Hann's Lavenders 💜
Canal cerrado
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Mostrar más1 035
Suscriptores
Sin datos24 horas
-27 días
-830 días
Archivo de publicaciones
1 035
Random #CMUP
Sedang Muneera duduk di meja hadapan, dia disapa seseorang.
"Dik, saya nak buat tempahan bunga boleh ke?"
Kepala diangkat, terus senyum di bibir Muneera melebar.
"Cik Mulan!"
"Lah, Muneera. Awak buat apa dekat sini? Ni kedai awak ke?"
Laju sahaja Muneera mengangguk. "Tapi, bukan saya punya betul-betullah. Kedai bunga ni, papa saya punya!"
Bukan main teruja lagi si anak dara memperkenalkan kedai bunga ini sebagai kedai milik papa.
"Cikgu nak tempah bunga untuk majlis persaraan. Nak kena tempah dekat siapa ya?" soal Mulan lembut.
"Kejap ya, saya panggil papa."
Masuk saja ke dalam bilik gubahan, Muneera terus melompat kecil sambil meraih tangan Hawees.
"Bulan, kan papa kata tak boleh main-main dalam kedai," tegur Hawees. Sudahlah dia dan Dameen sedang menggubah bunga tempahan.
"Papa, ada orang nak jumpa papa!"
"Siapa?" Dameen pula yang menyibuk.
Melihat sang ayah yang masih fokus dengan kerjanya, Muneera terus tarik tangan Hawees untuk ke depan. Dameen pula, semestinya mengikut dari belakang.
"Allahuakbar, Bulan... kenapa ni?"
"Tu! Cik Mulan nak jumpa papa!"
Sebaik sahaja Hawees memandang Mulan yang tersenyum nipis, jantungnya mula berdegup dengan tidak normal.
Lubdub. Lubdub. Lubdub.
Aduh, Hawees! Dah kenapa kau berdebar pula ini?
"Saya nak buat tempahan bunga bagi pihak Puan Zaiton. Mama saya kata, dia selalu tempah bunga dekat sini."
Diam. Hawees tidak memberikan apa-apa reaksi. Disebabkan itu, Dameen menyiku lembut ayahnya.
Hawees meraup wajah sekali. Apa masalah tiba-tiba termenung?
"Ya? Cik Mulan nak apa?"
Dengar sahaja soalan yang diajukan, Muneera dan Dameen geleng kepala. Papa ni, takkan tak dengar apa yang Cik Mulan cakap tadi?
"Saya nak tempah bunga bagi pihak Puan Zaiton. Boleh?"
"Boleh! Cik Mulan nak bunga yang macam mana tu?"
"Mama saya kata, dia percayakan Encik Hawees untuk pilihkan bunga bagi pihak dia."
"Boleh saya tahu Puan Zaiton nak tempah bunga ni untuk apa?"
"Untuk majlis tunang saya."
Dengar saja hal itu, riak wajah Hawees terus berubah.
Bakal tunang orang rupanya...
Melepas!
1 035
Cerita Qhaid mungkin next year, insya-Allah! Kerjaya dia saya tak anggap spoiler sebab buat yang baca BC, mungkin dapat teka apa kerjaya Qhaid. Dan starting cerita Qhaid nanti pun, mmg saya sebut awal² kerjaya dia.
Jadi, sementara saya rombak jalan cerita Qhaid-Nuha sebab banyak sangat lagu nct yang saya guna, bolehlah save duit 20 sen sehari untuk buku seterusnya🥰🫶
1 035
https://vt.tiktok.com/ZSYapy6LK/
Nak Amsyar si pengurus tadika atau Amsyar si penyanyi terkenal?🫣🫶
1 035
Random #IrsaAdaCinta #PelangiDanCinta
“Cinta… dengar sini.” Kedua telapak tangan Irsa menekup lembut pipi Diyyah.
Malam ini, Irsa mahu Diyyah tahu bahawa masih ada orang yang sayangkan isterinya tanpa batasan.
“Nama awak apa?” soal Irsa.
