es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 001 suscriptores, ocupando la posición 277 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 910 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 001 suscriptores.

Según los últimos datos del 13 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -360, y en las últimas 24 horas de 0, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 7.49%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 3.24% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 2 622 visualizaciones. En el primer día suele acumular 1 134 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 14 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 001
Suscriptores
Sin datos24 horas
-1247 días
-36030 días
Archivo de publicaciones
Salam semua keluarga besar Telegram #KHM. Macam tak percaya perlahan-lahan kita membentuk group ini. Sebagai hadiah kepada kalian semua, saya siapkan Ebook terkini 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK. 77 Tips Pandai BerFacebook! Ada ramai antara kita duk buat akaun Facebook, namun pakat tak menjadi belaka kerana belasah sana sini. Kali ini Khairul Hakimin Muhammad membawakan Tips-Tips semudah ABC untuk kita fahami dan buat terus di akaun kita. Sama ada nak naikkan FOLLOWER atau nak JANA SALES, 2-2 boleh! Tips ini berkesan kepada sesiapa sahaja. Dari suri rumah, pelajar, pegawai kerajaan, doktor, jurutera, founder produk, bisnesman, saja-saja nak main Facebook, atau affiliator, dropshipper produk, sesiapa sahaja! Semua boleh. Tak nak cakap banyak, dapatkan sekarang ya! Saya buka PREORDER hingga 30hb atau 300 unit sahaja dengan harga RM39.00 sahaja. Jika habis awal atau sampai 30hb, harganya kembali ke RM79. Masukkan #Kupon PREORDER77 ya untuk dapatkan harga RM39! Ebook akan mula diedarkan pada 1hb May ya! Tempah di sini! https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

Untuk posting #iklan, #content boleh digunakan dengan: 1. Awareness. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu. Sekiranya dapat jualan, ia bonus. Masa yang sesuai ialah 12 tengah hari. 2. Sales. Boleh dimuat naik secara terus hard sell atau soft sell. Tak jadi masalah. Apabila orang sudah tahu tentang produk, proses membuat jualan akan jadi “kacang!” Namun, di sini yang memberi cabaran ialah aktiviti closed sales. Mesti ada sistem yang lengkap dalam menerima tempahan seperti meletakkan link Whatsapp. Yang menerima tempahan pula kena laju, kurier kena cekap dan menerima rungutan dengan terbuka. Masa yang sesuai ialah 3.00 petang atau 5.30 petang. Dua perkara ini dibangunkan dengan content tersendiri, dan mesti selalu dibuat. Ingat, bukan semua posting kita adalah posting iklan. Ia tetap perlu disisip dengan posting kehidupan biasa. Kalau tidak, semua orang akan berundur dan merasakan kita ini hanya kedai, bukan manusia yang mahu bermedia sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka iklan pada 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.

HQ Facebook mempunyai banyak jabatan di dalamnya. Antaranya ialah F & B, Lifestyle, Fesyen, Politik, Software, Teknologi, Video dan Audio, Automotif, Machine, Rumah dan Kediaman, dan banyak lagi. Kesemua jabatan ini akan mengumpul semua data yang kita muat naik dan membuat banyaknya kajian dalam bentuk analitik, statistik dan insight. Kemudian, disusun melalui algorithm yang paling kuat trendingnya. Ingat, viral hanya 24 jam sahaja. Apa sahaja hal (topik atau subjek) yang masih ‘hidup’ selepas 24 jam di media sosial, disebut sebagai trending. Dikatakan pada tahun 2018 (di Malaysia), sehingga Mac inilah yang paling tinggi trendingnya di Facebook. 1. E-Commerce (jualan melalui kedai online seperti Lazada dan lain-lain). 2. Kosmetik (lipstik terutamanya). 3. Makanan (yang direview). 4. Produk ubat kuat (disebut sebagai produk seks). 5. Produk kanak-kanak dan bayi (mainan terutamanya). Ke semua maklumat ini adalah yang datang dalam bentuk posting: 1. List (numbering). 2. Story-telling (teknik bercerita). 3. Ayat iklan. Khairul Hakimin Muhammad, Social Media Masterclass, London 2018

Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung. Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik. Content yang ada sifat rasional: 1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan. 2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau. 3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya. Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif. Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif!

