cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegaciĆ³n. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

TEEN STUDY TIPSšŸ“šāœØ

KSSM STUDY TIPS&HACKSšŸ“–šŸ“š |TO ALL STUDENTS āœ… Don't forget to join our channel and share the tips with your friends, okay!!šŸ‘ŒšŸ˜ Hi! Thank you to everyone who is willing to join our channelšŸ˜ŠšŸ’ž #studyleads #teenlist #lifediary

Mostrar mƔs
El paĆ­s no estĆ” especificadoEl idioma no estĆ” especificadoLa categorĆ­a no estĆ” especificada
Publicaciones publicitarias
275
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 dĆ­as
Sin datos30 dĆ­as

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Edisi Distingtif Cakna Bahasa 50 kesalahan bahasa: 1. atas talianāŒ dalam talianāœ… 2. di dalam lingkunganāŒ dalam lingkunganāœ… 3. dipermudahkan urusanāŒ dipermudah urusanāœ… 4. pelbagai multimediaāŒ multimediaāœ… 5. semua orang muridāŒ semua muridāœ… 6. setiap orang guruāŒ setiap guruāœ… 7. beberapa langkah-langkahāŒ beberapa langkahāœ… 8. antara usaha-usahaāŒ antara usahaāœ… 9. kos perbelanjaan pembersihanāŒ kos/perbelanjaan pembersihanāœ… 10. oleh keranaāŒ oleh sebabāœ… 11. memperolehi kejayaanāŒ memperoleh kejayaanāœ… 12. memperkasa bahasa MelayuāŒ memperkasakan bahasa Melayuāœ… 13. mereka bacaāŒ dibaca oleh merekaāœ… 14. kami terpaksa laluiāŒ terpaksa kami laluiāœ… 15. disusun oleh kamiāŒ kami susunāœ… 16. selekoh merbahayaāŒ selekoh berbahayaāœ… 17. membancuhkan kopiāŒ membancuh kopiāœ… 18. menggoreng ayahāŒ menggorengkan ayahāœ… 19. membuat bisingāŒ berbuat bisingāœ… 20. ada dengan ibuāŒ ada pada ibuāœ… 21. akibat daripada amalan merokokāŒ akibat/daripada amalan merokokāœ… 22. salah satu puncaāŒ satu puncaāœ… 23. berbondong orangāŒ berbondong-bondong orangāœ… 24. lebih tinggi dari adikāŒ lebih tinggi daripada adikāœ… 25. tertinggi sekaliāŒ tertinggi/tinggi sekaliāœ… 26. paling cantik sekaliāŒ paling cantik/cantik sekaliāœ… 27. teramat segak sekaliāŒ teramat segak/segak sekaliāœ… 28. seekor labahāŒ seekor labah-labahāœ… 29. setengah penghuniāŒ sesetengah penghuniāœ… 30. tolong jangan berlariāŒ jangan berlariāœ… 31. minta jangan merokokāŒ jangan merokokāœ… 32. sila jemput ke rumah sayaāŒ sila/jemput ke rumah sayaāœ… 33. balik kampung pada hujung mingguāŒ balik ke kampung pada hujung mingguāœ… 34. menyatakan yang ibunya sakitāŒ menyatakan bahawa ibunya sakitāœ… 35. saling bahu-membahuāŒ saling membahu/bahu-membahuāœ… 36. amat terang-benderangāŒ amat terang/terang-benderangāœ… 37. amat cantik-cantik belakaāŒ amat cantik/cantik-cantik belakaāœ… 38. harap minta hantar buku ituāŒ harap/minta hantar buku ituāœ… 39. harap tolong jaga kebersihanāŒ harap/tolong jaga kebersihanāœ… 40. sila tolong senyapāŒ sila/tolong senyapāœ… 41. alat tulis-alat tulisāŒ alat-alat tulisāœ… 42. jangan memetik bungaāŒ jangan petik bungaāœ… 43. jangan lari di kawasan ituāŒ jangan berlari di kawasan ituāœ… 44. di kalangan guruāŒ dalam kalangan guruāœ… 45. dalam kalangan murid-muridāŒ dalam kalangan muridāœ… 46. hingga ke senjaāŒ hingga senjaāœ… 47. selain daripada ituāŒ selain itu/lain daripada ituāœ… 48. usah jangan bimbangāŒ usah/jangan bimbangāœ… 49. usah jangan merokokāŒ jangan merokok/dilarang merokokāœ… 50. lain-lain aspekāŒ aspek-aspek laināœ… SEMOGA BERMANFAATā¤
