cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Islamic Diary ✨

Sharing : Vid/quote/pic✨ @DiaryQuote_bot-boleh chat bot ni untuk penambahbaikan semoga syurga buat kita Aamiin Hasbunallah wani'mal wakeel -Hanya Allah penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung. https://msha.ke/eryzz_/ (Owner media sosial) 🥀🍂

Mostrar más
Advertising posts
297Suscriptores
Sin datos24 hours
Sin datos7 days
-630 days
Archivo de publicaciones
Peristiwa yang berlaku pada 3 Syawal tahun kelapan Hijrah. Pada waktu ini, orang Islam begitu ramai iaitu lebih kurang 12,000 orang berbanding 10,000 tentera musuh. Ia berakhir dengan kemenangan mutlak milik orang Islam. 6. Perang Taif. Berlaku pada 630 Masihi, orang Thaqif yang melarikan diri dari Perang Hunain pergi ke benteng-benteng mereka di Taif. Rasulullah SAW mengejar dan mengepung markas-markas serta benteng-benteng di Taif selama lebih 20 malam. 7. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Aisyah RA dan Ummu Salamah RA. Aisyah salah seorang isteri Rasulullah SAW yang faqih, alim, cerdik dan banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SAW iaitu sebanyak 1210 hadith. Beliau juga merupakan tempat rujukan para sahabat RA yang besar dalam soalan berkaitan agama seperti fiqh, faraidh dan perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan Rasulullah SAW ketika berada di dalam rumah. Ummu Salamah pula banyak memberikan pandangannya yang bijak kepada Rasulullah S.A.W (Seperti dalam peristiwa Hudaibiyah). Ummu Salamah meriwayatkan sebanyak 387 Hadis (Terdapat 3 Hadis disepakati bersama al-Bukhari dan 10 Hadis bersama Muslim). Hadis yang diriwayatkannya mengenai bimbingan dan pendidikan untuk kaum wanita. 8. Kelahiran Imam al-Bukhari. Nama Imam al-Bukhari tercatat dalam sejarah umat Islam yang mengumpul banyak hadis Rasulullah SAW. Demikianlah peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Syawal sebagaimana yang dikongsikan oleh Ust Ahmad Dusuki untuk iktibar kita bersama.
Mostrar todo...
Anakku Bijak BACA n TULIS 😍: 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙄𝙉𝙂𝘼𝙏𝙄 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙎𝙏𝙄𝙒𝘼 𝙋𝙀𝙉𝙏𝙄𝙉𝙂 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙍𝘼𝙃 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙎𝙔𝘼𝙒𝘼𝙇 Terdapat lapan peristiwa penting dalam sejarah Islam sepanjang Syawal yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan. Antaranya ialah: 1. Perang Uhud. Peperangan itu berlaku pada 15 Syawal tahun ketiga Hijrah. Kaum kafir Quraisy datang untuk menyerang kembali Rasulullah SAW dan umat Islam disebabkan mahu membalas dendam selepas tewas dalam Perang Badar setahun sebelumnya. Sebelum peperangan, terdapat pertembungan sahabat yang mana golongan muda mahukan pertempuran diadakan di luar Madinah. Sementelah, golongan berusia mahukan agar ia diadakan di dalam Madinah, tanah air mereka. Lalu, Rasulullah SAW pun membuat undian. Suara majoriti memilih pertempuran di luar Madinah. Pada awal perjalanan dari Kota Madinah ke Bukit Uhud, terdapat 1,000 tentera Islam yang dipimpin Rasulullah SAW mengikuti baginda. Namun, selepas dihasut oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, 300 orang daripada mereka berpaling tadah. Tinggallah 700 orang yang melawan 3,000 tentera Quraisy. Pada masa itu, Rasulullah SAW telah berpesan kepada tentera