cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Komuniti IsteriSihat

Kami Bawakan Nasihat-Nasihat Kesihatan Wanita, Terus Daripada Pakar. Jom jadi #IsteriSihat Nak improve overall Kesihatan Wanita? Layari: https://isterisihat.com.my/

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
2 212
Suscriptores
+124 horas
+27 días
+3730 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Hijrah seorang isteri Aku usahakan menukilkan kisah ini semudah dan seringkasnya Andai ia berbekas di hati dan fikiran kalian Aku mohon kalian yang membaca agar berkongsi kepada isteri isteri yang sedang berusaha ke arah kebaikan hidup sebagai isteri Mana tahu asbab perkongsian ini pencarian mereka akan berakhir dengan lebih cepat dan tidaklah menunggu masa terlalu lama untuk menikmati hidup di sisi suami Cukuplah derita selama ini tamat segera Ok Aku mulakan Sejujurnya aku tak tahu mana nak mula Yalah, hal bertahun tahun aku jalani Aku nak padatkan di dalam nota sekeping ini Jadi tak tahu mana nak mulakan...... Jap.. Jap.. Aku tengah fikir ni........ Aku mulakan kisah ni dengan perihal taubat Aku ni dari keluarga biasa2, keluarga sekolah kebangsaan aku labelkan 😆 Bukan dari keluarga sekolah agama apatah berasrama penuh integrasi sebagainya yang pandai pandai tu ☺️ Aku ni orang orang kebanyakkan yang kalau ke sekolah pun tiap tiap hari pengawas catat nama sebab selalu lewat sesekali saja awal sampai sekolah 😂 Tapi aku ada mama dan abah yang luar biasa pemikiran ( pada hemat aku) Sebabnya aku labelkan macam tu... Sebab Mama abah aku ni orang yang menjaga lisan, menjaga kata kata, dan menjaga hati dari buruk sangka terhadap sekeliling Tak da sesekali aku ingat aku membesar dengan tohmahan kata kata pada orang orang anak beranak atau sesiapa Tak da! Bukan pattern arwah mama dan abah aku sejenis kaki bawang rangers sibuk hal orang sana sini bercerita mengulas dan memberi komentar pasal orang No way Mama abah aku jenis sibuk hal sendiri saja Mama aku orang bisnes, suka berhias,suka masak,suka belajar ilmu baru, rajin tambah duit poket,suka berjalan,suka membaca, suka bercakap kebaikan dan banyak hal hal baik lain yang di layan sendiri diri dia Abah aku orang kerajaan, berkawan ramai, selalu senyum, suka layan kawan kawan dalam kesusahan, ringan tulang membantu keluarga, suka ilmu majlis majlis amal wirid dan sebagainya termasuk suka layan hal sendiri juga yang disukai Hiduplah kami Cuma, dalam rumahtangga ada pemberontakkan Iaitu tentang mama dan abah sesama mereka Mama mengamuk dengan abah Abah bertingkah cakap mama Jadi itu saja Tak sempat mama dan abah nak sibuk gaduh pasal orang Tapi mama abah sibuk gaduh pasal mereka saja😜 Jadi aku? Aku diam saja memerhati sesekali menangis sendiri, dan akhirnya mereka bercerai pada umur aku 13tahun Mulalah fasa hidup mama kahwin baru Abah pun kahwin baru Ok Titik Itu sedikit perkenalan tentang minda aku terdidik dengan buat hal sendiri yang disukai dan membahagiakan hati sendiri serta hal hal fokus kebaikan tapi tentang amalan solat, masih agak jauh dan solat berjemaah sesama keluarga pun tak pernah sepanjang zaman mama dan abah bersama aku dan adik lelaki Abah biasa solat sorang Mama biasa aku tengok jarang solat sangat ( tak taulah kalau mama solat sembunyi2) 😜 Ok titik mukadimah cara aku dibesarkan setakat tu 👆 Zaman kahwin pulak Aku dihadirkan satu watak baru seorang manusia Iaitu suami aku 100peratus berbeza dari mama abah aku Laki aku ni Aku cop je terus #lakikugangster 😡😏 Puas hati aku Mana tak nya Mulut dah lah jahat Kasar pulak Kalau mengata orang dia saja betul Kalau bab orang kampung a sampai z di tahu sensorang punya kes Kalau bab majlis saudara jauh panggang dari api tak mahu nya dia hadir Dengan maknya abahnya langsung tak peduli Perghhhhh!!! Mental weyyhhh!!! Manusia ka jembalang nieh? Serius aku tak tahu apa sedang aku jalani Aku hidup dengan sebaik baik manusia mama dan abah aku Tapi aku terpisah dengan sebaik baik manusia aku terpaksa hidup dengan sejahat jahat manusia si #lakikugangster 2010 permulaannya 2011 anak pertama hadir 2012 anak kedua hadir 2014 anak ketiga hadir 2015 anak keempat hadir 2021 anak kelima hadir 2022 anak keenam hadir Apa aku buat? Aku pun tak tahu apakah aku sengaja atau automasi berlaku Aku pun dah jadi #binikugangster Tapi sebelum aku dapat kekuatan menjadi #binikugangster
Mostrar todo...
