cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Sebarkan kebaikkan

Tips menjemput rezeki

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
533
Suscriptores
Sin datos24 horas
-27 días
-430 días
Archivo de publicaciones
Photo unavailableShow in Telegram
PANAH MALAM (DUA TANGAN YANG MENADAH PADA ALLAH DI MALAM HARI ) TAK AKAN PERNAH KEMBALI DENGAN SESUATU YANG HAMPA - Imam Syafie’- Doa di kala Tahajjud adalah seperti panah panah yang tepat menuju sasaran Pada waktu ini, pintu langit akan terbuka, dan segala do’a, akan menjadi mustajab Maka dari itu, bangunlah, bertahajjudlah, dan berdoalah, Insya Allah apa jua pinta kita, akan diqabulkan oleh Allah SWT. Cuma, Lakukan ia dengan penuh istiqamah, tidak hanya unt satu malam sahaja.. Terus berusaha di samping berdoa, dan tidak mudah menyerah kalah. Terus lah bersabar, kerana belum tentu kita berdoa malam ini, esok hari sudah dimaqbulkn. InsyaAllah doa kala tahajjud, akan diperkenankan oleh Allah, pada saat dan ketika yang terbaik untuk kita memilikinya Jadi mari kita teruskn perjuangan tahajjud kita. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 17/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Renungi kisah semalam. Ambil hikmah dari segala kebaikan dan keburukan. Hari ini, kita perbaiki diri dan teruskan perjalanan untuk masa depan
Mostrar todo...
Jangan terus menyesali kesilapan lalu. Belajarlah daripadanya. Iringi kesilapan dengan kebaikan. Perbaiki diri dan teruskanlah kembara menuju Ilahi. Assalamualaikum Selamat Pagi Semua Alhamdulillah 🤲 16/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Tanda cinta Allah kepada hambaNya ialah Allah sentiasa menanti kita di setiap sepertiga malam untuk menyambut harap dan doa dengan tahajjud. Tanda cinta kita kepada Tuhan ialah kita sentiasa menanti sepertiga malam untuk sujud dan mminta, mengharapkan Allah menerima ibadah dan doa kita di lewat sujud tahajjud. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 15/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Tertanya² sebab selalu jumpa orang yang Tak baik dalam hidup Kita? "Sebenarnya apabila kita benar² baik Allah akan sentiasa jumpakan Kita dengan orang baik" "Macam Kita lah, baju bersih takkan nak campurkan dalam baju Kotor, Kita yang Kena jadi bersih dulu" Macam mana nak jadi baik? Mula² sekali baiki hubungan dengan Allah,Mohon ampun perbanyakkanlah Solat sunat Taubat, Solat tahajjud jangan tinggal. InsyaAllah Semua nya akan Jadi baik². Assalamualaikum DUNIA Selamat Berhujung Minggu Alhamdulillah 🤲 14/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Kita semua diuji sekarang. Ada yang diuji dengan isu bisnes dan kewangan.Ramai juga yang diuji dengan banjir, sakit, pasangan dan isu keluarga. Benar 2023 adalah tahun ujian. Begitu juga dengan permulaan 2024. Dan setiap kali diuji, ada mesej yang ingin disampaikan oleh Allah Selagi kita tidak faham makna yang Allah cuba sampaikan ini, selagi itulah Allah akan uji kita berkali-kali sampai kita faham. Sebab itu kita kena cepat faham bahasa Allah ini. Supaya ada jalan keluar, dan kita lulus dalam ujian-ujian ini. Ada 3 perkara yang Allah nak kita faham di sebalik setiap ujian. InsyaAllah, memahami 3 perkara ini akan membuatkan kita berjaya berkali-kali walaupun diuji! 1. SEMUANYA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI Letakkan heartset "mata lebah" yang sentiasa mencari kebaikan di sebalik keburukan. Elakkan heartset "mata lalat" yang mencari keburukan sedangkan banyak kebaikan dan rezeki di sekeliling kita. Kajian menunjukkan, orang yang positif lebih cepat dapat selesaikan sesuatu masalah kerana mereka lebih bersemangat, inovatif dan konsisten. Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) . 2. TAQWA DULU, BARU ALLAH BAGI SOLUTION Ramai orang yang cari maklumat untuk sokong pendirian masing-masing. Ini kurang tepat. Sepatutnya kita cari maklumat untuk cari kebenaran. Ini lebih tepat dengan konsep taqwa. Percayalah, bila kita taqwa, Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang kita sendiri pun tak sangka. "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (surah At-Talaq: 2-3) . 3. BERGANTUNG DENGAN DIA, BUKAN DENGAN USAHA Mesej paling utama dalam setiap ujian ialah "Kembali kepadaNya". Mencari Tuhan lebih penting daripada penyelesaian. Untuk itu, teruskan berdoa dan berharap kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan. Firman Allah S.W.T : “ Berdoalah kepada ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina” (Surah Al Mu’min: 60). Moga bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Pagi 14 Jan 2024 Murni Usman #SebarkanKebaikan
Mostrar todo...
