El servicio también está disponible en tu idioma. Para cambiar el idioma, pulseEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
CategoríaSin especificar
Ubicación del canal e idioma
Sin especificar

audience statistics Sebarkan kebaikkan

Tips menjemput rezeki 
6150
~81
~52
13.17%
Calificación general de Telegram
Globalmente
2 810 812lugar
de 7 300 922

Género de suscriptores

Averigua cuántos suscriptores masculinos y femeninos tienes en el canal.
?%
?%

Idioma de la audiencia

Descubre la distribución de los suscriptores de canales por idioma
Ruso?%Inglés?%Árabe?%
Crecimiento del canal
GráficoTabla
D
W
M
Y
help

La carga de datos está en curso

Duración del usuario en el canal

Descubra cuánto tiempo permanecen los suscriptores en el canal.
Hasta una semana?%Viejos?%Hasta un mes?%
Ganancia de suscriptores
GráficoTabla
D
W
M
Y
help

La carga de datos está en curso

Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
Kita rasa macam kita ni dah perfect Sangat. Semua jenis ibadah dah buat. Solat awal waktu, solat sunat, puasa, Sedekah, baca Al-Quran. Tapi rezeki biasa-biasa. Duit ada, tapi tak berkembang. Kerja ada, tapi tak seronok. Kawan ramai, tapi bersedih. Mungkin kita lupa. Walaupun dah jaga hubungan kita Dengan Allah, kita kena jaga juga Hubungan sesama manusia. Ibadah tak pernah tinggal, Tapi banyak sakitkan hati manusia. Banyak terasa hati dengan manusia. Dosa dengan Allah walaupun sebanyak Buih di lautan, Kalau Allah sudih ampunkan Maafkan sekelip mata Allah Padamkan. Tetapi dosa sesama manusia Allah SWT tidak akan Ampunkan selagi Manusia itu tidak maafkan kamu Maka ingatlah wahai diriku Dan sewaktu dengannya Jaga dan sentiasa la Minta maaf dan maafkan Orang sekeliling kita. Renungan pagi Jumaat 31 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
29
0
Jika ingin merubah diri ke arah yang lebih baik, mulakan dengan perbaiki SOLAT. Mulakan dengan cukupkan solat 5 waktu. Usahakan dengan solat di awal waktu, Perbanyakkan solat-solat sunat, Perbaiki khusyuk di dalam solat, cuba Untuk solat sebelum sibukkan diri Dengan perkara lain. InsyaAllah siapa yang perbaiki solatnya, Allah akan perbaiki hidupnya. Assalamualaikum wbt semua Salam Khamis 30 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️ -CoretanMaut
44
0
Saya tertarik dengan penulisan ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup. 1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari. 2. Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan. 3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu. 4. Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang. 5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang. 6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan. 7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris. 8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah. Yang menang adalah cuma ego diri sendiri. Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri. 9. Renungan bersama.... Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita. 10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga. 11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami. 12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah. 13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat nanti. 14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras. 15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman. 16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup., 17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian. 18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal. 19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya. 20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar. 21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat. 22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah. Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita. Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah.. Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk dimanafaat bersama pada tahun 2021 ini. Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt.. -- Nukilan perkongsian sahabat-sahabat.
Mostrar más ...
54
2
Selalu Terfikir, macam mana kalau tiba2 Tersedar, tengok2 dah ada dalam kubur ? Allahuakbar. Takutnya ,takut mati tak sempat Bertaubat Astaghfirullah Maka bangunlah, Ambil kesempatan sementara masih bernafas ni, untuk bersujud padaNYA memohon ampun segala dosa² Semalam Astaghfirullah.. Solat tahajjudlah masa Diantara waktu Uang terbaik untuk berdoa, Meminta, Merayu pada Allah SWT, kerana Allah Ada Berjanji Kalau ada hambaku yang berdoa Di waktu Tahajjud AKU yakni Allah Akan kabulkan. Assalamualaikum semua JOM, KITA BERTAHAJJUD Salam Alhamdulillah 🤲 Rabu 29 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
55
1
Apa matlamat kita dengan Al-Quran. Terutama Bulan Ramadan? Biasa kita mengejar untuk khatam. Kejar untuk berjaya habiskan 30 juzuk sepanjang Ramadan. Itukah matlamat kita? Lepas tu apa kita dapat? Apa perubahan yang kita dapat hasil dari tu? Suka saya dengar satu olahan soalan dan jawapan dari seorang berilmu. Bila orang tanya beliau, Bulan Ramadan ni apa yang lebih baik? Habiskan satu juzuk sehari atau 1 surah saja sehari? Beliau tak bagi jawapan pada pilihan di atas, tapi beliau bagi kita persoalan. Dan dengan soalan ni, kita akan dapat jawapan. Kata beliau, apa yang kita nak dari Al-Quran? Kita nak Al-Quran boleh bagi perubahan pada kita, atau kita dah cukup segalanya jadi Al-Quran sekadar bahan bacaan semata. Jadi beliau bagi contoh, beliau nak baca Al-Quran supaya beliau dapat jawapan pada erti hidup, pada hubungan sesama manusia, pada matlamat akhir kehidupan. Beliau membaca Al-Quran dengan punya misi seperti itu. Bukan semata-mata baca, bukan semata-mata melagukan.. sebab Al-Quran ni sangat besar. Merangkumi pelbagai jawapan pada setiap persoalan hidup kita. Makanya, tentukan sendiri matlamat kita membaca Al-Quran dan dengan itu kita tahu jawapan bagi "berapa juzuk atau surah sehari yang perlu dibaca?" Mudahan bermanfaat ❤️
Mostrar más ...
58
1
Assalamualaikum wbt semua Salam Tahajjud Salam Alhamdulillah syukur "Bayangkan kita di akhirat nanti, berdiri di lautan berbilion manusia dari kaum Nabi Adam sehinggalah manusia akhir zaman. Bagaimanakah saat itu? Tiada apa yang mampu membantu kita melainkan amalan-amalan yang kita lakukan di dunia ini. Maka, berkejaranlah dalam melakukan amalan soleh sebelum kesempatan itu terpadam dan tiada lagi." Selamat Menjalani Ibadah puasa Semua Alhamdulillah 🤲 28 Mac 2023 Selasa Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
60
0
Nota Ajal Seorang Mukmin. "Bayangkan kita di akhirat nanti, berdiri di lautan berbilion manusia dari kaum Nabi Adam sehinggalah manusia akhir zaman. Bagaimanakah saat itu? Tiada apa yang mampu membantu kita melainkan amalan-amalan yang kita lakukan di dunia ini. Maka, berkejaranlah dalam melakukan amalan soleh sebelum kesempatan itu terpadam dan tiada lagi." Selamat Berpuasa Semua [Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani]
1
0
