cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

Selamat datang ke channel Telegram Cikgu Shahzalina. Channel ini khas untuk kelas online, perkongsian bahan dan latihan subjek Sejarah Tingkatan 1 sahaja.

Mostrar más
Malasia32 626El idioma no está especificadoEducación67 780
Publicaciones publicitarias
1 143
Suscriptores
+124 horas
+97 días
-130 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

"Siapa Sebenarnya Bangsa Hyksos?" Bagi peminat sejarah Mesir Purba, kita kena tahu tentang sebuah bangsa asing yang dikenali sebagai Hyksos yang pernah memerintah Mesir untuk beberapa abad sebelum ditumbangkan oleh firaun Mesir dari Thebes. Para penyelidik Mesir Purba mengenal pasti siapa sebenarnya Hyksos yang mengambil alih takhta firaun. Penemuan ini akan mengubah pandangan terdahulu yang menganggap Hyksos sebagai penjajah asing yang merampas Mesir Purba. Hyksos berasal dari kawasan Levant (Palestin, Israel, Lubnan, Syria, dan Jordan) menumbangkan firaun terakhir dari Era Kerajaan Tengah dan memulakan Tempoh Perantaraan Kedua dengan memerintah Mesir Purba. Bangsa ini digelar Hekau Khasut, yang bermaksud “penguasa daripada tanah asing”. Asal-usul mereka barangkali daripada Lembah Syam. Atas sebab tertentu, mereka berhijrah ke Mesir Purba. Aliran imigrasi menambahkan jumlah penduduk Hyksos yang akhirnya berjaya menguasai sebahagian daripada Mesir Purba. Mereka banyak menyumbang kepada kemajuan Mesir Purba dan mempunyai pemerintah yang mewarisi kuasa, walaupun kita masih tidak tahu dengan pasti tentang penjajahan dan pengaruh mereka. Walaupun masih menjadi perbualan sejarawan, Hyksos dipercayai membawa teknologi baru seperti kereta kuda dan pedang bersabit. Firaun dari Thebes kemudian menumbangkan mereka dan membawa kepada zaman kegemilangan Mesir Kuno di Era Kerajaan Baru. Asal-usul Hyksos diceritakan dalam sumber Helenistik, khususnya oleh sejarawan bernama Matheo. Apa yang pasti, mereka membawa budaya sendiri. Mereka menyembah dewa-dewi Syam, contohnya Baal-zephon yang menguasai hujan. Dewa ini menjelma sebagai Seth dalam mitologi Mesir Purba. Tidak ada bukti arkeologi yang mengesahkan penjajahan Hyksos yang diceritakan oleh Manetho, sebenarnya ia menimbulkan sedikit sebanyak keraguan di kalangan penyelidik tentang status mereka sebagai penjajah asing. Ibu kota Hyksos adalah Avaris di delta Sungai Nil. Para arkeologi menemui perkuburan Hyksos di kawasan Tell el-Dab’a pada abad ke-19 Masihi. Menurut pengkaji bernama Chris Stantis dari Bournemouth University di UK, terdapat senjata gangsa turut bersama dengan mayat Hyksos dalam makam batu serta terdapat makam kuda bersama perkuburan Hyksos. Kumpulan Chris Stantis kemudian menganalisis gigi 75 orang elit Hyksos yang dikebumikan di tiga kawasan dalam Tell el-Dab’a. Mereka menggunakan teknik analisis mengesan bahan kimia bernama isotop untuk menentukan usia sesebuah artifak. Analisis gigi orang-orang elit Hyksos menunjukkan bahawa mereka telah lama berada di Mesir sebelum penjajahan. Ini menunjukkan bahawa mereka mungkin migran yang telah lama tinggal di Mesir dan hidup berdampingan dengan masyarakat Mesir Purba. Saintis juga tertarik pada jumlah wanita Hyksos yang lebih ramai daripada lelaki dalam kubur tersebut. Ini menunjukkan kemungkinan hubungan politik melalui perkahwinan dengan keluarga elit Mesir Purba. Mereka percaya bahawa Hyksos adalah migran dari Asia Barat yang datang ke Mesir semasa Era Kerajaan Tengah dan kemudiannya bangkit untuk memerintah utara Mesir. Kerana Hyksos akhirnya ditumpaskan, arkeologi menjadi satu-satunya bukti tentang kewujudan mereka. Pemerintah Kerajaan Baru menyembunyikan peninggalan Hyksos dan menyebarkan propaganda yang menggambarkan mereka sebagai bangsa yang suka berperang. Penyelidikan terus dilakukan untuk mengungkap lebih banyak tentang Hyksos dan asal-usul mereka serta bagaimana mereka mempengaruhi Mesir semasa pemerintahan mereka. Oleh: Azizul Farhan ___ Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti. Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Mostrar todo...