Mostrar todo...
šŸš€ 5 Cara untuk Menambahbaik Nilai dalam Diri Sendiri @studyroom777 šŸ„€ Selalu berjumpa dengan orang baru dan belajarlah sesuatu dengan orang tersebut . šŸ„€ Baca buku inspirasi dan motivasi yang boleh membantu menaikkan semangat dalam diri sendiri . Selain itu , ianya boleh meningkatkan nilai ilmu dalan diri kita juga . šŸ„€ Terima kelebihan dan kekurangan yang kita ada . Syukuri apa yang kita ada dan manfaatkan sebaiknya kelebihan yang kita ada . šŸ„€ Belajar dan terus belajar . Carilah guru dan mentor yang boleh menegur serta memperbaiki kesalahan yang telah kita lakukan . šŸ„€ Jaga hubungan dengan orang sekeliling . Siapa ? Ibu ayah , adik - beradik , ahli keluarga , kawan baik dan sebagainya kerana merekalah sumber kekuatan untuk kita terus melangkah ke hadapan . šŸ„€ Dapatkan rehat dan tidur cukup supaya badan kita sentiasa cergas dan bersemangat . Amalkan doa ini , " Ya Allah , berikan aku tidur yang sedikit dengan rehat yang cukup . " šŸ„€ Lakukan sekarang dan buat tindakan ! Saya boleh kongsikan lebih daripada 10 cara untuk improve diri sendiri , namun adakah kita ambil tindakan ? Fikirkan ! @studyroom777
Mostrar todo...
šŸ”„ Tip disediakan buat pelajar sebagai panduan untuk mereka membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan meraih keputusan yang cemerlang ( PART 4 )šŸ”„ @studyroom777 šŸŖ“ Merancang persiapan peperiksaan šŸ„€ Sebelum peperiksaan šŸŖ„ Khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini , kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan . šŸŖ„ Selain di sekolah dan rumah , anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada , tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini . Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari . šŸŖ„ Kesihatan diri jangan diabaikan . Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan , janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum . Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit . šŸŖ„ Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah . šŸŖ„ Lupakan dulu perkara - perkara lain yang anda minat , sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran . Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup . Jangan lepaskan peluang keemasan itu. šŸŖ„ Pengambilan makanan , seharusnya ia seimbang . Makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda . šŸŖ„ Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan , anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan , antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B , pemadam dan penajam pensel , jika tidak sediakan beberapa batang pensel . Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan . šŸŖ„ Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan kerana ia akan berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah . @studyroom777
Mostrar todo...
Mostrar todo...

