es
Feedback

Β‘No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales πŸ‘‰ Si quieres ver la etiqueta, suscrΓ­bete

Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š

Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š

Ir al canal en Telegram

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻 For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨

Mostrar mΓ‘s
5 771
Suscriptores
+324 horas
+587 dΓ­as
+21330 dΓ­as
Archivo de publicaciones
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 123 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯

Skema jawapan untuk soalan hari ini :)
Skema jawapan untuk soalan hari ini :)

1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) Trial Paper Negeri Melaka 2023 β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€” Source from this website
1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) Trial Paper Negeri Melaka 2023 β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Source from this website

1 Day 1 Note SK :D Day 4 Tingkatan 5 Bab 2 β€”> 2.1.3 MEMBINA PANGKALAN DATA HUBUNGAN MENGGUNAKAN SQL: TABLE β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€” SQL β€’ Structured Query Language / Bahasa Pertanyaan Berstruktur : Digunakan untuk mencapai dan mengemaskini data dalam Pangkalan data. β€’ Bahasa Pengaturcaraan piawai yang digunakan untuk berhubung dengan pangkalan data melalui sistem pengurusan pangkalan data β€’Hampir semua sistem pengurusan pangkalan data mengenali pernyataan SQL Bahasa Arahan SQL i) Bahasa Takrifan Data ( Data Definition Language – DDL) β€’ Untuk mencipta dan mengubah struktur pangkalan data. β€’ Contoh: CREATE, ALTER, DROP ii) Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language - DML) β€’ Untuk memanipulasi data dalam jadual β€’ Contoh : SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE iii) Bahasa Kawalan Data (Data Control Language – DCL) β€’ Untuk mengawal capaian data pangkalan data β€’ Contoh : GRANT, REVOKE β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€” JenisΒ² Data Pemilihan jenis data yang betul adalah penting kerana pemilihannya memberikan kesan kepada prestasi keseluruhan pangkalan data I) CHAR β€’ String yang antara 0 hingga 255 patah perkataan. β€’ CHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tetap dan seragam β€’ Contoh: Jantina II) VARCHAR β€’ String yang boleh diubah antara 0 hingga 255 patah perkataan β€’ VARCHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tidak seragam β€’ Contoh: Nama, Alamat III) TINYTEXT β€’ String dengan panjang maksimum 255 patah perkataan IV) TEXT β€’ String dengan panjang maksimum 65,535 patah perkataan V) INT β€’ Nombor dalam julat -2, 147, 483,648 hingga 2, 147, 483,647 atau nombor positif 0 hingga 4,294,967,295 VI) FLOAT β€’ Nombor kecil yang mempunyai titik perpuluhan VII) DOUBLE β€’ Nombor besar yang mempunyai titik perpuluhan VIII) DATE β€’ Tarikh dengan format YYYY-MM-DD IX) DATETIME β€’ Tarikh dengan format YYYY-MM-DD / HH : MM : SS X) TIME β€’ Waktu dengan format HH :MM : SS β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€” ARAHAN SQL I) Mencipta jadual (create table)
CREATE TABLE nama_jadual (
Nama_medan1 jenis data(saiz) PRIMARY KEY,
Nama_medan2 jenis data(saiz) NOT NULL,
Nama_medan3 jenis data(saiz) ,
..........................................
)
II) Mengubah Struktur Jadual
ALTER TABLE nama_jadual
pilihan perubahan;
β€’ ALTER TABLE : arahan asas untuk mengubah struktur jadual β€’ nama_jadual – nama jadual yang akan diubah β€’ Pilihan perubahan – contoh: menambah medan, meminda jenis data dan menghapus medan III) Sisip / Tambah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
ADD nama_medan jenis data (saiz);
IV) Pinda / Ubah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
MODIFY nama medan jenis data baharu (saiz baharu);
ATAU
ALTER TABLE nama_jadual
CHANGE nama medan jenis data baharu (saiz baharu);
V) Hapus Medan
ALTER TABLE nama_jadual
DROP nama medan;
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Source from this website

And kalau ada lebih masa, Dipper akan buat kuiz macam message ni juga. So, stay tune for that :)

Selamat petang gais, Dipper di sini, Maaf atas kelewatan nota ya, sebab Dipper busy juga ni, study, homework (kot), macamΒ² lah benda. Jadi, Dipper mungkin post nota or latihan waktu hari Jumaat, Sabtu ataupun Ahad. Hari lain, tengok dulu ada masa ke tak :)

