cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Izzati Elya 🇲🇾

Bangunlah pemuda! Kita ada dunia untuk didamaikan. Kita ada akhirat sebagai nikmat pembalasan. Semoga kita tergolong dalam golongan "Generasi Yang Dinanti-nantikan" ❤️

Mostrar más
Malasia12 609El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad12 890
Advertising posts
7 292Suscriptores
-124 hours
-107 days
-7130 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

1. Dari drama "Queen of Tears" kita belajar bahawa, perkahwinan tidak cukup jika hanya berbekalkan rasa cinta semata-mata kerana seiring berjalannya waktu rasa cinta itu boleh memudar. 2. Perkahwinan tak selalu indah seperti yang disangka. Akan selalu ada badai yang datang melanda. Maka dari itu, komunikasi, tanggungjawab, saling percaya, toleransi, dan sabar antara pasanganlah yang akan menguatkan bahtera rumahtangga. 3. Last but not least, penting untuk tahu arah tuju mahligai yang dibina mahu di bawa sampai ke mana? Apakah sampai ke kampung akhirat bersama atau hanya sekadar di dunia sahaja? Apa pula pengajaran yang korang dapat daripada drama "Queen of Tears"? Cuba share dekat ruangan komen. 👍🏻 --- p/s: Sekali-sekala refleksi drama. Mana yang baik boleh diambil. 😊👍🏻
Mostrar todo...
14
• • • ﷽ "Bersyukurlah kamu sekiranya diuji Allah. Anggap saja ujian itu sebagai umpan bagi memancing rahmat yang besar di akhirat sana. Allah tidak akan sesekali membebankan kamu kecuali sesuai dengan kesanggupanmu. Anggap saja ujian itu kecil dan senyumlah menghadapinya. 😊 Sekiranya manusia dapat melihat apa yang Allah sediakan kelak, pasti mereka akan meminta kepada Allah supaya ujiannya ditimpakan terus menerus ke atas mereka." (Habib Ali Zaenal Abidin) -Izzati Elya #perempuanbertumbuh #izzatielya
Mostrar todo...
50👍 5🥰 3
• • • ﷽ Ramadan adalah bulan pesta ibadah. Ibadah bukan sesuatu yang memenatkan. Ia adalah rehat yang kita semua perlukan. Ibadah adalah kerehatan bagi orang-orang yang beriman 🥰❤️ "Ya Rabb. Hadirkan lah rasa lazat dalam hati kami ketika melakukan ketaatan, jauhkanlah rasa lazat dalam hati kami ketika melakukan kemaksiatan." 🤲🏻 Tag kawan korang. Spread the love! ❤ #perempuanbertumbuh #izzatielya
Mostrar todo...
45👍 7🥰 2
• • • ﷽ Hati kalau cantik, semuanya akan jadi cantik. Aura kecantikan seorang perempuan itu akan terpancar daripada jiwa dan hatinya yang bersih. Jauhkanlah daripada hati yang asyik mengharapkan untuk dipandang manusia. Cantik yang menurut manusia, berjaya yang menurut manusia, bahagia yang menurut manusia; jauhkan. Jadilah perempuan yang cantik menurut Allah, berjaya yang menurut Allah, bahagia yang menurut Allah; nescaya kamu akan menjadi wanita gembira yang sesungguhnya. -Izzati Elya #perempuanbertumbuh #izzatielya
Mostrar todo...
89👍 10🥰 5💯 4🕊 1
