es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 214 suscriptores, ocupando la posición 278 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 898 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 214 suscriptores.

Según los últimos datos del 29 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -266, y en las últimas 24 horas de -14, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.65%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 0 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 30 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 214
Suscriptores
-1424 horas
-827 días
-26630 días
Archivo de publicaciones
Gais nak tanya, ramai ke orang Bangi kat sini?
Anonymous voting

Perkara menjengkelkan yang kita perlu buang dalam kepala: 1. Jika ada yang benci kita tanpa kita tahu sebabnya, kata kepada diri: “hal dia nak benci aku, aku tak benci aku. Aku sayang aku.” 2. Jika ada yang tak suka kita tanpa kita tahu sebabnya, kata kepada diri: “hal dia nak tak suka aku, aku ok dengan diri aku sendiri, tak buat apa, tak berdosa dan tak ganggu dia.” 3. Jika ada yang tak pedulikan kita tanpa kita tahu sebabnya, lantakkan kita, cakap ini: “Syukurnya. Pasti Allah yang campakkan dalam hati masing-masing untuk menjauh. Pasti ada hikmah.” Tak perlu terhegeh-hegeh ke sana ke mari nak cari jawapan. Banyak lagi benda penting nak fikir dan fokus. Kita yang bayar bil kita sendiri. Baik tumpu kepada pembangunan diri dari buang masa fikir perkara yang kita sendiri tak boleh kawal. Boleh jadi kalau kita layan, kita tak boleh buat apa. Termenung dan terpuruk tepi katil. Namun jika kita ubah cara berfikir, kita jauh lebih kuat dari itu. Ingat ini, orang nak buat jahat ke kita, kita sabar. Jangan lawan. Kita terus buat baik. Kadang-kadang dengan jalan terus, fokus dan tumpu kepada hal-hal positif dan membangunkan diri akan buat diri jauh lebih selesa, tenang dan lelap tidur. Itu jauh lebih mustahak. Terus buat baik okeh. Bangkit gais! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Makanan sampai, saya buat muka, dahi saya agaknya nampak sangat saya berkerut. Mulut saya muncungkan. Saya terus cakap “alamak banyaknya. Macam mana ni?” Kawan saya terus sampuk, “makan mana mampu, tak habis, bawa balik dan makan nanti-nanti. Jangan duk merungut”. Saya terus tak balas. Ikut sahaja. Peristiwa ini sangat besar dalam hidup saya. Dan saya takkan buat lagi selepas ia terjadi beberapa tahun lepas. Halnya mudah sahaja, Allah kasi sepinggan pun kita merungut, dan kita boleh cakap hal-hal melawan rezeki di hadapan rezeki tersebut. Ya, kita tahu kemampuan, kita tahu tak boleh habis, yang penting terima, dan jangan merungut. Itu sahaja. Kalau boleh pergi ambil makanan sendiri, kita tahu berapa banyak kita boleh makan. Namun jika benda yang kita tak boleh kawal, ambil sahaja, mana tak habis, bawa balik walau sejemput. Kawan saya duk peringat banyak-banyak kali. Kalau yang kecil kita merungut, bagaimanalah Allah nak kasi yang besar-besar. Sebab itu jugalah kita tak dapat yang besar-besar kerana yang kecil itu pun kita dah merungut. Saya memang termenung teruk lepas kejadian ini. Lebih lagi kawan saya hurai tentang hadith Nabi (selawat) ini: “Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.” [HR Ahmad 4/278] Asasnya ialah bersyukur. Pinggan datang ke depan mata, sebut alhamdulillah. Makanan sampai sebut alhamdulillah dulu. Apa sahaja sampai, syukur dulu. Bukan merungut dahulu. Kita yang tentukan rezeki kita esok hari. Kalau hari ini kita merungut 10 kali, 20 kali, bayanglah berapa lama Allah tangguhkan kita untuk dapat rezeki yang lebih banyak lagi pada hari-hari seterusnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Thanks kawan, aku tahu kau baca. Terima kasih sangat. Syukur jadi kawan kau.