Dosa terkumpul di hati ibarat kotoran degil dan karat di belakang kuali, PERLU DISENTAL kuat menagih tenaga dan sabun terbaik. Sekiranya ingin hati kita bersih, sentalannya adalah amal ibadah, LEBIH kuat rasa letih dan sukar ditunaikan, LEBIH BERSIH hasilnya, Lebih kemas ibadah disandari oleh ilmu yang sahih dan ikhlas, itulah SABUN terbaik. Alhamdulillah 🤲 Salam Tahajjud Semoga Allah sudih pandang kita, Terima taubat kita semua Aamiin Ya Mujib 🤲 13/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
MASA TAK AKAN BERPUTAR KEMBALI. Kadang, selalu terlintas difikiran kita, alangkah indahnya kalau ada mesin masa, boleh kembali semula ke masa silam untuk baiki segala kesilapan lalu. Tapi, semestinya ia amat mustahil Yang hanya mampu kita lakukan adalah menangis mengenang kesilapan lalu, berusaha untuk kembali bangkit dan terus kuat menghadapi segala ujian mendatang. Akhirnya, inilah kehidupan dunia. Ujian takkan pernah berhenti. Hakikat bahagia yang kita kejar itu adalah disyurga. Di dunia ini, selagi hidup, selagi itulah ujian akan datang bertalu-talu. Ya Allah, kuatkanlah kami🤲 Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam Jumaat..
Mostrar todo...
Dah terjaga...? Mari teruskan istiqamah kita, sujud kepada Allah Yang Maha Esa. Moga Allah sudi pandang kita. Halalkan segala pinjaman-Nya yang diberi. Terima taubat kita. Allahumma Aamiin. Bertahajjudlah. Berdoalah. Berbicaralah dengan Allah. Semoga Allah sudi pandang kita🤲 Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 11/01/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
UJIAN KIFARAH DOSA ? Apabila kita diuji Hati berbisik Orang sekeliling menasihati "Allah uji sebab nak hapus dosa" Ya betul Tapi Kita makin sedih Makin kecewa Makin meratapi dosa ALLAH jua diajukan soalan Kenapa dan Mengapa Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ?? Wahai kawan berhenti sejenak Tukarkan fikiran kita yang negatif itu Allah dah janji, INNA MA'AL USRI YUSRO INNA MA'AL U'SRI YUSRO INNA MA'AL U'SRI YUSRO (setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan) Nabi Muhammad juga diuji bahkan lebih hebat daripada kita Adakah kerana DOSA ?? (Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad) Nabi Zakaria dipotong badannya terputus dua Adakah kerana DOSA ?? Sumayyah dicampak ke dalam parit api habis sekeluarga adakah kerana DOSA ?? Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia dihenyakkan batu besar diatas dada Adakah kerana DOSA ???? Bukan.. bukan.. bukan.. Bukan kerana DOSA semata2 Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA ALLAH RINDU AIRMATA KITA Bahagianya !! Manusia tak suka tengok orang menangis Tapi ALLAH suka !! BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA SIMPAN DI AKHIRAT AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA Jangan prejudis pada Allah apabila diuji Jangan menghukum diri apabila diuji Lebih baik ambil wudhu' solat dua rakaat Selepas salam Istighfar dan selawat senyum memandang ke langit biarlah airmata berlinang bisik dalam hati sedalam2nya "Ya Allaaaaahhhhhh Terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.." Allah itu ADIL Allah itu PENUH KASIH SAYANG Allah itu PENCIPTA kita Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG Wallahualam.. Assalamualaikum Wbt Semoga Bermanfaat 10/01/2024 Murni Usman
Mostrar todo...