Di dalam bermain Social Media #Content, ada 5P yang biasa digunakan oleh pemain-pemain industri besar ini. Ia adalah: 1. Plan - Merancang content yang bagaimana untuk mendapat perhatian audien. 2. Produce - Hasilkan content yang kita mahir, suka, dan semestinya mempunyai titik persamaan besar dengan audien tersebut. 3. Publish - Perlu ada lebih dari 1 channel untuk kita keluarkan content tersebut. Contoh, Facebook, Telegram, Website, Blog. 4. Promote - Perlu dibuat dalam bentuk iklan termasuk menggunakan khidmat review dan Ads. 5. Prove - Mesti ada data. Buktikan semua ini dengan analisis dan KPI yang kita sendiri tetapkan. Tak cuba, tak tahu. Kita yang bina audien kita dan nilailah dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Bina empayar!

#content yang bagus tidak bersifat: 1. Merungut. - memberi tahu masalah, namun tidak memberi bagaimana ia boleh diselesaikan. 2. Membuka jalan berbahas. - menyebarkan kesilapan / kesalahan orang namun tidak memberi impak positif. 3. Membantah. - menulis untuk berbahas, namun hanya maklum apa yang tidak disukai, bukan memberi hujah fakta jelas yang ia boleh diperbaiki. 4. Membuka aib. - menyebarkan kesilapan orang lain, memburukkan dan bersifat menjatuhkan maruah orang. 5. Meroyan. - menulis sesuatu masalah itu dengan marah, benci dan maki dan fokus kepada hal itu sahaja tanpa memaklum bagaimana ia boleh selesai dengan membuat beberapa siri posting yang lebih kurang sama. Elakkan 5 hal ini ya kawan-kawan. Fokus beri impak positif! Khairul Hakimin Muhammad, Fokus posting kebaikan.

Jika cerita tentang makan sedap di kedai makan, beritahu lokasinya. Jika cerita tentang percutian indah di sebuah kawasan, beritahu lokasinya. Jika cerita tentang hebatnya jualan murah sana sini, beritahu lokasinya. Di media sosial, kita tak perasan yang impak positif itu mesti jatuh kepada pembaca. Jika hanya kita sahaja yang tahu dan faham, biasanya yang membaca tak mahu bantu untuk sebarkan (klik share). Jadi, tulislah dengan lengkap. Supaya yang membaca boleh beli terus, boleh pergi dan boleh buat hebahan kepada kawan dan keluarga. Di situlah ‘share’ bermula dan naiknya follower. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka sebarkan kedai makan sedap.

Untuk nak komen di wall orang lain, 1. Baca sampai habis. 2. Tak faham, baca sekali lagi. Tak faham juga, bertanya baik-baik. 3. Beri komen, kemudian ditegur kerana tak baca habis, akan jadi sama ada 2 hal. 1 boleh bergaduh kerana tak mahu sedar kesilapan diri, 2, boleh jadi terus meminta maaf dan delete komen. Jika pilih yang pertama, hilanglah ruang berkawan dan biasanya akan bawa ke dunia realiti. 4. Buang rasa diri itu besar apabila datang ke rumah orang (wall orang). Sekiranya tak bersetuju, tetap perlu guna ayat baik, komen baik dan menjaga hubungan. 5. Maki, cakap kasar, merasa diri betul dengan memberi komen yang tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh penulis akan menjadikan kita hilang kawan, hilang doa kebaikan dan boleh jadi kita tak sedar diri kita ini sedang dibenci perlahan-lahan. 6. Untuk tidak bersetuju, boleh sahaja tegur dengan baik. Atau diam, atau sekadar skroll demi menjaga hubungan sesama kita. Kalau memang tidak boleh teruskan, klik unfollow atau terus unfriend atau block. Ingat, Facebook adalah medan menjaga komuniti, sampai ke tahap kita unfriend, unfollow atau block pun kita tak terima notifikasi, dia tidak menjadi batu api di atas hilangnya hubungan. 7. Orang lain tulis status kita tak setuju, itu silap. Kita pula pergi komen maki, kasar, kita juga buat silap. Kita hanya boleh kawal diri kita. Posting orang, kita tak boleh kawal, yang boleh, hide atau unfollow, itupun kita yang kontrol di wall kita. 8. Belajar untuk menjadi positif. Ada orang berusaha bercerita supaya kita semua dapat manfaat. 9. Jika kita nak orang komen positif kepada diri kita, kita juga kena positif di wall orang lain. 10. Hanya dengan 1 komen, kita undurkan rezeki dengan memutuskan hubungan. Hati-hatilah kawan-kawan semua. Tak setuju, PM tepi. Namun sekadar sikit-sikit, tahanlah, kata dah berkawan, dah kenal, salinglah hormat dan saling juga bertolak ansur dengan apa yang mereka nak sampaikan. Kita ini hidup kerana doa orang lain. Buang ego, buang sombong, kita akan mudah didekati, termasuk rezeki. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Komen baik-baik. Rasional okey!

