es
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Canal cerrado

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Mostrar más
1 021
Suscriptores
-124 horas
-17 días
-730 días
Archivo de publicaciones
**** “Wazif, awak tak perlu pun manjakan Akid macam ni. Nanti dia terbiasa.” “Tak apalah. Bukan salah saya nak manjakan Akid. Dia dah macam anak saya.” “Tapi dia bukan anak awak, Wazif!” Kenyataan Afya itu membuatkan Wazif tersentak. Terasa hatinya seperti dicucuk jarum halus. Kemudian, dia berdiri berhadapan Afya. “Saya tahu itu. Tapi, tak salah kan kalau saya nak anggap dia sebagai anak saya? Dia pun dah anggap saya sebagai papa.” “Tapi saya tak nak, Wazif. Saya tak nak beri awak apa-apa harapan.” “Harapan? Saya tak pernah berharap apa-apa daripada awak, Afya.” Wanita itu terdiam. Lidah Afya seperti hilang untuk melawan bicara Wazif. Ketika itu, Wazif sedar akan sesuatu. “Awak tahu isi hati saya tak pernah berubah, kan?” “Maaf, Wazif. Saya rasa, kami tak boleh keluar dengan awak lagi. Cukup sampai sini. Saya tak boleh biarkan anak saya menagih simpati orang lain. Saya tak nak anak saya dikasihani.” Lelaki itu hanya memandang ibu tunggal dan anaknya pergi. “Afya cintakan aku.” Ayat itu terpacul keluar daripada mulutnya sendiri. Wazif nampak. Wazif tahu. Wazif yakin. Afya cintakan dirinya. Disebabkan itu, Afya takut apabila semua ini terjadi. Dia takut untuk membuka peluang kerana masa lalunya. Afya takut untuk memulakan semuanya semula.

Teaser 2!
Teaser 2!

I miss fluffy Nia 🥺🤍 Aiden time ni macam mintak bau stokin busuk☺️
I miss fluffy Nia 🥺🤍 Aiden time ni macam mintak bau stokin busuk☺️

Sajalah nak bercerita. Kenapa saya paksa diri tulis ebook banyak2? Sebab saya nak org tegur dan betulkan saya. As you all know, saya tgh usaha nak siapkan manuskrip obsession & lies. Kenapa lambat proses nak siapkan sedangkan saya dah ada semua plot? Sebab saya nak apa yang saya improve tu, ada dalam tu. Saya tak nak korang rasa tak worth kalau beli naskah tu. That's why kadang tu saya jual ebook dan lepas terima review org, saya akan improve. Lepastu, barulah tulis mss obsession & lies tu. Ebook2 yang saya jual, insya allah akan kita jumpa sbg novel fizikal. Saya tulis sbg ebook pendek dulu sebab tu je mampu. Nak tulis panjang2 lpstu jual sbg ebook, rasa tak berbaloi wwkwkwkkwwk! Doakan saya terus improve ya! Dan, bolehlah sama2 doa saya mampu siapkan obsession & lies! Semoga kita dapat peluk fadh & naaila!

Tbh, saya sangat2 suka dengan org yang baca ebook/wattpad saya lpstu dia bagi teguran sekali kat mana saya perlu improve apa semua. Bukannya suka dgn hero/heroin semata, tapi boleh dapat isi yang cuba saya sampaikan. Teguran anda semua, saya hargai sangat2😭🤍

Tgh tunggu feedback beta reader podcast cinta. After that, saya share dgn korang ya!

Dah/pernah baca Jangan Degil Boleh Tak?
Anonymous voting

Kali ni, banyak watak budak kecik jugak. Faqih Aqra & Faiqa Aqra in Pemendam Cinta. Akid, anak Afya in Ribbon. Comel-comel belaka karenahnya. But, my number 1 is always Nia!!! Damn, i miss JDBT🥺😭😭😭🤍🤍🤍

Kalau podcast cinta, strangers to lovers. Ribbon sama mcm Pemendam Cinta. Friends to lovers. But, heroinnya janda anak 1 wkwkwkkwkwkwwk! Biasa duda kan? Kita twist sikit muehehehehehhe!

Rindunya nak update cerita dkt wattpad mcm dulu² 🥺 Saya dah tekad nak bertenang next year. Nak lepak baca novel, update wattpad. Doakan cita2 saya tercapai🥲 But, alhamdulillah. Rezeki saya melalui ebook yang saya tulis. Fun yet soooo tired😭😭😭 One month ye tak tidur malam, asyik tidur lepas subuhhhh aje. Podcast cinta dgn pemendam cinta dah siap layout wkwkwkwk! Tinggal Ribbon je lagi lepastu tunggu feedback beta reader and done! Btw, can i have 1 Fahri Adli? I mean, he is sooo protective and serba serbi tahu pasal Lia😭✨ Fahri dgn Lia ni hero heroin dlm Pemendam Cinta. Friends to lovers trope!