pemanahnya supaya tidak meninggalkan kawasan atas bukit berkenaan sama ada mereka menang atau kalah. Akhirnya berlakulah pertempuran. Ketika itu, Khalid al-Walid yang belum lagi memeluk Islam meletakkan harta yang dibawa dari Kota Makkah sebelum berpaling kerana terlalu banyak anak panah meluru. Beliau melarikan diri. Oleh sebab salah faham, tentera pemanah Islam menyangkakan peperangan sudah berakhir kerana musuh sudah lari. Mereka pun turun. Ketika itu Khalid al-Walid kembali dan menuju ke tempat yang strategik yang diduduki oleh tentera Islam sebelumnya. Melihat keadaan itu, para sahabat dan tentera Islam lari bertempiaran mencari posisi masing-masing. Ramai tentera Islam yang gugur syahid termasuklah bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Hamzah bin Abdul Mutalib. Menambahkan lagi kedukaan hari mereka apabila dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW juga telah wafat. Namun, Rasululullah SAW sendiri memberitahu bahawa baginda masih hidup. Ketahuilah, peristiwa Perang Uhud itu sebenarnya mahu membangkitkan keyakinan kita dengan Islam. Masakan tidak, disebabkan masuknya bulan Syawal, ada segelintir orang keyakinannya terhadap Islam mulai goyah. Masakan tidak, kita terlalu makan dengan banyak hinggakan banyak ‘projek’ telah masuk dalam hidup. Kita mulai kembali balik dalam keadaan keraguan terhadap YANG MAHA ESA. Inilah bahayanya. 2. Perang Khandaq. Ia berlaku mulai bulan Syawal hinggalah awal bulan Zulkaedah tahun kelima Hijrah. Perang Khandaq ataupun dikenali sebagai Perang Ahzab menjadi pertempuran terbesar dalam bulan Syawal. Graf kebesarannya dapat dilihat apabila setiap kali bulan Syawal, umat Islam yang bertakbir pasti akan menyebut kalimah ‘wahazamal ahzaba wahdah’ (dan ALLAH hancurkan tentera-tentera Ahzab dengan keesaan-NYA). Bayangkan, tentera kafir dan Yahudi mengepung Rasulullah SAW dan para sahabat. Untuk mempertahankan Madinah, Rasulullah SAW dan kaum Muslimin menggali parit. Ia merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Salman al-Farisi iaitu sahabat Rasulullah SAW dari Iran. Jumlah tentera kafir ketika itu 10,000 orang berbanding 3,000 tentera Islam. Namun, saat tentera Islam hampir tewas, datang ribut yang kencang dengan angin dingin yang menyejukkan hingga masuk ke dalam sumsum tulang tentera kafir. Waktu itu, mereka lari bertempiaran. ALLAH SWT turunkan ‘tentera-tentera-NYA’ yang tidak dapat dilihat. 3. Perang Bani Qainuqah. Perang itu berlaku dalam bulan Syawal yang mana pasukan Islam pimpinan Rasulullah SAW memerangi kaum Yahudi. 4. Perang Bani Sulaim. Ia berlaku pada bulan Syawal tahun kedua Hijrah di Quraqah al-Kurar iaitu daerah penghubung antara Kota Makkah dan Madinah. Ia menyebabkan pertempuran tidak berlaku berikutan pasukan Bani Sulaim dan Ghatfan lari terlebih dahulu mendengar kemaraan tentera pimpinan Rasulullah SAW.. 5. Perang Hunain. PERIHAL tentang Perang Hunain yang diceritakan menerusi Tarikh nama oleh Muhammad Bal’ami.
Mostrar todo...
💢 TANDA TANDA KANAK-KANAK MANGSA DERA 💢 👧🏻 Sering mendengar tangisan & jeritan 👧🏻 Kanak-kanak terkurung dalam rumah 👧🏻 Tidak dihantar ke sekolah 👧🏻 Tidak bermain diluar rumah ⚠️ Jiran Jiran Tolong Alert ☎️ Hubungi 15999
Mostrar todo...
Full Kuliah: Jiran Yang Menyakitkan & Hati Jadi Spongebob
Mostrar todo...
Tajuk: Sunnah Dapatkan Keberkatan Pada Makanan
Mostrar todo...
