es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 135 suscriptores, ocupando la posición 278 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 897 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 135 suscriptores.

Según los últimos datos del 06 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -293, y en las últimas 24 horas de -12, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.67%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 3.05% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 0 visualizaciones. En el primer día suele acumular 1 072 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 07 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 135
Suscriptores
-1224 horas
-827 días
-29330 días
Archivo de publicaciones
Semasa mengambil kelas #StoryTelling menggunakan Surah Yusuf di London tahun lepas, ada satu bahagian yang diberitahu cikgu kami untuk kami betul-betul fokus. Ia adalah tentang emosi semasa menulis. 1. Mesti dalam keadaan sudah bertenang. Jika sedang memandu, sedang bekerja, sedang buang air, sedang mandi, sedang penat, sedang marah-marah, hanya perlu buat catatan kecil, tak perlu terus tulis sampai siap. 2. Ia adalah kerana boleh jadi tulisan tersebut tidak beri impak seperti yang kita mahu. 3. Dari catatan tersebut, mula menulis apabila sudah rasional, maksudnya sudah tenang, dah relaks, bangun awal pagi, atau pilih waktu yang kita selesa. 4. Disiplinkan diri untuk menulis berapa patah perkataan sehari. Jika yang ini tiada, tiadalah apa yang nak ditulis. 5. Fikiran kita adalah apa yang kita baca. Segala perkataan yang kita mahu luahkan, mesti diamil dahulu, prosesnya ialah membaca. Tidak baca, tidak jumpa perkataan, jadi takkan boleh menulis. 6. Buku yang sering buat kita rasional ialah novel kemasyarakatan, novel kehidupan (tentang kejayaan seseorang) dan novel kehidupan kanak-kanak / remaja. 7. Sekiranya kita bimbang apa yang kita selalu ingat nak tulis, namun kita sentiasa sibuk, mulakan dengan menulis catatan kecil di telefon / buku 555. Ia menjadi dengan sangat baik. 8. Rasional bermaksud kita sudah bertenang. Jika menulis tanpa rasional, kita akan tersalah pilih perkataan, tersalah maksud boleh jadi memberi tersalah fahaman. 9. Di dalam Surah Yusuf, Allah menyusun cerita yang lengkap, 12 elemen penceritaan (ordinary world, call to adventure, refusal of the call, meeting the mentor, crossing the threshold, tests - allies- enemies, approach the inmost cave, ordeal, reward, the road back, resurrection, return with the elixir) ini disebut sebagai #TheHeroesJourney. Dan modul ini digunakan oleh Steven Spielberg, Plot Harry Potter, serta banyaknya filem Pixar. 10. Di dalam The Herous Journey, dikatakan cerita yang paling lengkap ialah kisah Rasulullah (selawat). Sekiranya sudah selesai membaca kisah Nabi Yusuf, perbanyak baca Sirah Nabi, kita akan dapat banyaknya ketenangan bagaimana teknik Nabi (selawat) bercakap dan bercerita. Ingat ini kawan-kawan, menulis #Content dan Story Telling dengan tenang akan beri impak positif yang super duper kuat. Dan banyaknya faedah yang akan kita berbagi sesama kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Story Teller.

Namun hari ini, saya duk dengar yang seorang tua yang sudah bertongkat, suka sangat pergi ziarah hampir setiap hari ke 2-3 rumah anak yatim dan rumah orang tua yang dibinanya kemudian pada setiap waktu maghrib dan isyak, beliau akan duduk sahaja mendengar kuliah. Lebih beliau suka ialah kisah sirah. Kata beliau, “Duit dah tak beri makna hari ini. Apabila sampai satu usia, hutang dah selesai, adik-beradik pun semua dah ok, tinggallah kita ini sahaja dengan Tuhan. Dan berharap kali ini Allah dengar pula rintihan hati kita. Semoga Allah ampunkan dosa, matikan kita dengan baik dan dapat masuk syurga.” Dan saya pula duk menangis. Entahlah jadi ke tidak buat buku kalau begini emosinya. Doakanlah kami ya. Ya Rabb, kadang-kadang rasa mahu berhenti buat kerja ini, kadang-kadang juga ada terbit rindu. Namun menjadi pendengar kemudiannya menulis kepada orang lain untuk kalian baca, juga sebuah kebahagiaan dalam hal berkongsi. Sungguh. Semoga adalah manfaatnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dengarkan kami Ya Rabb.

