. Tak tahan, keluar dan cari benda baru. Maka kita sedang tolong diri kita, kita akan dapat ganjarannya. Itu janji Allah. Kita yang kena tolong diri kita, bukan hancurkannya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit gais!

Malam ini bakal berlangsungnya Kelas Copywriting Power. Kapten Hamk akan bantu kalian bagaimana penulisan content yang boleh
Malam ini bakal berlangsungnya Kelas Copywriting Power. Kapten Hamk akan bantu kalian bagaimana penulisan content yang boleh tarik crowd dan juga Formula Copywriting untuk naikkan sales. Paling best, harga kelas masih lagi RM29.00 terhad kepada 6 seat sahaja lagi. Daftar sekarang dan kalian siap dapat rakaman kelas untuk tonton berulang-kali. Tekan terus link di bawah: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Tak boleh rasa diri mulia jika berjaya keluar dari circle negatif. Ingat, kita kena sentiasa rasa kita banyak dosa. Cara terbaik ialah bersyukur apabila dijauhkan, bukan terus menerus membenci mereka, membuat posting perli dan sindir. Ingat, "orang jadi jahat apabila dia rasa diri dia mulia." Kita solat, Kita sedekah, Kita bayar zakat, Kita ada circle hebat, Kita pergi perli mereka yang tak solat. Kita perli mereka itu ini negatif. Kita buat posting sindir, perli mereka begitu begini. Kalau kita berbuat begitu, jujurnya kita jauh lebih teruk dari mereka. Sekurang-kurangnya mereka berdiam diri tanpa melawan kita. Entah-entah siap doakan kejayaan kita lagi. Kawan-kawan, Nak tinggal circle negatif, tinggalkan sahaja. Simpan aib, simpan semua. Itu barulah kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita pun ada salahnya, juga ada banyak dosa.

Ada sesiapa di sini ikuti kisah Jangan Pandang Bawah Meja?
Anonymous voting

Setiap hari, kita ambil perhatian hal ini: 1. Lihat diri sendiri berbanding orang lain. - jika kita tak suka dengar perkara itu, tutup telinga. - jika kita tak suka lihat, tutup mata. - maka jangan pula kita burukkan mereka yang suka negatif kerana itu akan buat kita sama seperti mereka. Duk diam dan baiki diri sendiri sahaja. 2. Tengok kelemahan diri. - circle positif perlu ada sifat rendah diri. - kena sentiasa rasa nak baiki diri. - kena sentiasa rasa selesa. - jumpa untuk bincang, bukan suka-suka. 3. Apa yang kita fikir beri kesan apa yang kita buat. Apa yang kita buat beri kesan kepada orang lain. - jika positif di situ, semua akan positif. 4. Kita takkan boleh kawal orang lain. Jika dah tegur, jika dah cuba beritahu, jika dah berusaha sangat cakap kita tak selesa itu tak selesa ini namun mereka masih sama, maka kita undur diri. 5. Jangan putuskan silaturrahim, hanya undur sedikit sahaja. 6. Jika orang negatif itu adalah keluarga, ibu ayah, tahan, hadap, banyakkan berdiam dari sibuknya melawan cakap. Ia akan mengeruhkan keadaan. - hanya perlu fokus apa yang diusahakan. - tunjuk result. 7. Sayangi diri dan semua orang. Cuma pilih dengan siapa nak bisnes, dengan siapa nak pergi makan, dengan siapa nak bincang masalah. Kalau kita tak memilih, kita tak kisah, kita hanya peduli hati orang, percayalah kita takkan boleh hidup aman. Resah nak tidur, gelisah sana sini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita yang banyak salah. Baiki diri dari sibuk tengok salah orang lain.