DAPATKAN RAMADAN E-PLANNER SECARA PERCUMA😍 Berita gembira buat Sistahood Community!!!🥰 Anda boleh dapatkan e-planner ini secara percuma. TAPI........ ▶️ Jika anda berhajat ingin memberikan sumbangan ikhlas atas e-planner ini juga boleh di buat. Sumbangan ikhlas ini akan digunakan untuk progam yang akan Sistahood lakukan sepanjang tahun.   ▶️ SILA TEKAN LINK INI : https://ezy.la/RamadanE-Planner SEMOGA BERMANFAAT 🥰 "Sistahood, back to the root"
Mostrar todo...
7👍 1🔥 1👏 1
• • • ﷽ Apa yang membuatmu sedih, lepaskanlah. Apa yang membuatmu senyum, pertahankanlah. Ketahuilah bukan perasaan itu yang utama, tetapi keredaan Allah itulah parameter bahagia yang sesungguhnya. - Habib Umar bin Hafidz #perempuanbertumbuh #izzatielya
Mostrar todo...
41🕊 4
🧕🏻🕌 [ JOM SISTAHEALING WITH QURAN ]🧕🏻🕌 🗓️ 28 MAC 2024 | 17 RAMADAN 1445H 🏢 Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam ⏰ 1.00 - 4.00 Petang 🗓️ Pengisian: 1. Ceramah: Tahsin Tajwid & Bacaan Quran (Ustazah Hazwani) 2. Ceramah: Al-Quran | The Eternal Light (Ustazah Izzati Elya) 3. Game/Kuiz 4. Energizer Buat julung-julung kalinya, Sistahood Community akan berkolaborasi dengan Yayasan Ade Azhar untuk program Malam Berjuta Rahsia Al-Quran 2024 bersempena dengan Nuzul Quran, biiznillah. 🥰 JOM SERTAI KAMI!!! DAFTAR SEKARANG!!! Tekan link ▶️ https://ezy.la/izzatielya #malamberjutarahsiaalquran2024 #sistahealingwithquran #sistahoodcommunity #yayasanadeazhar
Mostrar todo...
👍 6
🧕🏻🕌 [ JOM SISTAHEALING WITH QURAN ]🧕🏻🕌 🗓️ 28 MAC 2024 | 17 RAMADAN 1445H 🏢 Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam ⏰ 1.00 - 4.00 Petang 🗓️ Pengisian: 1. Ceramah: Tahsin Tajwid & Bacaan Quran (Ustazah Hazwani) 2. Ceramah: Al-Quran | The Eternal Light (Ustazah Izzati Elya) 3. Game/Kuiz 4. Energizer Buat julung-julung kalinya, Sistahood Community akan berkolaborasi dengan Yayasan Ade Azhar untuk program Malam Berjuta Rahsia Al-Quran 2024 bersempena dengan Nuzul Quran, biiznillah. 🥰 JOM SERTAI KAMI!!! DAFTAR SEKARANG!!! Tekan link di bio. ▶️ https://ezy.la/izzatielya
Mostrar todo...
• • • ﷽ InsyaAllah. Sistahood akan gunakan duit infaq ini khusus untuk beri makanan kepada orang yang berbuka puasa. 🍱🍛 Sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut." Riwayat al-Tirmidzi: 807 Jadi, bagi yang ingin infaq atau berikan sumbangan boleh salurkan melalui: 1. Scan QR akaun di poster 2. ⁠Tekan Link Onpay: https://sistahood.onpay.my/order/form/infaqsista "Sistahood, Back to the Root"
Mostrar todo...
👍 5 3
• • • ﷽ Sebelum memasuki bulan Ramadan yang mulia... Saya ingin memohon kemaafan buat semua yang mengenali saya sama ada secara bersemuka atau alam maya. Kalau ada hutang yang tak terlangsai, mohon pm saya segera ya. Maafkan atas segala khilaf dan kekurangan diri saya. 🙏🏻 Mohon doakan juga agar diri saya dapat istiqamah atas jalan yang diredai-Nya. Harapan saya mahu memasuki bulan mulia ini tanpa bermusuhan dengan sesiapa. 😇 Semoga Ramadan tahun ini lebih baik berbanding dengan Ramadan sebelumnya. Ameen☺️🤲🏻 Faqir ilallah, Izzati Elya.
Mostrar todo...
37👍 7