Jika tersedar dari lena, Bangunlah sekejab untuk bertahajjud, Atau sekurang2nya berwirid & berdoa kepada Allah SWT. Bersyukurlah, Allah sudi pilih kita untuk terjaga, Sedang yang lain Mungkin masih enak dibuai Mimpi indah, Semoga dengan tahajjud ini, Mudah2an Allah akan mengangkat kita Ke tempat yg terpuji. InsyaAllah, Aamiin Ya Allah Assalamualaikum semua Jom tahajjud Salam Alhamdulillah 🤲 Isnin 27 Mac 2022 Murni Usman 🌹❤️
73
0
Kita mungkin menyangka seseorang itu TIDAK SABAR kerana dia marah atau melenting dalam keadaan tertentu. Namun, hakikatnya mungkin dia sudah sabar sebanyak 2000 kali, hanya yang kali ke 2001 dia terlepas marah, kemudian beribu- kali selepas itu dia sabar juga. Hanya kerana 1 kali tidak sabar kita lupakan beribu kali sabarnya?. Mungkin kita terlalu banyak mengandai-andai dalam hidup sewaktu menghukum orang secara negatif. Fikirkan. Assalamualaikum wbt selamat MENANTI Magrib 😁 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
73
1
Yg belum ada Acc TikTok jom join TikTok..sangat best berniaga di TikTok tau..BE938662 ni no code TikTok saya 😁
77
0
BE938662
70
0
Ikuti link jemputan saya untuk muat turun TikTok dan dapatkan ganjaran bernilai sehingga RM 1000!
71
0
HIDUP JANGAN SOMBONG. Sebab, orang yang kaya belum tentu akan kaya selamanya. Begitupun dengan orang yang miskin takkan selamanya miskin. Kita akan terus merasakan bahawa jalan hidup ini terus berputar. kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok hari. Mari belajar rendah hati, hidup dengan cara yang baik. Sederhana namun indah dan bahagia.
77
0
Ujian datang bertalu talu Sampai membuatkan kita tunduk dan Diam membisu. Rupa-rupanya Allah rindu, Allah nak kita berdoa dan mengadu . Waktu Terbaik Mengadu di 1 per 3 Malam..waktu ini sangat tenang Maka kita solat dan berdoa Dengan sangat tenang. Assalamualaikum Salam Tahajjud Salam Ramadan 26 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
69
0
Tahniah kepada Anda yang dapat Bangun tahajud. Moga Allah kurniakan kekuatan untuk Istiqamah. Kepada yang tak berkesempatan Bangun tahajud, moga Allah bagi Kekuatan dan pilih kita untuk Bertahajud esok. Doalah pada Allah agar Allah mudahkan kita untuk bangun tahajud. Ibn Qayyim ada sebut, yang mana beliau Kata, PUNCA kita susah bangun tahajud Adalah kerana dosa yang kita buat. Taubatlah pada Allah. Mungkin kerana Dosa kitalah, menjadi penghalang untuk Kita bangun tahajud, bermesraan Dengan Allah. Ya Allah, pilihlah kami untuk bertahajud! Jom, wahai lelaki, kita ke masjid atau Surau, subuh berjemaah. Kepada Perempuan, subuh awal waktu. Moga Allah ampunkan kita. Aamiin ya mujib Assalamualaikum semua salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 Murni Usman 🌹 ❤️ 25 Mac 2023
Mostrar más ...
84
1
Kita sedang Berada di bulan Ramadhan. Bukan masanya nak ambik tahu kisah² viral. Bukan masanya nak baca Gosip artis itu ini. Banyak fitnah kat situ. Kisah² itu tak salah Baca juga tak salah Asalkan kita tahu apa yg kita baca Dan apa yg kita belajar dari kisah dan bacaan kita. Sebab semua yg Allah jadikan Di sekeliling kita sebenarnya Bukan sia² tau. Tetapi kalau rasa tak mampu Kita tahu diri sendiri kan Maka Duduk dalam circle yang baik. Circle yang positif. Circle yang sentiasa ingat-ingatkan tentang tujuan hidup kita iaitu untuk kehidupan yang kekal abadi selepas kita mati. Sekian coretan Murni Usman 🌹❤️ Malam ini 😁 Assalamualaikum wbt semua selamat malam Maafkan saya, Saya juga sentiasa maafkan Anda.
Mostrar más ...
81
1
