PERMATA UiTM Jasin
Ir al canal en Telegram
Assalamualaikum dan selamat datang! ✨ Channel ini ditubuhkan bertujuan untuk menyebarkan info-info berkaitan Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) serta maklumat-maklumat penting UiTM 📝 " Cultivating the Muslim Code " Ikuti kami: LinkTr.ee/PermataKJM
Mostrar más494
Suscriptores
Sin datos24 horas
+27 días
-130 días
Archivo de publicaciones
🎉 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67 🎉
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada tahun ini, "Jiwa Merdeka" telah di pilih sebagai tema Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024 yang menjelaskan konsep utama dan nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia dalam mencapai kemajuan dan kesejahteraan negara.
Ianya menggambarkan kebebasan rakyat daripada elemen negatif serta menekankan semangat patriotisme dan cinta akan negara. Namun begitu, berapa ramai antara kita ataupun dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang benar-benar faham & menghayati erti sebenar kemerdekaan?
Sebagai warganegara Malaysia yang menghayati hari penuh bermakna ini, kita perlu bercita-cita tinggi dan berusaha menjadikan negara ini berjaya mentahqiqkan erti kemerdekaan yang sebenarnya yakni merdeka daripada segala belenggu dan serangan pemikiran penjajah serta dapat melaksanakan amar maaruf nahi munkar.
إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."
[Al-Haj:41]
Segala nikmat keselesaan dan keselamatan yang kita dapat sehingga hari ini adalah hasil titik peluh pejuang dan pemimpin negara terdahulu dan ianya merupakan kurniaan daripada Allah SWT yang wajib kita syukuri dan pelihara dengan baik. Dengan kebijaksanaan pemimpin dan pentadbir sejak dahulu, makanya kita dapati pelbagai pembangunan dan prasarana untuk keselesaan rakyat telah disediakan oleh pemerintah.
Akhir kalam, kami mengharapkan agar semua rakyat Malaysia dapat mengelakkan dan meneguhkan perpaduan dan keharmonian yang telah tercipta. Selamat Hari Merdeka!
" Cultivating the Muslim Code "
#JiwaMerdeka
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
📢 Keputusan Penilaian Akhir 📢
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sekalung Ucapan Tahniah & Syabas kepada Mahasiswa UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) mengucapkan syabas & tahniah kepada semua mahasiswa yang telah berusaha sehabis baik untuk peperiksaan yang lalu.
Pengumuman keputusan Penilaian Akhir yang diterima pada 30 Ogos 2024, hari ini haruslah diterima dengan hati terbuka serta penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi. Teruslah bertawakal kepada Allah S.W.T dan yakinlah bahawa pasti ada hikmah atas apa jua ketentuan Allah.
Daripada Umar bin Al-Khathab R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكَّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا
“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang."
[Riwayat al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), dan Ahmad (205)]
Dengan niat yang betul dan baik kerana Allah S.W.T, InshaAllah segala apa yang kita lakukan pasti akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
Akhir sekali, semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa redha dan bersyukur atas kurniaan-Nya.
" Cultivating the Muslim Code "
#FinalExam
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[PEMAKLUMAN TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR]
KHAMIS | 1 OGOS 2024
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓
Merujuk perkara di atas, berikut merupakan butiran mengenai keputusan peperiksaan akhir semester Mac - Ogos 2024:
📍Hari: Jumaat
📍Tarikh: 30 Ogos 2024
Keputusan peperiksaan akhir boleh disemak melalui platform berikut:
iStudent Portal
🔗 https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN_RESULT/index_login.htm
IStudent
🔗 https://mystudent.uitm.edu.my/result
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
KJM
https://wasap.my/60138607427/SMPPAiman
[SMPP AIMAN]
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"MAHASISWA PROAKTIF, PENCETUS GENERASI BERPRESTIJ"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2023/2024
﷽
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku
👨🏻🎓 PERINGATAN TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR👩🏻🎓
Keputusan peperiksaan akhir boleh disemak pada tarikh 30 Ogos 2024 bermula pada jam 11 pagi melalui platform:
- iStudent Portal
🔗 https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN_RESULT/index_login.htm
- MyStudent
🔗https://mystudent.uitm.edu.my/result
Kami dari Persatuan Rakan Intelek (RI) mendoakan agar semua mahasiswa UiTM mendapat keputusan yang cemerlang pada esok hari. Teruskan menuntut ilmu untuk kejayaan dunia dan akhirat✨
#KeputusanPeperiksaan
#JadiLebihBaik
#PersatuanIslamDiKBM
#RakanIntelekKBM
[PERMATA Cakna]
Bahaya Mpox dan Cara Melindungi Diri
Pada 14 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan monkeypox atau lebih dikenali sebagai mpox, sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang menjadi kepentingan antarabangsa buat kali kedua.
Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, tindakan antarabangsa yang selaras perlu bagi memastikan penularan virus ini dihentikan segera bagi menjamin kesihatan orang awam dan ianya mungkin tidak akan mencapai status pandemik.
Mpox adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus orthopoxvirus dan boleh memasuki badan melalui luka atau calar pada permukaan kulit. Ia juga mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit seperti batuk dan merebak ke seluruh badan melalui saluran darah.
Antara gejala awal adalah demam, mengigil serta sakit kepala yang berlarutan 1 hingga 3 hari atau lebih diikuti ruam seperti bintil yang berisi cairan nanah pada bahagian muka dan bahagian badan lain.
Penyakit ini tidak membawa maut namun komplikasi akibat jangkitan boleh menyebabkan kematian terutamanya kepada golongan berisiko tinggi.
اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، والجُنُونِ، والجُذَامِ، وَسَيِّئِ الأسْقَامِ
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain".
[H.R. Abu Daud]
Kita dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutama membasuh tangan dengan menggunakan sabun atau pembasmi kuman dan memakai pelitup muka apabila berada di kawasan orang ramai jika bergejala. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah dari segala bahaya dan musibah.
Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA)
24 Ogos 2024 | 18 Safar 1446
SUMBER:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/apakah-mpox-dan-bagaimana-untuk-melindungi-diri-484245
" Cultivating the Muslim Code "
Ikuti kami: http://LinkTr.ee/PermataKJM
#staysafe
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
Jawatan Kosong Pramusaji Hospital Hantar Makanan
Gaji RM2100
kerja : Bantu hantar makanan kepada pesakit
Lelaki perempuan
Makan dan bilik bila perlu
Boleh bekerja pasukan
Tak pengalaman | latihan diberikan
Wsap je bila minat keje
📱+601161597503
🏝️Selamat Menjalani Cuti Semester🏝️
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sempena cuti semester ini, gunakanlah masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk melatih diri menyusun atur dan menguruskan jadual kehidupan walaupun ketika bercuti.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah mengejar hobi, mempelajari kemahiran baru, dan mengulangkaji pelajaran. Memenuhi masa dengan pelbagai aktiviti dapat menjaga kesihatan mental dan fizikal sekaligus mengelakkan diri dari tabiat malas dan suka membuang masa.
Dari Ibn Abbas R.A, Rasulullah SAW bersabda:
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاءَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
”Gunakanlah dengan baik lima perkara sebelum datang lima (yang lain): Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kayamu sebelum datang fakirmu, waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu dan hidupmu sebelum datang matimu.”
[Riwayat al-Baihaqi]
Hadis ini mengingatkan kita betapa pentingnya memanfaatkan masa lapang dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Sebagai manusia, segala nikmat dan harta benda yang dikurniakan oleh-Nya perlu dimanfaatkan sebagai tanda ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Akhir sekali, iring lah usaha-usaha untuk menuju kejayaan tersebut dengan tawakkal kerana doa dan redha atas keputusan Allah SWT akan menjadikan kita hamba yang bersyukur walau apa pun keputusannya. Semoga cuti semester ini menjadi masa yang produktif dan membawa kebaikan dalam hidup kita.
" Cultivating the Muslim Code "
#CutiJasadCuciHati
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
Belasungkawa buat Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas
﷽
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seluruh dunia Islam hari ini menerima perkhabaran yang sangat mendukacitakan atas peristiwa yang sangat menyayat hati ini yang melibatkan Ismail Haniyeh iaitu Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam, HAMAS.
Menurut sumber, beliau telah diserang di Tehran, Iran setelah menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu.
Beliau dengan nama penuhnya Ismail Abdul Salam Haniyeh telah syahid akibat serangan zionis laknatullah. Beliau sering menjadi target pembunuhan & salah satunya bersama Sheikh Ahmad Yasin pada tahun 2003.
“Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki,”.