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
Mostrar todo...
Kisah Tamadun Mesopotamia: Gilgamesh, a legendary king of Uruk in ancient Mesopotamian mythology, is renowned for his incredible strength and heroic deeds, which are chronicled in the Epic of Gilgamesh. This epic poem, believed to have been written over 4,000 years ago, stands as one of the oldest known pieces of literature in human history.
Mostrar todo...
"The Book of the Dead: Kitab Maut Mesir Purba." Siapa pernah layan The Mummy bersiri, mesti tahu pasal kitab yang unik yang dibaca oleh Evelyn Carnahan, kemudian watak antagonis Imhotep bangkit semula dari penjara di alam kematian. Ya, kitab yang kalian begitu familiar itu ialah The Book of the Dead, atau Kitab Maut! Buku yang begitu berkuasa dengan kembalikan roh ke dalam tubuh badan. Dikatakan buku ini menandingi kuasa dewa Osiris (dewa kematian) dengan hanya membaca bait-bait ayatnya. Nampak macam mitos, kan? Kita percaya bahawa Kitab Maut ini hanyalah fiksyen dalam The Mummy bersiri. Tapi, buku kuno macam ni wujud tau! Kitab Maut sebenarnya ialah sebuah catatan berkoleksi yang meriwayatkan selok-belok agama Mesir Purba, terutamanya bait-bait suci untuk membawa roh ke alam kematian. Ramai biarawan Mesir menulis dan kumpulkan catatan-catatan agama lama ini dan disimpan dalam biara. Lagi satu, Kitab Maut bukanlah dalam kitab tunggal. Jadi sukar untuk rakyat Mesir beramal dengan kitab yang begitu banyak. Jadi, kitab koleksi ini hanya menjadi simpanan biarawan untuk jadikan rujukan menyebarkan agama mereka. Sejak tahun 1500 SM, Kitab Maut menjadi rujukan penting orang Mesir Purba dalam mewarnai kehidupan mereka. Lebih kurang macam kitab agama seperti kitab-kitab agama sekarang yang memandu kehidupan si penganut. Tapi sekitar tahun 50 SM, tamadun Mesir Purba berada dalam era keruntuhan. Agama-agama asing seperti agama dewa-dewi Yunani, Kristian, dan Yahudi menjadi anutan orang Mesir. Kitab Maut pula terkubur terus sampai rakyat sendiri lupa akan kewujuduannya. Sekian lama kitab agama Mesir ini tersimpan lama sampai berhabuk, ahli arkeologi bernama Karl Richard Lepsius menerbitkan terjemahan sebuah manuskrip Kitab Maut dari zaman kerajaan dinasti Ptolemaic pada tahun 1842. Nama kitab yang beliau terjemahan ialah 'Das Todtenbuch' yang secara literal bermaksud 'Book of the Dead'. Nama kitab itulah melekat dalam kepala kita setiap kali melayan The Mummy bersiri! Tapi kitab terjemahan dari Lepsius ini sebenarnya tak lengkap. Banyak ayat-ayat Kitab Maut yang tidak berhubung atau tergantung. Jadi para ahli arkeologi dan egyptologi (kaji tamadun Mesir Purba) harus berusaha mencari skrol-skrol sambungan untuk lengkapkan Kitab Maut. Dua jabatan penyelidikan iaitu Teece Museum of Classical Antiquities dari New Zealand dan Getty Research Institute (GRI) dari Los Angeles, AS mempunyai skol Kitab Maut masing-masing. Untuk menjaga keselamatan skrol, pihak New Zealand melakukan teknologi imbasan ke atas skrol mereka. Keputusannya membuatkan pihak GRI terduduk. Rupa-rupanya skrol New Zealand dan skrol Los Angeles berasal daripada Kitab Maut yang sama! Dengan gabungkan kedua-dua skrol, akhirnya mereka temui Kitab Maut yang lengkap. Tapi kedua-dua pihak tidak boleh melepaskan hak mereka semata-mata untuk menyatukan Kitab Maut ini. Lalu mereka membuat keputusan yang menguntungkan semua, di mana mereka gabungkan kedua-dua skrol ini dengan menggunakan teknologi imbasan dan pembetulan gambar. Sekarang banyak koleksi Kitab Maut ditemui dan disimpan dalam muzium masing-masing. Seperti manuskrip Papyrus of Ani, salah satu contoh Kitab Maut yang lengkap dari tahun 1250 SM, yang disimpan dalam Muzium British. Oleh: Dinie Liow The Patriots
Mostrar todo...