Brian Acton tak berjaya mendapatkan kerja di Facebook pada 2009. Beliau twit perkara tersebut di wallnya. Beliau yakin yang beliau akan dapat kerja tersebut kerana beliau seorang jurutera sains komputer yang super duper berjaya. Dari segi profile, beliau pernah membawa Apple, Yahoo dan Adobe menjana billion USD ke dalam syarikat-syarikat tersebut. Namun temuduga ke Facebook tetap menemui kegagalan. Kemudiannya beliau tak sentap lama-lama, tak sedih beriya namun terus membangunkan Whatsapp. Whatsapp mendapat sambutan hangat hingga mencecah 800 juta pengguna dalam tempoh beberapa tahun sahaja dan akhirnya dibeli Facebook dengan harga USD19 billion (sekitar RM80 billion). Brian Acton terus kaya raya sehingga hari ini. Kawan-kawan, kegagalan adalah peluang. Kadang-kadang sebab kita gagal itulah punca kita tahu kemampuan diri kita. Tak perlu sedih, tak perlu kecewa lama-lama. Boleh sekejap sehari dua, namun bangkitlah selepas itu jadi orang baru dan kejar cita-cita. Kasi terbang terus dan kaya berjaya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pun berhenti kerja beberapa tahun dulu. Tiber nak juga.

photo content

Soalan: Apa pendapat tuan kalau ada yang kita tulis, orang kata kita poyo? Jawapan: Berhenti fikir apa yang orang fikir atau cakap. Jalan terus. Tulis kebaikan dan sebarkan, biarkan dia nak cakap apa, kita tak boleh kawal dia. Kita hanya boleh kawal diri kita sahaja. Fokus. Memang ya, nak sampai ke puncak paling tinggi, kena lalu denai yang banyak batu, kemudian nak kena pegang pokok kiri kanan, capai akar dan tarik perdu. Dah separuh jalan, jumpa pula babi, lari menyorok, dia dah pergi, kita jalan lagi perlahan-lahan. Kadang-kadang jumpa air terjun, kita melepak sekejap, makan-makan kemudian teruskan perjalanan. Dan nak sampai puncak, waktu itu hujan pula, berteduhlah sekejap. Ingatkan boleh sampai sejam dua, rupanya ambil masa sampai berpuluh hari. Namun akan sampai juga. Beginilah kita yang menulis #content di media sosial, apa yang kita sampaikan, ada yang suka, ada yang tak, semua itu kita tak boleh kawal, kita hanya boleh fokus kepada apa yang kita rancang. Ada ujian, hadap, berundur sikit? Boleh. Nak patah balik dan putus asa, rugi. Jadi jalan terus sahaja! Hadam semua ujian, inilah yang akan kuatkan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada banyak lagi tips di sini https://t.me/ContentKHM

2 jam lagi nak daftar kelas esok gaisss!

Saya kongsi sedikit sebahagian input dari kelas content online tempoh hari. Semasa kita menulis dan berkongsi di media sosial
Saya kongsi sedikit sebahagian input dari kelas content online tempoh hari. Semasa kita menulis dan berkongsi di media sosial khususnya Facebook, gunakan prinsip 3:4:5. 3 = ada 3 niche penting untuk menyebarkan content, ia adalah crowd, side dan money. 4 = 4 asas content ialah fakta, bahasa, emosi dan memberi impak positif. 5 = 5 matlamat menulis content ialah to educate, to inform, to inspire, to entertain dan to convert to money. Jika semua ini dapat kita praktikkan, kita sedang serius membangunkan #content. Ia bagus untuk personal branding dan marketing. Apabila orang baca boleh faham terus, ikut terus, bertindak terus, atau kita berniaga orang beli terus. Nak belajar lebih detail lagi ilmu Content? Daftar sekarang untuk hadir Kelas Content Marketing & Facebook Writing. Hari ini adalah hari terakhir untuk mendaftar. Kelas bermula esok jam 10 pagi. Tekan link: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Kemungkinan besar kelas content sabtu ini adalah yang terakhir untuk 3 bulan ini. Selepas ini mungkin pada oktober pula. Kami dah nak kembali fokus kepada BISKUTTTTTT. Sedih takkk. Haha

