Oh! Media
Ir al canal en Telegram
Sambil makan nasi lemak minum kopi, kita layan jugak segala isu yang trending dan terkini. Jangan risau, semuanya kami sediakan untuk anda!
Mostrar más8 919
Suscriptores
-624 horas
-287 días
-11230 días
Archivo de publicaciones
8 919
Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh berpandangan umat Islam yang membantu membayar RM50 juta untuk Datuk Seri Najib Razak akan mendapat pahala.
Menurutnya, tindakan itu bukan bermaksud menyokong perbuatan salah, sebaliknya menyokong sistem pengampunan Agong yang disifatkannya sebagai diakui syarak.
8 919
Penyanyi rap, Caprice mendakwa dirinya difitnah oleh sebuah akaun TikTok yang menggunakan wajahnya dalam kandungan berkaitan YDP Agong.
Menurutnya, kandungan itu berbahaya kerana boleh menyebabkan orang ramai mempercayai difitnah yang dibuat.
Caprice kemudian membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu di sebalik akaun berkenaan.
8 919
Seorang pelajar UPNM terpaksa membahagikan masa antara meneruskan pengajian dan menjaga ayahnya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.
Sebagai anak tunggal yang kehilangan ibu sejak 2009, Siti Nurdiana Mohamad Bistawi kini tinggal bersama ayahnya di kampus selepas pihak UPNM membantu menguruskan perpindahan mereka dari Alor Setar serta menyediakan tempat penginapan.
Dalam kesibukan belajar, dia tetap setia menemani ayah mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.
8 919
UMNO menuntut supaya keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan serta-merta selepas semua syarat pengampunan bersyarat dipenuhi.
Menurut kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebarang hujah yang mempertikaikan perintah itu disifatkan menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.
UMNO turut menegaskan bahawa pihak yang mengingkari perintah tersebut perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.
8 919
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang ambiguiti.
Istana Negara turut menegaskan bahawa tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran mengenai pelaksanaan keputusan tersebut, selain mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Memandangkan semua syarat telah dipenuhi, sebarang hujah yang mempertikaikan perintah itu disifatkan menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.
8 919
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan titah Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Datuk Seri Najib Razak perlu dihormati.
Katanya, syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi, termasuk pembayaran denda RM50 juta.
Beliau mempersoalkan mengapa pelaksanaan tahanan rumah masih perlu ditangguhkan.
8 919
Pempengaruh media sosial, Athisha Khan mengumumkan bahawa dia dan suaminya, Haiqal, telah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Menurut Athisha, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, namun dia belajar menerima bahawa kehidupan kadangkala tidak berjalan seperti yang dibayangkan.
Adik kepada Neelofa ini menegaskan bahawa mereka berdua berada dalam keadaan baik, selain meminta orang ramai menghormati privasi mereka dan tidak membuat spekulasi, andaian atau tuduhan terhadap mana-mana pihak.
8 919
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas pokok bunga miliknya dipetik tanpa izin ketika dia tiada di rumah.
Menurutnya, individu terbabit meninggalkan nota bersama wang RM20.
Dia mempersoalkan adab pelaku yang sesuka hati mengambil hak orang lain tanpa persetujuan dan membayar mengikut nilai sendiri.
8 919
Dua anggota polis mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain susulan dakwaan mereka dikasari dalam satu kejadian di KLIA pada September lalu.
Mereka memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Sesyen Sepang dengan menamakan Mohd Shuhaily sebagai defendan tunggal.
Dalam saman itu, kedua-duanya mengemukakan empat kausa tindakan iaitu tort penahanan salah, tort serangan, tort bateri dan tort fitnah.
Menurut peguam mereka, tindakan berkenaan dibuat terhadap Mohd Shuhaily atas kapasiti peribadinya sendiri dan tidak melibatkan kerajaan Malaysia.
8 919
Polis Daerah Kajang menafikan dakwaan tular kononnya seorang remaja wanita maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat beli-belah di Kajang.
Siasatan mendapati tiada kejadian seperti itu berlaku di mana-mana pusat beli-belah sekitar daerah berkenaan. Polis turut menerima laporan berkaitan hantaran tidak benar itu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan maklumat terlebih dahulu dan merujuk saluran rasmi PDRM bagi mengelakkan penyebaran berita palsu.
8 919
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memerintahkan Aliff Daniel Adli menjalani program pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan pemujaan salah.
Kes itu berpunca daripada tindakannya ketika berada di sebuah kuil di Batu Caves pada Januari 2024, termasuk menyertai beberapa perbuatan berbentuk ritual keagamaan lain.
Mahkamah memilih untuk menggantikan hukuman penjara dan denda dengan perintah pemulihan selepas mengambil kira faktor usia serta keadaan peribadinya. Aliff turut memaklumkan bahawa dia sudah bertaubat dan perlu menjaga ibunya yang baru menjalani pembedahan.
8 919
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 masih belum diluluskan susulan isu tajaan syarikat minuman beralkohol sebagai “Official Beer Partner”.
