es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 36 339 suscriptores, ocupando la posición 285 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 912 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 36 339 suscriptores.

Según los últimos datos del 18 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -381, y en las últimas 24 horas de -13, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.44%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.02% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 3 069 visualizaciones. En el primer día suele acumular 734 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 19 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

36 339
Suscriptores
-1324 horas
-987 días
-38130 días
Archivo de publicaciones
Bangga lihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Dr Ahmad Samhan. Kagum, alhamdulillah. Waktu beliau mula-mula datang ke kelas saya, orangnya diam sahaja. Ingat lagi waktu itu kelas content ramadan. Bulan puasa pun beliau hadir kelas. Beliau cerita yang beliau banyak sangat benda nak cerita namun tak tahu nak mula dari mana. Saya pun kasi susun satu demi satu. Beliau tanya itu tanya ini, sampai saya pula tak cukup nafas. Tak cukup dengan itu, beliau hadir ke kelas basic content. Belajar lagi tentang susun atur nak menulis di media sosial. Kemudian beliau sambung lagi ke kelas apprentice. Kira kelas paling advance yang saya ada. Hasilnya sekarang beliau dah potong jumlah follower saya. Beliau kini di FB, lebih 500,000 follower. Di Tiktok lagilah, lebih 1.4juta mengikuti beliau. Saya bersyukur sangat apa yang saya kongsikan, menjadi dengan baik. Tahniah Dr Ahmad Samhan. Kagum saya! Ada ramai yang nakkan kelas ini semula. Jadi kami buka kelas ini secara online 22hb ini jam 8.00 malam. Klik sini okeh: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept Ha klik sahaja untuk buat pembelian okeh. Untuk kali ini kita buka 500 pax dahulu. Lekas grab okeh. Harga kelas hanya RM180 sahaja! Sangat murah! Sama-sama kita belajar apa yang Dr Samhan belajar. Bolehlah kalian membina personal branding dengan baik insya-Allah. Jumpa di sana gais! Khairul Hakimin Muhammad, Jom gais!

photo content

Perangai toksik yang dianggap sebagai normal di media sosial: - komen atau posting kasar, jelik, hina kepada sesiapa yang dianggap berbuat salah. Memberi komen jahat tidak menjadikan kita semua mulia. - memberi komen atau membuat posting secara public mengkritik namun dalam keadaan menghina dan menjatuhkan dan kemudian memberi tahu ia adalah untuk penambahbaikan. Untuk baiki, ia perlu secara sembunyi tanpa ada ruang berbincang secara umum. - memberi komen atau membuat posting menuju-nuju kepada seseorang namun ia dibuat secada public dan memberi persoalan kepada pembaca. Ia tidak jelas malah akan memberi respon tidak baik dan membuka ruang fitnah. Kawan-kawan, Kita main media sosial dengan baik dan tenang. Berhenti normalisasi benda tak betul. Nak kritik, nak beri cadangan, PM tepi. Nak tegur, nak nasihat, PM tepi. Nampak orang jahat, buat benda tak ok. Istighfar dan doakan semoga kita tak buat seperti apa dia buat. Dunia ini pilihan. Takkanlah sebab orang lain berbuat dosa, kita pun nak ikut sama berdosa dengan guna jari jemari kita membuat posting dan komen. Kita beza. Kita nak pahala. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berubah jom.

Saya selalu cakap dengan remind isteri saya tentang jangan letak limit yang sederhana kepada sesuatu, letak beyond the limit. Dia selalu cakap "bang, ok dah rumah ni." "Bang, ok dah kereta tu." "Bang, ok dah sedekah banyak tu." "Bang, oklah kita dah bantu dia tu." Saya akan ubah, saya cakap kenapa perlunya letak limit sedangkan rezeki Allah ini tak bertepi? Lagi luas dari langit, lagi banyak dari air zam-zam yang tak pernah putus tersebut, banyak! Sangat banyak. Kita bersyukur sentiasa, namun kena letak target lebih besar. Ubah mindset kepada: - kita perlu rumah lebih besar untuk keluarga datang selalu. Benar rumah sekarang pun sesiapa boleh datang, namun apabila ada lebih bilik, mereka boleh bermalam dan lagi selesa. - kita perlu kereta lebih besar untuk bawa emak abah, bawa keluarga bersama. Bukan untuk kita sahaja. - kita perlu bantu lebih ramai orang dan takkan rasa puas, sentiasa rasa kena bantu lagi dan lagi. Terutama adik beradik dan keluarga. - kita perlu lebih banyak beri sedekah dan zakat, sentiasa perbaharui dan sentiasa upgrade sebab sangat ramai perlukannya hari ini. Bukannya dah bertahun hanya bayar RM1 sahaja, kena sentiasa dipertingkatkan, sentiasa! Kawan-kawan, Nak Allah pemurah dengan kita, kita dahulu kena pemurah. Kita kena ubah mindset supaya dapat lebih besar dengan memberi lebih besar. Mula terus ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Yakin Allah beri.

