cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

PERKONGSIAN TAZKIRAH

Publicaciones publicitarias
1 880
Suscriptores
+424 horas
+57 días
+130 días
Archivo de publicaciones
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Mostrar todo...
apa sahaja nikmat yang kita perolehi sama ada yang kecil mahupun yang besar, wajib kita syukuri. termasuklah nikmat masa, ilmu, kesihatan, dan sebagainya. jadilah kita orang yang sentiasa bersyukur walau sekecil mana nikmat yang kita miliki.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
00:55
Video unavailableShow in Telegram
5.95 MB
Photo unavailableShow in Telegram
Teruskan sharing peluang.. Teruskan buat kebaikan.. In shaa Allah akan Ada sinar buat Kita kelak. Assalamualaikum sahabat tokey semua 🌹
Mostrar todo...
Allah SWT memberikan rahmat-Nya kepada mereka yang beriman, bertakwa, dan berusaha untuk memperbaiki diri. Mereka yang taat kepada perintah-Nya dan menjauhi dosa akan merasai rahmat-Nya dalam kehidupan mereka. - Abdul Rahman bin Auf -
Mostrar todo...
Allah SWT memberikan rahmat-Nya kepada mereka yang beriman, bertakwa, dan berusaha untuk memperbaiki diri. Mereka yang taat kepada perintah-Nya dan menjauhi dosa akan merasai rahmat-Nya dalam kehidupan mereka. - Abdul Rahman bin Auf -
Mostrar todo...
Guru Mulia Habib Umar bin Hafidz Sesungguhnya kebaikan dunia dan akhirat berada dalam taqwa dan taat pada Allah Swt. Sebaliknya, keburukan dunia dan akhirat berada dalam maksiat dan melanggar perintah-Nya
Mostrar todo...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Ganjaran Menunjukkan Kebaikan* عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ. _*Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."*_ (HR Muslim, No: 1893) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:*    1.  Amal kebaikan yang dilakukan serta diusahakan oleh seseorang Muslim akan menjadi bekalan pahala di sisi Allah. 2.  Antara amal kebaikan seseorang ialah menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain sama ada untuk kebaikan di dunia atau di akhirat. Kemudian amal kebaikan itu diikuti dan dilakukan oleh orang lain dan pelakunya akan mendapat ganjaran pahala. 3.  Amalan menunjukkan kepada kebaikan merupakan amalan yang boleh dicontohi oleh orang lain  dan lebih besar manfaatnya berbanding amalan yang manfaatnya  hanya terbatas untuk diri sendiri. 4.  Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan.  Contohnya menghasilkan poster, menulis tazkirah dan berkongsi di media sosial serta diamalkan oleh orang lain seperti tazkirah menghadapi ibadah Ramadan. 09hb Mac 2024 28hb Syaaban 1445H
Mostrar todo...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Amal Masuk Syurga* عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما  أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صل الله عليه و سلم فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَاتَ وَصُمْتُ رَمَضَانَ وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَالَ: نَعَمْ _*Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!.*_  (HR Muslim, no. 15) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.  Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada orang yang arif tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya. 2.  Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah SWT. 3.  Keinginan dan perhatian yang besar dari para sahabat terhadap syurga diperlihatkan pada kesungguhan mereka dalam mencari jalan untuk sampai ke sana dengan bertanya kepada Rasulullah SAW melalui amal soleh yang boleh dilakukan. 4.  Apabila seorang mukmin menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna (tanpa cacat) seperti solat fardhu dan puasa di bulan Ramadan, menghalalkan perkara yang halal (mengambilnya) dan mengharamkan perkara yang haram (meninggalkan), dia akan masuk syurga dengan kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya, walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. Ayuh kita mempersiapkan diri menemui Ramadan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin di samping ibadat-ibadat lain seperti solat sunat terawikh, tilawah al-Quran, bersedekah dan sebagainya. 08hb Mac 2024 27hb Syaaban 1445H
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
00:19
Video unavailableShow in Telegram
3.98 MB
Carilah pahala dalam setiap perilakumu ucapanmu, pendengaranmu, langkahmu, tulisanmu
Mostrar todo...