Soalan: Saya dah cuba tulis, tak viral, tak jadi apa, saya rasa macam nak putus asa dah tuan. Penatlah. Jawapan: Oh. Saya cuba menulis di media sosial dari 2013. Tak menjadi juga. Namun permulaan itu ialah pada 2015. Dan yang viral sampai berbelas ribu share ialah pada 2016. Jauh masanya, bertahun. Cuba baca ini, inilah yang buat saya sentiasa rasa ada semangat. Ada sebuah syarikat yang dibina oleh 3 sahabat. Mereka membina aps untuk 51 buat game dan tidak mendapat sambutan langsung. Ini menyebabkan ke tiga-tiga mereka diistihar muflis kerana terlalu banyak melaburkan duit. Mereka kemudiannya duduk kembali di satu meja dan ingin membina 1 game terakhir. Ia adalah do or die. Lalu mereka rancang dengan setiap seorang memberi 10 idea. Lalu mereka mendapat 30 idea dan bangunkan game tersebut. Ia adalah Angry Bird yang mana mendapat tawaran jualan dari Zynga berjumlah USD2.25 Billion (RM10.8B) lalu terus menjualnya. Hari ini ke tiga-tiga mereka masih membangunkan game dan menjadi orang kaya yang masih mengejar sales. *** Kawan-kawan, Kita memang sibuk, namun kita tetap kena rancang. Kena bersembang (networking) kena dapatkan idea (survey dan observe). Kalau kita duduk setempat, #content kita boleh jadi kita sahaja yang faham. Nak tulis, tulislah perkara yang orang suka. Yang banyak titik persamaan dengan orang lain. Ia mesti dirancang, disusun dan kita sendiri hadam tentang hal tersebut. Jika tidak, kita akan gagal berkali-kali. Bangkit, rancang dan buat lagi sampai jadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Bagaimana melihat satu-satu perkara itu boleh dijadikan sebagai #content? Jujurnya ini benda mudah namun kita sahaja yang tak perasan. Ingat, content terhasil dari 4 perkara iaitu Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif. Saya beri contoh: Sebiji pisang. Content yang boleh dibangunkan ialah: 1. Teknik tanam pisang. 2. Jenis pisang. 3. Resipi pisang. 4. Kelebihan pisang. 5. Benih Pisang. Dan mungkin banyak lagi. Kita ambil satu suasana seperti hari ini kalian membeli pisang goreng yang sedap di sebuah gerai. Kalian ambil gambar gerainya, masuk dalam kereta, ambik gambar pisang tersebut. Kemudian kalian pun buat posting. “Hari ini berjaya dapat beli pisang goreng ini. Aku dah lama sangat perhati orang ramai duk beratur setiap hari. (hari ini = fakta kejadian hari tersebut) Ambil seketul, mak aih sedapnya! Ini aku boleh makan semua wehhh! (Emosi) Kalau kau orang nak beli, kedai makcik itu ada di belakang Petronas Seksyen 3, pandang belah kiri dia ada jual cempedak semua. Berbaloi beli.”(Impak positif, ingat, memberi impak positif mesti sampai ke tahap apabila orang baca, orang boleh beli terus atau oleh faham terus atau boleh ikuti terus). Untuk bahasa, hanya jaga ejaan sahaja. Lengkap tak? Senang kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina content walau ianya perkara biasa. Nak tips lagi, klik sini https://t.me/ContentKHM