Kematian itu memang sifatnya datangnya mendadak. Tak tunggu sakit, tak tunggu tua. Bila sampai ajalnya, ke liang lahad lah tempat kita. Kematian tidak bertanya di mana tempat yang kita mahu dimatikan, kematian tidak peduli apakah urusan kita sudah selesai atau belum. Ia datang tanpa sempat kita sedari. Pun begitu, bekalan untuk menghadapinya mampu kita sediakan. Di sanalah peranan amal soleh yang kita lakukan. Jangan berhenti berbuat baik, walau bila dan di mana pun. Bahkan, sekecil biji sawi pun lakukanlah. Jika kita boleh bekerja keras supaya wang simpanan bertambah, seharusnya kita juga patut beramal soleh tanpa kenal penat lelah supaya pahala sentiasa mengalir bila kita sudah tiada di atas dunia ini. Alhamdulillah Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 Salam 24 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
90
1
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. “Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
95
0
Kalau Rasa Kekurangan, Itulah Yang Kita Rasa. Buang Rasa Kekurangan Itu. Lihatlah Orang Yang Lebih Susah Dr Kita Di Sekeliling Kita. Syukur Dulu InsyaAllah Akan Tambah. Saya Pernah Rasa Kekurangan, Rasa itu ini, Rasa dan rasa berbagai rasa Alhamdulillah Bila Kita Redha Dan Ikhlas InsyaAllah, Hati Kita Akan Tenang. Yang Sikit Tu Akan Cukup Sebenarnya Assalamualaikum Salam Ramadhan Salam Tahajjud, selamat Bersahur Semua Alhamdulillah 🤲 Khamis 23 Mac 2023 1 Ramadhan Murni Usman 🌹❤️
86
0
Semoga ini bukan Ramadhan terakhir kita semua
80
0
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat sahabat-sahabat saya disini. Moga Allah izin kita dapat melalui ramadhan tahun ni dengan penuh kehambaan kepada Allah. Hanya mengharapkan pengampunan, rahmat dan kasih sayang Allah.
77
0
SEANGKUH DAN SEHEBAT apa pun kita , diatas hamparan sejadah juga Dahi kita perlu Bersujud , SECANTIK DAN SEINDAH mana pun rupa kita ini , Kain Putih juga yang akan membalut tubuh kita , SEKAYA DAN SEBANYAK mana pun harta dan pangkat kita , tidak ada sesuatu pun dapat di bawa Menghadap Illahi , SEGAGAH DAN SEKUAT apa pun tubuh dan diri kita , akhirnya tetap di usung juga , SERAMAI DAN SEBANYAK apa pun teman-teman dan kenalan kita , namun kita akan pergi seorang diri juga suatu hari nanti mengadap Ilahi . Muhasabah buat tatapan bersama dan diri ini . Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 22 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
78
0
Bila kita inginkan sesuatu. kita tekad untuk mendapatkannya usaha juga kita gandakan tetapi, sesuatu itu tetap tidak menjadi milik kita kalau itu bukan kehendak-NYA apalah daya kita hanya manusia yang lemah. kita hanya Hamba-NYA Yang mampu merancang. Bukan menentukan kita hanyalah pengharap redha Tuhan. Apa yang kita harapkan tidak akan terjadi kalau itu bukan untuk kita Bukankah DIA lebih tahu Apa yang terbaik untuk kita Redha sahajalah padaNYA dengan sepenuhnya. Nescaya hidup kita tenang sahaja Coretan petang 21 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
80
0
Bila kita menangis, kita akan rasa lemah rasa penat sangat sebenarnya Allah nak suruh kita rehat . Allah tahu apa yang terjadi pada kita. Allah tahu apa yang kita pendam . Allah tahu apa yang kita tanggung seorang diri. Allah tahu kita penat, kita memerlukan seseorang untuk memahami kita. Jadi mengadulah pada Dia yang Maha Mendengar.Allah bagi kita ujian bukan saja saja. Allah mahu kita kembali pada Dia. Di sebalik ujian ujian yang mendatang,bersangka lah perkara perkara yang baik dengan Allah. Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita.Allah sayang kita. Semoga kita terus bersabar dalam ujian ujian yang mendatang Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 21 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