Kalam salafussoleh | *ISTIQAMAH SELEPAS RAMADAN* Diceritakan bahawa telah mengadu kepada seorang salafussoleh: Terdapat satu kaum ini hanya bersungguh-sungguh beribadah pada bulan Ramadan sahaja (selepas itu bermalasan), lalu salaf tersebut menjawab: Hinalah satu kaum yang hanya mengenali Allah pada bulan Ramadan semata-mata sedangkan seorang orang soleh ialah mereka yang berterusan menyembah dan beribadah kepadaNya sepanjang tahun. (Kitab Lataif al-Maarif oleh Ibnu Rejab) ================ *FADHILAT PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL* 🕌 Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : _*“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.*_ (Riwayat Muslim, Kitab ash-Shiyam, Bab Istihbabu Shaumi Sittati Ayyami Min Syawwalin Ittibaa’an Li Ramadhana, no. 1164) ‼️ Ayuh kita perbaiki, kekalkan tingkat amal kita dalam bulan Ramadan sama seperti hari-hari lain & tambahbaik amalan kita dengan amalan yang terbaik ‼️
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #82 Anas bin Malik رضي الله عنه berkata bahawa Nabi ‎ﷺ selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali." Abu 'Isa رضي الله عنه berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi ‎ﷺ berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air." Hadis Riwayat Tirmizi
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #81 Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Sesungguhnya bagi Allah orang yang dilepaskan daripada api neraka pada setiap hari dan setiap malam (bulan Ramadan). Setiap hamba (orang) daripada mereka mempunyai doa yang mustajab." Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Nu'aim
Mostrar todo...
Hai semua...dah baca AlQuran satu jam... Atau setengah jam? Eh xkan xboleh kot... Screentime brp  jam... Cer check... Lebihkanlah perbuatan baik yang Allah lebih suka.. Yang akan menjadi teman setia dalam kubur yang gelap... Yang akan memberatkan timbangan amal baik.. yang kekal hingga ke Syurga.. Kita hanya ada 24jam Tolak 5jam tido Tolak 8jam kerja Tolak 3jam makan2 Berbaki brp? Wudu, Solat, Zikir.. 3jam? Ambil 1 jam paling kurang untuk refer kpd Warkah mulia dari Allah💙 Di dalamnya Allah kenalkan diriNYA kepada kita.. Di dalamnya, Allah beritahu sbhgn yang ghaib..😢 Di dalam ada harapan bagi yg berdosa..😭 Di dalamnya, ada petunjuk dlm permasalahan hidup.. 🤲 Di dalamnya Allah pimpin kita ke Syurga💙💜💚
Mostrar todo...
Tajuk: Suara Neraka - Hari Lebur Kaseh Sayang
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #80 Salman Al-Farisi رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya di hadapan Allah memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong." Hadis Riwayat Tirmizi
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #79 Abi Said al-Khudri رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur." Hadis Riwayat Ahmad
Mostrar todo...
*💙MATA ADALAH RODA KITA DI SIRATH...🖊️* . Sebab di antara pandangan-pandangan yang di jaga dari yang harom itu adalah sebab yang sangat kuat untuk melalui shirat dengan cepat dan mulus. . Di antara pandangan yang bisa membuat kita cepat melalui sirat adalah : 1) Memandang kaum mukminin dengan pandangan rohmat dan kasih sayang . 2) Memandang kaum sholihin dengan pandangan pengagungan dan penuh cinta . 3) Memandang orang-orang fasiq, ahli maksiat dan kekafiran dengan iba dan kasihan kepada mereka . 4) Memandang alam semesta ini dengan pandangan ( tafakkur ) yang mengingatkan kita kepada keajaiban Allah Ta'ala . 5) Menggunakan mata itu untuk memandang huruf-huruf, kalimat-kalimat al-Qur'an firman Allah Ta'ala . 6) Menggunakan mata kita dengan memandang kepada kalimat-kalimat yang keluar dari ucapan Nabi Muhammad ﷺ dalam haditsnya . 7) Menggunakan mata kita dengan memandang kalam kalam yang tertulis dari ucapan kaum 'Arifin dan Sholihin . 8) Menggunakan mata kita untuk memandang setiap Syiar-Syiar agama Allah dengan penuh pengagungan . Pandangan yang semacam ini akan membantu engkau untuk meluncur melalui Shirat dengan cepat. . Mudah mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang sholeh... . Aamiin... (Al Habib Umar bin Hafidh)
Mostrar todo...
Saqr, 2/23) 5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal. Hujjah ulama yang mengharuskannya Datang dari hadith:- " Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103). Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah. KESIMPULAN Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini adalah, terdapat IJTIHAD ULAMA yang membolehkan gabung dan wujud juga yang tidak membolehkan, justeru persoalan UTAMA yang tinggal kini boleh BOLEH ATAU TIDAK MENGGABUNGKAN tetapi lebih kepada manakah kaedah yang terbaik untuk DIRI. Jika ditanya kepada saya, jawabnya adalah SANGAT ELOK tidak digabungkan JIKA MAMPU DAN BERKINGINAN GANJARAN TERBESAR, justeru elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal); Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai RUKHSAH "keringanan" bagi mereka yang mempunyai KESUKARAN kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain. Sekian Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Mostrar todo...