Kawan-kawan yang baik, jika kita banyak sangat berfikir, kita sedang “makan” diri kita sendiri. Kita mamah dan kunyah setiap isi daging dan otak di kepala. Sebab itu kita sakit, kita murung dan kita bersedih. Boleh jadi kita mudah penat dan sentiasa gelisah. Ini kerana longgarnya kebergantungan kita kepada Allah. Ada 7 Doa yang kalian boleh guna untuk kita lepasi semua ini. Ingat, letak dalam kepala lepas berdoa terus bangun dan terus buat kerja. Elakkan duduk sendirian dan termenung panjang. Ini doa-doanya: 🕋 Doa 1. يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث (Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.) Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. – Hadis Riwayat Tirmidzi 🕋 Doa 2. اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ (Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.) Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh – Sahih Bukhari 🕋 Doa 3. اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ (Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.) Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. – Sahih Bukhari 🕋 Doa 4. اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا (Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla) Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” – Sahih Ibnu Hibban 🕋 Doa 5. لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ (Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.) Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. – Surah Al-Anbiya’ Ayat 87 🕋 Doa 6. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي (Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli) Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. – Surah Taha Ayat 25-28 🕋 Doa 7. حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (Hasbunallah wanikmal wakil) Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami – Surah Al-Imran Ayat 173 **** Amalkan kawan-kawan, kita adalah jiwa dan tubuh yang kawal diri sendiri. Kita kuatkan semuanya sendiri untuk tempuh berbagai lagi ujian di hadapan. Ujian hebat untuk orang hebat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sama-sama kita kuatkan diri. Bismillah.

Sejak rajin buat TikTok ini, okey alhamdulillah dah ada video cecah 30,000 view. Follower naik ke 5,000 orang. Syukur. Bangunkan content tersusun sahaja semuanya. - beli peralatan murah-murah. - gantung kamera. - rakam. - edit dalam TikTok. - masukkan suara. - lengkap kuadran content. - up. Settle. Seperti di FB, sifirnya sama iaitu content tersusun. - tulis. - letak gambar kasi penguat. - tulisan mesti firm. - lengkap kuadran content. - up. Settle. Semua ini saya akan kongsikan dalam Kelas Content & FB Writing pada 22hb ini gais. Kelas secara zoom 2jam sahaja kalian dah boleh pandai membina content dengan baik di media sosial. RM180/pax. Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept

Rezeki perlu dijemput. Tak pelawa, dia tak datang. Tak ajak, dia tak hadir. Tak mempersila, dia tak masuk. 1. Nak jemput, hantarlah surat jemputan. Biasanya ia datang dalam bentuk sukanya bersedekah, memberi hadiah dan sering berbelanja untuk orang lain atau makhluk lain. 2. Nak pelawa, tak lupa bayar zakat. Itu memang sebuah keindahan dalam memberi hasil yang dalam bahagian kerja kita. 3. Nak ajak, rajin-rajin membantu ibu bapa, mentua, adik beradik, keluarga, seisi saudara mara dan rakan-rakan. 4. Dan nak mempersila, kena sentiasa memuji kebesaran Allah. Tuntutan yang wajib, rajin yang sunat, sentiasa ada di bibir juga ada di hati. Jadi keperluan setiap masa, mohon diampuni dosa serta selalu mengingati diri ini perlu ada saham untuk dibawa ke sana. Tanya diri sendiri kawan-kawan, hari ini ada kita jemput tak untuk dapat rezeki hari esok. Kalau tiada, buatlah sekarang. Tak susah, tak sukar mana. Hanya hulur apa yang ada, hanya beri apa yang sayang dan hanya peduli apa yang kita harap. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sama-sama kita menjemput rezeki.