1
Yuran kepandaian: RM20 sahaja. Hubungi @CikguShah untuk pendaftaran dan pertanyaan. #easysejarahwithcikgushah
Mostrar todo...
Repost from Santaisejspm
Congrats and welldone leftenan muda Chan Ming Youn.👍
Mostrar todo...
👍 4
Mungkin ramai yang pernah menyangka manusia pra-sejarah (zaman paleolitik) adalah sejenis manusia gasar, suka menumpahkan darah dan berperang sesama sendiri. Hidup rimba seperti haiwan yang berbunuhan sesama sendiri bagi merebut makanan dan pasangan. Ini Thomas Hobbes sebut, "war of all against all" yang menjadi batu asas kenapa perlu adanya undang-undang dan pemerintah. Tetapi sebilangan sarjana berpendapat zaman pra-sejarah adalah zaman paling aman buat manusia dan hampir tiada pertumpahan darah sesama manusia, apatah lagi peperangan. Saintis anggarkan manusia mula mahir melukis sekitar 70,000 tahun lalu. Lukisan tertua yang ditemui berusia sekitar 44,000 tahun lalu iaitu lukisan lembu jantan di Indonesia. Kita kena tahu juga, saintis bukan menemui satu dua lukisan, tetapi sebanyak 350 buah gua ditemui mempunyai lukisan pra-sejarah di dinding. Itu pun hanya di Sepanyol dan Perancis. Nak beritahu manusia dah reti melukis lama dah. Gambar yang saya lampirkan ini merupakan antara lukisan dinding pra-sejarah. Dalam beratus-ratus lukisan, manusia banyak lukis gambar haiwan. Kadangkala gambar manusia yang sedang memburu. Lukisan seperti ini konsisten selama puluhan ribu tahun. Tetapi, semenjak Revolusi Pertanian 12,000 tahun lalu dan manusia mula mendirikan penempatan tetap, lukisan berbentuk pertempuran, keganasan dan peperangan sesama manusia semakin nampak (rujuk lukisan kolum kanan). Lukisan bertema ini tidak ditemui sebelum 12,000 tahun lalu, menandakan aktiviti pertempuran sesama manusia semakin kerap. Paling menarik sekali, fosil pembunuhan beramai-ramai (massacre) paling tua ditemui sekitar 12,000 tahun lalu. Ada beberapa faktor yang dicadangkan kenapa manusia pra-sejarah cenderung tidak berperang dan melakukan tumpah darah; 1. Manusia pra-sejarah hidup dalam kumpulan kecil. Mereka sedar persaingan dengan kumpulan manusia lain tidak akan menguntungkan mereka. Jika berperang atau menumpahkan darah, kadar kelangsungan hidup semakin rendah. Semakin ramai ahli mati, semakin susah untuk berhadapan dengan ancaman pemangsa, semakin susah juga untuk dapatkan sumber makanan. 2. Populasi manusia prasejarah jauh lebih sedikit berbanding manusia moden. Dengan budaya hidup berpindah randah, kadar untuk satu kumpulan manusia pemburu bertemu dengan kumpulan manusia pemburu lain adalah rendah. Menjadikan kadar persaingan sesama mereka turut rendah. 3. Manusia pemburu berkencederungan mengelak persaingan apabila betembung dengan kumpulan manusia lain. 4. Dengan budaya hidup berpindah randah, mereka tiada keperluan untuk membina kubu pertahanan. Tambah lagi, mereka tiada harta (rumah, tanah, tabung makanan, dll) untuk dipertahankan. Jika mereka berada di posisi yang lemah (disadvantages), mereka boleh pindah ke tempat lain. 5. Mereka hampir tiada hierarki, hidup egalitarian. Tiada ketua dalam kalangan mereka. Benda ini menjadikan tiada kesenjangan kuasa (power imbalance) dan kelas. Perkara ini menjadikan tiadanya pergolakan dalaman yang boleh membawa kepada pertumpahan darah dalam kumpulan sendiri. Tambah lagi, mereka mempunyai idea bahawa melindungi ahli lain dalam kumpulan sama dengan melindungi diri sendiri. Semakin kurang ahli, semakin terancam kelangsungan hidup. Manusia moden dedifinisikan sebagai manusia neolitik (sekitar 12,000 tahun lalu) hinggalah kini. Budaya hidup manusia moden sangat berbeza dengan manusia prasejarah. Manusia moden hidup setempat dan ada penempatan. Ada harta untuk dilindungi. Ada kuasa pemerintahan. Faktor-faktor ini semua menjadikan zaman moden adalah zaman paling kerap peperangan berlaku, baik peperangan antara dua tamadun berlainan mahupun peperangan dalaman kerana pergolakan kuasa dan kelas. Tulisan asal: Zamir Mohyedin
Mostrar todo...