81
0
SHOLAT TAHAJJUD Rasulullah bersabda, “Barang siapa menjaga sholat tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah memberinya sembilan kemuliaan, terdiri dari lima kemuliaan didunia dan empat di akhirat. Di dunia: 1. Allah jauhkan dari bencana 2. Tanda kesholehan memancar diwajahnya 3. Akan dicintai hamba Allah yang sholeh pula dan disegani manusia 4. Bicaranya jadi hikmah dan berwibawa 5. Mudah memahami Agama Allah. Di akhirat: 1. Bangkit dengan wajah penuh cahaya 2. Mudah saat di hisab 3. Seperti kilat menyambar melewati shirot 4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan SubhanAllah, Assalamualaikum wbt semua Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 20 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
91
0
Tahajjud, walau hanya dua rakaaTetapi Ianya bukan perkarah yang mudah Untuk bangun bersolat di tengah2 Malam kala sedang tidur yang begitu Nyenyak , bukan perkara mudah, Terutama kepada yg baru mahu Melakukannya. Tapi percayalah, jika kita betul2 Berazam, dan kita betul2 kuatkan Semangat, yang susah itu akan jadi Sangat2 mudah. After all, its only 2 rakaat Its only few minutes. Then kita boleh sambung tidur semula, Berjam2 lamanya. Apalah susahnya beberapa minit itu, Berbanding dengan nikmat berjam2 Yang Allah beri untuk tidur. Percayalah, tahajjud is a beautiful Struggle, ia sangat2 berbaloi di lakukan, Tolong dont give up ! Selamat bertahajjud Semua Assalamualaikum Semua Alhamdulillah 🤲 19 Mac 2022 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
86
0
Ramai orang yang mampu beli jam yang mahal- Tapi tak ramai yang mampu menepati masa yang sebenarnya jauh lebih bernilai. Salam Isyak
80
0
83
0
Seandainya kita tak dapat apa yang kita NAK, Pejam mata & tarik nafas sedalamnya bahawa inilah perjalanan yang Allah dah susun cantik-cantik untuk kita, Allah bagi apa yang kita PERLUKAN bukan apa yang kita NAK. Allah Maha Mengetahui lagi teliti perhitunganNya Assalamualaikum wbt semua Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 18 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
78
0
SEGALA PUJI BAGI ALLAH Segala puji bagi mu Ya Allah Yang Pertama tanpa ada yang mengawalnya Yang Terakhir tanpa ada yang menghakhiri Yang tak terlihat oleh pandangan Yang memandang Yang tak tergambarkan oleh bayangan Yang membayangkan Kau ciptakan makhluk kekuasaan Mu Kau ciptakan segala sesuatu kehendak Mu Segala puji Ya Allah Yang memberi kami kemampuan untuk Mensyukuri nikmat Mu Yang membuka bagi kami pintu-pintu ilmu ke Ilahian Mu Segala puji ya Allah, Dengan segenap pujian yang kami ucapkan Para mailakat dan para mahkluk yang di mulia Segala puji bagi Mu Atas nikmat yang kau berikan kepada kamiHamba-hamba yang telah mendahulu, Mahu pun yang akan datang kemudian Syukur Alhamdulillah Pujian yang kami aturkan kepada Mu Sebagai penghubung untuk mentaati dan meminta keampunan Sebagai penyebab membolehkan kemenangan Penghantar jalan menuju mu ya ilahi SEGALA PUJI BAGI MU YA ALLAH Ampunkanlah segala dosa kami dosa kedua ibu Bapa kami dosa kaum keluarga kami dosaGuru guru kami serta saudara mara para Sahabat dan umat islam yang terdahulu kemudian dan terkini AMPUNKANLAH kami Ya Allah Kesemuanya dosa kami hak baru serta yang lama dan yang akan datang Hanya engkaulah yang maha mengampunkan Assalamualaikum wbt semua Salam Jumaat Alhamdulillah 🤲 17 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar más ...
87
0
Última actualización: 10.11.22
Política de privacidad Telemetrio