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi Salla Allahu 'Alaihi wasallam :- ‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010) Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala. Isu Gabung Sunat & Qadha Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :- Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi Salla Allahu 'Alaihi wasallam dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik. Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :- 1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan banyak lagi rekaan ibadah secara gabungan yang baru. 2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam. 3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut : كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101) 4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah
Mostrar todo...
PUASA GANTI & PUASA SUNAT SYAWWAL Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya. " kau , dah hari ker berapa dah?" "aku dah 5 hari dah ni" "esok aku raya (sunat syawal)" Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini. Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'. Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah. NAMUN, ada juga bertanya, habis jika ia ditanya orang atau ketika dipelawa makan? adakah ingin senyap sahaja? Pertanyaan ini kelihatan sepatutnya mampu disesuaikan dengan nasihat di atas tanpa perlu bertanya lagi. Namun di zaman semua perlu dijelas satu persatu ini, kelihatan semua gagal menggunakan kebijaksanaan memahami mesej dari sebuah nasihat maka memilih untuk membangkang dan membantah. APA YANG dinasihati adalah semua kita berhati-hati agar kita tidak sesuka hati mengumumkan kita berpuasa atau jumlah bilangan puasa kita dan diikuti dengan rasa ingin menunjuk-nunjuk. Jika diperlukan sekadar menjawab persoalan dan mampu pula dijaga hati agar tidak sum'ah dan tidak pula berlebihan berbicara berkenaannya, seperti menyambung jawapan pertanyaan dengan menyebut jumlah hari yang sudah berpuasa, ditambah pula dengan adakalanya 'memperlekehkan' jumlah puasa orang lain dan yang sepertinya, maka SEKADAR menjawab 'berpuasa' wajarlah tiada masalah dan TIDAKLAH TERMASUK dalam larangan yang dinasihati. Demikian juga bagi mereka yang memaklumkan puasanya dia kepada ahli keluarga atau rakan dengan niat mendorong kepada kebaikan, maka itu jika dilakukan dengan hati yang terkawal dan niat baik, TIDAK JUGA termasuk dalam riya' dan sum'ah yang merosakkan. Insha Allah. Apapun perlu berhati-hati sentiasa kerana Syaitan itu amat licik dalam usaha melencongkan niat manusia seluruhnya. ISU BERULANG SETIAP TAHUN Satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan. Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021) Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. ELOKLAH dia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun). Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu. Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Mostrar todo...
7 SITUASI KESIHATAN DI RUMAH YANG PERLU RAWATAN SEGERA 🆘 Serangan penyakit asma 🆘 Serangan jantung 🆘 Strok 🆘 Keracunan makanan 🆘 Luka yang dalam atau luka akibat tusukan 🆘 Reaksi alahan 🆘 Terbakar atau melecur
Mostrar todo...
Pesan Nabi SAW عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ _*Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam."*_ (HR Bukhari No: 5673) Status: Hadis Sahih
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #78 Amru Al-Ash رضي الله عنه berkata sesungguhnya Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur." Hadis Riwayat Muslim
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #77 Ibnu Umar رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya." Hadis Riwayat Bukhari
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #76 Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Hinalah seseorang yang apabila namaku disebut di sisinya, lalu dia tidak berselawat kepadaku. Hinalah seseorang yang apabila Ramadan datang kepadanya, lalu dia melaluinya begitu sahaja (menghabiskannya) tanpa diberikan keampunan kepadanya. Hinalah seseorang yang sempat bersama kedua orang tuanya yang sudah tua di sisinya, tetapi keberadaan keduanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana dia tidak melakukan kebaikan dan menyantuni mereka)." Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmizi
Mostrar todo...
Kemuliaan seseorang ada pada tiga hal 1️⃣ Menyembunyikan kefakiran sampai orang menyangka dia serba cukup 2️⃣ Menyembunyikan marah sampai orang menyangka dia ikhlas 3️⃣ Menyembunyikan kesusahan sampai orang menyangka dia sentiasa senang Imam Syafi'e رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى
Mostrar todo...