“Yang penting dalam hidup ini, kena teruskan hidup.” Saya duk terngiang ayat tersebut. Balik sahaja ke rumah, solat asar dan duduk sekejap. Tadi, saya berjumpa seorang tua ini. Bersembang minum kopi dan beliau siap sediakan biskoti yang baru dibawa pulang dari Cologne, Jerman. Seperti biasa, saya buka diari, tulis dan lukis menunjukkan bagaimana satu-satu penulisan itu terbina. Saya berharap benar beliau setuju saya tuliskan buku itu untuk beliau. Beliau tak banyak bercakap awalnya, mengikut sahaja rentak saya. Lalu saya bertanya, “Ada tak sepanjang * * berbisnes, * * menyesal?” Beliau terus jawab, “ada.” Lalu panjanglah ceritanya. Kata beliau, beliau 5 beradik. Ibunya meninggal dunia ketika beliau berumur 11 tahun, dan beliau yang kena jaga semua adik-adik memandangkan ayah terpaksa berpagian menoreh getah. Lalu ayah juga pergi genap setahun tarikh ibunya pergi. Katanya terlalu rapat, dan hampir setiap hari menangis. Dan pada umur 12 tahun, beliau pergi menoreh. Lalu mula tak tahan kerana duit yang dapat terlalu sedikit. Beliau mula pergi kerja ke rumah-rumah pembesar, basuh pinggan, cuci baju, lap kasut, angkat bakul, sampai ke tahap membawa air ke rumah berkali-kali ketika ada masalah dan sebagainya. Hanya untuk dapat duit lebih demi adik-adik. Pada sebelah petang, beliau akan uruskan tanah yang ada. Tanam itu tanam ini, buat sahaja. Pernahlah juga sangkut duit tak dapat buat itu ini kerana demam berpanjangan, lalu semua 5 beradik ambil segala daun ulam tepi rumah, lalu dimakan dengan air kosong. Kalau ada orang sedekah ubi, itu adalah syurga. Antara benda yang beliau buat bertahun-tahun ialah belajar mendengar. Para pembesar sangat tak suka kita bersembang atau bertanya, lebih lagi jika diberi arahan, jangan persoal. Ikut sahaja. Sampailah umur 22 tahun, beliau dapat bekerja sebagai pemandu kepada salah seorang pembesar tersebut dan sebelum orang itu meninggal dunia, beliau diminta menguruskan sebuah kedai runcit untuk pekan tersebut. Dari situ bermulalah era belajar bisnes. Belajar kira duit, buat stok, buat itu ini. Akhirnya, beliau menjadi orang kepercayaan dan akhirnya beliau membeli bisnes itu dan menguruskannya sesama adik beradik. Hari ini beliau sendiri mempunyai beberapa gedung bisnes yang kita sendiri tak sangka yang itu adalah perniagaan orang kita. Kata beliau, nak berjaya, bukan sehari. Prosesnya lama. Makan ubi perlu bertahun sampai perut kembung penuh angin. Terkentut-kentut sampai tidur pun masih lagi bloating. Itu sahaja yang ada. Apabila bisnes berkembang, nak maintain staff, lain pula cabarannya. Namun, tetap kena belajar. Yang beliau menyesal ialah beliau sering tak dapat beri adik-adik makan nasi, walau adik-adiknya tak pernah merungut, beliau dapat “dengar” semua itu melalui mata, serta perlakuan semua yang ada dalam rumah kecil tersebut. Ya, Asasnya ialah mendengar. Saya tersentak dengan ayat ini, “Khairul, semasa kita mula-mula keluar dari perut mak kita, yang pertama ialah bukan kita melihat. Sebenarnya ialah kita mendengar. Allah beri kita pendengaran dari dalam rahim lagi. Jadi hal mendengar ini sangat-sangat penting. Pergi mana-mana, dengar dulu. Baru tengok. Analisis kemudian barulah buat keputusan. Dalam rumah, dengar dulu irama kasih sayang, Dalam pejabat, dengar juga tentang taat, ikhlas dan berkat, Dengan kawan, dengan saudara, dengar juga tentang pengalaman dan macam-macam lagi. Dan paling penting ialah dengar serta patuh perintah Allah. Kan? Mula juga dengan dengar. Itulah peri pentingnya bab mendengar ini.” Kawan-kawan, Saya sering berjumpa orang yang hebat-hebat, dan apabila dah dengar kisah mereka, pastinya saya termenung. Betapa usia 38 tahun ini dibazirkan dengan banyaknya cakap konon kita ini hebat, banyaknya bising konon kita paling berilmu dan banyaknya sembang konon kita ini lebih berpengalaman. Jujurnya, kena belajar juga mendengar, kemudian cakaplah mana yang perlu sahaja. Sungguhlah kawan-kawan, Kita rasa kitalah paling susah dalam dunia ini, kemudian dapat buat sales sehari RM20,000 kita rasa kitalah paling kaya.

