es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 307 suscriptores, ocupando la posición 275 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 893 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 307 suscriptores.

Según los últimos datos del 20 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -251, y en las últimas 24 horas de -2, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.63%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 0 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 21 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 307
Suscriptores
-224 horas
-577 días
-25130 días
Archivo de publicaciones
Lagi 2 hari sahaja PENDAFTARAN KELAS COSTING dibuka. Lepas itu kami tutup. Klik sini ya, kelas pada 29hb nanti. https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov

Jika kita follow seseorang, kita rasa kita dah dekat dan senang sekali untuk bermesra. Lebih lagi orang yang kita follow itu memang rajin balas komen dan jawab setiap soalan yang ditanya. Hakikatnya, tuan yang kita follow tidak merasakan perkara yang sama. Beliau hanya jalankan tanggungjawabnya sahaja. Biasanya mereka ini akan tetap 'reserve' perasaan takut dan kadang-kadang geram dengan follower yang mendesak-desak. Contohnya bergurau beriya di ruangan komen, membuat provokasi sarkarstik serta cuba mendapatkan perhatian dengan berbagai-bagai cara gurauan. Mereka ini asal ditegur, terus tarik muka. Dan terus sahaja akan membenci orang yang difollownya itu. Jadi kawan-kawan, apabila sudah ramai pengikut, banyak-banyak sabar. Saya sudah alaminya. Cara terbaik ialah terus tidak jawab mana-mana soalan yang tidak ada kaitan, tidak layan provokasi dan diamkan sahaja jika ditanya dengan sarkarstik. Hidup kena terus dan ketap gigi. Kahkahkah KHM

Makluman: Pendaftaran Kelas Costing ini kami buka sampai 19hb sahaja tau. Lepas itu kami tutup.

Okeh. Julung-julung kali saya buka kelas costing. Saya nak bantu kalian terutama yang ada bisnes makanan. - jual biskut - jual sambal - jual karipap - jual mangga colek - jual donut - ada restoran - ada bakeri - ada gerai minuman - ada belaka semua semualaahhhh! Kita belajar sama-sama supaya tak RUGI berniaga! Saya ajar macam mana kira kos terpaling mudah dan senang. Kiraan kos ini dari format orang industri. - 2 format kami kasi free dalam bentuk Ms Excel. Haa senang nak guna nanti. Kalau kalian bukan dari bisnes makanan, boleh juga join cuma contoh-contoh yang akan saya beri adalah dari industri makanan. Saya duk dalam industri itu, jadi itulah contoh saya akan beri. Hangpa jangan pula minta contoh macam mana nak jual besi ke, jual selipar ke haaa. Hahaha. Kenapa kelas ini murah bebenor? Sebab nak tolong hangpalah. Nak bayar lebih, saya tak pernah tolak. Hahaha. Satu lagi, pendaftaran hanya 4 hari ini sahaja. 19hb kami dah tutup dah pendaftarannya. Lekas grab ya Kelas Costing For Beginner. 29hb November 2022 (rakaman disediakan bagi yang tak sempat tonton live). 8malam. RM65 Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov

photo content

Belajar untuk cakap benda baik terhadap diri sendiri, hal ini sangat penting dalam bab rezeki, bab keyakinan kepada Allah dan bab menghargai serta mensyukuri segala apa yang Allah dah beri. Mudah sahaja untuk tukar cara berfikir, ubah semua begini: 1. Jika nampak ada orang posting rumahnya besar dari rumah kita, atau keretanya lebih bagus, elakkan dari komen "mm dapat tengok jelah, memang takkan merasa". Komen begini, "Semoga Allah juga buat aku berusaha untuk capai rumah yang selesa buat kami sekeluarga." Kena berusaha lebih lagi, belajar lagi untuk berjaya dan lebih berjaya." Kalau orang itu boleh buat, aku juga boleh." 2. Jika nampak ada orang lebih pandai melakukan itu ini, elakkan bercakap "mmm saya ni lembab sikit bab tu." "Saya ni tak pandai." "Mm sedihnya saya ni ramai kata slow, saya tak tahu nak buat apa." Itu semua kalian yang bina, kalian yang pergi susun batu bata penghalang. Ubah cara berfikir begini: "Saya boleh belajar benda ini. Allah pasti bantu saya." "Oh, saya kena masuk kelas. Insya-Allah boleh." "Semua orang berjaya bermula dari dia tak tahu, dah dia tahu sebab dia belajar, jadi saya pun boleh belajar! Boleh berjaya!" Kawan-kawan, Kita yang pergi letak dan limitkan rezeki kita dalam kepala kita. Sedangkan Allah itu tak ada halangan untuk beri banyak mana rezeki yang kita usaha, yang kita perjuangkan dan yang kita perlukan. Kita yang pergi letak halangan, kita yang pergi letak dinding, sedangkan rezeki Allah itu lebih luas dari langit, lebih luas dari Laut Cina Selatan. Kita yang kena buka pintu kepala kita, kita yang kena buka minda kita, kita yang kena buka hati kita. Apabila akal, hati, tubuh, jiwa semua mengikut nak mencari, nak berusaha, nak memohon, nak bertawakkal, maka Allah akan kabulkan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ubah hari ini juga. Bismillah.