https://www.wattpad.com/story/240451350 Pagi! Saya dah publish 9 bab pertama From Regular To Forever dkt wattpad! Bolehlah ba
+1
https://www.wattpad.com/story/240451350 Pagi! Saya dah publish 9 bab pertama From Regular To Forever dkt wattpad! Bolehlah baca2 dulu sebelum nak beli😚

teaser 2 *** “Kau cakap apa ni, Ziyad? Lia pengsan dekat mana?” “Depan bangunan kecemasan hospital besar.” “Kenapa Lia dekat sana pula?” Nak melawat mak sendiri pun tak boleh, inikan pula berada di hospital tanpa sebab? “Dia datang nak jumpa aku. Aku kena tahan wad sebab jatuh motor.” “Shit!” Panggilan terus dimatikan dan kereta dipecut menuju ke hospital. “Dah tahu tak boleh jejak hospital, kenapa kau pergi juga, bebal?!” Sumpah, Fahri bengang dengan sikap Lia yang satu ini. Kononnya sentiasa mahu berada di sisi Ziyad ketika lelaki itu memerlukan seseorang sampaikan tidak peduli dengan keadaan diri sendiri. Sampai sahaja di hospital, Fahri terus menuju ke ruang kecemasan untuk melihat keadaan Lia. Dan keadaan perempuan itu sudah boleh Fahri agak. Dahi berpeluh, tangan digenggam erat, bibir bergetar. Dahi juga berkerut seperti dia sedang mengalami mimpi ngeri. Mata dipejam rapat dan tidak mahu dibuka. “Lia, aku datang ni.” Fahri mula bicara. Nak marah pun, sekarang bukan masanya. Jururawat yang menunggu, dipandang. "Boleh nurse pegang tangan kawan saya ni?” Jururawat yang sejantina dengan Lia hanya menurut. Tangan Lia dipegang erat. “Lia, bangun Lia. Kau ada aku. Aku teman kau dekat sini.” Perlahan-lahan, kerutan dahi Lia beransur hilang. Genggaman tangannya juga kembali longgar. Mata, dibuka perlahan. “Fahri…” *** Boleh klik link di bawah untuk pembelian! https://miszhann.carrd.co

Teaser 2!
Teaser 2!

Selagi awak tak guna voucher tu, selagi tu boleh digunakan untuk mana2 ebook yang saya yang dijual secara solo. Maksudnya, eb
Selagi awak tak guna voucher tu, selagi tu boleh digunakan untuk mana2 ebook yang saya yang dijual secara solo. Maksudnya, ebook yang saya jual sendiri, tak collab dgn mana2 penulis. Sekali guna saja tau!

Thank you yang sudi bantu!

Hai! I need another beta reader untuk podcast cinta. Kalau ada yang berminat, boleh chat saya ya! @HanaHanisah

Okay dah ada. Terima kasih sebab menawarkan dirii kwwkkwwk!

Siap! Memerlukan beta reader ribbon lagi sorang hehehehe! Sorang dah ada. Sesiapa yang : Fast reader Peka Boleh chat saya! @H
Siap! Memerlukan beta reader ribbon lagi sorang hehehehe! Sorang dah ada. Sesiapa yang : Fast reader Peka Boleh chat saya! @HanaHanisah

Teaser 1 *** “Wazif jumpa bonda dan ayah Afya?” soal Puan Zainab sedikit terkejut. Kepala diangguk. “Iya, umi. Petang tadi, Wazif lambat sebab Wazif hantarkan Afya balik rumah. Bonda ajak makan tengah hari sama-sama.” “Wazif masih cintakan Afya?” Puan Zainab terus bertanya tanpa berbasa-basi. Dia mahu tahu perasaan anak terunanya ini. Peristiwa lalu itu sangat memberi kesan kepada Wazif sehingga anaknya ini menutup pintu hatinya untuk semua perempuan. Bagi Wazif, hatinya hanya untuk Afya. “Umi tahu kan betapa pentingnya Afya untuk Wazif? Tak mudah untuk Wazif lupakan Afya macam tu je.” “Walaupun dah enam tahun berlalu?” Nafas ditarik dalam-dalam. “Ya. Walaupun dah enam tahun berlalu. Dan seberapa banyak masa yang berlalu sekalipun, Wazif tetap akan cintakan Afya.” Memang gila kalau orang lain dengar kenyataan Wazif. Dia cintakan Afya daripada status wanita itu bujang, isteri orang dan sekarang janda. Sepanjang waktu itu, cinta Wazif Ifwat benar-benar hanya untuk Afya Athirah. “Afya tahu perasaan Wazif?” Diam. Wazif tidak mahu perasan dan memendam perasaan teruja seorang diri. Tapi, dia yakin bahawa Afya pasti nampak dan mengerti bagaimana perasaannya terhadap wanita itu. “Wazif yakin Afya faham, umi. Wazif yakin.” “Kalau macam tu, tak nak cuba lagi sekali?” Kepala ditoleh memandang sang ibu di sebelah. “Cuba lagi sekali?” “Iya. Cuba lagi sekali. Cuba dapatkan hati Afya. Cuba berikan bahagia untuk Afya. Cuba untuk sentiasa ada dengan Afya.” *** Klik di bawah untuk pembelian! https://miszhann.carrd.co