Bentuk #content yang disukai dan senang dibaca oleh audien selain dari bercerita: 1. List post. - Bersifat numbering. - Tidak ada emosi, hanya terus sahaja kepada fakta. - Ditutup dengan impak positif. - Biasanya posting “to educate”. 2. Posting How-To. - Bersifat step by step. - Ada emosi berselang seli dengan fakta. - Posting DIY, resipi, tips serta apa sahaja perkara yang boleh diletakkan dalam bentuk langkah demi langkah. - Menggunakan gambar atau video yang lengkap. - Impak positif = boleh buat orang baca, terus faham dan buat sendiri di rumah. - Biasanya posting “to educate”. 3. Posting Infografik. - Bersifat fokus kepada satu-satu topik. - Mempunyai grafik dan penunjuk yang bagus serta mudah difahami. - Gambar grafik sebagai aksesori dan caption menerangkan semuanya dengan lengkap. - Biasanya posting “to educate.” *** Untuk “to inform” dan “to inspire” biasanya ditulis dalam bentuk story telling. Ia juga sangat bagus untuk dijadikan posting. Namun ia bukan posting yang mudah untuk dibina kerana ia perlu ada Teknik bercerita yang kuat. Apapun, 3 jenis posting di atas boleh digunakan untuk kalian membina posting awal dan mendapatkan crowd kalian sendiri. Cubalah ya. Pilih topik, tentukan matlamat dan up! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka nombor 2, tulis resipi! Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Gais, 27hb ini ada kelas content okeh. Kot nak belajar bagaimana menulis dengan betul di FB, boleh ke kelas ini. Hanya RM49 s
Gais, 27hb ini ada kelas content okeh. Kot nak belajar bagaimana menulis dengan betul di FB, boleh ke kelas ini. Hanya RM49 sahaja! Mana tak sempat tonton live, boleh tonton selepas itu. Klik sini lekas! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Kawan-kawan, Sebelum kita mahu melangkah untuk membangunkan 100,000 follower, kita kena yakin yang kita akan dapat 1,000 orang dahulu. Bagaimana nak dapat? Begini, Mulai hari ini, susun content mengikut posisi kalian yang paling mudah, iya, setiap orang ada posisi dalam kehidupannya kan? seorang wanita, boleh jadi sekejap jadi ibu, sekejap jadi anak, sekejap jadi isteri, sekejap jadi bos, sekejap jadi pemandu, sekejap jadi pembeli tudung, sekejap lagi jadi kawan baik. Semua posisi ini ada content-contentnya. Dan semuanya boleh ditulis untuk memberi manfaat kepada orang lain. Content Ibu: - Uruskan anak. - Pakaian anak sekolah. - Sarapan anak-anak. - Kesihatan dan keselamatan anak-anak. Content isteri: - Uruskan rumah tangga. - Uruskan pakaian keluarga. - Makan, travel, kemas rumah, deko, berkebun. - Kesihatan dan keselamatan keluarga. - Kecantikan diri. Content Lady Bos: - Uruskan kakitangan. - Tips mendapatkan jualan. - Mengurus mesyuarat. - Penerangan produk. - Iklan. Ini 3 contoh mudah yang saya boleh berikan. Ada banyak lagi kawan-kawan. Kadang-kadang kita tak perasan yang kita ini ada bersepah-sepah content kiri kanan kita. Dan kita tak tahu itu semua adalah titik persamaan yang tinggi dengan apa kehendak orang lain. Ingat ini, Tulis perkara yang memberi impak positif kepada audien. Yang tidak, simpan sendiri. Walaupun ia sekadar resepi kecil dalam keluarga sendiri. ia boleh jadi bermanfaat kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada di sekeliling kita. Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