DOA YANG DIAMALKAN OLEH USTAZ YUSUF MANSUR, KETIKA DIA DALAM KESEMPITAN. "Wahai Allah Tuhan Yang Maha Membuka, Wahai Allah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki, Wahai Allah, Yang Maha Mengubah Keadaan, Ubahlah keadaan kami, kepada keadaan yang lebih baik. Cukup lah Allah sebagai penolong, tiada daya upaya selain dari Allah" Doa ini diamalkan untuk memohon kepada Allah ubah keadaan kita sekarang menjadi lebih baik. Yang mana susah, minta ubah jadi senang. Yang mana malas solat, minta ubah jadi rajin. Yang mana gemar maksiat, minta ubah suka beramal soleh dan lain-lain. Kalau mampu baca lah 111 kali usai zikir solat fardhu. Kalau tak mampu buatlah 33 kali. Tak mampu juga buatlah 11 kali. masih rasa tak mampu? Maknanya kita memang tak nak berubah. Credit Faoziyah Ahmad Faru
Mostrar todo...
Siapa kita hari ini, adalah hasil tindakan @ keputusan yang kita buat pada masa silam. Tauladani masa silam yang indah. Sempadani masa silam yang ngeri. Teruskan hidup untuk masa depan yang lebih baik. “Engkau takkan mampu menyenangkan hati semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki hubunganmu dengan Allah, dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia." (Imam Syafi’i ) Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 09/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Ada orang sedang belajar memperbaiki solatnya. Ada orang sedang berusaha menutup auratnya dengan sempurna. Ada pula orang sedang gigih mencari sumber rezeki yang halal buat dia dan keluarga. Semua orang ada susah payah masing-masing. Semua orang ada jalan dan cerita 'hijrah' masing-masing. Cuma kita tidak nampak. Menjadi rahsia dia dengan Allah. Jangan terlalu mudah menghukum orang seolah-olah orang lain tiada ruang dan peluang untuk berubah. Bersangka baik. Jaga hati. Kerana kita juga, punya aib yang ditutup oleh Allah. Boleh jadi, dia yang kita sangka buruk itulah yang paling banyak menangis di hadapan Allah berbanding kita yang nampak baik ini. Muhasabah Diri Sendiri Murni Usman Alhamdulillah Pagi Isnin 8/01/2024 Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Mostrar todo...
Orang sombong itu umpama dia berdiri di atas gunung Dia melihat orang lain kecil HAKIKATnya Dia tak sedar orang lain juga melihatnya kecil Assalamualaikum Selamat malam Sahabat http://t.me/Mudahnyamenjemputrezki
Mostrar todo...
KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajjud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajjud adalah seperti berikut :- 1. Tiket ke Syurga Abdullah Ibn Muslin berkata “Kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah SAW saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahim, tegakkan lah solat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah) 2. Menjauhi Penyakit Salman Al Farisi berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad) 3. Mengangkat Darjat Manusia Rasulullah SAW bersabda, Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi) 4. Mendapat Rahmat Allah Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud) 5. Doa Dikabulkan Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan Solat Tahajjud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim) 6. Penghapus Dosa Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi) 7. Menewaskan Syaitan Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah Saw bersabda, "Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhuk maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.” 8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya. Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64) Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajjud untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan Akhirat..