01:04
Video unavailableShow in Telegram
Ustaz Buya Ar-Razi Hashim "apa itu khusyuk"
Mostrar todo...
4.00 MB
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA Di saat kita sendirian melihat kebesaran ALLAH S.W.T.... Di saat di dalam tahajjud... Di saat di dalam pencarian diri... Di saat ditimpa ujian atau apa pun yang hadir dalam hidup kita, sentiasa tanyakan soalan - soalan ini : a.apa yang aku cari di dalam hidup ini? b.apa yang aku nak? c.sebenarnya aku melangkah ke mana? d.siapa aku pada pandangan ALLAH S.W.T.? Berilah jawapan yang jujur pada diri. Mohonlah kekuatan dari ALLAH S.W.T. Moga ALLAH S.W.T sentiasa teguhkan iman kita. Sungguh kita sentiasa dilalaikan oleh dunia yang menipu daya. Upgradelah diri kita dengan ilmu. Moga makin kita belajar, makin kuat kecintaan kita pada ALLAH S.W.T. Moga bicara iman di dalam hati sentiasa membawa kita kepada Pencipta. Mohon Allah Al Hafiz, Allah Al Hadi sentiasa memimpin hidup kita kepada cahaya keimanan. Renung - renungkan. Ingatan buat diri sendiri. Semuga bermanfaat. Bi Iznillah.Fi Amanillah. Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin. 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Mostrar todo...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Orang Kaya Yang Miskin Di Akhirat* عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَرَجْتُ لَيْلَةً مِنْ اللَّيَالِي فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْشِي وَحْدَهُ وَلَيْسَ مَعَهُ إِنْسَانٌ قَالَ فَظَنَنْتُ أَنَّهُ يَكْرَهُ أَنْ يَمْشِيَ مَعَهُ أَحَدٌ قَالَ فَجَعَلْتُ أَمْشِي فِي ظِلِّ الْقَمَرِ فَالْتَفَتَ فَرَآنِي فَقَالَ مَنْ هَذَا قُلْتُ أَبُو ذَرٍّ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ تَعَالَهْ قَالَ فَمَشَيْتُ مَعَهُ سَاعَةً فَقَالَ إِنَّ الْمُكْثِرِينَ هُمْ الْمُقِلُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا مَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ خَيْرًا فَنَفَحَ فِيهِ يَمِينَهُ وَشِمَالَهُ وَبَيْنَ يَدَيْهِ وَوَرَاءَهُ وَعَمِلَ فِيهِ خَيْرًا _*Daripada Abu Dzar RA dia berkata; "Pada suatu malam, aku pernah keluar rumah, tiba-tiba aku melihat Rasulullah SAW berjalan sendirian tanpa ditemani oleh seorang pun, aku menyangka mungkin baginda ingin berjalan tanpa ditemani oleh orang lain, maka aku pun berjalan di bawah bayangan rembulan, ternyata baginda menoleh dan melihatku, baginda bersabda: 'Siapakah itu? ' Aku menjawab; 'Saya... Abu Dzar. Demi Allah yang menjadikanku sebagai tebusanmu.' Baginda bersabda: 'Wahai Abu Dzar, kemarilah.' Abu Dzar melanjutkan; 'Lalu aku berjalan bersama baginda beberapa ketika, lantas baginda bersabda: 'Sungguh orang-orang yang banyak harta (mengumpulkan harta) akan menjadi sedikit (melarat) pada hari kiamat, kecuali yang diberikan kebaikan oleh Allah padanya dengan harta tersebut lalu ia memberikannya serta membuat kebajikan dengan harta tersebut ke kirinya, kanannya, hadapannya serta belakangnya (dia menggunakan harta tersebut) dengan baik.'*_ (HR Bukhari No: 5962) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.  Orang yang banyak harta di dunia tidak semestinya akan berterusan kaya di akhirat. Orang yang miskin di dunia tidak semestinya akan juga miskin di akhirat. 2.  Orang yang kaya di dunia, di akhirat akan jadi miskin dan melarat apabila harta yang dihimpun bukan dari jalan yang halal dan harta itu tidak digunakan untuk menambah pahala kebaikan. Firman Allah: وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٖ ٣٤ يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ *Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (34). (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.* (At-Taubah: 34-35) 3.  Orang yang kaya di dunia akan juga kaya di akhirat apabila ia menggunakan harta tersebut untuk kebajikan dan kebaikan sepanjang masa pada keluarga, masyarakat dan Negara melalui zakat, wakaf, sedekah, derma, infak kebajikan dan amalan kebaikan yang lain. 4.  