Pilih 2 atau 3 perkara dalam bentuk #content yang nak ditulis di media sosial. Contoh: 1. Travel. 2. Makan. 3. Jual Produk Bayi. Travel adalah perkara yang diminati, makanan pula memang duk makan hari-hari. Travel - up itinerari, tips beli tiket, beli penginapan, review sana sini, cerita, musim, makanan, culture, gambar dan keindahan, orang, buku, filem yang dibuat di situ serta macam-macam. Post ini akan dapat #crowd. Konsisten susun pada setiap hari jam 10.00 pagi. Makanan pula up makan dekat mana, kalau pandai masak, buat resipi, kalau boleh cerita pasal bahan, equipment, dapur, material, diet, serta utensil, organizer semuanya boleh di up. Akan dapat crowd juga. Up pada jam 3.00 petang setiap hari. Untuk Iklan produk bayi, buat ja hard sell jam 12.00 tengah hari setiap hari. Tak ada masalah pun crowd dan posting sales itu tak ada kena mengena. Ianya posting kehidupan dan memang itulah yang kita suka dan lalui. Susunannya, Crowd - sell - crowd. Posting malam, buat side, fun-fun. Esoknya buat lagi benda ini. Susun semuanya. Kalian akan dapat crowd, follower mula naik, sales pun akan mula kencang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Travel, Kemanusiaan, Makanan, Story.

Soalan: Adakah semua status guna #Content perlu viral? Jawapan: Tidak. Kena ingat, ada status untuk dapatkan #crowd, ada juga yang nak naikkan #engagement ada juga yang untuk dapatkan #sales. Semua itu berbeza. Jika ada orang pertikai, kenapa si Khairul ini mengajar orang tulis viral, namun dia sendiri ada masa tak viral pun, ini jawapannya: Crowd = posting yang tinggi share. Akan dapat doube engagement. Orang akan mula follow apabila posting itu banyak share, dengan kata lain, viral (lebih 100 share). Engagement = posting yang tinggi reaction. Ini akan dapat single engagement. Like, haha, love, wow akan beri kalian engagement yang bagus. Posting selepas itu juga akan naik dan beri impak baik kepada profile. Posting ini jarang orang share, tak akan viral punya. Sales = posting iklan. Posting yang ini fokusnya nak dapat duit. Dapat like 100, komen 3, share 1, lantak pi. Yang penting buat duit. Kalau like 100, sales RM1,000, dah ok sangat. Tengok sales, bukan tengok like. Ini tujuab kita okeh. Jadi tak semua posting perlu viral. Tengok matlamatnya. Begitulah: Khairul Hakimin Muhammad, Mari datang kelas, mana tahu terus jatuh cinta.

Tips #Unfriend orang di Facebook. 1. Yang tak pakai nama orang. 2. Yang tak letak gambar sendiri dan gambar yang meyakinkan. 3. Yang suka mencarut dan mengeji orang. 4. Yang stalk, kemudian suka bersangka-sangka dan rasa orang tulis ke dia, ee perasan. 5. Yang suka letak gambar accident dan ngeri. 6. Yang suka tulis hal-hal kebencian dan kemunafikan. Haha. 7. Yang menghukum orang dan menerakakan orang. 8. Yang setiap posting kita up dia marah kita salah itu salah ini. 9. Yang semua postingnya adalah iklan. 10. Yang suka tag sesuka hati dia. #DoneTipsKhamis #HaMarahMarah

