es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 160 suscriptores, ocupando la posición 278 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 896 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 160 suscriptores.

Según los últimos datos del 04 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -273, y en las últimas 24 horas de -10, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.67%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 0 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 05 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 160
Suscriptores
-1024 horas
-687 días
-27330 días
Archivo de publicaciones
Soalan: Tuan, sebenarnya apa yang tuan ajar dalam kelas? Sekadar perkongsian bagaimana tuan mula menulis ke? Itu dekat google atau Youtube pun boleh dapat tuan. Hihihi. Jawapan: Ini antara soalan atau persoalan atau perli yang biasa saya terima. Hehe. Jujurnya kelas saya banyak hal teknikal menulis. Bukan perkongsian yang saya ini tulis bagaimana. Saya kongsikan hal mudah nak menulis, bagaimana menyusun frasa menjadi ayat, memudahkan orang lain baca, membina perkataan dan bagaimana nak guna emosi, fakta dan meletakkan impak positif sebagai kunci di dalam membuat posting. Semuanya teknikal. Dan biasanya alhamdulillah akan dapat hasil yang berbeza, syukur. Ada ramai nak menulis namun tak tahu bagaimana susunannya di media sosial. Asas menulis #content yang saya kongsikan, boleh jadi kalian boleh menulis terus. Saya bersyukur hampir setiap hari ada yang beri maklum balas tentang kelas saya. Alhamdulillah. Dan tak perlu risau, ada lagi 2 bulan lebih untuk habiskan semua sesi. Selepas itu tiada lagi kelas umum begini. Hihi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jual periuk jelah lepas ini. Haha. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

photo content
+2

Yang nak jadi ejen Maruku #KHMFoodies, klik sini ya! Yang nak jadi ejen, daftar dekat sini. Pilih KHM Foodies okeh: https://bykhm.onpay.my/order/form/pndftrnejenkhm01

Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan: Pelaburan: Kelas, Buku, Travel, Networking. Akan dapat: Ilmu praktikal, Ilmu teori, Pengalaman, Perkongsian. Hasil: Berani buat keputusan, Tak takut gagal, Matang dan tenang, Kuat dan yakin. Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi. Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata, “Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat. Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.” * Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini. Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar. Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu. Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.

Nak tenang tanpa gangguan scammer atau haters di media sosial ini senang sahaja. Tulis #content yang: 1. Non judgement. Berhenti bersikap-sikap dengan orang sana sini, tulis perkara betul dan tidak membawa kepada mana-mana permusuhan. 2. Berhenti membuat perbandingan. Fokus kepada 1 subjek sahaja tanpa banding dan buat perbezaan. Fokus kebaikan dan keistimewaan sahaja. 3. Digital Detox. Ha ini best, unfollow atau unfriend atau block sahaja terus mereka yang mengganggu atau mengusik atau menyebabkan kita rasa tak selesa. 4. Berhenti complain. Tulis solusi, teknik, tip, kaedah yang memberi banyaknya manfaat kepada audien. 5. Berhenti berpolitik, ia tetap buat orang bergaduh di ruangan komen. Biar orang politik berpolitik, kita orang awam yang mahu buat bisnes dan bina empayar. Fokus dan konsisten. 6. Tetapkan topik apa, maksimum 5. Kemudian konsisten. Hanya susun sahaja topik mana yang perlu hari ini, esok, jam berapa dan sebagainya. Saya sendiri - menulis tips content. - memasak. - mengembara. - kemanusiaan. - kisah kejayaan. 7. Jika mahu tulis isu atau perkara yang bersifar ad-hoc, ambil masa rasional dahulu sebelum tulis. Biasanya terlalu teruja akan buat orang rasa rengsa atau rimas atau menyampah dengan kita. 8. Tak perlu serius setiap masa. Ada content yang serius, ada yang perlu berhubung baik dengan audien. Sesekali selfie, buat lawak dan jenaka. Okey sahaja. Ha begitulah. Ini media sosial kawan-kawan. Sifatnya seperti pisau. Waktu nak guna, kita guna. Waktu tak perlu, kita simpan jauh-jauh. Tersalah guna, boleh luka diri sendiri, terlebih guna, boleh jadi orang lain pula luka. Hati-hati okey. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

Soalan: Kenapa kena email kepada diri sendiri? Jawapan: Oh itu untuk memudahkan saya memuat naik status dari tulisan yang saya tulis di msword. Saya suka cara begitu. Kalian nak guna cara lain, pun boleh. Saya menulis di MsWord. Saya savekan ikut topik yang saya tulis. Kemudian, saya copy, saya emailkan kepada diri sendiri. Setiap kali saya emel, banyak-banyak. Jadi posting saya setiap hari. Saya copy dari emel saya sahaja. 80% posting saya, adalah posting yang saya rancang. 20% sahaja yang saya up itu adalah spontan. Yang lain semuanya tersusun. Lain orang lain cara, saya aman damai buat begini. Kesibukan saya memerlukan saya terus menyusun semua aktiviti saya termasuk membuat posting yang bagus. Begitulah. Hehe Khairul Hakimin Muhammad. https://t.me/ContentKHM