Beruntungnya yang join kelas copywriting esok malam. Harga kelas turun ke RM29.00. Kelas Copywriting Power Masterclass ni mem
Beruntungnya yang join kelas copywriting esok malam. Harga kelas turun ke RM29.00. Kelas Copywriting Power Masterclass ni memang ajar satu persatu penulisan tarik crowd dan ada 5 Formula Naikkan Sales. Terhad 20 orang. Lekas daftar. Kelas lebih kecil, lebih fokus dan paling best, macam-macam boleh tanya. Daftar sekarang dan kalian siap dapat rakaman kelas untuk tonton berulang-kali. Tekan terus link di bawah: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Kita kena berhenti lakukan perkara ini mula hari ini juga: 1. Jika kita tidak ok, penat, lelah, kita kena ambil masa rehat sekejap. Lelap 10 minit atau 1 jam. Kemudian bangkitlah semula. 2. Jika kalian tidak dicintai seperti kalian mencintai, kalian kena berhenti sekarang juga. Jika sampai ke tahap disakiti, dipukul dan dihina dengan teruk, keluarlah dari situ hari ini juga. 3. Jika selama ini kamu berusaha nak ubah hidupnya jadi lebih baik, maka berhenti sahaja hari ini. Dia takkan berubah kerana kamu. Kita hanya dapat ubah diri kita sahaja. Tak mungkin orang lain. 4. Berhenti cakap ya kepada perkara yang menyakitkan hati kamu sendiri. 5. Berhenti terima dan angguk perkara yang memberikan kamu hilang hormat dan buat kamu benci. Cakap sahaja apa yang kamu tidak selesa. Dia akan berhenti memainkan kamu. Gais, hidup ini kena cakap, kena beritahu, kena sampaikan, kena bertindak. Kalau tak, kalian akan hidup dalam suasana teruk dan buruk. Semua ada dalam kepala kita benda yang kita tak boleh ubah. Bangkit gais! Hidup ini kita bertanggungjawab sepenuhnya! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Respect dirimu sendiri!

ALAMAK! TINGGAL 12 SEAT LAGI! Harga early bird, RM79 nak habis tamat dah. Selepas ini, ia akan naik ke RM159. Lekas daftar se
ALAMAK! TINGGAL 12 SEAT LAGI! Harga early bird, RM79 nak habis tamat dah. Selepas ini, ia akan naik ke RM159. Lekas daftar segera ke Webinar Gegarkan Bisnes Dengan Content Marketing. Webinar ini akan berlangsung secara live pada 28 Februari 2022 (8:30 malam) di satu Private VIP Group Facebook. Modul kalian dapat belajar adalah: 1. Kekuatan Media Sosial 2. Niche & Positioning Bisnes 3. Kuasa Content Marketing 4. Strategi Scale Up Bisnes 5. Strategi Jualan 6. Pembinaan Blueprint Bisnes 7. Teknik Gegar Kempen Bisnes Cepat tekan link di bawah ya. Sementara seat masih ada: https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc

Sekiranya anda seorang "over-thinking", mari kita cuba lihat apa yang kita boleh usahakan untuk hentikan perkara itu: 1. Setiap masalah tak boleh diselesaikan hanya dengan berfikir. Ia mesti 20% fikir, 80% buat. - fikir nak berhenti, namun takut tak ada rezeki lain. Maka usaha sampai dapat (tindakan). - fikir nak kahwin, namun tak cukup duit. Stress dan murung. Maka kena cuba berniaga (tindakan). - fikir nak keluar dari kesusahan, namun tak tahu nak buat apa. Maka jumpa orang dan bersembang (tindakan). 2. Kebanyakan orang banyak berfikir akan cuba bercakap lebih banyak dari mendengar. Ia kerana terlalu banyak perkara dalam kepalanya, maka dia akan rasa perlu dia yang bercakap. Ini kena diperbaiki. Mesti 20% bercakap 80% mendengar. - apabila pergi bersembang, kita dengar apa orang lain punya pandangan. - belajar terima, belajar hadap, belajar resap. - jika kita potong orang bercakap, atau kita menolak (rejection) ia akan lebih banyak memudaratkan. - rendahkan diri dan belajar kita ini tak bagus mana. Kena belajar. 3. Kuasa Allah. Letak dalam kepala Allah maha mendengar, maha berkuasa, maka berharaplah. - apa yang dah lepas, minta kepada Allah setiap masa supaya kita diampunkan. Perbanyak istighfar. - yang akan datang, minta dan mohon kepada Allah untuk dipermudahkan dan sentiasa cakap kepada Allah jika ada ujian, maka ujilah dengan ujian yang kita boleh hadap dan terima. 4. Berhenti kritik dan kutuk diri sendiri. Mesti bersyukur kita ada banyak kelebihan. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak Allah beri. - berhenti cakap kita tak pandai, kena cakap kita akan belajar. - berhenti bercakap kita slow learner, kena cakap walau perlahan kita masih berusaha. - berhenti cakap kita miskin tak ada itu tak ada ini, kena cakap kita akan ubah hidup dengan kudrat dan kelebihan yang lain. 5. Mulakan dengan 80% persediaan dan 20% tindakan. Berhenti main taram dan belasah serba serbi. - rancang dan ambil masa. Kejayaan bukannya datang dalam sehari. - ambil masa belajar pada setiap proses. Tenang dan hadap setiap ujian. ** Kawan-kawan, over-thinking akan hancurkan kalian. Bangkit, bangun, buat kerja dan terus sibuk. Biar berpeluh biar penat. Malam nanti kita tidur pun lena. Entah-entah siap dikejutkan awal untuk solat sunat dan sebagainya. Itu kelebihan dalam berpenat-penat berusaha. Kaya dan berjaya itu ada dalam proses kita. Semua benda yang kita buat ada kekayaan di hujungnya. Kita yang putuskan semua. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit! 💪

