cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Kisah-kisah dalam Al-Quran

Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
16 614
Suscriptores
-424 horas
+57 días
-2330 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Kuiz 134 Siapakah yang membunuh Jalut?Anonymous voting
  • A. Talut
  • B. Nabi Musa
  • C. Nabi Sulaiman
  • D. Nabi Daud
  • E. Harut
0 votes
👍 17
Kuiz 133 Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang bersoal jawab denganmu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah.... Mengenai apakah aduan tersebut?Anonymous voting
  • A. Talaq
  • B. Nafkah
  • C. Zihar
  • D. Nusyuz
  • E. Kaffarah
0 votes
7👍 3
Kesimpulan Berdasarkan persoalan-persoalan diatas dan juga jalur riwayat hadith ini yang dhaif, dapat disimpulkan bahawa kisah ini tidak sahih dan rekaan semata-mata. Rekaan yang sengaja diada-adakan bagi menunjukkan kelemahan Rasulullah dan keburukan para sahabat. Walaupun ada penceramah yang ingin menonjolkan akhlak Rasulullah yang mulia, namun memperkatakan sesuatu yang tidak benar tentang baginda adalah sesuatu perbuatan yang batil. Agama Islam adalah agama perdamaian. Islam bukanlah agama yang memusuhi agama dan bangsa lain. Islam hanya bencikan kezaliman dan penindasan. Sekiranya orang Islam sendiri yang melakukan kezaliman, mereka juga termasuk dalam kelompok yang dibenci Islam. Ada sahaja hadis sahih lain yang menceritakan tentang seorang Yahudi yang pernah berbakti kepada Rasulullah dimana ketika dia jatuh sakit, Rasulullah datang melawatnya dan menggiatkan dakwah kepadanya sehingga akhirnya dia menerima Islam. Hadis tersebut seperti berikut yang bermaksud:
Anas bin Malik r.a. melaporkan: "Anak muda Yahudi yang menjadi khadam Nabi saw. jatuh sakit. Nabi Muhammad menziarahinya dan duduk di sisi kepalanya. Rasulullah berkata kepadanya, "Masuklah ke dalam Islam. Dia melihat kepada ayahnya yang ada di sisinya, lalu ayahnya berkata: Taatilah Abu al-Qasim s.a.w. Dia pun memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya dan berkata: Pujian kepada Allah s.w.t yang menyelamatkannya daripada neraka." [HR Bukhari]
Jadi belajarlah dan sebarkanlah hadis sahih, bukanlah menyebarkan kebatilan atas nama cinta kepada Rasulullah. Mencintai Nabi tandanya adalah mengamalkan sunnah-sunnah baginda dan menolak kisah karut marut mengenai baginda. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
Mostrar todo...
10👍 8
📌 Hadis Palsu & Lemah Popular 🔹 Kisah Rasulullah Dianiaya oleh Jiran Yahudi Kisah ini selalu disebut oleh penceramah bagi menggambarkan sikap lemah lembut yang ditunjukkan oleh Rasulullah berjaya mengubah hati jiran yahudi tersebut. Namun apabila diteliti, terdapat banyak persoalan yang meragui kebenaran kisah ini. Sukar untuk mencari sumber sebenar kisah ini kerana tidak termaktub dalam kitab-kitab yang muktabar. Akan tetapi terdapat satu sumber artikel yang menceritakan tentang kisah ini iaitu:
Nabi berjiran dengan seorang Yahudi yang suka menyakiti Baginda. Setiap hari, dia akan mengambil sampah dan meletakkan di hadapan rumah Nabi Muhammad. Baginda memperlakukannya dengan rahmah dan lembut, dan tidak membalas keburukan dengan keburukan. Bahkan Nabi mengambil sampah tersebut dan membuangnya jauh tanpa menyimpan sebarang perasaan dendam kepada jiran Baginda. Hal ini kerana, Nabi Muhammad hidup dengan tujuan yang tinggi dan akhlak yang mulia, iaitu menyucikan manusia daripada kesusahan dan membahagiakan mereka selepas kecelakaan. Satu hari, tiada gangguan daripada orang Yahudi tersebut. Tiada pula sampah yang dibuang olehnya di hadapan rumah Baginda, lantas Baginda berkata, kemungkinan dia sakit. Lebih baik aku menziarahinya. Lalu Baginda pergi ke rumah jirannya dan mendapati dia benar-benar sakit sebagaimana sangkaan Baginda Rasulullah s.a.w. bercakap dengan lembut dan menenangkan jirannya. Ini adalah satu akhlak yang mulia. Orang Yahudi tersebut terkejut dengan kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. kerana selama ini dia menyakiti hati Baginda s.a.w. Maka, dengan akhlak tersebut, dia beriman dengan risalah Muhammad s.a.w. dan memeluk agama Islam. "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Nabi uhammad itu pesuruh Allah".