“Rezeki ini, kita kena jemput dia masuk dalam rumah kita, pejabat kita, kilang kita, kedai kita, perut kita, keluarga kita, semuanya kena berjemput. Tak boleh main-main biarkan dia duduk luar dan berlegar,” Gulp. Tak pernah saya dengar mana-mana orang cakap begitu. Saya pun duduk sahajalah mendengar ustaz yang duduk di mejanya. Jadi orang yang ke sana ke mari, solat di mana-mana surau yang kami singgah memang selalulah nak cepat, dan selalu juga dapat momen begini rasa susahnya nak lepaskan. Beliau menyambung, “Nak jemput ia masuk, kena ada 2 cara ini,” saya pun lekas ambil telefon dan taip semuanya! Kahkah, ini bagus woih. 1. Rezeki akan mengetuk pintu rumah kita, apabila kita mendahulukan adab terhadap rezeki sebelumnya. Contohnya, adab semasa makan, adab semasa dapat gaji, adab semasa sihat, adab semasa kuat dan adab semasa hebat. Semua benda ini ada adab-adabnya. Dan itulah rezeki yang kita dapat sebelum atau pada waktu semasa. Ada makanan lebih, kongsi. Ada gaji lebih, simpan dan beri kepada keluarga dan ibu bapa, ada kesihatan lebih, bantu orang, ada kemahiran yang hebat sikit, tolong orang. Itu semua akan menyebabkan ‘rezeki’ lama akan beritahu kepada ‘rezeki’ baru untuk kembali ketuk ke rumah kita semua. 2. Menghormati pembawa dan pemberi rezeki. Umumnya kita tahu yang ibu bapa itu adalah anugerah yang sangat besar nilainya. Namun ramai tak sedar yang mereka itu adalah pembawa rezeki kepada kita semua. jadi, bagaimana ingin teruskan rezeki itu masuk ke dalam rumah kita, diri kita dan keluarga adalah dengan menyenangkan ibu bapa, memberi keselesaan serta membantu semasa senang dan susah. Waktu lapang, balik. Waktu sibuk, telefon. Dan tak boleh berkira sesen pun sekiranya mereka minta apa-apa. Biar berhabis, nanti adalah yang Allah akan ganti. Satu lagi, tentang pemberi rezeki. Semua orang boleh sebut, “rezeki ini Allah beri,” namun tak tahu disebalik Allah beri itu, ada satu makhluk yang sentiasa melihat dan membawa doa kita naik ke atas. Ia disebut berkat. Makhluk berkat ini sentiasa dengan kita. Apabila kita berbuat kebaikan, si berkat ini akan naik ke atas. Lalu berjumpa Allah dan beritahu yang kita ini sentiasa berkongsi, sentiasa bersyukur dan selalu meminta kepada Allah sama ada dalam bentuk sikit atau banyak. Dalam solatnya, dalam puasanya, dalam sedekahnya, ada sahaja yang dia minta-minta. Dan yang paling besar dalam setiap permintaannya iatu, dia mulakan dengan taubat, memohon keampunan dan kemaafan di atas segala dosanya. Lalu barulah dia meminta rezeki yang melimpah-limpah untuk dia, untuk emak ayahnya, untuk adik beradiknya, untuk keluarganya, untuk jirannya, untuk kawan-kawannya dan untuk semua yang mengenalinya. Ustaz itu duk ulang banyak kali, “berkat ini datang apabila kita nak orang sekeliling kita pun diketuk pintu rumahnya oleh rezeki-rezeki, kita bahagia apabila orang lain dapat rezeki itu memang sebuah kesempurnaan hati.” Lalu Allah makbulkan kita punya permintaan. Begitulah. Saya tulis kembali di sini untuk kalian semua. semoga kita boleh buat sama-sama ya. Semoga bermanfaat, begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rezeki untuk semua.