“Diyyah.”
“Nama panjang?”
“Cinta Najdiyyah Binti Saiful Azam.”
“Apa maksud cinta?”
“Kasih… sayang?” Irsa tersenyum puas.
“Betul! Maknanya, nama awak tu akan membawa tuah untuk awak. Orang yang menghargai kita ni selalunya orang yang paling berhak dan layak. Mereka tak sayangkan awak? Tak apa sebab awak ada Irsa, Anas, Wara, Hamzah, Jed, Keel, Arash, pak long, mama dan papa yang sayangkan awak. Awak akan dapatkan kasih sayang tu daripada kami semua sebab kami yang paling layak untuk sayangkan Cinta Najdiyyah sebagai manusia. Jadi, tak perlu berharap dekat orang yang tak sudi. Saya ada dengan awak dan akan selalu sudi untuk kata I love you bila-bila masa awak nak dengar.”
Sedih berbaur terharu serta bahagia terasa serentak. Diyyah tidak sangka bahawa masih ada orang yang sudi memujuk dirinya dengan kata-kata yang menyentuh jiwa. Hanya ibu dan ayah yang selalu mengucapkan hal-hal memujuk jiwa kepadanya selama ini. Setelah kepergian mereka, Diyyah sering rasa dia bersendirian. tiada lagi orang yang akan melayannya bagaikan anak kecil. Mungkin sekarang, dia boleh dapatkan semua itu daripada suaminya.
“Kalau macam tu, cakaplah,” ucap Diyyah tiba-tiba.
“Cakap apa?” Irsa kerut dahi. Tidak mengerti apa yang sedang isterinya cuba sampaikan. Namun, Diyyah masih tidak menjawab dan kunci mulut. Bibirnya pula hanya mengukir senyuman nipis.
Ketika itu, Irsa mengerti apa yang cuba Diyyah maksudkan.
“I love you, Cinta.”
1 035
Random #KeelAdaQai
Hari ini, ulang tahun isterinya.
Segala hiasan yang terletak elok di kafe, dilihat untuk kali terakhir. Keel mahu mencipta kenangan dengan Qai di sini.
"Bro, aku balik dulu."
"Alright. Thanks Jed sebab tolong aku set up semua ni. Aku harap, Qai sukalah."
Jed tarik senyum. "Mesti, confirm dia akan suka. Kalau aku jadi Qai, mesti aku terus sembah bumi lepas tengok apa yang kau buat ni."
Mereka tertawa kejap sebelum Jed buka langkah keluar dari kafe tinggalkan Keel sendirian.
Sudah jam 11 malam. Sepatutnya, Qai dah kena sampai. Beberapa minit kemudian, telefon Keel berdering. Nama Qai terpapar di skrin.
"Ya, sayang? Awak dekat mana?"
"Keel... kereta Qai rosak..."
Terus tegak Keel berdiri. Terkejut dia! "Qai dekat mana? Keel pergi sana."
"Qai dekat lorong sebelum masuk kafe tu. Sikit lagi nak sampai tapi kereta tiba-tiba mati tepi jalan ni."
"Jangan letak call, tunggu Keel datang."
Segera Keel ambil kunci kereta dan meluru mahu keluar. Namun, sebaik sahaja dia buka pintu kafe, Keel terkejut dengan kehadiran Qai depan mata.
"Qai!"
Terus tubuh isterinya ditarik masuk ke dalam pelukan. Erat, bagaikan tidak mahu dilepas.
"Ya Allah... Keel risaukan Qai..."
"Hehe! Sorry, Keel. Qai saja nak kenakan Keel."
Dengar saja ayat itu, Keel semakin eratkan pelukan mereka. Qai mula rasa sesak nafas. Aduh... kenapa ketat sangat peluk orang ni?
"Keel... Qai tak boleh bernafas," ucap si isteri sambil menepuk lembut bahu suaminya.
Kemudian, barulah pelukan dileraikan. Keel pandang muka Qai.
"Padan muka. Siapa suruh buat Keel risau? Sakit jantung Keel tadi!"