Kami buka hari ini dari jam 9.00 pagi tadi sehingga 12 tengah hari ini ya. Alamat kami: KHM Foodies Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 6c/
Kami buka hari ini dari jam 9.00 pagi tadi sehingga 12 tengah hari ini ya. Alamat kami: KHM Foodies Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 6c/13b, Kompleks Perusahaan SME Bank, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Waze: Use Waze to drive to KHM FOODIES SDN BHD, Jalan 6C/6, Bandar Baru Bangi: https://waze.com/ul/hw282g8s0d Datang tauuu!

Saya tanya cikgu saya, “betul ke apa yang kita cakap boleh beri kesan kepada tubuh atau apa sahaja yang ada di hadapan kita?”
Saya tanya cikgu saya, “betul ke apa yang kita cakap boleh beri kesan kepada tubuh atau apa sahaja yang ada di hadapan kita?” Beliau jawab ini: “Kau pernah minum air yasin? Pernah minum air zam-zam yang diselawat atau didoakan orang alim? Itu apa? Itukan yang keluar dari mulut? Sebab itu dengan diri sendiri pun jangan cuba-cuba cela atau marah atau buat tubuh sendiri gelisah. Puji dan hargai setiap apa yang kita ada. Semua beri kesan. Kalau kita asyik cakap kita ni tak pandai, kita ni kerap rendah diri cakap kita ni menyusahkan, kita ni orang susah kita ni orang yang begitu yang begini, memang tubuh kita akan terima benda itu lalu serap. Sebab itu kita mula sakit badan, jadi malas, jadi berat. Semua sebab hati dan mulut kita pergi sebut semuanya.” Ya Tuhan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tepuk diri dan sebut alhamdulillah hari ini kita berjaya siapkan semuanya sebelum tidur.

The Millionair Morning: 5.00 pagi: Bangun tidur, mandi, solat sunat. 5.30 pagi: mengaji hingga waktu subuh. 5.50 pagi (atau waktu subuh): Solat sunat sebelum subuh, solat subuh. Al-Ma'thurat dan bersedekah subuh. 6.30 pagi: Ratib Al-Atas. 7.00 pagi: Membaca 20 minit. 7.20 pagi: berjalan / bersenam 30 minit. 7.50 pagi: bersarapan dan terus ke tempat kerja. 8.20 pagi: solat sunat dhuha. 8.30 pagi: semak checklist semalam dan menulis kesyukuran semalam. 9.00 pagi: menulis checklist kerja harian / rutin harian. Kita tentukan kita nak pagi jutawan atau pagi biasa-biasa. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Di media sosial, pilihlah posting yang boleh buat orang doakan kebaikan buat kita. Bukannya yang bakal jadikan ia sebagai medium menyumpah seranah hingga bawa keburukan dan kerosakan. Khairul Hakimin Muhammad, 🥰

Team di Kilang hantar gambar semalam. Syukur alhamdulillah ramai-ramai support kami. Terima kasih semua yang membeli biskut-biskut kami. Doakan penutupan operasi kilang kami ini berjalan dengan lancar ya. Sudah lebih 40% stok dijual. Ada lagi dalam 60% gitu. Sekiranya kalian nak dapatkan biskut-biskut OneCookies Malaysia kami, kalian boleh terus ke sini ya, kami kurier hari-hari. Doakan selamat sampai. Untuk Mazola, kalian kena walk in ke Kilang kami KHM Foodies Sdn Bhd di Bandar Baru Bangi. Untuk kurier, boleh terus klik link ini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/onecookies https://onecookies.onpay.my/order/form/onecookies https://onecookies.onpay.my/order/form/onecookies

