2 051
Suscriptores
-224 horas
-57 días
-2030 días
Archivo de publicaciones
2 051
Salam Sejahtera Ibu Bapa/Penjaga sekalian,
Pihak sekolah ingin mengajak tuan/puan untuk turut serta dalam program Juara Digital Pandai 2026. Ini adalah peluang keemasan untuk anak-anak kita menguasai kemahiran digital masa kini dan membina keyakinan diri di peringkat Kebangsaan.
Oleh itu, ibu bapa diminta untuk menyertai satu group WhatsApp rasmi bersama Pandai bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tindakan seterusnya.
Kenapa Ibu Bapa perlu sertai group ini?
✅ Sesi Taklimat Online: Penerangan jelas tentang cara penyertaan dan penggunaan Pandai App.
✅ Sijil & Markah PAJSK: Membantu anak-anak mengumpul markah kokurikulum peringkat tertinggi.
✅ Bimbingan Digital: Anak-anak akan didedahkan dengan modul literasi digital yang sangat berguna.
Jangan biarkan anak tuan/puan ketinggalan. Sila sertai Group Hebahan Rasmi sekarang untuk maklumat sesi penerangan dan pendaftaran:
Klik link https://nakpandai.my/sel-ibu-bapa
Terima kasih atas sokongan tuan/puan
Sent from WhatsApp
wa.me/60193076717?source=exsh
2 051
TINDAKAN SEGERA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
PENGISIAN SOAL SELIDIK BERKAITAN IMPAK KRISIS TENAGA GLOBAL TERHADAP PENGOPERASIAN SEKOLAH BAGI PENYEDIAAN KERTAS PEMBENTANGAN SEKTOR PENDIDIKAN DALAM MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA (MTEN)
YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras maklumat berkaitan impak krisis tenaga global terhadap pengoperasian sekolah. Perbincangan bersama-sama Kementerian Ekonomi pada 3 Jun 2026 telah menetapkan kertas cadangan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) perlu diserahkan kepada pihak urus setia Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 18 Jun 2026.
3. Sehubungan dengan itu, bagi penyediaan kertas cadangan tersebut, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mendapatkan input daripada pihak pengetua/guru besar, pengusaha kantin dan ibu bapa/penjaga selewat-lewatnya pada 5 Jun 2026 (Jumaat) melalui soal selidik di pautan berikut:
a. Soal selidik Pengetua/Guru Besar :
b. Soal selidik Pengusaha Kantin :
c. Soal selidik Ibu Bapa/Penjaga : https://bit.ly/43ciKCs
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Dr. Azizah binti Hamid (azizah.hamid@moe.gov.my) di talian 03-88846391/0125193083.
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan terima kasih.
Sekian.
2 051
MAKLUMAN: E-GATEPASS SKBR (IBU BAPA) 📱🛡️
Guna sistem E-Gatepass jika ingin bawa anak pulang awal.
MENGAPA SISTEM INI DIJALANKAN?
Sekat Orang Luar: Elak individu tak dikenali ambil murid.
Identiti Sah: Sistem rakam maklumat & gambar penjaga sebagai bukti keselamatan.
CARA GUNA:
1️⃣ Log Masuk: Masukkan No. MyKid anak.
2️⃣ Isi Borang: Masukkan sebab & nama penjaga.
3️⃣ Semak Status: Tunggu status LULUS.
4️⃣ Tunjuk Kod QR: Tunjuk tiket 'Live' pada pengawal keselamatan.
PESANAN PENTING:
⚠️ Jangan Marah Pengawal: Mereka hanya menjalankan tugas mengikut SOP demi keselamatan anak anda.
⚠️ Masalah Sistem? Hubungi pihak pentadbir sekolah jika ada sebarang cadangan.
Terima kasih atas kerjasama anda!
#SKBR #KeselamatanMurid
2 051
*MAKLUMAN TERKINI CUACA PANAS*
Sekian, harap maklum.
Terima kasih.
PK HAL EHWAL MURID
SK BUKIT RIMAU
2 051
Terima kasih semua yg terlibat bagi menjayakan program terakhir di bulan ramadan ini .
2 051
https://www.facebook.com/share/p/189ajeaXMc/
"Raya yang berbeza tanpa seorang bapa, pemimpin, dan pendidik. Video ini adalah bingkisan kasih dan rindu kami buat Allahyarham Guru Besar. Semoga tenang di sana, syurga buatmu."
2 051
MAKLUMAN CUTI TAMBAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN CUTI PENGGAL 1 SESI PERSEKOLAHAN 2026
18- 20 Mac: Cuti Tambahan KPM
21-29 Mac: Cuti Penggal 1 Persekolahan
2 051
Kutipan terkini rm17,647
Terima kasih semua.
InsyaAllah sumbangan ini akan diserahkan minggu depan hari selasa.
Masih sempat lagi sebelum ditutup kutipan. ⬇️
*SUMBANGAN RAMADAN MURID YATIM & ASNAF 2026*
Assalamualaikum wbt🤝
😊Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Bukit Rimau akan melaksanakan program kutipan sumbangan untuk anak² yatim dan asnaf di sekolah ini.
💰Tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan melalui pautan dibawah.
https://url-shortener.me/EDCQ
🫶🏻Segala sumbangan tuan/puan dapat memberi kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.
Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan terima kasih.
2 051
Kutipan terkini rm13981
Terima kasih semua.
InsyaAllah sumbangan ini akan diserahkan minggu depan hari selasa.
Masih sempat lagi sebelum ditutup kutipan.
2 051
*SUMBANGAN RAMADAN MURID YATIM & ASNAF 2026*
Assalamualaikum wbt🤝
😊Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Bukit Rimau akan melaksanakan program kutipan sumbangan untuk anak² yatim dan asnaf di sekolah ini.
💰Tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan melalui pautan dibawah.
https://url-shortener.me/EDCQ
🫶🏻Segala sumbangan tuan/puan dapat memberi kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.
Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan terima kasih.
2 051
10 mac 2026
Kutipan terkini utk sumbangan asnaf dan anak yatim
Rm10,710
Terima kasih kepada penderma.
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