Kita dilarang mengumpulkan harta di dunia tanpa dibelanjakan pada jalan Allah yang mendatangkan ganjaran pahala yang berterusan buat kita. Jangan sekali-kali kita menjadi kaya di dunia namun miskin di akhirat kerana tamak, bakhil, bermegah dan takabur dengan harta kekayaan semasa di dunia. Jom infak sebahagian dari harta yang ada pada kita, antaranya kepada umat Islam di palestin, infak Ramadan dan lain-lain. Moga ia menjadi simpanan tetap buat kita diakhirat nanti. 07hb Mac 2024 26hb Syaaban 1445H
Mostrar todo...
00:56
Video unavailableShow in Telegram
Video daripada Cahaya Qalbu
Mostrar todo...
8.12 MB
00:54
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Naim : awak tengah bersedih?*
Mostrar todo...
6.81 MB
01:03
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Ahmad Rizam : nak masuk syurga*
Mostrar todo...
4.98 MB
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Penuhi Hak Orang Lain* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ _*Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW: "Semua hak itu pasti akan dipenuhi (dibalas) pada hari kiamat kelak, hingga kambing bertanduk pun akan dituntut untuk dibalas oleh kambing yang tidak bertanduk (kerana patah)."*_ (HR Muslim No: 4679) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.  Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan ‘pernah’ luput dari pengawasan Allah SWT. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dariNya dan setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, Allah tidak akan membiarkannya begitu saja, semuanya perlu ‘ditebus’ di akhirat nanti. 2.  Kezaliman yang tidak selesai semasa didunia (tidak mendapat kemaafan atau balasan yang sepatutnya) akan terus berlanjutan dan akan diputuskan nanti di hari kiamat di hadapan Allah. Sekecil manapun kezaliman itu. Bahkan kezaliman seekor kambing yang menanduk kambing yang lainnya akan diadili oleh Allah. 3.  Jika kezaliman yang dilakukan pada haiwan akan diadili oleh Allah di hari kiamat, maka apatah lagi kezaliman yang terjadi di antara manusia sudah pasti lebih layak untuk diadili dan diberi balasan sewajarnya. 4.  Berusahalah menjaga hak orang lain yang menjadi tanggungjawab kita. 5.  Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab yang diberi kepada kita yang merupakan hak orang lain terutama kepada orang yang menuntutnya. Jangan sekali-kali berlaku zalim dengan menafikan hak mereka atau menganiaya mereka. 06hb Mac 2024 25hb Syaaban 1445H
Mostrar todo...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Takutlah Kepada Azab* عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ _*Daripada Hudzaifah bin Al Yaman dari Nabi SAW baginda bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, hendaknya kalian melakukan amar makruf dan nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran)  atau jika tidak nescaya Allah akan mengirimkan siksaan dari sisi-Nya kepada kalian, kemudian kalian memohon kepada-Nya namun doa kalian tidak lagi dikabulkan."*_ (Sunan Tirmidzi No: 2095) Status: Hadis  Sahih *Pengajaran:* 1.  Setiap Muslim diperintahkan untuk menyampaikan dakwah, mengajak orang lain melakukan kebaikan dan dalam masa yang sama mencegah sebarang bentuk kemungkaran. 2.  Jika kemungkaran yang berlaku dibiarkan tanpa sebarang usaha mencegah, dibimbangi akan diturunkan azab ke atas mereka. Firman Allah: وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢٥ *“Dan peliharalah diri kalian dari fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kalian, dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.”* (Al-Anfaal: 25) 3.  At-Thabari menyampaikan sebuah riwayat dari Ibn ‘Abbas tentang ayat ini, Ibn ‘Abbas berkata: “Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk tidak mendiamkan kemungkaran yang nampak di hadapan mereka, jika demikian (tetap mendiamkan) maka Allah akan menimpakan azab yang berlaku kepada umum. 4.  Allah juga tidak akan mengabulkan doa mereka. 05hb Mac 2024 24hb Syaaban 1445H