Ada 5 perbuatan akan hancurkan semangat dan motivasi kalian seharian. Hal ini adalah benda yang kita sering sebut, sering fikir dan sering buat kepada diri sendiri. 1. Membandingkan diri dengan orang lain. Sentiasa rasa orang lain lebih dan kita dihantui kenapa aku tak boleh. - cara terbaik atasi ialah tukar cara berfikir. Terus cakap kepada diri sendiri "syukur alhamdulillah, hidup sekarang pun bagus dan baik. Akan cuba lebih baik lagi untuk hal akan datang." 2. Mengutuk kelemahan diri sendiri dengan kata "saya tak kreatif, saya tak pandai, saya tak reti, saya lembab, saya tak berguna dan sebagainya." - cara terbaik nak atasi ialah sebut "benda ini saya boleh belajar. Orang yang berusaha pasti Allah bantu. 3. Berkawan dengan orang yang sering bercerita kelemahan, kesusahan dan tiada motivasi. Akan sebabkan kita sering sukar nak dapat jawapan positif dan solusi. - elakkan berjumpa, buang terus pun tak apa. Abaikan, utamakan mereka yang boleh bersembang idea, kesungguhan bekerja dan banyaknya hal tentang mencantikkan hubungan dengan Allah. 4. Tak ada matlamat harian. Iya kita mungkin ada cita-cita tahunan, azam dan harapan, namun setiap hari kena letakkan juga nak berbuat apa. Jadikan ia sebuah kejayaan kecil. - pagi ini nak joging, sekejap lagi mahu ke pasar, tengah hari nanti nak masak sekian sekian. Petang nanti sales dah RM2,000. Letak matlamat dan usahakan. 5. Tak boleh lawan gangguan. Nampak tv tonton, sentiasa pegang telefon dan sebagainya. - letakkan had berapa lama nak guna, berapa lama nak tengok FB, Insta, Netflix. Ia kembali ke nombor 4, jika dah ada matlamat, semua gangguan akan terhapus. * Kawan-kawan, Saya sering ulang, kita yang boleh kawal diri kita. Bukan penceramah motivasi, bukan orang lain, kita dah dengar, kita dah baca, kita dah tonton, maka kita yang kena bangkit berubah. Sudah-sudahlah sebut sebab orang motivasi kita hancur, sebab mulut orang kita down, kita yang kena atasi perkara tersebut. Lawan dengan usaha berterusan, kita akan menang. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat ya!