"Saja! Memang niat nak buat kejutan dekat Keel."
Cup!
Pipi kanan Keel dicium pantas. Lalu, Qai keluarkan satu kotak kecil daripada begnya.
"Happy birthday, Wakeel Elias!"
Ah! Bagaiman Keel boleh lupa bahawa hari ini, hari ulang tahunnya juga? Terlalu teruja mahu siapkan kejutan buat Qai, sampai terlupa hari ini juga hari penting buatnya.
"Keel pun ada hadiah untuk Qai. Jom masuk."
Jemarinya disulam ke jemari Qai. Dipimpin tangan isterinya masuk ke dalam kafe. Dan kejutan yang menarik perhatian Qai...
"Books bouquet!!!"
Terus tubuh Keel dipeluk erat lalu pipi kiri dan kanannya dicium bertalu-talu.
"Terima kasih, Keel!!!"
1 035
Random #JedAdaWidu
"Berapa kali orang pesan? Kena hati-hati! Luka sana, calar sini, orang risau tahu tak?"
Widu menelan liur apabila Jed mula sapukan ubat pada lukanya. Bukan apa, dia teringin juga nak masakkan sesuatu untuk Jed. Asyik Jed saja yang masak, siapa isteri ni?
"Aku nak masak untuk kau je. Malulah, aku ni bini tapi yang selalu masak, kau."
"Siapa yang malu?" tanya Jed.
"Err... kau?"
"Bila masa pula orang malu nak mengaku yang awak isteri orang? Orang tak kesah kalau awak tak pandai masak. Orang tak peduli langsung kalau awak tak nak belajar masak. Orang boleh masak untuk awak."
"Tapi Jed, masak ni tugas isteri. Aku tak nak kau rasa aku ni isteri tak bertanggungjawab."
Jujur, Widu sedih kerana sepanjang 2 minggu perkahwinan mereka, hanya
Jed yang banyak memberi. Widu rasa bersalah, dia juga mahu buat Jed rasa senang.
Siap letakkan plaster pada jari Widu, Jed kucup tempat luka itu. Terus su isteri kaku.
"Memasak tu, tugas kita sama-sama. Tapi kalau awak tak reti, orang boleh ajar. Bukannya awak buat sendiri lepas tu awak buat orang risau macam ni. Dan orang akan jadi lelaki paling bahagia kalau awak boleh jaga diri awak selalu. Orang sayang awak, Widuri. Orang cuma nak awak selalu ada dengan orang. Cukup itu, orang dah lebih daripada bahagia."
Tatapan mata yang saling bertaut membuatkan satu rasa hangat mula menjalar ke tubuh. Apa yang Widu perasan, Jed lebih prihatin dan lemah-lembut selepas mereka sah bergelar suami isteri.
Kalau sebelum ini, Jed lebih banyak diamkan diri dan Widu yang banyak bercakap. Tapi nampaknya sekarang, situasinya dah terbalik.
Widu... kau dah jatuh cinta dengan suami sendiri ke?
1 035
https://vt.tiktok.com/ZSYP3g6wr/
Satu dan dua, itu warnanya.
Tiga dan empat, kita nantikan sama-sama!🥰🫶
1 035
Kalau panjang umur, saya janji saya akan up cite ni dekat wattpad tahun depan bagi mengisi kebosanan saya jika bergelar pelajar semula ehehehehehe!
Nampaknya, Aiden dah ada member yang duda jugak 🥰🫶
#CMUP
1 035
Khas untuk yayaku, maka wujudlah cokiber versi eid adha ini! Random je ideanya, harap terhibur heheheheh🥰🫶
1 035
Random #cokiber
Qafeel, Nur, Azad dan Affan berada di balkoni rumah. Yang lain, sibuk melayan Qurratu yang macam-macam perangainya.
"Nampaknya, makan nasi minyaklah kita tahun depan," usik Azad.
"Bukan tahun depan, tapi hujung tahun ni!"
Bukan main semangat Affan menyokong!