Hari ini, 1. Posting video di Facebook akan mendapat lebih 59% Engagement berbanding posting teks. 2. Survey dari 500 post Facebook yang viral dan mendapat lebih 1,000 share, menunjukkan 82% adalah dari posting video. 3. Posting teks yang viral hanya yang menulis dalam bentuk #StoryTelling dan #Content yang disukai serta mempunyai titik persamaan besar sahaja dengan audien. 4. Teks bermaksud menulis ayat. Tidak guna video. Namun boleh menggunakan gambar sebagai pelengkap. 5. Sekiranya kalian meletak link selain dari link Facebook, Whatsapp dan Instagram di dalam posting, maka posting kalian itu hilang lebih dari 71% Engagement. 6. Reaction paling tinggi pada tahun 2018 ialah Love iaitu sebanyak 46.9%. Ianya datang dari posting fakta yang mempunyai emosi yang tinggi. 7. Posting yang ada elemen hiburan, suka, happy, keluarga, bahagia, seronok, buat orang ceria mendapat lebih 82% engagement berbanding posting lain. 8. Hanya posting yang ditulis dengan ejaan yang betul sahaja dianggap sebagai content. Rujukan: - SocialBakers dan Buffer. Semoga bermanfaat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus tulis content dan story.

Hari semalam, ada ejen yang beritahu kami dia berjaya jual 12 unit Periuk Rendang dalam satu hari. Saya tanya dia apa dia buat, lalu dia kata ini: 1. 1 posting penerangan produk. 2. 1 posting iklan, hard sell terus. 3. 1 posting demo, dia beli sendiri untuk dirinya kemudian masak menggunakan periuk tersebut. Dia buat 3 posting itu berselang seli dengan posting kehidupannya seperti biasa. Dan dia berjaya lakukan. Sungguh, kalau kalian fokus, buat, rajin membina posting bermanfaat termasuk #posting #iklan yang ianya ada susunan dan strategi, kalian akan dapat hasil. #Content boleh digunakan untuk semua jenis posting. Dan ianya memang beri impak baik yang sukar dijangka. Fokus, rajin, konsisten dan jana wang! Khairul Hakimin Muhammad, Nak periuk rendang? Hihihi.

Profiling adalah perkara paling utama dalam bermain media sosial. Sekiranya post kalian viral, orang yang baru mengenali kalian akan klik butang “see profile”. Dan di situlah jawapan sama ada mereka akan klik “#follow” atau tidak. Jika kalian buat tetapan: Gambar cover: Gambar Iklan, produk dan kedai, Gambar profile: gambar produk. Text bio: nombor telefon untuk pesanan produk. Maka butang follow tersebut tak akan diklik. Ia akan menjauhkan audien terhadap kalian. Sayang sekali. Hari ini audien sudah pandai menilai, yang duk buat tetapan seperti “kedai”, dalam kepala mereka pastinya akan buat iklan sepanjang hari. Profile yang bagus ialah yang mesra manusia. Ingat, ini adalah media sosial. Gambar cover, mesti punya nilai kehidupan yang tinggi. Seperti gambar keluarga, travel, hobi dan sebagainy. Gambar profile pula mesti seorang. Dan text bio pula mesti menyebut tentang apa yang kita suka dan mahir. Iklan, banner serta poster, wajib di #posting. Bukan di profile. Di situlah kekuatan menggunakan #Content untuk menarik minat orang datang, serta klik butang follow apabila melihat profile kita sangat mesra dengan manusia lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mesraaaaaa!

Soalan: Setiap hari saya nak ada interaksi dengan kawan-kawan di Facebook. Jadi saya akan beri salam, doa dan buat ucapan. Namun, akan jadi krik krik krik. Sampaikan assalamualaikum itu tak dijawab pun. Like pun tak sampai 10. Haha. Jawapan: Facebook = Story. Salam bukan story. Ucapan bukan story. Doa bukan story. Jadi tukar ayat untuk berinteraksi. Contoh ayat salam, doa dan ucapan yang boleh ditulis ialah: Semoga kalian semua yang membaca status saya hari ini dipermudahkan Tuhan dalam urusan kerja. Juga disenangkan kalian dalam mengurus rumah tangga, mempersiapkan hal anak-anak dan suami dan tentunya memberi keselesaan hati buat kalian dalam hal-hal kebaikan. Salam saya buat kalian yang hebat. Ada story, ada juga doa dan ada ucapan. Begitulah. #rahsiabapaviralkebangsaan