Mostrar todo...
Mulakan hari dengan penuh rasa syukur. Jom sama-sama ucap "Alhamdulillah" dan tuliskan cuba tuliskan 5 nikmat yang Allah beri saat ini. 1- Alhamdulillah masih dipinjamkan mata yang boleh melihat Alam semesta 2- Alhamdulillah sihat tubuh badan 3- Alhamdulillah masih diizinkan dahi untuk bersujud padaNya. (ada orang yang solat duduk sangat rindu untuk sujud di sejadah) 4- Alhamdulillah diizinkan bernafas tanpa bantuan alat pernafasan. 5- Alhamdulillah masih diberi kesempatan ada bersama keluarga. Ini sebagai latihan untuk sentiasa syukur dengan nikmat Allah beri. Manusia kan tak lari dari lalai dan alpa. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah syukur Untuk segalanya. 06/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Assalamualaikum Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲Salam Jumaat Allah suka apabila kita menadah tangan ke langit dan meminta pertolongan hanya padaNYA, sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha pengasihani. Do'a mu tidak pernah ditolak, Sama ada Allah kabulkan do'a mu cepat atau lambat atau Allah gantikan permintaan mu dengan sesuatu yang lebih baik dari yang engkau pinta, bersangka baik dengan takdir Allah dan salah satu waktu berdoa yang sangat mustajab di waktu Tahajjud. Jom solat Tahajud 05/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Doa di penghujung waktu TAHAJJUD, Menjelang fajar sangat mustajab Perbanyakkan Beristighfar sahabat ku Semoga Allah menerima Taubat kita InsyaAllaah 🤲 Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Sahabat ku Pagi Khamis 4 Jan 2024 Murni Usman
Mostrar todo...
Sujudku bukan lagi untuk meminta Tetapi sebaliknya mahu menadah Tangan, berterimakasih, Bersyukur di atas segala2nya yang telah Allah Anugerahkan. Didalam jiwa manusia ada keperluan yang tidak dapat dipenuhi kecuali dengan zikir kepada Allah. Orang yang senantiasa berzikir akan Merasa kaya walaupun tanpa harta, Tenang walau dilanda musibah, Berwibawa walaupun tidak memiliki kekuasaa Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua 03/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Alhamdulillah atas semua nikmat dan ketetapan taqdir Allah sepanjang hidup kita. Astaghfirullah atas segala dosa maksiat kelalaian yang kita lakukan. Innalillah atas segala Musibah yang Allah berikan agar kita kembali kepadaNya untuk mendapat pertolongan dan petunjuk Nya. Assalamualaikum Salam Tahajjud semua Alhamdulillah 02/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah Sedang menanti munculnya fajar pertama 2024 Dengan sujud tahajjud PadaMu Ya ALLAH Ampuni semua dosa² kami sepanjang 2023 yang lalu 😭😭😭 Dan terima kasih Ya Allah Untuk segala pahit, manis Sepanjang perjalanan 2023 Alhamdulillah 🤲 Semoga terus cekal menghadapi liku-liku yang tajam (Kerasnya kehidupan) Jika hampir jatuh ataupun dah Jatuh terlentang Cepat-cepat bangun dan bangkit Semula menuju puncak kejayaan InsyaAllaah kejayaan Menanti! Semoga kita menjadi insan yang kaya Dengan iman dan berjaya dunia akhirat Aamin Ya Mujib 🤲 01/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud TAZKIRAH TAHUN BERGANTI TAHUN TAPI UMUR SEMAKIN BERKURANGAN Pejam celik begitu cepat masa berlalu. Begitu juga dengan usia kita Walaupun zahirnya tahun berganti dan usia menambahkan angka namun hakikatnya kita semakin menghampiri kepada kematian Tiada siapa pun yang akan kekal. Justeru itu jangan lah kita membiarkan diri kita dibuai oleh angan2 untuk mendapatkan kepuasan duniawi Ini kerana angan2 ingin mencapai kenikmatan dunia secara berlebihan hanyalah khayalan kosong yang menyebabkan kita lupa kepada kehidupan yang abadi diakhirat kelak. Ingatlah bahawa saat umur kita menjelang senja kemampuan kita turut terbatas apatah lagi nikmat sihat juga mulai berkurangan dan berbagai penyakit mula datang menjengah. Maka tanyakanlah kepada diri kita, "Setiap kali pergantian tahun, kehidupan kita bertambah baik atau sebaliknya? Semakin dekat kah kita dengan Pencipta atau semakin jauh? MAKA YANG DEMIKIAN ITU INGATLAH BAHAWA SEBAGAIMANA TAHUN BERTAMBAH ANGKANYA BEGITU JUGALAH DENGAN USIA KITA. INGATLAH KEMATIAN PASTI AKAN TIBA DAN KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENGELAKKANNYA. RENUNG2KANLAH
Mostrar todo...