Lagi 1 jam gaiss! Lagi 1 jam gaiss! Lagi 1 jam gaiss! https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales

Jemput tonton jom! Klik sini https://fb.watch/gPir6ldBbO/
Jemput tonton jom! Klik sini https://fb.watch/gPir6ldBbO/

Last day gaisss! Sales 11.11 berakhir hari ini. Kelas Content 30/11 hanya RM65 sahaja! Free ebook content + free ebook person
Last day gaisss! Sales 11.11 berakhir hari ini. Kelas Content 30/11 hanya RM65 sahaja! Free ebook content + free ebook personal brandingggg! Lekas grab wehhh Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales

Ada 6 cerita yang boleh kita jadikan ia sebagai inspirasi di pagi yang indah ini. 1. Ada sebuah kampung yang mengadakan solat sunat istisqa’ di sebuah padang. Selesai sahaja solat, hujan pun turun. Berlari semua orang kecuali seorang budak yang membawa payung. Hanya dia seorang. Itulah yang dinamakan IMAN kepada Allah. 2. Ada seorang ayah yang suka benar melambung anaknya, anaknya itu ketawa. Itu adalah kerana dia tahu ayahnya akan menangkapnya semula. Itulah maksud PERCAYA. 3. Pada setiap malam, seorang ibu yang penat menjaga suami, menguruskan anak-anak dan rumah kembali ke tempat tidur. Berdoa dan terus berdengkur tanpa sebarang jaminan yang dia akan bangun esok pagi. Itulah yang dinamakan sebagai HARAPAN yang tak pernah putus. 4. Pada setiap hari kita merancang untuk berbuat kerja, kemudian menguruskannya dengan team, berbuat semuanya dengan teratur dan tersusun untuk dapatkan hasil yang baik. Itulah namanya KEYAKINAN. 5. Seorang lelaki selalu membaca dunia yang sengsara, kemudian mengikuti banyaknya program kemanusiaan tentang mangsa perang yang hilang tubuh badan, hilang keluarga dan hilang semuanya. Namun kemudian dia pulang ke kampungnya untuk berkahwin. Itulah yang dinamakan KASIH SAYANG. 6. Seorang anak kecil bangun setiap hari untuk ke sekolah. Mencium pipi ibu, mencium tangan ayah. Kemudiannya belajar dan fokus. Pulang ke rumah, dia mencari ibunya, mencari ayahnya. Lalu dia duduk di atas riba dan memeluk ibu bapanya setiap hari tanpa pernah terlepas. Itu namanya SIKAP. Ini yang kita semua mesti ada pada setiap hari. Sebagai seorang muslim, kita kena ada IMAN (percaya dengan yakin) atas apa yang kita doa. Kemudiannya kita kena percaya apa yang kita lakukan itu ada hasil yang baik. Ia mesti dalam bentuk berbuat. Lalu kita memberi harapan pada setiap kali kita menarik dan menghembus nafas, dan dalam setiap apa yang kita lakukan walau kita melihat, merasa dan mendengar segala hiruk pikuk cabaran serta halangan, kita tetap perlu hidup dalam kasih sayang. Dan semua 5 perkara yang berlalu dalam hidup kita hari-hari, mesti ada sikap yang kuat untuk kita teruskan dan istiqamah. Supaya semuanya akan jadi baik-baik dan mendapat hasil yang baik-baik. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Selamat Pagi Malaysia.

