es
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Canal cerrado

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Mostrar más
1 049
Suscriptores
Sin datos24 horas
-37 días
-1030 días
Archivo de publicaciones
Im planning untuk berehat kejap sbb skrg ni asyik muntah2 for no reason. Tekak pun loya, perut rasa berangin🥲 But, stay tuned for the very big surprise okay! Saya dah scheduled messages. Start bulan 11, countdown kita bermula, insya-Allah! #soon

Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa✨

👀

Seronok ya dapat experience hari sukan dengan budak2. Rasa mcm diri sendiri budak sekali wkwkwkw! Untuk latihan, saya sempat berhuhahuha dengan budak2 tahun 4, 5 dgn 6 je. Tahun 1, 2 dgn 3 latihan dorang lepas asar. Tak sempat nak tengok baby² berlari wkwkwkwk! Dok sabor nak tunggh hari sukan nanti!

Langit cerah amat today ✨ #nephophilia
Langit cerah amat today ✨ #nephophilia

Next year betul2 kena beli laptop baru sbb laptop skrg ni asyik lag dan buat aku sakit jantung😇😭 Jangan buat hal skrg plis. Mss tak siap lagi ni woi 😭😭😭

Bila dah masuk 10K ke atas ni, tiba-tiba mcm tak reti menulis dah. Selaluuuu gitu HAHAHAHAHAH😭😭😭😭

Random : Citra Sakti "Kita ni, akan terwujud ke? Our past crossed but not in a good way. It will never be our best future, Sakti." "Tapi, saya ada satu cara untuk buat masa depan kita jauh lebih bahagia." "Macam mana?" "Zam zam, alakazam!"

Random : H (Fadh&Naaila) "Hoi katik!" Panggilan itu tidak dihiraukan. Kemudian, mulalah suara lelaki tadi menjerit seperti pembesar suara. "Naaila Natasha!" Langkah Naaila terhenti. Fadh tersenyum puas dan selamva berjalan menuju ke arah Naaila. "Jadi, kaulah Naaila Natasha. Studen psikologi yang selalu Prof.Hassan banggakan. Menarik. Hai, aku Fadh Qayeed. Kau boleh panggil aku, Fadh. Your pun boleh!" Wink! "Nak apa?" soal Naaila dengan bengang. "Garang sangat kau ni. Aku patutnya marah sebab kau langgar aku pagi tadi." Laju Naaila memanlingkan wajahnya memandang Fadh. Fitnah ni! "Kau yang jalan tak tengok kiri kanan. Tak betul ke tiba-tiba tuduh aku?" "Aku tak kesahlah siapa yang salah. Yang aku tahu, aku betul." *** Tetiba rindu fadh naaila🥲

Random : what if #skyaria Sky pov Pipiku yang sejuk mula terasa hangat dengan sentuhan manja ini. Belaiannya sentiasa berjaya buatkan aku hanyut dalam bahagia. "Ghazi..." "Ya, sayang..." jawabku dengan nada yang meleret. Mata, masih aku pejam untuk aku nikmati sentuhannya. "Bangun subuh. Dah nak dekat pukul 6.45 ni." "5 minit." "Bangun, Sky. Waktu subuh tu tak lama. Tak baik lambat-lambatkan waktu solat." Dengan perasaan malas, aku pun buka mata perlahan-lahan. Awalnya, aku dapat lihat bayang-bayang senyuman manis itu. Namun apabila pandanganku semakin jelas, bayang-bayang Aria lesap. Aria tidak ada di sisiku. Bibir senyum tawar. Tanpa sedar, air mataku mengalir tanpa dipinta. Aku bangun dari baringan dan bersandar pada kepala katil. Wajah, aku raup berkali-kali. "Awak ajarkan saya semua hal, Aria. Tapi awak lupa nak ajar saya, macam mana saya nak teruskan hidup... tanpa awak." Padahal pada hakikatnya, aku takkan pernah boleh belajar untuk hidup tanpa isteriku, Ceisya Aria. *** 🥹🥹🥹

Mood nak tulis cite sedih ah sekarang tapi BC dgn CS sedikit stress free. Jadi kita seksa Adit denvam Sky heheheheh☺️