Tidak mudah untuk menjadi seorang yang sabar, redha, tabah dan ikhlas dengan ujian. Namun tidaklah sukar untuk menadah tangan kepada Allah meminta diri dijadikan sebagai seorang yang sabar, redha, tabah dan ikhlas di saat ujian sedang mendatang Jom sahabat sujud dan Menadah kedua belah tangan Kita meminta,meluah Hanya pada Allah SWT Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 30/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Semua orang pasti ada kisah silam/zaman jahiliahnya yang terdahulu, tetapi janganlah kita memandangnya buruk/jahat, kerana andai Allah kurniakan taufiq hidayah padanya, dia akan menjadi yang lebih baik daripada kita.. Andai kita tahu seseorang itu melakukan maksiat, janganlah BENCI dirinya, tetapi BENCI la maksiat yang dilakukannya, kerana kita semua PENDOSA tanpa NOKTAH.. Lazimi diri dengan ISTIGHFAR Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲Salam Jumaat.
Mostrar todo...
Di sebalik kata Istiqomah Ada perjuangan yang kuat Pengorbanan jitu Dan semestinya doa² yang tiada Henti Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah ♥️🌹
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
“HIDUP INI BERJEMAAH, MATI ITU SENDIRI-SENDIRI” Tiada seorang manusia pun di dunia ini yang akan terlepas dari pembalasan Tuhan. 1️⃣ Hari ini kita mungkin kaya. Tapi kekayaan itu tidak akan mampu membantu kita di akhirat kelak jika tidak pernah berinfak. 2️⃣ Hari ini kita mungkin berpangkat megah. Tapi pangkat itu juga tidak akan mampu menjadi penyelamat kita jika tidak pernah menjalankannya dengan amanah. 3️⃣ Hari ini kita mungkin bergaya dan hebat. Tapi kehebatan itu juga tidak akan mampu menjadi benteng api neraka jika tidak pernah menunaikan solat. 4️⃣ Hari ini kita mungkin cantik dan tampan. Tapi kecantikan dan ketampanan itu juga tidak akan mampu menjadi penyeri kita di hari pembalasan jika hidup tak pernah ingat Tuhan. Apa yang berlaku hari ini, adalah apa yang bakal kita hadapi di akhirat kelak. Tapi bagaimana ia berlaku hari ini, adalah bergantung bagaimana cara kita melakukannya pada hari ini. ”tiada suatu nafas terlepas dari padamu, melainkan di situ pula ada takdir Allah yang berlaku atas dirimu.” (Syekh Ibnu Atha’illah As-Sakandari) Ingatlah Hidup kita tidak berakhir di atas dunia ini. Tetapi ia akan berakhir apabila kita sampai di hari pembalasan kita Kita tiada pilihan lain melainkan hanya dua pilihan ; SYURGA Disajikan bagi seseorang hamba yang ikhlas kerana Allah SWT. NERAKA Disajikan bagi seseorang hamba yang ingkar kepada Allah SWT. Maka segeralah melakukan yang baik-baik, semoga di akhirat nanti kita semua akan mendapat perkara yang baik-baik. Wallahua'lam "Hidup ini berjemaah, mati itu sendiri-sendiri.. Solat itu berjemaah, kubur itu sendiri-sendiri.. Padang Mahsyar itu berjemaah, Hari pembalasannya sendiri-sendiri..” Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Pagi Rabu 27 December 2023 Murni Usman
Mostrar todo...