Ini adalah Kelas Advanced. Kalian akan bersama-sama dengan Kapten Hamk selama 1 hari, beliau akan terangkan satu persatu, bag
Ini adalah Kelas Advanced. Kalian akan bersama-sama dengan Kapten Hamk selama 1 hari, beliau akan terangkan satu persatu, bagaimana menyusun strategi untuk bina lebih 1,000 idea posting di media sosial. Ia adalah teknik termahal kerana dengan gerak kerja ini sahaja, ramai peserta telah viral dan ada yang telah bergelar influencer dan membina empayar sendiri di Media Sosial. Kelas Content Mapping terdekat adalah Jumaat ini 25 Februari 2022. Tak free, boleh tonton rakaman berulangkali. Lekas daftar sekarang dengan menekan link di bawah: https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT

Rindunya zaman sekolah sampai ke masuk U dulu, bila tanya emak ayah kerja apa? Jawapan yang kita dapat, 1. Emak aku jual nasi lemak, kuih-kuih, ayah aku peneroka. 2. Emak aku jual pekasam weh. Sedapnyaaaa! 3. Emak aku tak kerja, abah aku tukang besi, buat pisau, parang semua. Ada bengkel kecil di rumah. 4. Emak ayah aku penoreh getah. Pagi-pagi dah tak ada di rumah. Aku pergi sekolah semua sendiri-sendiri je. Tapi balik je sekolah mak aku dah sedia nasi lauk sedap-sedap. 5. Emak aku jahit baju. Kau kalau nak hantar ke mak aku, bagi tahu aku. Baju aku ni semua mak aku buat. Ayah aku ada kebun pisang dekat hujung sana. Dan banyaknya lagi. Tengok balik wall mereka ini, semuanya jadi orang yang berjaya dalam kerjaya. Jujurnya bukan karier emak ayah yang menentukan kisah anak-anak di masa hadapan. Namun, ia adalah didikan, asuhan, bagaimana mereka sebagai ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak. Dulu-dulu emak ayah kita sibuk macam mana pun, mereka dapat tengok anak-anak depan mata. Zaman sekarang tak, kita keluar rumah waktu anak tidur, balik rumah anak dah tidur. Tak dapat tengok dia membesar, tak berjaya nak lihat wajah dan mata dia yang bersinar serta senyum ke kita. Itulah, Ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki, bersusah juga mendidik anak-anak, hadiahnya ialah anak-anak yang dapat memberi mereka ceria dan bahagia. Harap-harap kita yang hidup di zaman serba laju ini masih dapat peluang bahagia itu apabila kita dah tua. Saya duk teringat apa kawan saya cakap itu hari, “Apa yang kita buat kepada anak kita hari ini, itulah yang anak kita akan buat kepada kita apabila kita dah tua nanti.” Huhuhu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rindu.

Akad dalam jual beli. Jangan memain bab tipu timbangan. Baca di sini ya https://www.facebook.com/1409650354/posts/10228491126
Akad dalam jual beli. Jangan memain bab tipu timbangan. Baca di sini ya https://www.facebook.com/1409650354/posts/10228491126489070/?d=n

Alhamdulillah, malam tadi kita telah jayakan Kelas The Amazing of Storytelling. Paling best, hari ini, dah mula ramai peserta
Alhamdulillah, malam tadi kita telah jayakan Kelas The Amazing of Storytelling. Paling best, hari ini, dah mula ramai peserta buat storytelling terbaik di media sosial dan kawan dari kelas yang sama semua pakat-pakat support posting masing-masing. Kalian yang terlepas kelas ini, jangan risau ya. Boleh dapatkan rakaman kelas dan dijemput juga masuk ke group support. Terus daftar sekarang, kita buka 20 slot sahaja untuk rakaman ini: https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM

Tips happy setiap hari isnin: - Fokus ilmu apa yang kita dapat hari ini. Konsisten cari ilmu baru walau sekecil-kecil hal. Caranya ialah banyak mendengar dari banyak bercakap. - pilih nak persoal atau tanya. Persoal akan menyebabkan tegang, tanya pula akan buat orang selesa. Mempersoal ada kaitan dengan merendahkan orang. Jadi berhati-hati semasa bertanya. Elak guna "kenapa". Guna "bagaimana" akan lebih cantik hubungan. - pilih nak negatif atau positif. Kita tentukan hati kita bukan ikut-ikut orang. Kita nak happy, kita nak bahagia, kita nak tenang, jadi kita pilih. Majoriti tak semestinya betul. Ada orang dia pilih nak bergaduh dengan suasana beramai-ramai tunjuk tak puas hati itu ini, namun bab bayar bil, dia kena bayar sendiri-sendiri. Kita tentukan kita nak happy atau tak dalam kumpulan atau individu. - berhenti takut-takut makan sendirian. Berhenti takut-takut keluar window shopping sendirian. Berhenti takut-takut melepak sendirian. Orang yang fokus kepada diri dia tak takut kalau dia tak berkawan. Dia tenang, dia relaks dan dia tahu nak pilih kawan waktu mana untuk duduk bersama atau tak. - pakai pakaian yang selesa. Jika dah pakai kemudian takut orang kata apa, maka ia sudah mengganggu fikiran. Jika ia selesa, sudah cukup untuk happykan diri sendiri cakap ia bagus untuk aku, bukan untuk orang lain. Letak mindset apa yang ada di tangan kita, kita bersyukur sangat-sangat. Kawan-kawan, Berhenti mengeluh. Berhenti ikut rentak tak betul. Baiki diri sendiri sahaja. Kita boleh lihat kita bagaimana setiap hari isnin. Isnin boleh jadi penentu bagaimana minggu itu ok atau tak. Kalau kita pilih nak negatif manjang, perbualan kita, pemikiran kita, hati kita semuanya akan membawa kepada banyaknya buruk dari baik. Balik rumah, masih sakit hati. Nak tidur, masih sakit hati. Nak makan, masih tak berpuas hati. Jadi di mana letaknya syukur kita kepada Allah. Pilihlah untuk terus buat baik kepada diri sendiri. Allah akan beri lebih lagi dan lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah. Mula terus hari ini.

Menyenaraikan kesyukuran semalam pada hari ini adalah proses yang membersihkan hati. Rasa Allah beri banyak, rasa Allah menyayangi dan rasa Allah sentiasa di sisi. Dari sekecil-kecil hal, hingga ke perkara besar. Saya beri contoh ya. Ini saya buat setiap hari dan saya ada siap-siap "buku syukur" saya. Saya tulis setiap pagi sebelum waktu dhuha. - Alhamdulillah semalam dapat berpuasa. - Alhamdulullah semalam dapat berbuka. - Alhamdulillah semalam dapat sedekah waktu subuh. - Alhamdulillah semalam sales RM100,000. - Alhamdulillah semalam dapat mengusik dan bergurau dengan keluarga di Group Whatsapp. - Alhamdulillah semalam dapat keluar sekejap beli barang dengan keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat jumpa team di kilang. - Alhamdulillah semalam dapat ilmu baru dari team. - Alhamdulillah semalam dapat buat live dengan share lebih 2k. - Alhamdulillah semalam dapat hadiahkan telekung kepada keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat jumpa keluarga di rumah mentua. - Alhamdulillah semalam dapat up posting best-best di socmed. - Alhamdulillah semalam dapat sahur bersama keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat membaca buku Hypo Selling. - Alhamdulillah semalam dah masuk juz 5 mengaji. - Alhamdulillah semalam dapat masakkan kari ayam. Ini contoh sahaja kawan-kawan, saya malu nak tunjuk buku syukur saya. Banyak hal peribadi ditulis di situ. Maaf sungguh. Saya sekadar nak beritahu apabila kita luahkan kesyukuran dan tulis, kita lebih hargainya. Kita dapat fikir dengan rasional rupanya Allah beri kita banyak setiap hari. Dan kita wajib bersyukur. Kalau dalam kepala kita penuh hal negatif, kita sentiasa rasa tak cukup, maka kita akan terlindung dengan banyaknya pemberian yang Allah beri. Sebab itu pandang orang lebih sikit kita marah, pandang orang kaya pun kita rasa mereka jahat dan sebagainya. Kawan-kawan, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Allah sendiri beritahu yang kita kena bersyukur. Dari perkara sekecil-kecil sampailah ke benda besar. Bersyukur sebanyak-banyaknya. Kita akan dapat lagi dan lagi. Berhenti mengeluh, berhenti pandang orang lain dapat banyak, tengok diri sendiri. Boleh jadi sangat banyak kita dapat, namun asbab tak berhenti tengok orang lain, kita terlupa nak berterima kasih kepada Allah. Hati-hati kawan-kawan, saat kita dapat kita tidak bersyukur segala nikmat, boleh jadi saat Allah tarik, Allah sengaja campakkan dalam kepala dan jiwa kita, kita sayang semua benda. Itu penyebab kita makin resah, gelisah jadi tak keruan sepanjang masa. Nak jiwa tenang, bersyukur. Lihat banyaknya Allah beri setiap hari. Jiwa lapang, tidur pun lena. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur ada follower dan rakan yang sentiasa support saya. Terima kasih semua. Sayang belaka. ❤️❤️❤️.