Soalan: Tuan, saya tak ada "minat" yang boleh dikongsikan di media sosial. Saya suri rumah, kerja saya ialah bangun setiap pagi, siapkan sarapan suami, buat bekal untuk anak-anak. Kemudian apabila semua dah keluar, tinggal saya dengan baby. Sempatlah saya kemas rumah. Dalam tengah hari anak-anak balik, makan tengah hari saya dah prepare siap-siap. Petang suami balik. Dia nak rehat, jadi saya buat bodoh jelah sampai dia kata dia lapar baru saya hidang makanan. Saya nak cerita apa tuan di media sosial kalau hidup saya begini? Saya tak travel, saya tak pergi restoran mahal, saya juga tak ada minat macam orang lain. Hidup saya dekat rumah sahaja. Jawapan: Semua dah ada dalam apa yang Puan tulis. Puan kata, puan konsisten siapkan sarapan suami. Jadi ambil gambar, kongsikan resipi. Puan juga kata puan konsisten siapkan bekal anak-anak. Jadi ambil gambar dan kongsikan idea bekal anak-anak. Puan juga jaga bayi. Boleh juga kongsikan tips bagaimana nak handle bayi sambil boleh kemas rumah. Puan kata juga yang makan tengah hari sentiasa tersedia. Jadi ambil gambar dan kongsi. Ingat, buat bank penulisan. Ambil gambar dulu. Apabila sudah free, tulis di microsoft word. Kemudian emelkan kepada diri sendiri dan buat posting di Facebook dengan tersusun. Puan akan mula dapat crowd. Percayalah. #RahsiaBapaViralKebangsaan.

Soalan: Bagaimana nak tahu topik yang kita pilih itu orang suka? Jawapan: Oh mudah sahaja. Tengok apa yang kita sendiri suka atau memang kena suka atau memang kena buat setiap masa / setiap hari. Contohnya: Makan, Solat, Kerja, Bersembang, Main telefon, Travel, Hobi, minat, Benda yang kita mahir, Sukan, Permotoran, Fesyen, Kosmetik, Beg, kasut, Anak-anak, Hal pasangan, Keluarga, Ibu bapa, Adik beradik, Buku, Kisah inspirasi, Hal agama, Masjid / surau, Kesihatan, Keselamatan, Berkebun, Shopping, Dan banyaklah lagi. Semua ini benda normal sahaja dalam kehidupan. Dan itulah maksud “titik persamaan” tersebut. Di media sosial, tak perlu beriya nak tulis benda “rare”, apabila sukar nak beri kefahaman, orang akan mula mencari benda lain untuk dibaca. Ingat, mudahkan sahaja. Janji tulis dalam bentuk #content yang tersusun. Buat mapping dan tengoklah beribu posting boleh dibina. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

photo content
+5

photo content
+9

Kalian dah boleh dapatkan #MarukuKHM ini dari ejen-ejen kami ya! Dari Perlis sampai ke Sabah dah ada wakil alhamdulillah. Sekiranya nak sertai kami, masih boleeeh! Kami buka sampai hujung bulan ini. Tengok gambar ya mana yang nak cari maruku ini di lokasi masing-masing! Yang nak jadi ejen, klik sini: http://www.wasap.my/60132729802/EJENKHMFoodies http://www.wasap.my/60132729802/EJENKHMFoodies http://www.wasap.my/60132729802/EJENKHMFoodies

Jika ada kawan-kawan kau perli yang bisnes kau ini masih kecil dan tak beri impak kepada ekonomi sangat, kau sebutlah ayat ini kepada diri kau sendiri: “Samsung bermula 1938 dari pasar yang menjual buah kering, mee segera serta produk makanan lain dan kemudiannya mengeksport barangan itu ke China. Hari ini Samsung menjadi pesaing paling besar syarikat gergasi Amerika iaitu Apple dan produknya diguna di seluruh dunia.” Kawan-kawan, Mula sahaja walau kecil, belajar dan sentiasa baik pulih syarikat dengan daya kreativiti. Sentiasa reka cipta peluang dan terus cergas membina empayar. Lantak orang nak kata apa, bukan mereka yang bayar bil kita, kita jalan terus, kerja keras dan enjoy setiap ujian dan halangan. Dengan orang yang bising, kau diam sahaja. Buktikan yang kita berjaya bukan sembang seperti dia, tunjuk hasil dari berlawan cakap. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu sempat jual nasi lemak tepi jalan dengan emak. Alhamdulillah.