Usaha Tanpa Sedikit Pun Rasa Benci https://ift.tt/2UqGQXz

Apa yang orang lain biasa buat untuk bina content: try-fail-try-fail-try-fail, quit. Dan mula menyalahkan orang. Yang patut kalian buat ialah: Try-fail-analyze-adjust-try-fail-learn-adjust-repair-success. Bermain dengan #content akan beri banyaknya masa untuk kalian belajar tentang apa yang audien suka dan audien nak tahu. Proses try and error berlaku hampir pada setiap hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat lagi sampai jadi.

Speech_PRIHATIN_YABPM_27032020.pdf.pdf.pdf.pdf.pdf4.11 KB

Ucapan Penuh YAB PM: BANTUAN PRIHATIN RM250B

photo content

Adakah anda tahu yang sekiranya kalian punya kawan Facebook yang kerap memuat naik kata-kata pujangga, kata-kata hikmah serta bicara renungan yang bersifat menuju-nuju kepada orang itu orang ini, mereka itu jujurnya sedang mengalami kemurungan (sama ada dalam keadaan sedar atau tak). Tenang sahaja. Tak perlu berkecil hati, biarkan mereka melepaskan apa yang mereka rasa. Teruskan berbuat baik juga layanlah mereka seperti biasa. Hari ini, media sosial memang jadi pusat meluah perasaan. Jika kita rasa tidak selesa, tekan unfollow. Memarahi mereka, menegur kesilapan mereka, berpesan serta memberi nasihat kepada mereka ini boleh jadi ia akan bertukar kepada permusuhan. Tenang. Kita yang normal dan tidak mengalami masalah begitu, kena lebih rasional. Doakan mereka supaya kembali baik-baik sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Selamat pagi semua. Ada salah silap, saya minta maaf.

photo content

Siapa jumpa post ini memang rezeki dia. Kelas Content Online pada 2hb April ini berharga RM99. Namun jika kalian masukkan Kod Kupon SAYAAFFILIATEKHM kalian akan dapat harga #RM49 sahaja. Sepatutnya harga itu untuk para Affiliate sahaja. Namun terlalu ramai PM nak juga tanpa mahu jadi affiliate. Heh macam-macam. Ini linknya: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcol2apr

Cadangan Masa Posting Media Sosial Musim Covid-19 https://ift.tt/2UzADYh

photo content

Tahun lalu saya ada share ni 👇 Antara benda yang kita minat, suka, mahir yang boleh dijadikan sebagai #content untuk dimuat naik di media sosial. Content yang ini dinamakan sebagai #crowd yang mana disusun untuk: #ToEducate #ToInform #ToInspire. Dan 3-3 perkara ini jika ditulis dengan 4 asas content (fakta, emosi, bahasa dan beri impak positif kepda audien) akan mendapat share yang tinggi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

Yeay alhamdulillah. Testimoni pertama yang dapatkan ebook kesayangan saya. Ya percuma sahaja sekarang! Ambillah dan saya doak
Yeay alhamdulillah. Testimoni pertama yang dapatkan ebook kesayangan saya. Ya percuma sahaja sekarang! Ambillah dan saya doakan semoga bermanfaat. Siapa belum download, di sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/e_118

Adakah perniagaan anda terjejas teruk (rugi lebih 50% sales) semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Anonymous voting

WOW! PERCUMA 118 IDEA MENULIS CONTENT! https://ift.tt/39eTpcv

Download ebook percuma 118 Idea Tulis Content di sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/e_118

Bagaimana nak daftar AffiliateKHM? Siapa yang download Ebook Percuma 118 Idea Tulis Content, akan dapat email pendaftaran Affiliate tersebut. Just daftar sahaja. Tak ada bayaran dikenakan pun. Hehe

#AffiliateKHM yang nak sertai Kelas Content Online, harga untuk kalian hanya #RM49 sahaja. Dapatkan kupon dari team kami atau dari Group Affiliate kita. Harga asal RM280 tauuu. Khas buat kalian yang nak buat duit, kelas pada 2hb April nanti. Whatsapp team saya untuk dapatkan Kod Kupon: Kak Wan 0193505175 Jiji 0139249877 Faisal 0134107611