photo content

Tolonglah jadi kejam untuk pilih “kawan” di media sosial. Saban hari, saya akan dapat PM untuk mereka ini masuk ke dalam ruangan #Friends saya. Dan saya berusaha jawab atau diamkan diri kerana bimbangnya mereka akan berkecil hati. Menerima seseorang (accept) friend request bererti kalian juga perlu menerima apa yang mereka ini up, apa sahaja pendapat, posting serta segala yang dimuat naik itu kena hadap. Dan kita saling tidak mengenali antara satu sama lain. Facebook buat ruangan Friends, memang untuk kawan sebenar. Yang kita dah kenal luar dalam. Yang apabila dia up begitu, kita tahu dia ini memang begitu. Saya ada sekitar 2,800 orang setakat ini. Itupun ada yang saya terlepas pandang dan tak kenal. Huhu. Bayangkan yang kita tak kenal, main up entah benda-benda, kita rasa terganggu, rasa tak seronok dan rasa tak gembira bermain media sosial. Dan kemudian kita rasa semak, rengsa, menyampah tanpa mengenali dia bagaimana. Semalam, saya add beberapa orang kerana mereka merayu-rayu nak juga. Hari ini, saya dah menyesal. Belum 24 jam, saya dah mula rasa tak selesa. Huhuhu. Kawan-kawan, Ada butang follow, kita guna. Dan saya amat berharap kalian juga memahami yang kita mengenali di media sosial ini bukannya dalam istilah berkawan. Kita saling menyokong posting masing-masing, menghargai tulisan yang baik serta saling belajar antara satu sama lain. Jika tidak berada dalam friend list pun, dapat berada di dalam list-list doa sesama kita adalah yang paling baik sekali. Begitulah. Terima kasih semua! Khairul Hakimin Muhammad, Sorry semua. Huhu.

Jika kalian sekarang masih bekerja dan mahu berniaga, maka kalian boleh lakukan ini. Saya sendiri buat dan ia dari cikgu saya sendiri. Sebelum bermula untuk susun, terus letak berapa lama lagi mahu bekerja di situ. Sebagai contoh, saya sendiri set mahu makan gaji 10 tahun sahaja. Akhirnya saya berhenti kerja pada 10 tahun 2 bulan. Ini yang saya buat: 1. Kalau kita bekerja dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari, maka kita kena ada mind set untuk kerja part time sehingga 12 tengah malam. 2. 8.00 pagi hingga 6.00 petang = 10 jam. Kerja sungguh-sungguh seperti biasa. 3. Balik rumah, layan anak semua. Sekitar selepas isyak dalam 9.00 malam sudah duduk di meja dan lihat checklist kerja “part time” tersebut. Ia mesti duduk, ada pejabat kecil, ada ruang kecil untuk fokus. Setkan waktu kerja itu sehingga 12.00 malam. 4. Susun apa yang mahu dibuat. Sebagai contoh: Nak jual kerepek. Terus buat perancangan bertulis. - Berapa modal nak keluar - jualan di mana. - dekat mana nak belajar. - nak pasang ejen tak. - dan macam-macam soalan lagi. - guna 5W1H pun memadai. 5. Mula dengan menjual secara online. Perlahan-lahan jangan kecoh, jangan gempar beriya. Allah suka orang yang sabar. 6. Setkan terus berapa lama akan kerja begini. Saya dulu set 3 tahun pertama sehingga 12 tengah malam. Kemudian turun ke 11.30 malam. Sampai dah berhenti kerja dan boleh fokus bisnes, maka saya dah dapat tidur macam orang lain. Apabila kita dah set, kita akan fokus. Kita tahu nak rancang apa, nak buat apa. Semua bersusun. 7. Pengorbanan masa, keluarga dan tak dapat keluar jumpa kawan, main futsal bagai adalah benda yang mengecewakan. Namun, hasilnya lumayan. Ia sementara sahaja. Apabila dah elok, duit dah mula masuk, kita akan mula dapat rentak. 8. Cikgu saya kata: “Semua orang ada 24 jam yang sama. Kenapa ada yang kaya ada yang tak. Ada yang boleh urus 20 bisnes ada yang sekadar kerja 1 bidang sahaja. Semuanya tentang pengurusan masa. Manusia yang paling bijak ialah dia susun dan rancang segala kerja dia. Sampai dia tak sedar dia dah kaya.” 9. Penat itu sementara. Nak berjaya, berkorban sekejap. 10. Nak, buat. Tak nak, tak ada masalah. Semua adalah kawalan diri sendiri sahaja. Antara tips menjadi jutawan ialah kita tulis apa kita nak buat. Sebagai contoh: Tahun ini aku akan dapat jualan RM1juta. Tulisan itu akan dorong kita berbuat apa yang kita rancang. Bukan cakap, bukan angan. Ia adalah tulisan yang bersungguh-sungguh kita kejar. ** Kawan-kawan, Allah beri peluang setiap manusia pada setiap pagi. Ada yang guna, ada yang persia. Kita tengok diri kita yang mana. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Gambar semasa dapat belajar di DMWF2018, London. Semua ini saya pernah tulis dalam diari yang saya akan pergi belajar, alhamdulillah Allah tunaikan.