"Tapi semestinya, Addy akan pening kepala layan budak kecil tu." Qafeel geleng kepala. Tidak sangka anak perempuannya itu kuat berdrama!
"Kalau Addy kahwin tahun depan, rasanya bukan Qurratu je dia kena layan," celah Nur dengan penuh makna.
Qafeel, Azad dan Affan terdiam kejap. Masing-masing cuba untuk memproses apa yang Nur katakan.
"Oh!" ucap Azad dan Affan serentak.
"Maknanya, tahun depan memang tahun menyambut anak!" sambung Affan.
"Kan! Due kak long bulan 6, bini kau bila, ngah?"
"Bulan 5. Uish, beza 1 bulan je!"
"Nur bulan 9! Yeay, tahun depan kena buat majlis sama-sama!"
Bukan main rancak lagi tiga beradik itu bersembang sambil memanjatkan syukur. Qafeel pula, masih terpinga-pinga.
"Nur, Nur cakap apa ni? Abang tak faham."
Azad dan Affan tepuk dahi. Kenapalah adik ipar mereka yang satu ini selalu slow bab-bab ini?
"Nur, kau sembanglah dengan laki kau ni. Kita orang masuk dalam dulu."
Tinggallah Nur dan Qafeel berdua. Dengan wajah mengusik, Nur mendekati suaminya.
"Abang, ingat lagi tak abang nak letak nama anak kita apa kalau kita dapat anak lelaki?" soal Nur tiba-tiba.
"Ingat. Kita nak letak Nur Qayyim Muhammad."
"Betul! Tapi untuk standby, kita kena cari nama baby girl lagi satulah sebab..."
Tangan Qafeel diambil lalu diletakkan di perutnya.
"... Nur tak tahu dalam ni baby boy ke baby girl."
Terkelip-kelip mata Qafeel mendengar apa yang isterinya bicarakan. Dalam ni tu maksudnya...
Kemudian, mata Qafeel terus terbeliak!
"Sayang pregnant ke?!"
-TAMAT-
1 035
Random #cokiber
"Qurratu..."
Belum sempat Addy mahu meraih tubuh genit itu, Qurratu segera menepis tangan ayah saudaranya. Yang lain yang menjadi penonton, hanya sembunyi tawa.
"Ha... pujuklah. Abang tak nak masuk campur," usik Qafeel yang menggendong Qurratu. Addy mula mencebik tidak puas hati.
"Qurratu... hei, pandanglah pak su ni."
"Tak nak! Pak su dah tak sayang adik!"
Muncung sedela ditayang. Kepala pun elok sahaja melentok di atas bahu Qafeel. Nampaknya kali ini, puteri kecil kesayangan ramai benar-benar merajuk.
"Kenapa adik nak merajuk dengan pak su? Pak su ada buat salah ke dekat adik?" soal Addy sambil mencuit penumbuk gebu Qurratu.
"Pak su tak sayang adik. Pak su ada orang lain."
Kemudian, tawa Qafeel kedengaran. Aduhai, si manja! Kuat cemburu rupanya!
"Adik, bila masa pak su cakap pak si tak sayang adik ni?"
"Pak su bawa aunty cantik datang rumah. Maknanya nanti, pak si lebih sayangkan aunty cantik daripada adik."
Ketika itu, nada suara Qurratu mula bergetar. Dia sedih jika ayah saudara yang paling dia manja, tidak lagi melayan dirinya sama seperti dulu.
"Allah... mana ada, tuan puteri..."
Kalau tadi Qurratu keraskan badan, kali ini dka rela sahaja tubuhnya didukung Addy. Tangan kasar Addy naik hapuskan air mata di pipi gebu anak saudaranya.
"Kan pak su dah janji yang pak su akan sayang adik sampai bila-bila. Jadi, pak su takkan mungkiri janji tu."
Bibir koyak senyum nipis.
"Lagi satu... aunty cantik tu, namanya Aunty Hilyaa. Adik boleh panggil mak su. Lepas ni, adik ada ramai kawan untuk main. Adik ada papa, mama, pak long, mak long, pak ngah, kak ngah, pak su dan mak su. Suka tak kalau adik ada ramai kawan?"