Menurut KBS, permohonan penganjuran acara itu masih dalam proses dan kementerian tidak menyalurkan sebarang dana. KBS juga menegaskan acara tersebut tidak akan diluluskan selagi tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya, termasuk semua logo, cap dagangan dan bahan promosi berkaitan.
KBS turut mengingatkan semua penganjur acara sukan wajib mematuhi Kod Sukan Selamat serta Akta Pembangunan Sukan 1997. Kesalahan berkaitan penganjuran tanpa lesen boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM500,000, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
8 919
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa terharu apabila masih ramai menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, walaupun sudah lebih sebulan pemergiannya.
Beliau turut berterima kasih atas kehadiran dan doa yang tidak putus-putus, selain memohon maaf kerana tidak dapat kerap ke pusara dan bertemu semua yang datang menziarah.
Tun Mahathir juga memaklumkan menerima banyak surat serta ucapan takziah, namun tidak mampu membalas satu persatu dan hanya cuba menjawab seberapa yang mampu.
8 919
JAIS menyerbu sebuah premis penyembelihan ayam di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong pada 30 Oktober 2026 selepas disyaki menjalankan proses sembelihan yang tidak mengikut hukum syarak.
Seramai 12 pekerja warga Bangladesh dan Pakistan ditemui di premis berkenaan. Ayam dipercayai disembelih selepas mati akibat proses renjatan air berarus elektrik yang melebihi kadar voltan dibenarkan.
Premis itu juga tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, tiada rekod permohonan pensijilan halal dan MAIS tidak pernah mengeluarkan Perakuan Penyembelih bagi operasi tersebut.
JAIS kini masih menyiasat pemilik sebenar premis dan syarikat yang terlibat, selain menasihatkan masyarakat Islam mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang mempunyai sijil halal serta tauliah sembelihan sah.
8 919
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi mangsa banjir kilat di Kampung Melayu Subang yang ditempatkan di PPS Dewan Siantan.
Beliau mendengar sendiri kesulitan penduduk serta berbincang dengan Menteri Besar Selangor dan wakil rakyat kawasan mengenai bantuan tambahan kepada keluarga terjejas.
Beliau juga mahu projek tebatan banjir termasuk pelebaran sungai dan pembinaan kolam tambahan dipercepatkan bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang.
8 919
Pelakon popular Tony Eusoff tampil berkongsi pandangannya mengenai isu melibatkan Zahirah MacWilson dan meminta komuniti Kristian supaya tidak terlalu tersinggung dengan perkara tersebut.
Menurut Tony, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Dia juga berpendapat jika pegangan iman seseorang kuat, perkara seperti itu tidak sepatutnya terlalu mudah menyinggung perasaan.
Memandangkan Zahirah sudah tampil memohon maaf, Tony berharap orang ramai dapat menerima permohonan tersebut dan memilih untuk move on tanpa terus memanjangkan isu.
Dia turut mengajak semua pihak menjaga keharmonian negara serta mengutamakan keamanan, kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain.
8 919
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Siti Aishah Shaik Ismail membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN) DUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar, atas dakwaan menggunakan premis dan jentera kerajaan ketika menghadiri program penyampaian sumbangan Deepavali.
Beliau mendakwa mempunyai bukti bergambar dan rakaman termasuk penggunaan Kompleks Japerun Rim, bakul makanan berlabel Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) serta penglibatan beberapa pegawai MPJ.
Bukti berkaitan juga akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut.
8 919
Seorang wanita terkejut selepas membuat semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan mendapati baki dalam MyKad miliknya sudah terkumpul sehingga RM1,600.
Menurutnya, dia dan suami sudah lama tidak membuat semakan kerana menyangka tidak menerima bantuan tersebut.
Namun selepas dibantu rakan suaminya untuk menyemak semula, dia mendapati dirinya layak menerima SARA Bulanan 2026.
8 919
Seorang pengantin meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa majlis perkahwinannya dipandang rendah oleh emcee sendiri.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia pada awalnya sangat menikmati hari bahagianya sebelum mengetahui beberapa kenyataan yang didakwa ditulis oleh emcee mengenai perjalanan majlis tersebut.
Emcee itu didakwa mengulas beberapa perkara yang berlaku sepanjang majlis termasuk pemasangan kipas berhampiran pelamin serta konsep perkahwinan ala Bali yang didakwa 'bertukar jadi ala Melayu'.
8 919
Pelakon, Zahirah MacWilson tampil memohon maaf selepas perkongsian terdahulu mengenai Christmas, Easter dan Halloween menimbulkan salah faham.
Dia menjelaskan hantaran itu telah dipadam tidak lama selepas dimuat naik kerana tidak mahu mencetuskan lebih banyak andaian.
Menurut Zahirah, dia tidak berniat menyakiti kepercayaan sesiapa dan masih dalam proses memahami soal agama serta kepercayaan.
Dia turut menegaskan bahawa Islam mengajarnya untuk berlaku adil, baik dan tidak menghina orang lain.