photo content

Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian aura, tenaga serta banyaknya cas-cas baik kepada diri kalian sendiri. 1. Keluar rumah, nampak jiran, kita pun angkat tangan. Dia tak balas malah terus ja berjalan laju. Tenang, tarik nafas dan masuk kereta pergi kerja. Tengok jam, kasi 2 minit fikir, lepas ja 2 minit, terus lupakan. 2. Dalam perjalanan, nampak pula orang buang sampah dari dalam kereta ke luar. Arghhhh. Tengok jam! Kasi 2 minit untuk marah! Lepas 2 minit, lupakan! 3. Sampai tempat kerja, susahnya nak cari parking. Alhamdulillah dapat juga walau jauhnya menapak. Tengok jam, kasi 2 minit untuk penat, lepas itu lupakan! *** Perasan tak yang setiap hari, apabila kita nak positif, Allah akan beri kita ujian berjumpa dengan hal negatif. Jujurnya semua itu untuk kita hadap sama ada dengan hemah atau sebaliknya. Kalau kita dapat lalui dengan positif segala: - fikiran. - kemarahan. - kepenatan. Maka kita akan dapat positif juga. Apa yang saya tulis di atas ialah hasil dari saya dengar dari kuliah maghrib itu hari. Kata ustaz ini, isterinya selalu negatif. Pagi-pagi marah anak, petang nak masak pun sering hangin sana, keluntang sini. Dan beliau akhirnya berjaya sembang dan isteri beliau akhirnya mengubah diri kepada orang yang sangat positif sekarang. Hanya tetapkan berapa minit untuk fikir, berapa minit untuk marah dan berapa minit untuk penat. Semua itu kita boleh kawal. Apabila semua itu ok, maka kita sendiri akan: - lebih ceria. - lebih terbuka. - lebih hormat diri sendiri. Dan itu akan menyebabkan kita kurang penat. Kita dapat tenaga, dan paling best ialah Allah hadiahkan kita dengan rezeki yang mencurah-curah. Kadang-kadang kita tak sedar, #rezeki susah nak masuk hanya kerana banyak benar benda negatif dalam badan. Ada satu kajian (kata ustaz tersebut) kalau kita boleh fikir, marah dan penat selama lebih 15 minit dengan benda yang kita tak boleh kawal, maka badan kita akan penat lebih 2 jam. Dan itu menyebabkan kita jadi perlahan, jadi tak ok sana tak ok sini. Jadi, pilihlah untuk positif! Kita yang kawal diri kita okey! Sekarang baru saya faham kenapa ramainya #jutawan selalu jadi positif dan kerap fikir hal besar sahaja. Yang kecil-kecil, dia jentik sahaja kurang 30 saat dia dah lupakan! Hebat kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari jadi positif!

Biskut Mazola ada di kilang. Tak boleh kurier nanti hancur. Buka 10am-5pm Isnin - Jumaat. Ini Waze kilang kami di Bangi Use Waze to drive to KHM FOODIES SDN BHD, Jalan 6C/6, Bandar Baru Bangi: https://waze.com/ul/hw282g8s0d

photo content

Stok biskut di kilang kami agak banyak. Stok baru belaka kami buat sahaja dengan bahan mentah yang ada. Namun kami mungkin ak
Stok biskut di kilang kami agak banyak. Stok baru belaka kami buat sahaja dengan bahan mentah yang ada. Namun kami mungkin akan tutup kilang kami kerana tak boleh tanggung kos yang semakin menaik dan kenaikan harga barang yang semakin menggila. Nanti kami buat sales semua produk yang kami ada ya. Dont worry gais. Semua okey sahaja. Bisnes bagus, cuma kami tak ada duit lebih (cash reserve) untuk bertahan. Habis belaka dah berbulan top up sana sini. Dah tak tahu nak bergadai apa lagi. Bisnes best, team best, namun kami tak boleh hadap supply chain yang menakutkan. Doakan semuanya baik-baik sahaja ya. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus bismillah.

Khairul Hakimin Muhammad - Estadísticas y analítica del canal de Telegram @contentkhm