Random : Adit & Faira "Saya tak boleh hilang awak, Faira. Tolong, ampunkan saya..." Nada suara yang bergetar itu membuatkan jiwa perempuan Faira terusik. Namun dia tahu, Adit tidak pernah memaksudkan setiap bait bicaranya. "Awak bukan tak nak hilang saya, Adit. Awak tak nak... hilang Imaan. Awak nampak Imaan dalam diri saya. Tak ada apa yang perlu saya pertahankan kalau hanya Imaan yang ada dalam kepala awak. Saya nak awak cintakan saya sebab diri saya. Nama saya Faira, Adit. Saya bukan Imaan dan takkan pernah jadi Imaan." Kaki melangkah keluar dari kamar. Pintu ditutup dengan sedikit kasar. Tidak ada perkara lain yang boleh Adit lakukan sekarang. Dia tahu, hati Faira sudah retak seribu dan mungkin tidak akan boleh dicantumkan semula. Semuanya kerana dia terlalu bodoh hidup dalam bayang-bayang yang dia cipta sendiri. Tubuh rebah ke lantai. Adit melutut dan menangis teresak-esak sehingga tangisannya bergema di dalam bilik. "Demi Allah, saya mula cintakan awak Faira. Saya cintakan isteri saya, Ufairah Rifasya..." *** Pesanan khidmat masyarakat yg terlebih awal : kisah Adit ni half angst😇🫶

Sumpah tak sabar gila nak bagi korang baca eudaemonia versi novel sbb saya lagi puas hati dgn versi novel. Kita dapat baca how juan mental breakdown, how beban keluarga settle the issue for juan, how via try her best to make sure juan sentiasa rasa dia ada family and banyakkkk lagi. Saya pun tak tahu tubik bila anak bertuah sorang ni jadi kita tunggu sama² yee wkwkwkwk!

Random : Eudaemonia "Maafkan Juan sebab Juan terlalu pentingkan diri sendiri. Padahal, Via pun perlukan Juan. Maaf sebab Juan buat Via sedih.” “Via sedih sebab Juan tolak Via menjauh. Sedangkan Via harap Juan boleh menangis dengan Via. Via nak, Juan jujur dengan perasaan Juan bila kita berdua. Bila Juan mengelak macam ni, Via rasa Juan tak perlukan Via.” Kepala digeleng laju apabila Juan mendengar luahan hati isterinya. Tangannya naik menekup pipi gebu Via. Dielus beberapa kali sebelum dia cuba ukirkan senyuman palsu. "Tak, sayang. Via salah. Juan perlukan Via. Juan tak boleh hilang Via. Tapi, Juan malu. Malu nak tunjukkan sisi lemah Juan depan Via. Juan takut Via tak boleh terima yang sebenarnya, suami Via ni seorang lelaki yang lemah. I’m sorry for being weak.”

Random : Citra Sakti "Awak... punya?" "Ya, saya punya." Air liur ditelan dengan susah payah. Berkerut-kerut dahi Citra apabila dia tahu pemilik tablet yang dia sedang pegang ketika ini milik... Sakti. "Maaf. Saya tak sengaja." "Tak apa. Bukannya hilang. Ada orang tersalah ambil saja." Sakti panjangkan tangan mengambil tablet miliknya yang masih berada dalam pegangan Citra. Kemudian, bibirnya tersungging senyum. "Dan mungkin, bukan tablet saja yang awak sengaja ambil daripada saya." "Maksud awak?" "Hati saya. Awak dah ambil hati saya tanpa awak sedar." *** Doakan, 2024 nanti ya!

Random : Dian & Shad "Ni kenapa?" Kelam-kabut Dian menarik lengan bajunya. Shad senyum sinis. Nak tutup apa kalau dia dah nampak? "Tak ada apa-apa, Shad. Kau balik jelah." "Zhian tahu?" Dingin. Nuashad Amin seperti berubah watak. Dia bukan lagi Shad yang periang atau suka cari gaduh-gaduh manja dengan orang. Shad ketika ini sangat dingin seperti kutub utara. "Jangan bagitahu abang," tegas Dian. "Habis tu, awak nak biarkan je lebam tu? Awak fikir, saya akan diamkan je? Tak, Dian Aurora. Zhian kena tahu." Telefon yang baru saja dibawa keluar dari kocek seluar, dirampas kasar. Dian benar-benar takut kalau berita ini sampai ke telinga Zhian. "Jangan! Aku cakap jangan, janganlah! Aku bukannya budak-budak! Aku boleh jaga diri aku sendiri!" Dian tidak mahu, Zhian semakin dibenci. Atuk Rahim baru saja membuka hati untuk menerima abangnya. Kalau masalah ini sampai ke telinga Zhian, abangnya pasti akan kecewa. *** -E****, 2025 mungkin? Hshshshsh

Saya rindu nak serabutkan otak🤣

Alhamdulillah, dah discharge harini🤍💜

Drip drop drip drop hshshshshs! Doakan saya ya semuaaaa 🫶🫶🫶
Drip drop drip drop hshshshshs! Doakan saya ya semuaaaa 🫶🫶🫶

Selamat malam lavenders! Saya bosan wkwkwkw! Lepas send mss petang tadi, terus badan suruh rehat kaw² ya.