🥰 2
Aku tersakiti yang paling dahsyat gara gara mulut lidah suami menyebabkan aku mulakan bertaubat Aku mula insafi diri apakah aku selama hidup dalam kebahagiaan mama dan abah aku langsung tak syukuri Solat tipu tipu Bahagia sekadar bahagia dengan hidup bersama mama dan abah dan kehidupan dunia Aku langsung tak fikir aku ada Tuhan tempat mengadu Yalah Aku xada masalah apa apa pun saat mendampingi mama dan abah Hati sedih tapi tak pernah terluka apa apa Tapi apabila bersuami Aku terluka banyak kali Sehingga luka luka ini membuka pintau taubat dan membuka rasa ingin bersimpuh solat Dan mulalah Aku hidup berTuhan Aku tidak lagi hidup "bersuami" Kebergantungan aku total pada Tuhan Sedih ingat Tuhan Marah ingat Tuhan Geram ingat Tuhan dan semuanya berubah seolah sekelip mata Harini 2024 Aku bahagia hidup berTuhan Suami idaman aku dapatkan Keluarga juga semakin melangkah menikmati kebahagiaan Dan aku terus gigih memujuk suami ke jalan Tuhan Suami yang kalau dulu dirinya sendiri lah dia suka seolah anggap dia Tuhan Sekarang Sudah ada bibit merendah diri di hadapan Tuhan Rezeki dimudahkan Sakit dihilangkan Anak anak diberi kebaikan Keadaan hanya fokus menginginkan ketenangan Segala ribut rumahtanggs segera hilang Taufan datang kembali tenang Aku sudah mulai faham Rupanya semata mata kerja Tuhan Jangan lagi lupa dan abaikan hati Tuhan Maha Memberikan Dulu di beri keindahan tak pernah aku sembah sujud Tuhan Padan muka dihantarkan suami sok "setan" Aku mula bertaubat dan membahagiakan Tuhan Suami sok setan pula kini menjadi pujaan 🙈🥶✅ Inilah pada aku keajaiban Tidak aku mereka cerita pada kalian Renunglah kembali segala anugerah Tuhan Mungkin ada yang kita sepelekan Sehingga terpakss Tuhan memberikan kits pelajaran yang sungguh sungguh kita tak mampu menanggung keperitan itu sehingga mengheret kita kepada jalan taubatan Alhamdulillah Aku akan ingatkan diri betapa seksanya hidup lupa daratan Doakan aku agar aku kekal mengingat ingat Tuhan agar tidak lagi aku teruji dengan kesakitan yang panjang #inspirasiisteri #inspirasiseksual #xgeneroyale #xprimalmen #insafidiri #kisahbenaristeri
Mostrar todo...
7🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
Anda isteri yang bercita cita ingin mengubah cara hidup kepada lebih best dan lebih awesome? Apa langkah awal? Awali langkah anda dengan mengubah cara fikir anda Bukan mengubah tindakan anda Sebagai contoh Kalau biasanya anda selalu beranggapan hidup ini penat Cuba alihkan anggap hidup ini penuh cabaran perlu ditempuh Berawal dari step tersebut Anda akan menarik lebih banyak pencarian tentang apa yang perlu dibuat Berbeza dengan pernyataan awal tadi Sekadar meng"iya"kan kepenatan sahaja Maka Tersangkutlah di mentaliti itu Bila ubah sangkaan bahawa hidup ini cabaran Maka yang akan disedari oleh akal bagaimana untuk berdepan cabaran yang dirasai itu Disitulah baru datang kesedaran apa perlu diutamakan di antara yang utama dalam hidup Ubah cara fikir Maka berubahlah cara hidup #inspirasiisteri #inspirasiseksual
Mostrar todo...