Ketika berhadapan ujian, Allah tidak meminta kita memikirkan penyelesaiannya sehingga meletihkan kita, sebaliknya Allah hanya meminta kita sabar dan solat. Solatlah, sementara kita Mampu Mengusung diri ke sejadah, sebelum Oang mengusung kita untuk Dimasukkan ke dalam tanah Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 26/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah : 1. Tiket ke Syurga Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah). 2. Menjauhi Penyakit Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad) 3. Mengangkat Darjat Manusia Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi) 4. Mendapat Rahmat Allah Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud) 5. Doa Dikabulkan Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim) 6. Penghapus dosa Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi) 7. Menewaskan Syaitan Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.” 8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya. Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64) Jom kita sama2 tunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup dunia dan Akhirat Aamiin Ya Mujib
Mostrar todo...
Teruslah berlari mengejar impianmu Sehingga suara cemuhan itu berubah menjadi tepuk tangan Sesungguhnya tiada yang Mustahil Di muka bumi ini Usaha tanpa Henti beserta doa Yang tiada henti. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah Nikmat sungguh Bersujud kepada NYA Di saat ramai yg sedang di ulit mimpi Indah Adalah salah satu nikmat Yang tak mampu di ungkap kan 24/12/2023 Murni Usman 🌹❤️ https://t.me/Mudahnyamenjemputrezki
Mostrar todo...
Dalam Islam tiada karma , Perkara yang buruk kamu buat dan kembali balik pada diri kamu itu kifarah Kanggilan nya Bukan Allaah nak turunkan balasan tu, Tapi Allaah nak ajar kamu erti Berjaga-jaga dalam setiap apa yang Kamu lakukan. Muhasaba Diri Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah 23/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Malaikat maut tak pernah salah alamat, Kematian kita semakin dekat, Kematian Tak lambat sesaat dan Tak akan cepat walaupun sesaat Tetapi TETAP. Tolong, segeralah cari jalan TAUBAT😥😭😭 Jangan bertangguh 😭 Saya,dan kita semua tak tahu Bila ajal tiba. Perhati di sekeliling kita Saat ini 😥😭 Syarat mati tak perlu TUA Dan tak Perlu SAKIT. Jangan Pernah bertangguh Untuk Bertaubat.. Muhasaba Diri Assalamualaikum Wbt Salam Jumaat Salam Tahajjud Murni Usman 😥😭 22/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Jagalah solat 5 waktu. Kalau solat 5 waktu pun kita tak dapat jaga, Subuh selalu terlewat, solat-solat lain kita lewat-lewatkan atau sampai tak solat, itu menunjukkan ada masalah antara kita dengan Allah. Tiang pun kita dah tak dapat jaga, macam mana kita nak jaga agama-Nya. Tiang pun tak kukuh, macam mana kita nak pastikan binaan atas tiang tu boleh terjaga. Seriously, jaga solat bukan untuk ustaz ustazah saja, bukan untuk orang yang bertudung saja. Siapa yang nak berubah, nak betul-betul berubah, jagalah solat. Siapa yang benar-benar mahu dikurniakan hidayah Allah SWT dan kefahaman yang benar terhadap agama, jagalah solat. Lebih dari itu, siapa yang nak hidup dengan redha Allah, jagalah solat. Jagalah solat sebab itu foundation dalam memahami Islam. Kalau solat kita tak dapat nak jaga, sebagai muslim khususnya, banyak asas kita goyah dan goyang terutamanya dalam memahami Islam. Dengan Allah saja kita dah tak berlaku adil, dengan hamba-Nya lagilah kita boleh buat lebih kurang. Saya bukan ustazah Saya juga bukan orang yang baik. Tetapi seorang yang sedang berjuang Menjadi baik dan sebaik2 perbuatan Mengajak orang berbuat baik. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Assalamualaikum 21/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Allah SWT Tidak akan tanya apa Orang buat dengan kita Tetapi Allah akan tanya Apa kita buat dengan orang 😭😭😭😭 Allah tidak akan persoalkan Kenapa sedekah sikit Tetapi Allah akan tanya Rezeki yang Allah pinjamkan Kemana kita gunakan 😭😭😭😭😭 Ya Allah 😭 Pagi ini Allah jentik Hati Murni Usman Sangat².😭🥺 Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Semua Jangan lupa doakan Saudara Saudari kita Yang sedang dalam keadaan Sedang dalam kesulitan. Semoga sedikit ingatan Ini menjadi saksi Kelak .. Aamiin Ya Mujib 🤲 20/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Di saat kamu terjaga, kamu adalah insan terpilih di mana Allah kirim kan malaikatNya untuk mengejutkan kamu di saat ramai yang lain terlena dibuai mimpi dunia Sesungguhnya Tahajjud adalah waktu terbaik dalam merawat hati & mencari ketenteraman diri.. Kerana padanya terkandung 1001 rahsia keindahan hubungan antara seorang hamba dengan Penciptanya Assalamualaikum JOM TAHAJJUD Musim Hujan Sana sini hujan Semoga Allah SWT Melindungi kita semua Dari berlakunya perkara2 yg tak di ingini Aamiin Ya mujib 19/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Kematian itu datang dengan tiba-tiba. Tidak peduli kita bersedia atau tidak. Namun sering kita terlupa. Bukan lupa terhadap datangnya kematian, tapi lupa mempersiapkan Bekal kematian itu sendiri. Kematian adalah sebuah pintu yang Apabila telah dibuka dan tertutup Kembali ia tidak akan pernah terbuka Lagi selamanya. Sedangkan jalan setelah kematian Sangat panjang dan mengerikan bagi Orang yang tidak punya bekal!! Renungkan2kan Assalamualaikum semua Semoga sahabat2 semua sudahpun Menunaikan solat sunat Tahajjud 18/12/2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Syukur Alhamdulillah Anda terjaga waktu ini? Alhamdulillah Jom sahabat Bersihkan diri Kemudian solat sunat Tahajjud Ramai Yang terjaga waktu ini Tapi bukan semua Allah anugerahkan Solat sunat Tahajjud Maka beruntunglah Jika anda di anugerah Solat sunat Tahajjud Saat ini Semua ini anugerah Sahabat, Alhamdulillah Jom sahabat Paksa diri Mula2 kena paksa diri Sendiri InsyaAllaah 💪 Seminggu kemudian Anda rasai Keajaiban itu. Percayalah! Assalamualaikum semua Salam Tahajjud buat semua
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Kita dakwah sebab "Nak sama² masuk Syurga". So, mohon buang perasaan, "Kubur masing-masing". Memang kubur masing-masing, Tapi lepas tu ada dua, Syurga atau Neraka, Dan jangan lupa yang mengurus kan Jenazah mu orang lain. Kalau aku tak tegur kau, Nanti kau yang nak tarik aku ke neraka. Di padang Mahsyar nanti Orang akan saling menuntut. Semoga tulisan ini Menjadi saksi kelak Yang Murni Usman Sentiasa cuba berdakwah kearah kebaikan. Walaupun dirinya sendiri Jahil 😥🥺 SENTAP ITU PERLU, Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Sabtu 16/12/2023 Murni Usman
Mostrar todo...