1 Day 1 Nota SK :D Day 3 Tingkatan 5 Bab 3 β€”> 3.3.1 MENGKAJI DAN MERUMUS PRINSIP REKA BENTUK LAMAN WEB DARI SUDUT KESESUAIAN PENGGUNA DAN TUJUAN LAMAN WEB β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€” Prinsip Reka Bentuk Laman Web β€’ Mereka bentuk laman web boleh diibaratkan seperti proses merancang, membina dan mengubahsuai β€’ Beberapa prinsip atau elemen reka bentuk laman web perlu diberi perhatian agar laman web yang dibina tidak kelihatan pelik atau memberikan pengalaman yang tidak menyenangkan kepada pengguna β€’ Ini kerana elemen-elemen tersebut mampu memberikan pengalaman yang berbeza dan mempengaruhi kepuasan pelanggan untuk melayari laman web yang dibina. β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€” JenisΒ² Prinsip Reka Bentuk Laman Web, i) Jenis Persekitaran Web yang Dibina β€’ Kesesuaian Penggunaan Pelbagai Kenis Layar β€’ Kesesuaian Capaian Internet β€’ Keperluan Perisian Sokongan untuk Paparan β€’ Kepelbagaian Sistem Komputer dan Peranti Mudah Alih yang Digunakan oleh Pengguna β€’ Kepelbagaian Saiz Paparan Monitor yang Digunakan ii) Penekanan Maklumat dalam Web β€’ Penggunaan khas seperti drop shadow, tekstur/cahaya dan bentuk β€’ Penggunaan ruang putih untuk menjadikan elemenΒ² lebih terserlah β€’ Penggunaan fungsi bold, italic, warna yang berbeza dan border iii) Perbezaan Elemen dalam Web β€’ Penggunaan label & pautan yang berbeza β€’ Penggunaan border, warna yang berbeza & kesan khas β€’ Penggunaan ruang putih, teks terbalik, teks huruf condong (italic) & saiz teks yang berbeza β€’ Penggunaan prinsip perbezaan warna iv) Typography β€’ Merujuk kepada penyusunan teks yang akan dipaparkan dalam laman web β€’ Contoh corak penyusunan teks : Corak paparan berasaskan kertas, corak paparan secara Z-Shaped, Corak paparan secara Z-Shaped β€’ Pemilihan jenis font juga penting Panduan Typography: β€’ Seragamkan jenis teks atau fon yang digunakan bagi setiap halaman yang dibina Gunakan saiz teks yang berbeza bagi membezakan tajuk dengan kandungan atau huraian v) Warna & grafik β€’ Penggunaan warna dan grafik mampu menonjolkan imej dan identiti sesebuah laman web β€’ Penggunaan warna yang bijak mampu menarik perhatian serta meningkatkan kebolehbacaan mereka vi) Navigasi β€’ Merujuk kepada struktur laman web yang akan memudahkan seseorang pengguna melayarinya β€’ Navigasi web yang bagus seharusnya memberikan petunjuk kepada pelawat laman web tentang kedudukan atau lokasi semasa pengguna Teknik Navigasi Web: β€’ Bar Navigasi β€’ Menu Drop-downz β€’ Breadcrumbs β€’ Pautan Grafik β€’ Site Map vii) Keseimbangan Visual β€’ Merujuk kepada gabungan elemen visual seperti garisan, imej, teks, bentuk dan warna dalam laman web β€’ Pereka laman web perlu peka tentang pengguna sasaran laman web tersebut ix) Reka Bentuk Berasaskan Pengguna β€’ Pereka laman web harus mengenali pengguna sasaran dan perkara yang diingini oleh pengguna apabila mereka melayari laman web β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Nak tengok nota penuh? Tekan ni :D
Source from this website

1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) sorry late HIHI
1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) sorry late HIHI

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 125 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯

https://forms.gle/hRVv6BZrdz5UimyT9 do share your quotes for our 100 days spm countdown! 😼🫡🏻

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 126 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯

1 hari 1 soalan sk (day 28 ✨)
1 hari 1 soalan sk (day 28 ✨)

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 127 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯

Dipper suka SK ni pun sebab minat coding (mula dari PKP lah :/), so, nak rasa minat bagi Dipper adalah... Cari contoh aturcara/coding yang korang jumpa dalam buku teks, pastu tekan ni and then pilih (Untuk F4, pilih Java. Kalau F5, pilih HTML/CSS/Javascript) β€”> Empty project. Then copy je aturcara tu, tekan Execute. Tengoklah hasil dia, So, dari situ, mulalah rasa minat lagi bagi Dipper, dan teruslah copy beberapa aturcara 😭. Jadi, tulah tips dari Dipper. So, jangan rasa SK ni susah ya, kalau korang tak mencuba πŸ˜‰

untuk malamni , try dulu jawab soalan ni . kenalpasti ape yang soalan nak and kalau ingat kenalpasti sekali form bape chapter
untuk malamni , try dulu jawab soalan ni . kenalpasti ape yang soalan nak and kalau ingat kenalpasti sekali form bape chapter bape

untuk yang selalu cakap "susah la sk ni , rase nak drop la" "tak suka sk sebab kene hafal banyak fakta" , rose nak start harini korang berubah . korang jadi macamtu sebab mindset korang dah kate macamtu , korang dah selalu cakap sk susah sk susah . start harini , rose nak setiap pagi tengok cermin cakap kat diri sendiri "sk senang , aku suka sk , aku sayang sk" . korang hari ii tengok cermin kan ? kalau rase tak faham , sini ramai admin yang boleh guide korang . korang boleh tanye ape ii soalan about fakta sk ke , coding ke , kerja kursus pun boleh lagi ii batch 09 . jangan segan silu ye , belajar takboleh segan silu . ingat eh , start harini , tukar mindset jadi suka sk. kalau korang selalu cakap bende yang sama , lama ii korang akan suka jugak sk . ape ii pun FIGHTING BATCH 08 AND 09 πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

for those yg takthu , buku ni same je dgn buku purple A+ tu . ni sec edition

Nampaknya batch 09 dapat soalan untuk buat undian Batch 08 dapat soalan untuk buat order makanan Batch 07 dapat soalan untuk buat kehadiran Hm... πŸ€”

+ Bagi cadangan untuk Dipper nak post nota dan latihan, untuk bab mana. Ok? πŸ—ΏπŸ‘