Status Hadis Kesemua jalur riwayat hadith ini adalah dhaif dan tidak sahih. Penambahan yang dibuat-buat oleh kebanyakan orang pada masa sekarang mengenai jiran Rasulullah yang menyakiti hati Baginda dengan meletakkan sampah dan duri di laluan baginda merupakan tambahan yang tidak ada asalnya di dalam kitab-kitab sunnah dan tidak dinyatakan oleh mana-mana orang berilmu. Ia hanya masyhur kalangan orang-orang terkemudian dalam kalangan pemberi nasihat dan orang-orang 'zuhud' tanpa sebarang asal dan sanad. ✅ Perbahasan Hadis Terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya dalam mencari kebenaran kisah ini antaranya adalah: 1. Dimanakah peristiwa ini berlaku? Sudah pasti berlaku di Madinah. Ini kerana orang Yahudi tidak berada di Mekah. Sekiranya kisah ini berlaku di Mekah, mana mungkin orang Yahudi tersebut berani memperlakukan Rasulullah sebegitu rupa dimana Rasulullah merupakan orang Quraisy dari keturunan yang mulia dan berpengaruh di Mekah. 2. Benarkah Rasulullah berjiran dengan orang Yahudi? Rumah-rumah Rasulullah kesemuanya berdekatan dengan Masjid al-Nabawi manakala orang Yahudi tinggal di pinggiran Madinah. 3. Beranikah orang Yahudi berlaku kasar dengan Rasulullah sedangkan baginda merupakan ketua Madinah dan dikelilingi oleh para sahabat seperti saidina Umar? Rumah-rumah Rasulullah berdekatan dengan masjid, jadi semestinya banyak rumah para sahabat yang berdekatan di sekeliling rumah baginda. Para sahabat pula terkenal sebagai manusia yang paling mengasihi Rasulullah. Mana mungkin mereka membiarkan orang Yahudi itu menyakiti Rasulullah.
Mostrar todo...
10👍 6😁 1
Photo unavailableShow in Telegram
11👍 1
Kuiz 132 lemah yang meminta dan lemah yang diminta (ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ) Ayat diatas merujuk kepada siapa?Anonymous voting
  • A. Hamba dan Tuhan
  • B. Hamba dan pemilik hamba
  • C. Penyembah berhala dan berhala
  • D. Orang miskin dan orang kaya
  • E. Manusia dan Syaitan
0 votes
24🤩 2
💫Redha Dengan Ketentuan Allah Ada 1 kes cerai bersyarat yg jatuh talak.
"Saya berkahwin dah 5 tahun tapi belum dikurniakan zuriat. Saya pernah mengandung 3 kali, semuanya keguguran. Suami saya salahkan saya tak jaga kandungan baik². Suami kata, kalau lepas ni mengandung tapi gugur juga, jatuh talak 1 terhadap saya. Malangnya saya mengandung kali ke-4 & keguguran juga pada usia kandungan 8 minggu. Maka setelah berjumpa pegawai yg berkenaan, talak sah jatuh."
Dari situ boleh lihat betapa tak matangnya seorang lelaki. Kalau diri sendiri tak matang, bagaimana dia boleh menjaga zuriatnya kelak? Lagi nak salahkan isteri. Sedih. Tahu tak bahawasanya menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yg berkahwin. Adalah tidak adil jika mereka dituduh tidak menjaga kandungan dgn baik. Keguguran bukanlah sesuatu yg indah spt berkelah ditepi pantai, wanita itu perlu melalui proses mengeluarkan janin & mencuci rahim. Sesuatu proses yg tiada wanita akan kata mereka suka. Pernah dengar wanita yg happy sangat nak pergi buat D&C? Diseluk sana sini, malu jgn cakaplah. Kalau malu & sakit masa lahirkan anak, masih berbaloi bila nampak baby & dengar suara baby. Tapi keguguran, dah la sakit, kena lalui proses tu semua, emosi lagi nak kawal, baby pun takde. Ingat suka² ke keguguran? Maka, sangatlah tidak adil jika wanita ini didakwa dgn sengaja tidak menjaga kandungannya. Keguguran boleh terjadi dgn pelbagai cara. Walau bagaimana kandungan dijaga rapi bagai anak raja, tapi jika ianya bukan milik kita, tetap bukan milik kita. ✅ Kisah 1 Usia kandungan 2 bulan. Si ibu hanya menarik satu rumput kecil dari tanah, keguguran