Soalan: Saya hanya ada 200 friend dan belum ada follower, macam mana nak dapat share banyak-banyak? Jawapan: Tenang. Jika semua benda nak cepat, cepat juga ia tumbang. Saya dulu bermula dengan 800 friend, tiada follower. Tahun 2015 saya mula tulis resipi. Ada 1 share, kemudian naik ke 5 share, 20 share. Sampailah pada 6hb Januari 2016, artikel saya dikongsi oleh 19,000 orang dan mendapat like sebanyak 60,000 kali. Follower saya naik ke 17,000 orang dalam 1 malam. Apa yang berlaku selepas itu adalah usaha yang berterusan. Semua resipi, tips travel, tips menulis serta cerita-cerita saya yang pernah saya tulis sebelumnya, dikongsi lagi dan lagi. Lebih dari itu, saya teruskan menyusun #content untuk hari-hari seterusnya. Selepas itu, Ada yang 120,000 share, Ada yang 60,000 share, Ada 1,000 share. Semuanya content yang dimuat naik secara tersusun. Saya kerja keras dengan buat table dalam Ms Excel. Berapa dapat like, berapa dapat share, berapa dapat komen dalam tempoh setahun itu (dan masih buat sampai sekarang) untuk tengok topik apa yang disukai. April 2016, follower saya naik ke 50,000 orang dan pada Januari 2017, saya berjaya raih 100,000 follower. Hari ini alhamdulillah 220,000 follower. Saya bukan artis, bukan selebriti, bukan ahli politik. Saya hanya menulis content dan buat bisnes. Apabila ramainya orang berkerumun, mudahnya kita nak buat jualan. Itu sifir mudah. Kawan-kawan, Tak ada masalah nak bermula dengan kosong. Yang ada masalah ialah semua benda nak cepat. Kita tak mahu kerja keras, tak mahu membaca, tak mahu merancang. Kita beri alasan perlu buat itu kena buat ini dan akhirnya kita merungut itu tak jadi ini tak boleh. Semua orang ada 24 jam yang sama. Ada orang boleh buat 10 kerja dalam masa itu, ada orang 1 kerja pun belum tentu siap. Ingat, kerja keras adalah usaha yang berterusan untuk jangka masa panjang. Konsiten serta fokus dengan apa yang kita tuju. Kadang-kadang kita tumbang, kadang-kadang kita menang. Saat jatuh, kita belajar, saat juara kita bantu yang lain. Content terbina dengan apa yang kita minat, kita suka, kita mahir dan kita ada passion tentang itu. Dan itulah yang orang nak baca. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sebuah rumah tak terbina dalam sehari. Nak tips lagi, klik sini https://t.me/ContentKHM

12 July.mp343.46 MB

Nak naikkan standard diri ini mudah sahaja: 1. Jika biasa bangun tidur selepas subuh, cuba bangun sebelum subuh. 2. Jika biasa sampai tempat kerja 5 minit sebelum, cuba datang 20 minit sebelum. 3. Jika biasa tengok tv 1 jam, cuba tak tonton tv 5 hari. 4. Jika tak biasa membaca, cuba baca 1 helai sehari. 5. Jika jarang mengaji, cuba amalkan sebaris ayat sehari. 6. Dah terbiasa solat lambat-lambat, cuba dengar sahaja azan, terus wuduk dan solat. 7. Jika biasa bawa baki kerja ke keesokan harinya, cuba siapkan pada hari tersebut dengan fokus dan tersusun. Tengok perubahan diri sekitar 2 minggu. Kita jadi segar, rasa seronok, bahagia, tak susahkan sesiapa dan kita akan perasan banyaknya benda di sekeliling pun berubah. Allah suka orang berubah kepada kebaikan, pasti hadiahnya ada dalam bentuk banyaknya rezeki. Kita adalah apa yang kita buat, kita amal dan kita usahakan. Semua itu kita. Cubalah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat terus hari ini.

Kami buka lagi Kelas Content tau. Ada 2 tarikh. Pilih ja salah 1 okeh. Kali ini kelas hari siang. 27hb dan 31hb. Beli sebelum 22hb dapat harga murah, RM39 ja. Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001