Video Online Keluarga Anda

šŸ”„ Tip disediakan buat pelajar sebagai panduan untuk mereka membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan meraih keputusan yang cemerlang ( PART 5 )šŸ”„ @studyroom777 šŸŖ“ Meminta restu šŸŖ„ Mintalah restu dengan ibu bapa , guru - guru , rakan - rakan serta semua orang termasuklah semua orang . Mereka - mereka inilah yang menyumbang kepada pembelajaran dan membina kehidupan anda secara langsung ataupun tidak langsung . Dengan restu dan doa mereka Insya - Allah segala - galanya akan berjalan lancar . šŸŖ“ Berdoa dan bertawakal šŸ„€ Sering kali kita was - was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan . Dalam hal peperiksaan , anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi . Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri , malah mencapai kejayaan . Sumber : Portal Gurubesar @studyroom777
Mostrar todo...
šŸƒ Orang akan mudah terinspirasi bila ada ' proven result ' iaitu hasil keputusan , bila ditunjukkan dan diceritakan oleh mereka yang telah berjaya serta melaluinya . Kerana itu , untuk terus bermotivasi tinggi dalam akademik , para pelajar perlukan S . T . A . R . Amalkan ! šŸŖµ S - semangat ā€¢ keinginan dan kemahuan untuk berjaya . šŸŖµ T - tindakan ā€¢ setiap perkara itu perlukan tindakan , dengan tindakan kita akan dapat hasilnya . šŸŖµ A - akhlak ā€¢ iaitu sikap yang baik dan positif sama ada ketika bercakap , berfikir mahupun bertindak . šŸŖµ R - rujukan ā€¢ nak berjaya , wajib ada mentor dan guru yang betul . Merekalah yang akan guide kita kepada kejayaan . @studyroom777
Mostrar todo...
šŸƒ Setiap hari merupakan hari untuk kita menambahbaik dan memperbaiki ilmu serta diri sendiri untuk mendapat kecemerlangan di dunia dan diakhirat . Amalkan ! šŸŖµ I - istiqamah ā€¢ sentiasa istiqamah iaitu berterusan dalam membantu diri sendiri dengan menuntut ilmu . šŸŖµ L - latih ā€¢ buat latihan untuk menajamkan kefahaman dan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara tersebut . šŸŖµ M - menyampaikan ā€¢ menyampaikan dan berkongsi ilmu kepada orang lain . šŸŖµ U - ulang kaji pengetahuan ā€¢ learn , relearn dan unlearn ilmu tersebut supaya kita boleh menjadi mahir serta pakar . @studyroom777
Mostrar todo...
šŸ”„ Tip disediakan buat pelajar sebagai panduan untuk mereka membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan meraih keputusan yang cemerlang ( PART 3 )šŸ”„ @studyroom777 šŸŖ“ Banyak mengingat dan membuat kajian šŸ„€ Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan . Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat , antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran atau menggunakan akronim . Apa - apa pun cara digunakan , terpulang kepada anda , asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan . šŸŖ“ Kesan makanan ringan ke atas otak šŸ„€ Anda mungkin memerlukan kudapan ketika mengulang kaji . Harus diingat apa yang anda makan boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus anda , jadi jauhkan diri dari makanan ringan . Jaga badan dan otak anda dengan baik dengan memilih makanan berkhasiat yang dapat membantu fokus dan daya ingatan anda seperti ikan , kacang , yogurt dan blueberry . šŸŖ“ Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan šŸ„€ Menjelang peperiksaan , pelbagai dugaan mungkin dihadapi . Oleh itu , anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan . Selepas menunaikan solat lima waktu , berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan . šŸŖ“ Ambil rehat teratur dan secukupnya šŸ¦’ Sekiranya anda belajar lebih baik pada waktu pagi , mulailah lebih awal sebelum berehat pada waktu makan tengah hari . šŸ¦’ Jika anda lebih produktif pada waktu malam , ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang . šŸ„€ Walaupun anda mungkin berfikir yang terbaik untuk adalah belajar untuk seberapa banyak jam yang mungkin , ini sebenarnya boleh menjadi tidak produktif . Jika anda berlatih untuk maraton , anda tidak akan cuba untuk menjalani latihan 24 jam sehari . Begitu juga , kajian menunjukkan bahawa untuk mengekalkan pengetahuan jangka panjang , seseorang itu perlu mengambil rehat secara teratur dan ianya sangat membantu . Semua orang berbeza , jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan anda . @studyroom777
Mostrar todo...
Tips study last minute šŸ“ @studyroom777 š“ˆƒ Ö“Ö¶Öø CARI INFO YANG PENTING š“ˆƒ Ö“Ö¶Öø LIHAT BALIK NOTA š“ˆƒ Ö“Ö¶Öø BACA TOPIK YANG PENTING š“ˆƒ Ö“Ö¶Öø SEMAK ā€˜KEY POINTSā€™ š“ˆƒ Ö“Ö¶Öø ā€˜REVIEWā€™ SEPINTAS LALU š“ˆƒ Ö“Ö¶Öø TIPS BELAJAR MENGHAFAL š–„» Mnemonic device š”“ cara yang termudah untuk menghafal di mana ia mengguna kaedah singkatan huruf atau acronym seperti ROYGBIV untuk warna - warna pelangi dalam bahasa Inggeris. š–„» Pegs š”“ iaitu menukar perkataan yang perlu diingati dalam bentuk irama dan lagu. Kaedah menghafal juga mudah dengan cara ini. š–„» Chunking š”“ susun info dalam satu kategori. Misalnya dalam subjek Kewangan, ia meliputi stok, bon, fund dan sebagainya. Jadi bila berdepan dengan soalan Kewangan, anda akan ingat senarai di bawah kategori itu.
Mostrar todo...