Mengikut The Brand Doctor yang beroperasi di Amerika Syarikat, 5 jenis #Content yang disukai oleh ramai orang ialah: 1. Yang buat orang terhibur (Entertainment). - sama ada ia dalam bentuk orang ketawa atau merasa seram atau merasa seronok atau bahagia atau sekadar cerita biasa. 2. Yang buat orang terdidik (Educate). - biasanya dalam bentuk step by step, tips, petua, teknik yang mudah dilakukan. 3. Yang buat mereka rasa diberi maklumat (information). - cerita atau penyampaian mudah terhadap 1-1 hal. 4. Yang memberi mereka inspirasi (inspired). - biasanya dalam bentuk story-telling yang ditulis dengan emosi yang mudah faham dan terkesan. 5. Yang memudahkan mereka membeli (selling without selling). - yang tidak memaksa orang membeli malah ditulis dengan mudah faham, direct to point dan tanpa memaksa atau menyuruh orang membeli. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat semuanya jom!

#Content wajib ada fakta. Dan ianya mesti sentiasa ada bersama emosi. Dua perkara ini jika tidak serasi, tidak ada menjadi. Contoh silap: Sedap gila kuih keria yang ini. Best! Rasa nak makan 10! >> kesilapannya ialah tiada fakta tepat tentang emosi kuih keria tersebut. Emosinya tergantung dan kita tertanya-tanya banyak perkara. Contoh betul: Puas hati beli kuih keria di Warung Kak Tim di Sungai Ramal, sedap ya amat. Lembut, gulanya pun tak hangit. Makan 10 biji pun ok ja kalau yang macam ini. >> menulis tepat di mana dia beli itu adalah fakta, lebih dari itu, faktanya memberi impak positif kepada audien (audien boleh pergi beli terus) dan diserasikan dengan emosi sedap dan puas hati. Ya, fakta itu bukannya perlu cari di Wikipedia. Ia hanya fakta kejadian pada waktu tersebut sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Senang kan?

Bermain dengan Facebook, banyak momen kita didorong oleh minda separa sedar. Jika banyak kawan atau individu yang kita follow itu menulis hal negatif seperti memburukkan orang, politik caci maki, kritik bisnes sana sini, pertikai itu ini tanpa hujah, maka kita juga akan terjangkit perangai seperti itu di dalam kepala kita. Malah, dikatakan nak kembali positif perlu ambil masa lebih 4 jam pada setiap 1 posting yang kita “terjangkit” itu. Ingat, perkataan yang dibaca akan melekat dalam kepala, proses nak keluarkannya adalah satu kerja yang super susah. Jadi pagi ini, terus klik unfollow belaka. Kekalkan momentum positif kawan-kawan! Tulis dan baca #content yang beri impak positif sahaja. Ayuh! Khairul Hakimin Muhammad, #DoneNasihat Pepagi buta.

photo content
+1

Ada benda kecil yang kita tak perasan namun beri impak yang besar apabila ditulis. Contohnya, menulis perkataan Tuhan. T perlu huruf besar (Tuhan), kerana ia merujuk kepada Allah. Jika T ditulis dengan huruf kecil, (tuhan), maka ia merujuk kepada dewa sembahan. Nanti akan ada yang cakap, tulis sahaja Allah, senang. Ia, yang itu mudah bagi mereka yang faham tentang penguasaan satu-satu jenis ayat, jika dia mendalami tentang banyaknya struktur membina dan membangunkan cerita serta plot, dia akan tahu di mana nak guna perkataan Allah, Tuhan dan tuhan. Hal #content kecil ini beri impak yang sangat besar kawan-kawan. Hati-hati menulis di mana-mana pun termasuk di Facebook, Whatsapp, mesej, Telegram dan sebagainya. Maksud walau beza huruf kecil besar tetap ada beza. Begitulah. Sumber rujukan: Pusat Rujukan dan Persuratan Melayu (PRPM -DBP). Link: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=Tuhan