Dalam menulis #content, fokus kepada perkara biasa atau kecil sahaja berbanding nak menulis yang hebat dan besar-besar. Di media sosial, orang mahu info, maklumat, ilmu dan perkongsian yang kena dengan diri mereka. Contohnya: 1. Resipi. 2. Tips menggosok baju. 3. Menyediakan bahan memasak. 4. Tips tidurkan anak. 5. Tips lipat baju cepat. 6. Bagaimana buang kotoran di baju. 7. Cara nak basuh singki. 8. Nak kasi bau wangi dalam rumah. 9. Organizer dapur, tandas dan bilik tidur. 10. Cara kemas rak kasut. 11. Cara buat muka kelihatan berseri. 12. Tips kusyuk solat. 13. Cara hafal bacaan Quran. 14. Bagaimana mudahnya mendapat rezeki. 15. Cara bisnes dropship. 16. Teknik belajar bersama anak. 17. Parenting zero to hero. 18. Deko rumah luar dan dalam. 19. Teknik mudah hafal dan faham hadith. 20. Hilangkan kotoran barangan di dapur. 21. Cara siapkan melipat baju. 22. Teknik memahami tulisan dalam whatsapp. 23. Kisah keluarga, ibu ayah dan ahli yang beri inspirasi. 24. Bagaimana susun atur jadual keluarga semasa travel. 25. Bagaimana menyimpan duit. 26. Khasiat pemakanan. 27. Hal diet dan nak sihat. 28. Lokasi menarik riadah. 29. Jenis senaman dan kesan baik. 30. Fesyen, kosmetik, teknik, tutorial guna. Ini antara 30 perkara mudah nak tulis di media sosial. Semuanya boleh dibangunkan menggunakan content biasa. Ingat, titik persamaan yang besar adalah kunci kepada sukanya orang membaca apa yang kita tulis. Ia adalah benda yang boleh difahami dan dihadam dengan mudah. Tulis biar beri manfaat, kecil besar itu bukan kriteria bagus. Yang penting, beri kesan baik kepada pembaca. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jika nak dapatkan orang lain klik butang share, pastikan matlamat posting itu jelas. Sama ada mahu up posting: To educate - tips / step by step Atau to inform - sekadar hebahan. Atau to inspire - kisah kejayaan. 3 jenis matlamat ini akan buat orang klik butang share walaupun posting sekadar resipi biasa.

Kurang 4 jam lagi tawaran ini ditutup! Klik sini https://bykhm.onpay.my/order/form/birthdaypromo_prvkhm

Cari keseronokan dalam bermain media sosial. Posting kita akan buat orang lain bahagia, bukan derita.

Dari 9 posting saya tulis semalam, saya dapat 2,549 share. Hasilnya saya dapat kenaikan follower (masih belum stop) sebanyak
Dari 9 posting saya tulis semalam, saya dapat 2,549 share. Hasilnya saya dapat kenaikan follower (masih belum stop) sebanyak 1,127 orang baru. Itulah bagusnya buat posting untuk orang share. Ia dalam kategori posting “crowd”.

Ucapan termasuk dalam kategori “side” di media sosial. Ia bukan #content. Biasanya digunakan hanya untuk dapat like dan komen sahaja. Contoh: Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat Pagi semua! Semoga semua diberkati Allah dan urusan kalian semua dipermudahkan. Orang takkan klik butang share. Namun ia masih ok. Like dan komen akan membantu menaikkan engagement. Ia keperluan dalam bermain media sosial. Namun jika kalian dapat menulis content “crowd”, kalian akan dapat share. Saya jenis orang yang tak suka mulakan posting pagi dengan ucapan. Saya tembak sahaja terus dengan posting yang orang akan klik butang share. Jadi follower saya akan bertambah. Lagi best. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jika mahu copy paste, hanya dibenarkan ke group khas masing-masing sahaja. Jangan letak di wall. Pastikan kredit ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Pentingnya memahami kepenggunaan EMOSI dalam penulisan. Hari ini gempar seluruh negara tentang Ustaz Ebit Lew dan UPSI. Jika nak menulis, pastikan perkataan yang dipilih itu benar. Kedua, pentingkan juga emosi dalam memberi penjelasan. Jika mengusik, jika ada elemen kekerasan walau tak guna perkataan kesat, boleh jadi nampak seperti ego dan sombong. Hati-hati semua. Kalian boleh tengok saya komen di posting ini: https://www.facebook.com/1409650354/posts/10224820420083704/?extid=0&d=n

Yang nak tambah pendapatan, dapat belajar direct dengan saya, bina content dan bina empayar makanan, boleh sertai saya okey!
Yang nak tambah pendapatan, dapat belajar direct dengan saya, bina content dan bina empayar makanan, boleh sertai saya okey! Kita rempuh seluruh negaraaa! Klik sini: http://www.wasap.my/60132729802/EJENKHMFoodies