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم. اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Yaa Allah, Segala puji bagi Mu, pujian hak Mu, milik Mu, pujian yang banyak. Yaa Allah, kami berlindung kepada Mu dari kejahatan dirikami, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang Engkau sayangi. Yaa Allah, kami berlindung kepada Mu dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosa kami. Yaa Allah, kami berlindung pada Mu dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam. Yaa Allah, Jadikan kami diantara pasukan Mu, karena pasukan Mu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami diantara kekasih-kekasih Mu, karena kekasih Mu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan. Yaa Allah, Baikkan agama lami, karena itulah sandaran urusan kami. Baikkan akhirat kami, karena itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami. Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan. Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan. Yaa Allah, Sampaikan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kepada keluarganya dan kepada para sahabat nya. Yaa Allah, berilah kami pada hari ini, tiga hal: Jangan biarkan pada diri kami dosa, kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diri kami kesusahan, kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diri kami musuh, kecuali Engkau tolakkan. Yaa Allah, jauhi kami dan keluarga kami serta negara kami dari serangan covid 19 dan sebarang musibah lain. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murka Mu. Kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya redho Mu. Akhirilah hidup kami dengan keampunan... رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Mostrar todo...
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA YA ALLAH... YA TUHAN KAMI... Berikanlah kami rasa puas dengan rezeki YANG ENGKAU berikan kepada kami dan berkatilah kami dengan kurniaanMU itu dan berikanlah kebaikan sebagai ganti ke atas setiap yang hilang. *ULASAN USTAZAH* Kita mohon diberikan hati yang rasa puas dengan kurniaan ALLAH S.W.T. Dengan pemberiaanNYA,jadikan ia jalan keberkahan yang subur dan gantikan segala kebaikan atas setiap perkara yang kita hilang,ALLAH S.W.T. gantikan dengan nikmat kebaikan yang lain. Renung - renungkan. Ingatan buat diri sendiri. Semuga bermanfaat. Bi Iznillah.Fi Amanillah. Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin. 🫐🫐🫐🫐🫐🫐🫐🫐
Mostrar todo...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Bahaya Memuji Orang Berlebihan* عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا ذُكِرَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَثْنَى عَلَيْهِ رَجُلٌ خَيْرًا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيْحَكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ يَقُولُهُ مِرَارًا إِنْ كَانَ أَحَدُكُمْ مَادِحًا لَا مَحَالَةَ فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ كَذَا وَكَذَا إِنْ كَانَ يُرَى أَنَّهُ كَذَلِكَ وَحَسِيبُهُ اللَّهُ وَلَا يُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا _*Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya bahwa seorang laki-laki disebut-sebut disamping Nabi SAW, lalu laki-laki lain memuji kebaikan laki-laki tersebut, lalu Nabi SAW bersabda: "Celaka kamu, kamu telah memenggal leher saudaramu." Baginda mengatakannya berulang-ulang. Baginda berkata, Jika salah seorang dari kalian ingin memuji temannya, hendaklah ia mengucapkan: 'Aku kira fulan seperti ini dan itu, walaupun jika diperhatikan ia memang seperti itu. Cukuplah Allah yang menentukan kebaikannya dan janganlah mendahului Allah dalam memuji orang."