INSKEN Official Channel
Ir al canal en Telegram
Channel ini ditubuhkan bagi tujuan pemakluman dan komunikasi program latihan dan bimbingan keusahawanan INSKEN
Mostrar más2 655
Suscriptores
Sin datos24 horas
-17 días
-1330 días
Archivo de publicaciones
PERHATIAN UNTUK USAHAWAN YANG BERADA DI SEKITAR KEMAMAN TERENGGANU
INSKEN dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), akan mengadakan BizClinic di Dewan Seri Geliga, MP Kemaman, Terengganu pada 17 Julai 2022.
Program ini akan berlangsung selama sehari dan anda berpeluang untuk mendapatkan konsultasi bisnes secara percuma dari BisKaunselor INSKEN .
Sesi ini akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Sila aturkan masa anda untuk hadir sebelum sesi berakhir.
Jangan lepaskan peluang ini dan segera mendaftar di www.rebrand.ly/BizClinic_Terengganu
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Industri : Perkhidmatan Penginapan
Tarikh : 29-31 Julai 2022
Tempat : Perak
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2022_Penginapan
NASI BERLAUK MAK JANDA
Bila sebut nak tergelak pun ada!
Tapi yang kelakar, yang pelik tu la buat orang senang ingat.
Tu la salah satu contoh Unique Selling Proposition (USP), iaitu nama produk.
Ya la, kalau cerita pasal nasi berlauk berapa ramai usahawan jual benda yang sama. Jadi kita perlu wujudkan perbezaan yang buat orang senang ingat, tertarik dan teringin nak cuba Nasi Berlauk Mak janda yang dihebohkan tu.
Ni baru 1 contoh tau, iaitu untuk kategori nama produk. Ada banyak lagi jenis-jenis USP yang korang boleh wujudkan daripada produk korang seperti keunikan premis, kelebihan produk dan banyak lagi.
Jom wujudkan USP produk anda untuk lonjakkan hasil jualan dengan menyertai Program Unique Selling Proposition (USP): Apakah Keunikan Produk Anda yang akan diadakan pada:
Tarikh: 19-20 Julai 2022
Pendaftaran: www.rebrand.ly/USP_Online2203
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Khas untuk usahawan Lembah Klang!!
Pendaftaran bagi Program Bimbingan Keuntungan Menu kini dibuka
Adakah anda usahawan dalam bidang F&B? Ada kedai makan, restoran atau beroperasi di rumah?
Berita baik buat semua usahawan dalam sektor F&B, INSKEN kini membuka pendaftaran bagi program Bimbingan Keuntungan Menu untuk membimbing para usahawan bagi menambahbaik menu yang sedia ada berdasarkan kos, harga jualan dan sasaran jualan kepada para pelanggan melalui sesi bimbingan intensif secara one to one bersama pakar industri.
Dalam tempoh 3 bulan, usahawan akan dibimbing untuk menambahbaik menu dan meningkatkan hasil jualan melalui bimbingan secara one to one oleh pakar industri secara fizikal. Usahawan juga akan diberikan latihan khusus pendigitalan perniagaan, dibimbing untuk merekod transaksi jualan harian secara digital serta menambahkan saluran penjualan melalui platform atas talian.
Apa yang Tuan Puan akan dapat sepanjang 3 bulan ini:
1. Kelas asas keuntungan menu selama 2 hari 1 malam secara fizikal
2. Bengkel lanjutan Keuntungan Menu selama 2 hari 1 malam secara fizikal
3. Latihan Khusus Teknikal Perniagaan – Latihan Smartphone Photography dan Latihan Platform Penghantaran Makanan (2 latihan) secara fizikal
4. Sesi bimbingan sebanyak 3 kali secara fizikal bersama pakar industri
5. Pemantauan jualan selama setahun
INSKEN membuka pendaftaran bagi Program Keuntungan Menu bagi negeri-negeri berikut:
Program Keuntungan Menu, Lembah Klang:
www.rebrand.ly/MEProgramme2202
Program akan dilangsungkan secara fizikal di negeri-negeri yang disenaraikan. Bagi usahawan di negeri yang berdekatan juga boleh join. Jom daftar sekarang untuk membantu perniagaan anda!!
