es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 36 198 suscriptores, ocupando la posición 283 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 906 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 36 198 suscriptores.

Según los últimos datos del 30 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -381, y en las últimas 24 horas de -13, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.69%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 1 696 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 01 julio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

36 198
Suscriptores
-1324 horas
-797 días
-38130 días
Archivo de publicaciones
3 Perkara Yang Perlu Konsisten https://ift.tt/2N4tdd7

Bluewire Media mengatakan, 75% audien mahu informasi dalam bentuk content. Ia termasuk: “Educate, Inform, Inspire, and Entertain audience.” Content mesti dalam hal 4 perkara tersebut. Kemudian, 23% audien akan mula membuat perbandingan secara spontan. Dan hanya 2% akan memulakan tindakan dengan membeli produk dan perkhidmatan anda. Jika kalian ada 500 follower, 500 friends, total ialah 1,000 orang yang kalian ada. Cuba kira berapa orang 2% tersebut. Hanya 20 orang sahaja akan respon untuk membeli. Oleh sebab itulah bagusnya jika kalian ada ramai pengikut untuk meluaskan dan melebarkan lagi jumlah 2% tersebut. Jika ada 100,000 pengikut, maka yang membeli dan berusaha mendapatkan produk kalian ialah seramai 2,000 orang. Dan jika produk kalian berharga RM50, jualan yang dijangka setiap bulan ialah RM100,000. Begitulah kuliah pagi ini dibawakan oleh Cikgu yang dah nak pencen. Haha. Khairul Hakimin Muhammad, Penulis Ebook The Content Game, kalau nak tahu tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

photo content

Akaun profail (bukan page) yang sah dipadamkan oleh Robot Facebook ialah: 1. Double akaun dari 1 akaun emel yang didaftarkan (atau selepas didaftarkan). Kebiasaannya akan dihantar emel atau PM notifikasi untuk justify penggunaan 2-2 akaun Facebook. Jika tidak dijawab dalam tempoh yang diberikan, 2-2 akaun akan didelete terus. 2. Menggunakan bukan nama manusia. Kebiasaannya juga dihantar emel atau notifikasi di PM untuk dijawab dan diberi bukti nama sebenar itu mengikut nama di kad pengenalan negara. Dalam kes ini, ada juga yang didelete tanpa notis. 3. Akaun tersebut di'report' oleh orang ramai kerana menggunakan bahasa kasar, mencarut, menyalahgunakan akaun untuk membuat kacau dan mengakibatkan ketidakharmonian satu-satu tempat. 4. Akaun tersebut di'report' oleh orang ramai kerana telah meninggal dunia. 5. Spam atau scammer yang juga kerap di'report' oleh orang ramai. 6. Akaun yang di'report' kerana banyak salah guna seperti copy-paste status (tidak guna butang share), berniaga dengan tagging, dan mengganggu ketenteraman akaun facebook lain. 7. Akaun tipu (fake account) dengan membuat profile artis, selebriti, ikon atau mana-mana public figure. Kebiasaannya akan dihantar notis untuk pengesahan. Jika tidak disahkan, akan didelete terus. Mana-mana hebahan tentang akaun kita akan dikeluarkan tanpa notis kerana tidak like, komen dan share, itu bidaah. Sekian. Terima kasih.

Soalan: Bagaimana tuan dapat job dari luar negara dan rakan-rakan yang bukan melayu? Jawapan: Dengan menulis ejaan betul di mana-mana. Di Facebook terutamanya, saya pastikan menulis dengan tanpa sedikit pun singkatan atau mengubah perkataan mengikut pertuturan. Contoh: Bertutur: ambikkan barang tu kejap. Mengeja: Ambilkan barang itu sekejap. Kalian kena ingat, bertutur dan mengeja adalah dua perkara yang berbeza. Apabila bertutur kalian boleh guna dialek dan stail kalian. Namun apabila dipindahkan ke perkataan, tulislah dengan ejaan yang betul. Dan perlu diingat juga, ini bukan Bahasa Melayu Tinggi. Ini hanya ayat atau perkataan yang dieja dengan betul sahaja. Apabila semuanya betul, mudah sahaja Facebook terjemah melalui “see translation”. Jadi semua status saya boleh dibaca melalui 240 bahasa yang sudah pun dibangunkan oleh Facebook sendiri. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Aturan tagging: 1. Posting tersebut wajib ada kaitan dengan tuan badan yang kita tag. 2. Tak boleh semua post kita bantai tag orang. 3. Tagging sebaiknya dalam posting. Bukan di ‘with’ atau terbit di sebelah atas posting. 4. Tak boleh duk cakap “feel free to untag kalau tak suka.” Banyak cantik muka kau, kau tepek iklan dekat dinding rumah orang, kemudian kau suruh tuan rumah cabut sendiri? 5. Tagging dalam story / posting / cerita biasanya akan lebih dapat impak yang bagus. Contoh, saya dan (nama orang yang ditag) akan ke Jepun dalam masa 2 minggu lagi. Ha barulah ok. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak suka kena tag yang tak ada kaitan dengan diri. Yang ada, saya okey ja! Nak tips lagi? Klik sini: https://t.me/ContentKHM

10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial. 1. Hanya memuat naik perkara yang perlu sahaja. Hal peribadi, kejayaan atau kesedihan yang tidak mempunyai apa-apa impak kepada pembaca lain, tidak dimuat naik kepada umum. 2. Bermain media social hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Masih boleh berinteraksi dengan baik bersama kawan-kawan dan keluarga. 3. Pilih bahan bacaan yang betul dan tepat. Tidak sesekali mengikut rentak orang lain dengan mengetahui hal viral yang tidak penting, tidak perlu dan membuang masa. 4. Hanya tekan share apabila perkara itu sahih, memberi impak positif dan untuk menyebarkan kebaikan sahaja. Selain dari itu, abaikan. 5. Banyak memberi peluang kepada diri untuk siasat terlebih dahulu mana-mana berita sebelum copy dan paste di medan lain seperti Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu jadi hero untuk sentiasa kekal nombor 1 dalam menyampaikan berita. Tak ada siapa nak anugerahkan perkara itu. 6. Menghormati perbezaan apabila ada perbincangan. Sekiranya dikecam kerana berbuat salah dan silap, tak perlu bertahan untuk sombong, boleh sahaja memohon maaf dan teruskan bermain media social seperti biasa. 7. Tidak mengecam orang lain sekiranya dia berbuat salah dan silap. Tegur dengan baik dan lebih baik secara PM tepi. 8. Tak perlu paksa orang untuk menerima pendapat atau cadangan kita. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita utarakan, berlapang dada untuk terima. 9. Menghormati tuan punya posting tanpa perlu copy paste. Sekiranya mahu kongsi, klik butang share. Copy dan kemudian letak kredit di medan sama (Facebook) tetap tidak ada integrity. Jika paste di web, blog, whatsapp dan medan lain, ia ok. 10. Sesekali, enjoy sahaja bermain media social. Banyakkan buat posting kebahagiaan, hentikan kecam sana kecam sini. Tulis benda baik, kongsi perkara yang kita suka buat dan sentiasa kemaskini kebaikan, ia akan kembali semula kepada kita. Audien kita adalah apa yang kita muat naik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ulang Tahun ke-11 bermain Facebook.

5 Posting Sehari, Berapa Dapat Jualan? https://ift.tt/2NiUzek

5 Posting Sehari, Berapa Dapat Follower? https://ift.tt/2MNDo5w

Step: 1. Beli Ebook 21 Cerita Murah Rezeki, harga RM69 di sini: bit.ly/21CeritaMurahRezeki 2. Kemudian akan terima email ebook dan cara nak daftar sebagai Affiliate. 3. Daftar Affiliate. 4. Sertai Group FB Affiliate KHM untuk tahu info, teknik jual dan ambil semua teknik di sana. 5. Jual, enjoy 50% komisen. CARTA DI ATAS BARU 2 HARI JUALAN DAH ADA YANG CECAH RM1,000 dan RM500 komisen!

Carta pagi ini, 27-10-2019. Senang sahaja nak jual ebook 21 Cerita Murah Rezeki.
Carta pagi ini, 27-10-2019. Senang sahaja nak jual ebook 21 Cerita Murah Rezeki.

Soalan: Setiap kali saya tulis story, orang akan tanya itu cerita siapa. Dah wall saya, posting saya, mestilah cerita saya. Kenapa jadi begitu ya tuan? Jawapan: Dalam menulis cerita di media sosial, jika kalian belum dikenali, pembangunan karekter (watak) sangat penting. Contoh: A. Hari ini makan nasi kerabu jugalah macam semalam. Sedap tak sedap balun sahaja. Janji kenyang. B. Hari ini aku makan nasi kerabu jugalah macam semalam. Sedap tak sedap aku balun sahaja. Janji kenyang. Beza A dan B hanya tambahan perkataan ‘Aku’ sahaja. Media sosial bukan buku. Ia adalah medan interaksi. Jadi tidak boleh lupa karekter (watak) di dalam cerita. Jika aku, akulah. Jika kami, kamilah. Jika ia dalam bentuk nama, tulis nama tersebut. Semuanya penting untuk memberi faham. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Mana yang nak buat duit sebagai #Affiliate, kalian boleh dapatkan ebook #21CeritaMurahRezeki ini, kemudian kalian akan dapat email link pendaftaran. Dan terus sertai Group FB Affiliate KHM, di sana ada copy-writing serta teknik nak menjual. Komisen 50%, berbaloi. Jadi, beli di sini okey! Dapat ebook, ilmu dan dapat juga jadi Affiliate. Klik sini: bit.ly/21CeritaMurahRezeki bit.ly/21CeritaMurahRezeki bit.ly/21CeritaMurahRezeki

photo content
+2

photo content

Tinggal 140 unit sahaja untuk dapatkan harga RM49.00. Habis sahaja akan naik ke RM69. Ebook 60+ muka surat, dengan 5 teknik bagaimana kita mahu Allah luaskan dan beri rezeki kita semua tidak putus-putus. Sudah boleh buat pembelian di sini ya: bit.ly/21CeritaMurahRezeki bit.ly/21CeritaMurahRezeki bit.ly/21CeritaMurahRezeki

2 minit lagi. Standby ya

9.00 malam ini ya. Nantikan pelancarannya di wall saya. Hihihi. Mana yang tonton, 10 pembeli pertama akan dapat t-shirt percu
9.00 malam ini ya. Nantikan pelancarannya di wall saya. Hihihi. Mana yang tonton, 10 pembeli pertama akan dapat t-shirt percuma. Dan ada harga khas untuk pembeli terawal. Jumpa nanti ya!