terjadi. ✅ Kisah 2 Usia kandungan terlalu baru, si ibu tak sedar pun dia mengandung. Lalu dia mengangkat meja berat di tempat kerjanya. Tapi Alhamdulillah, zuriat itu tetap miliknya. ✅ Kisah 3 Anaknya baru berusia 5 bulan, si ibu mengandung sekali lagi tanpa dirancang. Si ibu mmg belum sedia terima anak lagi, maka dia ambil jln pintas memakan ubat mengeluarkan period yg dibeli dari farmasi. Tapi rezekinya, anak dlm kandungan tetap lahir sihat. ✅ Kisah 4 Sama spt kes 3, belum sedia mengandung lagi. Maka dimakannya nenas muda, air coca cola, ubi keladi mentah, apa saja yg org kata boleh gugurkan janin. Tapi anaknya lahir juga. ✅ Kisah 5 Si ibu mengandung sulung. Dijaga rapi bak sang puteri. Tiada sebarang kerja dibuat, segala keinginan dituruti. Pada usia kandungannya 6 bulan, bayi dlm kandungan tak bergerak. Dah meninggal dunia. ✅ Kisah 6 Kahwin 10 tahun, duit byk. Dah buat pelbagai rawatan utk hamil, dah habis jutaan ringgit, tapi masih tiada zuriat. ✅ Kisah 7 Hidup susah, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Tapi anak lahir setiap tahun. Walau makan pil perancang, tapi ada hari terlupa makan. Dan hari itulah Allah kurniakan zuriat dlm rahim si ibu. Kisah 8 Kisah 9 Kisah 10 Kisah 1000 Byk kisah lagi. Saya sendiri pernah keguguran anak pertama. Masa mengandung, saya mengalami hyprem yg teruk. Masuk air sampai 30 botol biru lebam tangan sbb dicucuk jarum tapi akhirnya saya keguguran juga. Adalah mulut berkata, mungkin baby lemas sbb masuk air byk sgt. Anak pertama kan, kita pun tak pandai lagi. Bila mengandung anak kedua, teruk mcmmana pun, saya enggan ke hospital. Saya takut kena masuk air lagi. Tapi sampai tahap saya pengsan, terus dibawa ke hospital. Doktor India tu kata akan masukkan air sbb badan saya dah kekurangan cecair kerana muntah teruk. Saya enggan. Saya kata takut nanti kandungan keguguran lagi. Lalu doktor India tu senyum pandang saya. "You percaya Tuhan kan? You tahu Tuhan boleh buat apa saja kan? Kalau baby ini milik you, walau apa jadi, dia tetap milik you. Kalau bukan milik you, dia tetap bukan milik you." Terus terang cakap, saya tersentak masa tu. Allahu....! Mcm baru sedar walaupun sebenarnya dah lama tahu.... KUNFAYAKUN. Kita boleh berusaha, berikhtiar tanpa henti. Tapi yg menentukan hanya Allah swt. Dia lebih tahu kenapa setiap sesuatu terjadi.
Mostrar todo...
👍 31 11😢 3
▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak lelaki. ▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak perempuan. ▪️Kenapa ada ibu yg lahirkan hanya 2 anak. ▪️Kenapa ada ibu yg mampu lahirkan belasan org anak. ▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan 1 anak. ▪️Kenapa ada ibu yg tak boleh lahirkan anak. Semua kenapa ini, kalau kita percaya pada qada & qadar Allah, redha dgn ketentuan Allah, pasti kita takkan menyalahkan manusia. Setiap yg Allah takdirkan, pasti ada sebabnya. Bukan hanya pada si ibu, ianya mungkin sbb si ayah. Ianya boleh jadi sebab sekeliling. Ianya boleh jadi sbb apapun. Kerana Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada rancangan lain yg Allah dah atur yg lebih baik. Pelihara anak yatim. Tanggung keluarga yg susah. Atau Allah tahu pada masa akan datang mungkin anak tersebut akan jadi penghalang si ibu mahupun ayah utk masuk syurga. Kita tak tahu kan, tapi Allah tahu. Yg pasti Tiada anak pun boleh masuk syurga. Ramai anak tak semestinya terus masuk syurga. Yg penting, berusaha & redha. Anak itu anugerah. Anak itu harta. Anak itu amanah. Makin ramai anak, makin lama hisab di sana. Segalanya bersebab. C&P https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
Mostrar todo...