*_ (HR Bukhari No: 5601) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.  Memuji kebaikan yang ada pada seseorang tidaklah dilarang secara mutlak. Namun Rasulullah menegur dengan keras orang yang memuji orang lain dengan: a.  Pujian yang berlebihan b.  Pujian yang mengandung sifat yang tidak ada pada diri orang yang dipuji. c.  Pujian yang menimbulkan fitnah (timbul ujub, menyombongkan diri) pada orang yang dipuji terutama apabila dipuji dihadapannya. 2.  Rasulullah memberi teguran keras kepada orang yang memuji orang lain yang disetarakan dengan memenggal leher kawan tersebut kerana bimbang terjerumus seperti ummat terdahulu, khususnya kaum Yahudi dan Nasrani yang memuji sehingga menyamakan dengan sifat Allah (syirik yang merupakan dosa besar). 3.  Amal yang kita lakukan adalah ikhlas untuk mencari redha Allah bukan pujian manusia. Dzun Nuun menyebutkan tiga tanda ikhlas: *a.  Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.* *b.  Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.* *c.  Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).* (Lihat At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi, hal. 50-51, Maktabah Ibnu ‘Abbas, cetakan pertama, tahun 1426 H) 4.  Jika kita dipuji orang, berdoalah seperti doa Abu Bakar RA apabila menerima pujian: اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ *Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka.* ( Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876. Lihat Jaami’ul Ahadits, Jalaluddin As Suyuthi, 25/145, Asy Syamilah) 04hb Mac 2024 23hb Syaaban 1445H
Mostrar todo...
00:58
Video unavailableShow in Telegram
Video daripada Cahaya Qalbu
Mostrar todo...
5.53 MB
02:13
Video unavailableShow in Telegram
Video daripada Cahaya Qalbu
Mostrar todo...
14.88 MB
00:29
Video unavailableShow in Telegram
Dapat kawan yang sentiasa ingatkan kita tentang akhirat itu adalah rezeki✨ Ustaz Abdul Somad
Mostrar todo...
1.46 MB
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ . اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن Ya Allah jadikanlah kami orang yang baik, setia, kuat dan sabar. Ya Allah sayangilah serta kasihilah kami. Ya Allah tingkatkan kehidupan dan selesaikan masaalah kami. Ya Allah makbulkanlah doa kami, murahkan rezeki kami, sihatkan akal fikiran kami dan tubuh kami. Ya Allah jika kami melangkah, selamatkanlah kami dan mudahkanlah urusan kami. Ya Allah, ajarlah hati kami untuk kuat apabila diuji. Ya Allah ajarlah hati kami untuk rendah diri apabila dipuji. Ya Allah ajarlah hati kami untuk istighfar selalu padaMu Ya Allah. Ya Allah terima kasih Ya Allah kerana kasih sayangMu dalam setiap ujianMu. Ya Allah terima kasih diatas segala penyelesaian disebalik setiap permasalahan yang kami hadapi. Ya Allah terima kasih kerana mengingatkan diri kami bila kami lalai dari tujuan. Ya Allah terima kasih Ya Allah kerana banyak mengajar diri kami erti bersabar di dalam diam. Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan hidup kami,dosa anak2 kami,dosa kaum keluarga kami,dosa guru-guru kami,dosa sahabat-sahabat kami serta dosa sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله . رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.
Mostrar todo...
00:50
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Mokhtar : tanda beriman kepada Allah*
Mostrar todo...
4.01 MB
03:18
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Moqti : 4 golongan sambut Ramadan*
Mostrar todo...
6.89 MB
01:20
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Ahmad Rizam : anak doakan kita?*
Mostrar todo...