👍 3🥰 2
Mengenal tingkah suami melalui cara apa? Hasil amatan penulis Tingkah laku suami sudah kita boleh jangka sejak pertama kali bermalam bersama, bersambung mengenali saat makan semeja, bersambung kenal lagi sewaktu sesama mencari rezeki di alam raya Semakin hari kita akan faham "style" dan tingkah laku pasangan kita Salah satu contoh saat tidur bersama, Apa yang dimulakan oleh suami? Apakah menerkam terus? Atau sembang ramah? Atau diam tanpa patah kata? Atau langsung tidak sentuh dan membiarkan saja malam pertama tiada apa apa ? Semua itu sudah mampu memberi petanda awal bagaimana kita akan terus hidup dengannya Ada satu kisah tragis di malam pertama yang di adukan pada penulis Apabila si suami suka suka menghebahkan acara malam pertama kepada rakan rakan Diketahuilah oleh si isteri setelah itu Dan hasilnya perkahwinan itu tidak bertahan lama Kerana apa? Kerana dari awal sudah ada peel tidak kena Maka membawa kepada peel peel lain yang juga "tak syok" lagi untuk dipertahankan perkahwinan itu Mungkin sudah setakat itu jodohnya berasbab saja kepada peel suami yang tidak kena itu Untuk yang masih panjang jodoh.... Cuba kita selidiki Bagaimana panjang jodoh kita ini ingin kita habiskan dengan lebih bahagia Tiada lain satu cara sahaja adalah dengan menerima peel suami kita itu Kalau di awal malam pertama sembangnya sudah ramah, itu petanda dia rajin melayani kita Kalau di awal malam pertama sudah menerkam, itu petanda kita perlu sentiasa melayani kehendaknya Kalau di awal malam pertama sudah diam seribu bahasa bersedialah kita untuk menjadi driver rumahtangga Kalau di awal malam pertama tidak sentuh nampak gaya kitalah kena pandai pandai mula dan kelola Semua itu "peel" Suatu yang bukan boleh diubah Cuma hanya boleh kita terima sahaja tanpa niat mengubah Belajarlah menjadi isteri yang harapannya semata kepada doa dan munajat kepada Maha Esa Jangan menaruh harapan besar ke atas suami untuk berubah No Way Mannnn! Kata orang putih👆 Inilah kesilapan besar seorang isteri apabila berharap perubahan suami Sedangkan sikap sikap suami itu adalah ujian semata Sengaja diberikan Tuhan untuk kita jalani dengan kebergantungan kepada Tuhan Bukan bergantung ada suami Inilah rahsia besar kebahagiaan seorang diri di sisi suami Kerana kebergantungan kepada Maha Kuasa Di situlah titik titik indah bersuami akan diperlihatkan Jika tidak Pasti banyak kecewa dan merana dek peel suami yang adakala sukar diterima Namun setelah dijalani Barulah dapat difahami hikmahnya Jangan mengalah! Teruskanlah langkah.... Mulakan berserah dan lihatlah anugerah #inspirasiseksual #inspirasiisteri #xprimalmen #xgeneroyale
Mostrar todo...
👍 7
Photo unavailableShow in Telegram
Apa cara membuktikan cinta suami pada kalian isteri isteri? Cuba kongsikan satu, mana tahu ada cara lain yang suami suami luar sana buktikan cinta pada isterinya...?
Mostrar todo...
👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
5👍 1🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 4
Repost from Komuniti SuamiSihat
00:52
Video unavailableShow in Telegram
Selamat Datang, Dr. Rakesh! Kami dengan sukacitanya nak perkenalkan keluarga baru dalam pasukan kami iaitu Dr. Rakesh! Selain pandai cakap Melayu, doc juga ada pengalaman luas dalam kesihatan lelaki Dr. Rakesh. Sudah pasti doc akan sentiasa komited untuk membantu anda mencapai tahap kesihatan terbaik. Dr. Rakesh bukan saja pakar dalam bidangnya, tetapi juga seorang yang penuh dedikasi dan prihatin. Insya allah, beliau akan sentiasa sedia mendengar, memahami, dan memberikan solusi terbaik untuk keperluan anda Temui Dr. Rakesh di Klinik SuamiSihat sekarang 🔥 Oh ya, sempena Bulan Kesedaran lelaki, Dr Rakesh akan buat satu perkongsian menarik di sesi webinar dalam Komuniti kita ni. Bila tu? Stay Tuned!
Mostrar todo...
9.43 MB
👍 7
Photo unavailableShow in Telegram
Apa ketakutan yang biasanya membelenggu diri kita para isteri 1. Ketakutan pada sikap sikap buruk suami yang entah bila nak berubah? 2. Ketakutan pada tindak tanduk anak anak yang sukar dikawal ? 3. Ketakutan pada sanak saudara yang melihat menilai dan memberi kata kata buruk tentang rumahtangga kita? 1001 ketakutan yang mungkin sedang bersarang Lawan ketakutan di fikiran itu dengan hati yang penuh impian dan keinginan yang baik baik Usahakan! Hidup kita pilihan kita untuk mengawalnya SHARE|COMMENT|LIKE
Mostrar todo...
👍 5 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ukuran sihat bukan semata BMI yang cantik Itu hal biasa 👆 Ayuh sama sama mendalami sihat yang sebenar dambaan setiap isteri Apa ciri khas isteri yang sihat sebenarnya? Cuba semak apakah anda memiliki ciri isteri sihat yang sebenar 1. Bijak kawal emosi 2. Melenting hal yang wajib sahaja, hal yang remeh tidak dibesarkan 3. Sentiasa merasa kehidupan sebuah anugerah untuk disyukuri 4. Melihat musibah atau ujian sekadar latihan peningkatan diri dan pasangan 5. Meyakini masa hadapan berpasangan yang indah dan diimpikan adalah tujuan bukannya tenggelam dalam kekusutan fikiran tanpa wawasan Tahniah buat semua isteri isteri sihat Hargailah diri dan pasangan SHARE | COMMENT | LIKE #inspirasiisteri #inspirasiseksual
Mostrar todo...
5👍 3
Elige un Plan Diferente

Tu plan actual sólo permite el análisis de 5 canales. Para obtener más, elige otro plan.