Sehabis baik Addy rendahkan suara setiap kali dia ingin memujuk Qurratu. Sebagaimana nada suaranya rendah ketika dia memujuk Nur, begitu jugalah nada suaranya ketika Addy memujuk Qurratu.
"Betul ni? Pak akan tetap sayang adik walaupun mak su lagi cantik daripada adik?"
Seusai itu, tawa Addy pecah. Ditambah pula dengan geladan mak su yang meluncur keluar dari bibir mungil si kecil, lagilah Addy bertambah bahagia!
"Mestilah pak su akan sayang dekat Qurratu. Sebab Qurratu kan princess kecil pak su."
Hilyaa yang berpindah tempat lalu labuhkan punggung di sebelah Addy, mula membuka bicara. Matanya tepat menatap mata bulat yang cantik milik Qurratu.
"Bukan pak su je yang selalu sayangkan Qurratu. Mak su pun, akan selalu sayangkan Qurratu," ucap Hilyaa sambil tangannya mengusap kepala Qurratu.
"Janji ya, mak su cantik? Janji dengan adik yang mak su takkan bawa lari pak su dari adik."
Jari kelengkeng kecilnya dihulurkan kepada Hilyaa. Dengan rasa yang penuh terhibur, Hilyaa tautkan jarinya juga seperti Qurratu.
"Iya, mak su janji."
Addy di samping, tidak mampu tahan diri daripada tersenyum sendiri. Bahagianya dia sekarang, hanya Tuhan yang tahu.
"Cantik Qurratu dengan cantik mak su tu, lain tahu? Jadi, pak su tetap akan sayang dua-dua. Dunia akhirat."
***
Addy in his bucin era 🥰
1 035
Ini random tapi mikhael dah discharge harini tapi kakinya masih bersimenlah. Mikha kata, paling cepat boleh cabut 6 bulan lagi. Tapi harapnya, boleh cepat² cabut. Kalau ada kelapangan waktu, doakan mikha diberi kesembuhan segera ya! 🥹❤🩹
1 035
Random #CMUP
"Bulan... Dameen..."
Muneera dan Dameen sudah tundukkan kepala apabila sang ayah sudah bersuara begitu. Mereka tahu, mereka salah kali ini.
"Berapa kali papa pesan? Jangan..."
Sengaja Hawees tidak habiskan ayatnya.
"Jangan berlari-lari dalam kedai," ucap dua beradik itu serentak.
Kemudian, Hawees tarik senyum nipis. Lalu, dia mendekati Muneera dan Dameen. Tangan kanannya memegang tangan kiri Muneera, tangan kirinya memegang tangan kanan Dameen.
"Papa tak pernah marah pun kalau Bulan dengan Dameen nak main. Tapi, bukan dalam kedai. Pasu banyak, kalau pecah, Bulan dengan Dameen yang akan luka. Papa dah janji dengan arwah mama yang papa takkan biarkan Bulan atau Dameen ada apa-apa luka pun. Boleh tolong papa tunaikan janji tu dekat arwah mama?"
Bergenang air mata si kakak dan si adik mendengar bicara lembut sang ayah. Perihal mama, selalu berjaya membuatkan hati mereka dijentik rasa sebak.
"Baik papa. Bulan janji, Bulan dengan adik takkan main lari-lari dalam kedai ni."
"Betul. Adik pun janji dengan papa."
Hawees mula berdiri lalu mendakap tubuh anak-anaknya. Muneera sudah 15 tahun, Dameen pula sudah 13 tahun. Bila anak-anaknya membesar begini? Rasanya, baru semalam Muneera menangis kerana rambutnya ditarik oleh Dameen.
Kedua-dua kepala anaknya dicium lalu diusap lembut. Pelukannya juga dibalas erat.
Sayang, rindunya rasa nak didik mereka berdua bersama awak.
***
Rasa macam nak up dekat wattpad tapi tunggulah kalau gue ada masa hshshsh