Saya akan buat kelas basic costing pada 29hb November. Ada rakaman bagi yang tak sempat hadir live. Harga cuma RM65 sahaja. Nak hadir?
Anonymous voting

Jika dah terbiasa membuat sales, promosi, letak testimoni dan sebagainya, boleh jadi reach dan engagement akan jadi rendah. Ianya menyebabkan posting-posting kita semakin kurang orang nampak dan tak sampai kepada audien. Apa yang kalian boleh lakukan ialah memuat naik posting side. Ianya akan dapat membuat orang like dan komen posting tersebut. Ianya bukan #content 100%, ia adalah strategi kecil yang boleh membantu mendapatkan perhatian audien. Matlamat posting side ini ialah untuk maintain atau menaikkan sedikit engagement. Ia tidak dikongsi (dishare) namun akan banyak like dan komen. Engagement itulah yang kita mahukan. Contoh posting side ialah: 1. Selfie. 2. Wefie. 3. Punchline. 4. Pick up line. 5. Contest / peraduan. 6. Video lucu. 7. Gambar lucu. 8. Pepatah / quotes. 9. Soalan 10. Infografik. Buat posting ini selepas 1 atau 2 jam selepas memuat naik posting sales ya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Psikologi warna untuk orang bisnes. Logo atau produk atau kedai boleh gunakan ilmu ini: 1. Elemen kuning, oren, merah - sesuai untuk bisnes makanan dan minuman - Tengok McDonnal hampir semua produknya akan ada elemen ini termasuk logo, kedai dan iklan. 2. Pink, Ungu, Biru dan Hijau - sesuai untuk produk wanita dan bayi. 3. Hitam dan kelabu - sesuai untuk produk / bisnes yang seiring dengan gaya korporat dan ada nilai harga yang tinggi dan berkualiti. 4. Putih - sesuai untuk produk yang boleh digunakan untuk semua orang tak kira umur dan gender, semua tempat dan senang digunakan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 🇲🇾

Kelas Content Power pada 30/11/2022 secara Zoom gais. Sales 11.11 ini kami beri percuma semua ebook content + ebook personak
Kelas Content Power pada 30/11/2022 secara Zoom gais. Sales 11.11 ini kami beri percuma semua ebook content + ebook personak branding! Percuma! Kelas hanya RM65 sahaja! Daftar lekas kami buka untuk 650 orang sekarang! Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales

Linknya di sini gais! SALES 11.11. Daftar Kelas content 30/11, dapat percuma: - semua ebook content (harga RM431). - ebook personal branding (harga RM99). Klik sini sekarang: https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales https://onecookies.onpay.my/order/form/1111sales

Tadaaaaa
Tadaaaaa

Ada sales power hari ini 11.11 Kelas Content, free semua ebook content + free ebook personal branding. Tunggu link buka ya. Terhadddd

Salam semua. Checklist pagi jumaat: 1. Solat sunat sebelum subuh 2 rakaat. 2. Solat subuh. 3. Sedekah subuh. 4. Mendoakan kebaikan buat ibu bapa. 5. Selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam 100x 6. Solat Sunat Dhuha 4 rakaat (2 salam). 7. Memberi orang makan. Belilah apa sahaja sama ada kuih, nasi atau apapun, berilah orang lain makan hari ini. 8. Membaca surah Al Kahfi. 9. Pergi awal solat jumaat. 10. Perbanyak berdoa. 11. Perbanyak solat sunat. 12. Perbanyak kongsi kebaikan di media sosial. Paling senang kongsi untuk orang lain Infaq / sedekah. Semoga kita semua beroleh pahala ya! Khairul Hakimin Muhammad, Saling mengingati, untuk saya juga.

Adik rela hati dipijak. Asalkan kakaknya berhasil membawa ‘habuan’ pulang. Mereka mencari tin untuk dijual. Entah mengapa mer
Adik rela hati dipijak. Asalkan kakaknya berhasil membawa ‘habuan’ pulang. Mereka mencari tin untuk dijual. Entah mengapa mereka berusaha sebegini rupa. Anak kecil bertindak melalui apa yang dirasakan hati. Mereka merasakan ini yang utama. Kita rasa kasihan tapi siapa tahu mereka sebenarnya bahagia? Dapat bawa balik tin. Boleh bagi mak roti. Moga Allah rahmati anak-anak yang kaya dengan budi ini. ———— Kalian, memang ramai kanak-kanak pelarian Syria perlu dibantu. Ini juga menjadi perjuangan dalam Winter Mission CSM 10.0. Layari https://bit.ly/csm-khm untuk menyumbang. Atau; Sumbangan boleh dibuat terus ke Maybank: WINTER 4 SYRIA Nombor Akaun: 5505 1162 0764 Rujukan: KHM #wintermissioncsm #dontletthemfreeze