Hann's Lavenders 💜
Canal cerrado
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Mostrar más1 043
Suscriptores
-224 horas
-57 días
-1530 días
Archivo de publicaciones
1 043
So, theres new hashtag sepanjang puasa ni! #DeedOfTheDay !
I'll try my best to share the video with you guys sebab video2 tu is my friend❣✨
You guys boleh follow ig @gallantry02 untuk tgk update sepanjang bulan puasa! ✨
1 043
*Assalamualaikum*
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Makan dan Minum Ketika Terlupa_*
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
Daripada Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum" (HR Bukhari No: 1797) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia perlu memberhentikan pengambilan makanan atau minuman.
2. Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa.
3. Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya adalah hadiah Allah kepadanya.
Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian
#1hari1hadis
1 043
Today, i want to tell yang im emotionally, fine😊 terima kasih semuanya yg mendokan arwah abah saya dan juga keluarga saya.
Alhamdulillah, keluarga saya cukup kuat dan kami nampak hikmah disebalik pemergian abah yg terlalu mengejut ini.
Semua pasti akan mati cuma yang bezanya siapa yg akan pergi dulu. Yang dah tiada di muka bumi, kita kena doakan mereka tenang bersama pencipta. Yang masih hidup ni pula, kita kena teruskan kehidupan dan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pengkahiran yang baik❣✨
Untuk manuskrip, im working on them rn. Sekarang ni, saya tgh working on one story untuk saya hntr kpd pihak penerbit. Wish me all the best okay?
Bulan puasa ni, jangan banyak tidur tauuu. Kalau boleh, banyak luangkan masa dgn al quran sbb hari2 biasa kita slalu lupa nak baca surat cinta pencipta kita😇
Banyakkan doa dan treasure the time with beloved one❣✨
And saya akan usahakan #1hari1hadis untuk korang sepanjang bulan yang mulia ini supaya kita sama2 dpt ilmu❣
Salam sayang,
💜 miszhann
1 043
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ibadah Puasa dan Anugerah
عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.
6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.
Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan terbaik. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.
#1hari1hadis
1 043
*Assalamualaikum*
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Ramadan Bulan Ibadah_*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).
3. Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan disediakan padanya dengan rahmah Allah syurga.
4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.
Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian..
#1hari1hadis
1 043
Assalamualaikum and hai.
I just want to share one news with you guys since saya dah anggap semua kat sini adalah family saya.
Yesterday, 8 April 2021, i lost my greatest man. Bukan hanya saya tapi keluarga saya. Abah tinggalkan kami semua untuk berehat daripada perkara di dunia ini selamanya.
I lost my motivation to keep on writing stories sbb abah is one of my biggest supporter ever. Bila allah ambil abah, saya rasa sangat kehilangan. Saya rasa nak stop menulis.
But, semalam, when abah dikebumikan, saya sedar yang abah tak nak saya berhenti menulis sebab abah selalu ckp abah bangga dengan kelebihan saya. Saya nak abah bangga sampai ke syurga. Biar abah bercerita dengan keluarga dan sahabatnya di sana betapa bangganya abah dapat isteri macam umi dan anak macam saya, along, angah, abecik, abg dan adik.
Jadi, i'll hiatus until my feelings, emosion, and family is okay. I'm sorry if any of you keep waiting. Maaf, untuk masa sekarang, saya tak mampu untuk menulis apa2.
Sekarang ni, saya perlu kuat untuk umi dan adik beradik yg lain.
Untukmu abah❤️
Abah, hana rindukan abah. Kami rindukan abah sangat2. Berehatlah abah. Rehatlah. Abah dah penat berpeluh untuk kami sekeluarga. Allah pilih abah dulu dalam kalangan keluarga kita untuk bertemu roh tok ayah, mok, tok dan tokwan. Kirim salam rindu kami pada mereka ya abah. Kami semua tahu abah dah masuk ke dalam syurga bersama mereka. Jadi, tunggu kami semua di syurga ya abah?
Sayang abah sampai ke syurga ❤️
Doakan kesejahteraan ayah saya di sana ya. Semoga yg baik2 juga berbalik kepada kalian ❤️
1 043
Alhamdulillah done pos novel for batch pertama yg mana yg dah bayar duluuu😭❣✨
Thank you yg mana beliiii😭❣
1 043
Banyak nyahhh freegiftt😂
Tak sabar nak pos esok!
Baru tahu kesusahan org packing order🤣🤣🤣
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