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
*MENGHASILKAN VIDEO PEMASARAN MEDIA SOSIAL DENGAN SMARTPHONE*
Tarikh : 13-14 July 2022
Lokasi : Ipoh, Perak
Yuran Pendaftaran : RM250 (Termasuk Kit Latihan, T Shirt, Penginapan 1 Malam, Makan 8 kali sepanjang latihan)
Daftar sekarang di www.rebrand.ly/Video_2202
Definisi Dobi adalah 'menghantar pakaian utk dibasuh dan digosok oleh tukang dobi'. Sehingga kini, masih ramai yang menjadikan khidmat dobi sebagai keperluan asas kerana lebih memudahkan, tidak memenatkan, jimat masa dan ruang.
Bagaimana pula cara untuk memulakan perniagaan dobi ?
Nak kena mulakan apa dulu ?
Paling asas adalah pemilihan mesin, cara pemasaran, cara pengiklanan, paip, ventilasi dan pelbagai lagi aspek-aspek yang penting.
Buat yang bercadang untuk membuka perniagaan dobi atau usahawan yang baru nak bermula dalam perniagaan dobi. Mari sertai Program Latihan Asas Industri Dobi ini, pasti akan terjawab segala macam persoalan yang bermain di minda.
Jumpa anda di Nilai, Negeri Sembilan pada 15 hingga 17 Julai 2022 ini.
Daftar segera di pautan ini www.rebrand.ly/INBT2022_Dobi
#inskenofficial
#inskenprihati
#keluargausahawan
#staysafe
KUASAI PLATFORM SHOPEE DALAM 3 BULAN
Mustahil betul kalau masyarakat kita sekarang tak kenal Shopee! Boleh dikatakan semua benda la orang cari dekat Shopee.
Kalau customer beli barang guna Shopee, usahawan apa lagi, pulun la meniaga di platform ini.
Platform Shopee dan sediakan pelbagai kemudahan untuk membantu seller menjual produk. Ada pakej yang lengkap daripada produk listing, payment gateway dan juga perkhidmatan logistik sehingga ke depan rumah customer!
INSKEN ingin membantu usahawan memantapkan perniagaan dengan menggunakan platform Shopee melalui Program Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).
Dalam tempoh 3 bulan, anda akan menguasai platform Shopee dari level asas, pertengahan hingga advance. Kita akan bantu anda untuk memulakan bisnes di Shopee dengan betul, strategi menarik trafik ke akaun Shopee, menggunakan tools untuk mempengaruhi pembeli, analisa data trafik dan banyak lagi!
Jom daftar segera program E-Board khusus untuk platform Shopee di www.rebrand.ly/E-Board_2201
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
KUASAI PLATFORM TIKTOK DALAM 3 BULAN
Suka tengok video, tapi tak suka yang meleret panjang-panjang.
Layan dekat TikTok je gais!
Trend video 15 saat ni memang tengah onz, dan banyak video yang viral bila dah post dekat platform ini. Layan punya layan video 15 saat, sedar-sedar dah sejam menghadap TikTok.
Tapi TikTok ni bukanlah setakat nak buat video hiburan semata-mata. Ada TikTok for Business tau! Haa, yang inilah sesuai untuk korang semua, usahawan di luar sana.
TikTok sekarang dah boleh digunakan untuk mempromosikan business secara soft sell. Fungsi TikTok Shop pun ada untuk memudahkan urusan jual beli produk di platform ini.
Dah cuba buat marketing menggunakan platform TikTok? Jom kuasai cara-caranya dengan menyertai Program Online Onboarding Coaching Programme (E-Board). Dalam masa 3 bulan, anda akan diajar serta dibimbing untuk mencipta akaun TikTok for Business, cara edit video mengikut trend terikini, buat jualan dan live melalui akaun TikTok, cara setup TikTok Ads dan banyak lagi!
Daftar segera di :
E-Board 2022
www.rebrand.ly/E-Board_2201
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
PERHATIAN UNTUK USAHAWAN YANG BERADA DI MELAKA!
Maghi lerrr singgah ke Sesi BizClinic di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, pada 18 dan 19 Jun ni. Sesi ini akan diadakan dua hari, jadinya tak adalah berebut-rebut nanti. Bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, bolehlah set masa siap-siap nak datang pukul berapa.
Sesi BizClinic ini akan dikendalikan oleh BisKaunselor INSKEN. Untuk pengetahuan anda konsultasi ini adalah percuma.
Jom ler ghamai-ghamai dapatkan konsultasi daripada duk ghumah tak tahu nak buat apa hujung minggu ni!
Jangan lepaskan peluang ini dan segera mendaftar di www.rebrand.ly/BizClinic_Melaka
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawa
