cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Majlis Ilmu Malaysia

- Channel Telegram Majlis Ilmu Malaysia - Poster Majlis Ilmu Dan Maulid

Mostrar más
Malasia19 285El idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Publicaciones publicitarias
3 690
Suscriptores
+224 horas
+97 días
+4230 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Mostrar todo...
Curang dan setia adalah pilihan hamba, namun di bawah lingkungan qada dan qadar Allah ﷻ. Kesilapan diri sendiri lalu dipalitkan dengan qada qadar merupakan kesilapan berganda. Bila bicara perbuatan hamba sebagai hukum biarlah dalam ruangan hukum. Bila bicara akidah pula biarlah dijadikan asas di tempatnya, barulah tidak timbul porak peranda. Namun yang paling penting asas akidah sebagai benteng sebelum menyelam di pelbagai lapangan dunia. kredit : Abdul Rashid Muhamat Akip
Mostrar todo...
23👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Festival Sunnah 7.0 3 Oktober Hingga 5 Oktober 2024 Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Untuk Update Info Maulid Dan Majlis Ilmu Seluruh Malaysia: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
Mostrar todo...
4
Assalamualaikum semua, nak minta jasa baik semua untuk sebarkan link Channel Info Maulid boleh? Moga lebih ramai lagi dapat update berkaitan Majlis Ilmu dan Maulid Link : https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E Boleh share ke group-group dan status masing-masing InshaAllah Terima kasih yaa semua🤍
Mostrar todo...
Info Maulid | WhatsApp Channel

Info Maulid WhatsApp Channel. Sebarang perkongsian poster atau info majlis boleh hantar ke admin Syifa 01172927551 Sekiranya ingin mengiklankan perniagaan anda di channel Whatsapp Info Maulid, sila berhubung dengan admin Syifa : 01172927551. 9.1K followers

1👌 1
BERIKUT 15 CIRI-CIRI MENGENAL WAHHABI: 1. Bukan semua individu yang meninggalkan bacaan Qunut itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang menyerupakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan makhlukNya dan mensifatkanNya dengan anggota maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Tanbihat Fi Rad ‘Ala Man Tawwala al-Sifaat, Karangan Ibn Baz, terbitan Riasah ‘Ammah Lilifta’, Riyad, hlm 19). 2. Bukan semua individu yang meninggalkan Shalat Sunnah Qabliyyah sebelum Jum’at itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah serta menghalalkan darah mereka itu maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab Min Masyahir al-Mujaddidin Fi Islam, terbitan Riasah ‘Ammah Lilifta’, Riyadh, hlm 32. Kitab Fathul Majid karangan Abdul Rahman, terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh, hlm 353. Kitab Manhaj Asya’irah fil Aqidah, karangan Dr Safar al-Hawali, hlm 5, 16 dan 29. Kitab Lal-Maturidiyyah Wamauqifuhum Minal Asma’ Wa Sifaat, karangan Syamsul Salafi al-Afghani, 10,11 dan 44. Kitab al-Tauhid, terbitan tahun 1423 H, hlm 66-67, dimana ulama Wahhabi Soleh Fauzan al Wahhabi berkata: فهؤلاء المشركون هم سلف الجهمية والمعتزلة والأشاعرة “Maka golongan musyrik tersebut adalah salaf firqah al-Jahmiyyah, al-Muktazilah dan al-Asya’irah (Asy’ariyyah)”. 3. Bukan semua individu yang tidak mengumandangkan adzan sebanyak 2 kali pada hari Jum’at itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan umat Islam yang bertawassul dengan Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam dan menghalalkan darah serta harta mereka maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab al-Tauhid karangan Shaleh Fauzan, hlm 70). 4. Bukan semua individu yang meninggalkan majelis Tahlil (Tahlilan) kepada si mayyit itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mensifati Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan duduk bersemayam, menetap, bergerak, dan berpindah-randah maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Fathul Majid, karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab, cetakan Darul Salam, Riyadh, hlm 356. Kitab Fatawa Aqidah, karangan Ibn al-Utsaimin, hlm 742). 5. Bukan semua individu yang mendakwa dan mendengungkan dia mengikut al-Quran dan as-Sunnah itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan orang yang mengikut mazhab-mazhab yang muktabar (seperti madzhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Hanbali), menghalalkan darah mereka serta menganggap taqlid kepada imam-imam mazhab itu adalah syirik maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab al-Din al-Khalish, karangan al-Qanuji, jilid 1 hlm 140 dikatakan: تقليد المذاهب من الشرك “Mengikut mazhab-mazhab yang muktabar adalah syirik”. Dengan ini, mereka telah mengkafirkan mayoritas umat Islam di seluruh dunia pada hari ini dan umat Islam sebelumya yang beramal dan bertaklid kepada mazhab-mazhab yang empat). 6. Bukan semua individu yang membayar zakat Fitrah dengan mengeluarkan bahan makanan seperti beras itu Wahabi, tetapi siapa saja yang melarang atau mengharamkan perjalanan dengan tujuan untuk menziarahi maqam Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam itu maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Tahqiq Wal Idhoh Likathir Min Masail al-Haj Wa al-‘Umrah, hlm 88, 89, 90,dan 98). 7. Bukan semua individu yang meninggalkan ucapan Sayyidina “سيدنا” ketika bersholawat kepada Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengharamkan majelis Maulid Nabi dan mengkafirkan pelakunya maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Llihat: Kitab al-Tauhid, karangan Shaleh bin Fauzan, Riyadh, hlm 166 dan 120. Kitab Tahzir Min al-Bid’ah, karangan Ibn Baz, hlm 3, 4, 5 & 5).
Mostrar todo...
2
8. Bukan semua individu yang tidak mengamalkan membaca Quran Surah Yasin (Yasinan) pada malam Jum’at adalah Wahabi, tetapi siapa saja yang mengharamkan bacaan al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia maka tidak diragukan lagi dia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Taujihaat Islamiyyah, karangan Muhammad Zainu, Riyadh. Hlm 137). 9. Bukan semua individu yang meninggalkan doa dan dzikir setelah shalat itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengharamkan amalan bertabarruk dengan Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam dan menuduh orang yang melakukannya dengan syirik serta menghalalkan darah mereka maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab Islamiyyah La Wahhabiyyah, karangan Nashir bin ‘Abdul Kareem Al-‘Aqal, hlm 87. Kitab Tahzir al-Sajid Min Ittikhaz al-Qubur Masajid, hlm 68-69). 10. Bukan semua individu yang tidak melafadzkan niat (seperti niat shalat Usholli, niat Puasa Ramadhan, dll) itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang meyakini bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala duduk atau bersemayam di atas ‘Arasy (langit) maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Majalah Haji, Edisi 9 jilid 11, 1415 Hijriyyah, Makkah 73-74). 11. Bukan semua individu yang mengatakan bahwa pahala bacaan al-Quran (seperti hadiah Al-Fatihah) tidak sampai kepada si mayyit melainkan dengan cara berdoa itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengingkari kenabian Adam ‘Alaihis Salam maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab al-Iman bil Anbiya’ Jumlatan, karangan Abdullah bin Zaid, cerakan Maktabah Islami, Beirut. Kitab Syarah Thalathah al-Ushul, karangan Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, Dar al-Thurauyya Linnasyr, hlm 149). 12. Bukan semua individu yang melarang pembangunan di atas kuburan yang diwakafkan itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan para Sufi dan menganggap pembunuhan terhadap golongan Sufi adalah suatu perkara yang wajib maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Majmu’ al-Mufid Min ‘Aqidah al-Tauhid, Maktabah Darul Fikr, Riyadh, hlm 102). 13. Bukan semua individu yang mensifati Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan istiwa’ dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mentafsirkan istiwa’ yang warid di dalam al-Quran dengan makna duduk bersemayam (الجلوس) maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Nazarot Wa Ta’aqubat ‘Ala Ma Fi Kitab Al-Salafiyyah, karangan Shaleh bin Fauzan, Cetakan Darul Watan Riyadh, hlm 40). 14. Bukan semua individu yang tidak menyebut sifat 20 di dalam kitab-kitab mereka dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mensifatkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan anggota badan maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab Tanbihaat Fi Rod ‘Ala Man Taawwala al-Sifat, karangan Bin Baz, hlm 19). 15. Bukan semua individu yang tidak mengusap tangan ke muka setelah berdoa dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengharamkan ucapan Shodaqollohul ‘Adzim (صدق الله العظيم) setelah selesai membaca al-Quran, maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Majalah Buhuth Islamiyyah, terbitan Riyasah Buhuth Al-‘Alamiyyah wa al- Ifta’, Edisi 45 tahun 1416 H, Riyadh, hlm 94. Kitab Taujihaat al-Islamiyyah, karangan Muhammad Zainu, hlm 81. Kitab al-Bahthu wa al-Istiqra’ Fi Bida’ al Qurra’, karangan Dr Muhammad Musa Nasr). Melalui 15 perkara atau ciri yang telah disebutkan di atas maka kita sebagai pengikut ahlussunnah wal jama’ah dapat dengan mudah membedakan dengan pasti hakikat sebenarnya sipakah Wahhabi, mana yang termasuk golongan Wahhabi dan mana yang bukan Wahhabi. Mungkin masih banyak lagi perkara atau ciri-ciri yang menandakan seseorang itu Wahhabi atau bukan, bisa saja lebih dari 15 perkara di atas. Yang jelas, kelima belas ciri-ciri tersebut bisa dijadikan pedoman bagi kita untuk mendeteksi secara dini “kewahabian” dalam diri sendiri atau orang lain agar tidak terjerumus lebih jauh ke dalam firqah tersebut karena kadang kala seseorang itu sudah terpengaruh faham Wahhabi tetapi tidak disadari.
Mostrar todo...
2
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala melindungi kita dan keluarga kita dari fitnah akhir zaman, fitnah Syiah, fitnah Wahhabi, fitnah Yahudi Nasrani, dan fitnah Dajjal.
Mostrar todo...
Repost from PenHitamOfficial
Photo unavailableShow in Telegram
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dukacita dimaklumkan, kita baru sahaja kehilangan seorang permata Ulama dari kalangan Muhaddithin iaitu Sayyidi Asy-Syaikh Ibrahim Al-Kittani Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mulia di sisi Allah SWT, Aamiin
Mostrar todo...
😢 15
Photo unavailableShow in Telegram
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS KHATAM AL-QURAN KALI KE-49 ANJURAN PERSATUAN HALAQAH AL-QURAN DAN TAHSIN TILAWAH BESTARI DENGAN KERJASAMA MASJID ABU DARDA' Assalamualaikum dan selamat sejahtera, YB / Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Halaqah Al-Quran dan Tahsin Tilawah Bestari akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-49 seperti ketetapan berikut; Tarikh : 23 Jun 2024 (Ahad) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Masjid Abu Darda', Nilai Impian 3. Objektif Majlis ini antara lainnya adalah; i. Menanam sikap menyanjungi Al-Quran dan memuliakan Al-Quran. ii. Menarik minat orang ramai membaca dan berusaha mengkhatamkan Al-Quran. iii. Menyemaikan minat orang ramai menyertai program-program keagamaan. iv. Mempelbagaikan dengan tilawah, tadabbur dan haflah, seni dalam bacaan Al-Quran. v. Menghayati Surah melalui Tadabbur Al-Quran. Pengesahan Kehadiran boleh ke nombor tertera : http://www.wasap.my/601123940913/khatam49 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Admin Persatuan Halaqah Al-Quran di talian 011-2394 0913 (Cik Nurul Shazura Shazlen). Kerjasama YB / Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Mostrar todo...
1
Repost from PenHitamOfficial
https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E Jom ajak sahabat dan ahli keluarga join channel Info Maulid nak? Moga lebih ramai lagi dapat update mengenai majlis-majlis ilmu dan maulid Sebarkan semoga menjadi pahala jariah untuk kita semua🤍
Mostrar todo...
Info Maulid | WhatsApp Channel

Info Maulid WhatsApp Channel. Channel Rasmi Info Maulid ‎

https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E

Sekiranya Anda Mempunyai Info Poster Majlis, Boleh Share Kepada; +60198846403 (Admin 2) Semoga Menjadi Pahala Jariah. 8.4K followers

2👍 1
Elige un Plan Diferente

Tu plan actual sólo permite el análisis de 5 canales. Para obtener más, elige otro plan.