Tajuk: Ganjaran Puasa Enam Hari Dalam Syawal
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #75 Abu Dzar رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Kaum hartawan itu di hari kiamat kelak mereka miskin. Kecuali orang-orang yang dikurnia Allah kebajikan, lalu dibagi-bagikannya hartanya itu ke kanan dan ke kirinya, ke muka dan ke belakang (kepada orang-orang di sekitarnya), dan dia beramal kebajikan dengan hartanya itu." Hadis Riwayat Muslim
Mostrar todo...
D O A S O L A T M A L A M Nanti bila bangun solat malam boleh baca doa ini, doa yang dibaca oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani "Wahai Tuhanku, telah datang menyembah kepadaMu pada malam ini orang yang datang menyembah. Dan telah mengharap kepadaMu orang yang mengharap. Dan telah memohon limpah kurnia dan kemurahanMu orang yang memohon. Dan pada malam ini Engkau kurniakan hadiah-hadiah serta anugerah-anugerah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dari kalangan hamba-hambaMu. Engkau jua mengharamkannya daripada mereka yang belum dapat inayah (penjagaan) dariMu. Inilah aku, seorang hambaMu yang selalu mengharapkan kurnia dan kebaikanMu. Jika Engkau wahai Tuhanku, memuliakan pada malam ini ke atas seseorang dari hamba-hambaMu dan Engkau bermurah hati ke atasnya dengan sesuatu dari belas ihsanMu, maka sampaikanlah selawat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ‎ﷺ serta ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan bermurah hatilah ke atasku dengan kurniaMu dan kebaikanMu wahai Tuhan sekalian alam." Selepas tu mohonlah segala hajat dan permintaan kita kepada Allah
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #74 Abu Malik al-Haris ibn 'Asim رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solat itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap orang keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat)." Hadis Riwayat Muslim
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #73 Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar." Hadis Riwayat Ahmad
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #72 Aisyah رضي الله عنها berkata bahawa, "Rasulullah ﷺ pernah berdiri solat malam sedangkan aku berbaring di atas tikarnya. Apabila baginda melaksanakan solat Witir, baginda membangunkan aku hingga aku pun bangun mengerjakan solat Witir." Hadis Riwayat Bukhari
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #71 Nabi ‎ﷺ bersabda, "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum." Hadis Riwayat Bukhari
Mostrar todo...
ANDAI AJAL DALAM TIDUR. *EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.* Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu: 1. Sebelum khatam al-Quran. 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat. 3. Sebelum para muslimin meredhai engkau. 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah". Bertanya Siti Aisyah: “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “ Rasulullah tersenyum dan bersabda: 1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “ 2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “ 3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau “ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x ) 4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar " ( 3x ) Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah... Senafas Ke Barzakh
Mostrar todo...
Untuk segala cita-cita dan impian yang sedang diperjuangkan, semoga Allah menguatkan kita dan memudahkan jalannya menuju kejayaan.
Mostrar todo...
Sedeqah itu luas.. Seperti yang Nabi SAW telah tunjukkan.. Senyum Bersedeqah ... dgn tenaga cth memasak, membantu org dlm kesusahan, mbuang halangan di jlnn dan byk lagi
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #70 Muaz bin Jabal رضي الله عنه berkata bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda, "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari." Hadis Riwayat Ahmad
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #69 Abu Zar رضي الله عنه berkata Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Senyuman yang kamu beri kepada saudaramu (yang Islam) ialah sedekah, kamu menyuruh sesiapa membuat kebaikan dan mencegah sesiapa daripada kemungkaran ialah sedekah, menunjukkan jalan kepada sesiapa yang tersesat ialah sedekah, menunjukkan jalan kepada orang yang lemah penglihatan ialah sedekah, mengetepikan batu, duri, tulang (dan lain-lain) dari jalan ialah sedekah, kamu mengisi timba saudaramu dengan air daripada timbamu adalah sedekah." Hadis Riwayat Tirmizi
Mostrar todo...
Tajuk: Mata Wang Akhirat
Mostrar todo...
*🕋Assalamualaikum* *Mutiara Al Quran hari ini* *Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa* sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, *supaya kamu bertaqwa.* *(Al-Baqarah 2:183)*
Mostrar todo...
"Hak seseorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara. Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam. Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu. Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya. Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan mendoakannya. Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya. Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya" Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Mostrar todo...