Banyak orang tanya, Ustaz Hanafi apa amalan murah rezeki?
"Ustaz, gaji saya tak cukup setiap bulan. Terduduk juga saya fikir hal ni.
Sedih bila terbayang muka isteri dan anak-anak di rumah. Tolong saya ustaz."
Ustaz jawab cuba guna formula D.U.I.T
Cliche juga sebab ramai yang sebut formula ini.
Ustaz nak kongsi formula D.U.I.T versi ustaz supaya mudah nak ingat dan buat.
D yang pertama kita kena buat ialah DOA, DHUHA dan DERMA.
U pula USAHA berterusan.
I ada tiga iaitu IKHTIAR, IKLAN dan ISTIGHFAR
T yang terakhir ialah TAWAKAL dan TAQWA.
Ustaz nak kongsi kisah benar mengenai DERMA.
Pernah satu hari ada seorang ibu telefon anaknya.
Gaji anaknya kecil sahaja, kemudian buat part time mengurut orang.
Ibunya telefon merayu nak RM300, nak buat kenduri kesyukuran
Anaknya kata, "InsyaAllah mak, nanti abang bank in."
Dia terus ke bank.
Tengok-tengok dalam akaun ada RM250 sahaja.
Dia pinjam RM50 daripada kawannya untuk cukupkan RM300.
Alhamdulillah dapat dan bank in kepada ibunya.
Sedangkan waktu tu, dia pun ada tanggungan isteri dan keluarganya.
Tapi atas niat nak gembirakan maknya, terus dia bagi juga.
Pada malam hari, dia pergi mengurut orang kaya.
Upah dia dapat hanya RM50. Walau sikit, dia syukur juga.
Esoknya, orang kaya tu telefon dia.
Berdebar-debar hati lelaki tadi.
"Apa kamu buat dekat saya ni? Datang ke rumah saya sekarang."
Sampai ke orang kaya tu kata,
"Lepas kamu urut, badan saya sihat dan batu karang keluar dari saluran kencing. Rasa luar biasa, sihat dan saya sangat gembira. Jadi saya nak bagi saguhati lebih sikit. Nah, ambil ni."
Bila dibuka sampul surat tersebut, masyaAllah ada sejumlah duit yang sangat banyak.
Begitulah kelebihan berbuat baik dan sentiasa banyakkan infak dan DERMA kepada ibu ayah. Didunia lagi kita sudah dapat merasa ganjarannya lebih-lebih lagi berkaitan rezeki.
Kisah kedua berkenaan ISTIGHFAR.
Kisah Imam Ahmad bin Hambal. Ada satu ketika waktu dia tidur di masjid
dia dihalau oleh orang masjid. AJK masjid garang sangat.
Waktu tu lepas isyak.
Waktu tu dia jalan dan tiba di satu kedai yang dah bersiap nak tutup.
Sambil dia menguli, berkemas mulutnya berkumat kamit.
"Wahai penjual roti, apa yang kau kumat kamitkan tu?
Dia jawab, "Oh aku beristigfar."
Selepas kedai ditutup, Tuan punya kedai yang beristighfar ni ajak Imam Ahmad tidur di rumahnya.
Dia tak kenal Imam Ahmad bin Hambal ni.
Imam Ahmad pun tanya lagi.
"Apa kelebihan istighfar yang kau dapat tu?"
"Oh banyak, rezeki aku murah. Roti aku habis dijual
Malahan hajat-hajat aku dipenuhi Allah." Jawabnya
"Cuma ada satu doa ni belum tercapai lagi. Aku nak jumpa Imam Ahmad bin Hambal. Sekali je pun cukuplah.
Imam Ahmad pun terperanjat dan mengaku Oh! akulah Imam Ahmad bin Hambal. Kerana istigfar kau inilah aku hadir ke kampung kau ni. MasyaAllah gembira penjual roti tu.
Banyakkan istigfar.
Nak lihat bukti? Kita sendiri jumpa apabila kita banyak beristigfar.
Buat dan lihat apa yang akan datang.
Sebenarnya, sebagai hamba kita tak perlu risau urusan rezeki. Allah sudah mencukupkan. Mungkin ada satu sisi, sebagai hamba kita terlepas pandang bab tanggungjawab; kurang DERMA dan kurang ISTIGHFAR.
Jom, pujuk hati kita tingkatkan amalan ini dan doa Allah luaskan rezeki kita dunia akhirat.
#UstazHanafiMalek
✍️T.me/TipsRezekiDuniaAkhiratMostrar más ...