34👍 18
Photo unavailableShow in Telegram
4👍 1
🔶 Sirah Nabi 🔹 Sikap Orang Islam & Quraisy ke atas Israk Mikraj Rasulullah sampai di Mekah dan kemudiannya bersolat Subuh. Selepas solat, baginda masih terkesan dengan peristiwa dan pengalaman semalam sambil mengingat kembali apa yang berlaku kepada baginda. Melihat keadaan Rasulullah sebegitu, Abu Jahal merasakan ada sesuatu yang berlaku. Dia lantas bertanya kepada Rasulullah dan Rasulullah memberitahu bahawa baginda baru pulang dari Baitulmaqdis. Abu Jahal berasa gembira dengan peristiwa ini, kerana dia dapat memburukkan Rasulullah. Dia mengumpul orang ramai dan memberitahu bahawa Rasulullah baru pulang dari Baitulmaqdis setelah semalaman perjalanan. Sedangkan perjalanan menaiki unta ke Baitulmaqdis mengambil masa sebulan perjalanan. Disini berlaku ujian, orang yang belum Islam memang tidak percaya akan hal ini, malahan orang yang lemah imannya juga turut bergoncang keimanan mereka. Abu Bakar segera pergi menemui Rasulullah setelah mendengar perkhabaran tersebut. Abu Bakar terus datang mengadap Rasulullah dan bertanyakan hal tersebut. Tanpa sebarang keraguan, Abu Bakar terus membenarkan dan mempercayai Rasulullah dengan sepenuh hatinya. Bagi Abu Bakar, segala yang disampaikan Rasulullah adalah kebenaran semata-mata. Orang Quraisy mempersoalkan keyakinan Abu Bakar. Adalah tidak logik seseorang mampu untuk pergi ke Baitulmaqdis dan pulang kembali dalam masa semalaman. Abu Bakar berkata dia mempercayai segala apa yang dikatakan Rasulullah. Sebagai bukti atas kebenaran yang disampaikan Rasulullah, Abu Bakar meminta Rasulullah menceritakan bagaimana keadaan Baitulmaqdis, sedangkan semua orang Quraisy tahu Rasulullah tidak pernah ke Baitulmaqdis sebelum ini dan ada antara penduduk Mekah yang pernah ke sana. Rasulullah pun menceritakan keadaan di Baitulmaqdis. Ada antara Quraisy yang mula bertanya pertanyaan secara terperinci, berapa jumlah tiangnya, berapa jumlah pintunya, berapa jumlah tingkapnya. Begitu pula usaha Quraisy bagi membuktikan baginda tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka baginda menceritakan Masjid al-Aqsa tepat dengan yang sebenarnya. Rasulullah jawab semua pertanyaan yang Quraisy tanyakan. Tidak ada yang baginda tidak tahu dan tidak dapat dijawab. Quraisy pelik, tetapi hati mereka belum terbuka untuk beriman, mereka tetap tidak percaya. Selain menceritakan keadaan Baitulmaqdis, Rasulullah juga menyatakan bahawa terdapat rombongan yang dipintas Rasulullah ketika pulang dari Baitulmaqdis. Rasulullah menceritakan ciri-ciri rombongan tersebut dan juga berkaitan kehilangan unta rombongan tersebut dimana baginda menunjukkan kepada rombongan tersebut tempat unta mereka bersembunyi. Rasulullah menyatakan bahawa rombongan tersebut akan sampai dalam masa 3 hari. Pada 3 hari kemudian, memang benar satu rombongan telah sampai ke Mekah yang menepati ciri-ciri yang disampaikan oleh Rasulullah. Quraisy bertanya kepada rombongan tersebut mengenai kehilangan unta mereka. Mereka berasa kehairanan, bagaimana Quraisy dapat mengetahui kisah tersebut sedangkan kisah tersebut masih belum tersebar. Mereka berkata bahawa mereka kehilangan seekor unta dan mendengar satu suara dari langit yang memberitahu mereka tempat unta mereka berada. Walaupun apa yang disampaikan Rasulullah itu benar, Quraisy tetap tidak mahu beriman. ✅ Pengajaran 1. Berhati-hatilah dgn musuh Islam, mereka akan cuba segala-galanya untuk menghancurkan Islam. Lihatlah Abu Jahal yg cuba untuk memberi keraguan terhadap peristiwa Israk & Mikraj. 2. Berimanlah dgn sepenuh hati tanpa ada sedetik pun keraguan terhadap peristiwa Israk & Mikraj sebagaimana Saidina Abu Bakar membenarkan peristiwa tersebut sehingga digelar As-Siddiq oleh Rasulullah. 3. Hidayah milik Allah. Manusia kufur tidak akan beriman walaupun bukti-bukti telah berada dihadapan mata mereka. Hati, mata & segala pancaindera mereka sudah tertutup untuk menerima kebenaran. 4. Baitulmaqdis merupakan kiblat pertama kita & merupakan antara tempat suci di dalam Islam & merakamkan peristiwa menakjubkan yg berlaku kepada Rasulullah. Sentiasalah berdoa kemenangan Palestin
Mostrar todo...
30👍 13🤩 1