LAST CALL! THE AMAZING OF STORYTELLING BERLANGSUNG ESOK! Kelas turun harga ke RM59! Terhad kepada 18 orang tercepat sahaja! L
LAST CALL! THE AMAZING OF STORYTELLING BERLANGSUNG ESOK! Kelas turun harga ke RM59! Terhad kepada 18 orang tercepat sahaja! Lepas ini pendaftaran ditutup ya. Cepat daftar hari ini: https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM

Akan tiba saatnya, kau terbang semula keliling dunia. Sabar Khairul, sabaaaaar!
Akan tiba saatnya, kau terbang semula keliling dunia. Sabar Khairul, sabaaaaar!

10 HARI LAGI! TAK SABAR! Pada 28 Februari 2022 ini, saya dan Kapten Hamk akan bersama kalian untuk dedahkan bagaimana Content
10 HARI LAGI! TAK SABAR! Pada 28 Februari 2022 ini, saya dan Kapten Hamk akan bersama kalian untuk dedahkan bagaimana Content Marketing dapat gegarkan bisnes kalian di tahun 2022. Modul kalian dapat belajar adalah: 1. Kekuatan Media Sosial 2. Niche & Positioning Bisnes 3. Kuasa Content Marketing 4. Strategi Scale Up Bisnes 5. Strategi Jualan 6. Pembinaan Blueprint Bisnes 7. Teknik Gegar Kempen Bisnes Ayuh, lekas daftar hari ini. Seat tinggal 20 orang sahaja. Lepas ini ia naik ke RM159. Lekas grab sekarang ya! https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc

Berhenti bandingkan orang boleh beli rumah awal, berhenti bezakan diri orang muda boleh beli kereta sedap. Tak semua orang tanggungjawabnya sama. Ada orang umur 17 sudah menjaga ibu, ada orang umur 20 sudah diminta bernikah dan jaga mentua. Rezeki kita tak sama. Boleh jadi kita kahwin awal, boleh jadi kita dapat anak awal. Boleh jadi rezeki kita dapat keluarga yang saling tanya khabar hari-hari, boleh jadi rezeki kita dapat cium tangan emak juga hari-hari. Kita boleh fikir nak jadi seperti itu seperti ini, tak pernah jadi masalah untuk ada cita-cita. Namun bersyukur dengan rezeki yang ada itu akan menambah lagi rezeki kita. Kadang kita tak nampak kita ada anak berderet, walau hanya ada Myvi belum habis bayar, kita ada isteri yang bijak jaga anak. Yang kita pandang orang itu ada Honda baru sedang dia dah kahwin 10 tahun belum punya zuriat. Kawan-kawan, yang mengatur rezeki inikan Allah. Kita ini hamba yang suka meminta. Kadang kita lupa, nak memohon itu ini kita tak tengok diri kita punya apa. Lalu kita beriya nak apa yang kita sendiri tak boleh nak jaga. Kita tak perasan begitu begini. Jadi Allah tak beri sekarang boleh jadi ajar dulu dengan ujian badai sampai berjaya harung baru boleh terima. Yang penting kita tahu hidup kita bagaimana. Ada orang dia mewah dengan ibadah. Lapangnya masa dapat duduk di sejadah. Namun itu sahaja sekeping kain yang dia ada. Ada orang sibuknya melayan keluarga sampai lupa diri sendiri sudah berusia, belum nikah belum juga pernah ada dalam kepala mahu hidup berdua. Kita tak sama dan tak pernah sama. Yang kita ada sekarang adalah cinta yang Allah beri dalam banyaknya cara. Lalu Allah suruh kita bersyukur. Momen itu adalah untuk kita fikir, masukkan dalam kepala yang kita sudah cukup. Jika belum, minta bukan untuk diri kita sahaja. Ia mesti untuk sekeliling. Supaya yang sikit dikongsi, yang banyak diagih kanan kiri. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita tak sama.