6.93 MB
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA Tak terasa kita telah berada di bulan Sya’ban. Tak lama lagi kita akan didatangi bulan suci Ramadhan. Maka sudah sepatutnya kita melakukan berbagai persiapan dalam rangka tarhib (menyambut) Ramadhan. Ibarat tamu yang agung, kedatangan bulan Ramadhan mesti disambut dengan perasaan gembira dan sukacita oleh umat Islam.  Setelah sekian lama berpisah,maka tetamu yang agung ini kembali ditunggu-tunggu dan dialu-alukan kehadirannya. Perkara ini sangat penting,mengingat bulan yang agung datang dengan membawa berbagai keutamaan,baik di dunia mahupun di akhirat. Ramadhan merupakan bulan rahmat, maghfirah, dan pembebasan dari api neraka. Selain itu,Ramadhan merupakan bulan keberkahan,kerana pada bulan ini pahala suatu amal soleh dan ibadah dilipatgandakan. Demikian pula keberkatan di dunia dengan bertambahnya rezeki. Begitu agung dan mulianya bulan ini sehingga Rasul SAW menjulukinya sebagai Sayyid Asy-Syuhur (penghulu segala bulan). Marilah sama-sama kita persiapkan diri supaya Ramadhan kali ini kita berjaya untuk fokus bagi meningkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. dan semoga ianya berterusan sehingga di luar bulan Ramadhan. Renung - renungkan Ingatan buat diri sendiri. Semuga bermanfaat. Bi Iznillah.Fi Amanillah. Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin. 🪴🪴🪴🪴🪴🪴🪴🪴
Mostrar todo...
Yg wajib bagi makhluk adalah mencari yg menciptakannya. Hadis Qudsi: KecintaanKU tergantung pada kecintaannya orang-orang fakir( sentiasa berhajat kepada Allah). Nabi bersabda: Kefakiran adalah kebanggaanku, aku bangga menjadi seorang yg fakir. Yg dimaksudkan dengan fakir dalam ilmu tasauf bukan fakir harta. Fakir dalam ilmu tasauf adalah seorang manusia yg memiliki sifat selalu menggantungkan dirinya kepada Allah dan meninggalkan selain Allah dari nikmat-nikmat duniawi dan ukhrawi, maksudnya adalah fana fillah(lebur daripada Allah). Seperti ia sudah tidak lagi mengekalkan dirinya bagi dirinya dan hatinya tidak ada tempat lagi untuk selain Allah. Firman Allah dalam Hadis Qudsi: BumiKU tidak cukup untukKU. Langit tidak cukup untukKU. Yg cukup untukKU adalah hati hambaKU yg mukmin. Yg dimaksud dengan mukmin adalah manusia yg hatinya telah bersih dari sifat kemanusiaan dan bersih dari selain Allah, maka Allah akan meluaskan hatinya. Hadis Qudsi: Orang-orang ahli kebaikan(Al-Abrar) telah lama merindukan pertemuan denganKU, sedangkan AKU lebih merindukan pertemuan dengan mereka. _SIRRUL-ASRAR
Mostrar todo...
00:48
Video unavailableShow in Telegram
*Habib Ali Zaenal Abidin : manfaatkan Ramadan*
Mostrar todo...
5.55 MB
‎ ﷽ Tayang aurat, bila ramai yang view, banyaklah dosa yang kita akan tanggung . Bila post perkara yang baik ..ramai view, ramai share, banyaklah pahala yang kita dapat.. Syurga bukan percuma... Waallahuallam..
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Mostrar todo...
00:53
Video unavailableShow in Telegram
💚💚💚💚💚
Mostrar todo...
1.88 MB
Photo unavailableShow in Telegram
*” Jika Kita Menginginkan Perasaan CINTA Dalam Hidup , Bersihkan Lah Terlebih Dahulu Debu Dari Qur'an Kita.." Agar CINTA Itu Hadir Tanpa Meminta*
Mostrar todo...