[ali-Imran: 169]
Kami dari Persatuan Mahasiswa At-Taqwa mendoakan agar roh beliau bersama orang yang telah gugur syahid sebelumnya dan diampunkan segala dosanya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/07/1278518/zionis-bunuh-pemimpin-hamas-ismail-haniyeh-di-iran
" Cultivating the Muslim Code "
Ikuti kami: LinkTr.ee/PermataKJM
#SalamTakziah
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[NOTIS PEMBUKAAN FOODBANK KEPADA PELAJAR YANG BERKEPERLUAN]
SELASA | 23 JULAI 2024
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku 🎓.
Berikut adalah keterangan pembukaan FOODBANK
📆 Tarikh : 23/07/2024 (SELASA)
📍 Lokasi : Makmal Komputer, Aras 2, Medan Kolej
🕜 Masa : 6.00 - 7.00 p.m
📌 Foodbank pada hari ini adalah terbuka kepada semua pelajar residen dan non - residen UiTM Melaka Kampus Jasin yang memerlukan bantuan makanan.
📌 Terdapat beberapa jenis makanan segera yang disediakan, kehadiran anda amatlah dialu-alukan.
📌Plastik tidak disediakan, oleh itu pelajar dinasihati untuk membawa plastik/beg sendiri untuk mengelakkan kesulitan membawa barang.
Diharapkan agar mahasiswa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"MAHASISWA PROAKTIF, PENCETUS GENERASI BERPRESTIJ"
Yang menjalankan amanah,
Mailis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
[PELANJUTAN TEMPOH PEMBUKAAN STUDENT FEEDBACK ONLINE (SuFO) UiTM]
SABTU | 20 JULAI 2024
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓
Merujuk perkara diatas, berikut merupakan tarikh terkini bagi melengkapkan Student Feedback Online (SuFO) :
📍Tarikh : 10 Jun - 26 Julai 2024
Mahasiswa diminta untuk melengkapkan Student Feedback Online(SuFO) melalui platform Ufuture sebelum berakhirnya tarikh pengisian tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
KJM
http://wasap.my/601154118061/MPPAisya
[MPP AISYAH]
https://wasap.my/60138607427/SMPPAiman
[SMPP AIMAN]
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"MAHASISWA PROAKTIF, PENCETUS GENERASI BERPRESTIJ”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
📝 Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir 📝
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat menghadapi Peperiksaan Akhir kepada semua mahasiswa UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Semoga ilmu yang dipelajari & usaha sepanjang semester ini membuahkan kejayaan yang cemerlang.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga."
[HR Muslim, no. 2699].
💡 Doa yang boleh diamalkan:
اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.”
Semoga kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester ini. Insya-Allah.
" Cultivating the Muslim Code "
#FinalExam
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
🤲🏻 Hari Asyura 🤲🏻
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Hari Asyura adalah hari ke-10 dalam bulan Muharram iaitu bulan pertama dalam kalendar Islam. Nama “Asyura” berasal dari perkataan Arab “asyara” yang bermaksud sepuluh, merujuk kepada hari ke-10 Muharram. Hari ini mempunyai makna yang sangat penting dalam sejarah Islam, terutamanya kerana beberapa peristiwa besar yang berlaku pada hari ini.
Terdapat satu amalan yang boleh diamalkan pada Hari Asyura iaitu puasa Hari Asyura. Amalan puasa hari Asyura ini menjadi kelaziman kepada umat Islam.
Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa Asyura, beliau berkata:
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari Asyura."
[H.R. al-Bukhari: 2006]
💡 Kelebihan puasa Hari Asyura
Diriwayatkan oleh Abu Qatadah bahawa Rasulullah bersabda:
أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
"Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu."
[Riwayat Muslim: 1162]
Hari Asyura merupakan ibadah puasa yang hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja dalam setahun. Malah Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada seseorang yang berpuasa pada hari tersebut. Justeru marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan keampunan dengan berpuasa sunat Hari Asyura.
" Cultivating the Muslim Code "
#HariAsyura
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[PEMAKLUMAN BERKENAAN STUDENT FEEDBACK ONLINE (SuFO) UiTM]
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓
Merujuk perkara diatas, berikut merupakan tarikh bagi melengkapkan Student Feedback Online(SuFO) :
📍Tarikh : 10 Jun - 14 Julai 2024
Mahasiswa diminta untuk melengkapkan Student Feedback Online(SuFO) melalui platform Ufuture sebelum berakhirnya tarikh pengisian tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
KJM
http://wasap.my/601154118061/MPPAisya
[MPP AISYAH]
https://wasap.my/60138607427/SMPPAiman
[SMPP AIMAN]
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“MAHASISWA PROAKTIF, PENCETUS GENERASI BERPRESTIJ”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
