Hann's Lavenders 💜
Canal cerrado
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Mostrar más1 046
Suscriptores
-124 horas
-47 días
-1130 días
Archivo de publicaciones
1 046
Baik beli cinta series season 2 ni cepat sebelum ehehehehhehehe keluar wkwkwkwkwk!
1 046
****
“Wazif, awak tak perlu pun manjakan Akid macam ni. Nanti dia
terbiasa.”
“Tak apalah. Bukan salah saya nak
manjakan Akid. Dia dah macam anak saya.”
“Tapi dia bukan anak awak, Wazif!”
Kenyataan Afya itu membuatkan
Wazif tersentak. Terasa hatinya seperti dicucuk jarum halus. Kemudian, dia berdiri berhadapan Afya.
“Saya tahu itu. Tapi, tak salah kan
kalau saya nak anggap dia sebagai anak saya? Dia pun dah anggap saya sebagai papa.”
“Tapi saya tak nak, Wazif. Saya tak
nak beri awak apa-apa harapan.”
“Harapan? Saya tak pernah
berharap apa-apa daripada awak, Afya.”
Wanita itu terdiam. Lidah Afya
seperti hilang untuk melawan bicara
Wazif. Ketika itu, Wazif sedar akan
sesuatu.
“Awak tahu isi hati saya tak pernah
berubah, kan?”
“Maaf, Wazif. Saya rasa, kami tak
boleh keluar dengan awak lagi. Cukup
sampai sini. Saya tak boleh biarkan anak saya menagih simpati orang lain. Saya tak nak anak saya dikasihani.”
Lelaki itu hanya memandang ibu
tunggal dan anaknya pergi.
“Afya cintakan aku.”
Ayat itu terpacul keluar daripada
mulutnya sendiri.
Wazif nampak.
Wazif tahu.
Wazif yakin.
Afya cintakan dirinya.
Disebabkan itu, Afya takut apabila
semua ini terjadi. Dia takut untuk
membuka peluang kerana masa lalunya.
Afya takut untuk memulakan semuanya semula.
1 046
Sajalah nak bercerita.
Kenapa saya paksa diri tulis ebook banyak2?
Sebab saya nak org tegur dan betulkan saya. As you all know, saya tgh usaha nak siapkan manuskrip obsession & lies.
Kenapa lambat proses nak siapkan sedangkan saya dah ada semua plot?
Sebab saya nak apa yang saya improve tu, ada dalam tu. Saya tak nak korang rasa tak worth kalau beli naskah tu. That's why kadang tu saya jual ebook dan lepas terima review org, saya akan improve. Lepastu, barulah tulis mss obsession & lies tu.
Ebook2 yang saya jual, insya allah akan kita jumpa sbg novel fizikal. Saya tulis sbg ebook pendek dulu sebab tu je mampu. Nak tulis panjang2 lpstu jual sbg ebook, rasa tak berbaloi wwkwkwkkwwk!
Doakan saya terus improve ya! Dan, bolehlah sama2 doa saya mampu siapkan obsession & lies!
Semoga kita dapat peluk fadh & naaila!
1 046
Tbh, saya sangat2 suka dengan org yang baca ebook/wattpad saya lpstu dia bagi teguran sekali kat mana saya perlu improve apa semua.
Bukannya suka dgn hero/heroin semata, tapi boleh dapat isi yang cuba saya sampaikan. Teguran anda semua, saya hargai sangat2😭🤍
1 046
Tgh tunggu feedback beta reader podcast cinta. After that, saya share dgn korang ya!
1 046
Kali ni, banyak watak budak kecik jugak.
Faqih Aqra & Faiqa Aqra in Pemendam Cinta.
Akid, anak Afya in Ribbon.
Comel-comel belaka karenahnya.
But, my number 1 is always Nia!!!
Damn, i miss JDBT🥺😭😭😭🤍🤍🤍
1 046
Kalau podcast cinta, strangers to lovers.
Ribbon sama mcm Pemendam Cinta. Friends to lovers. But, heroinnya janda anak 1 wkwkwkkwkwkwwk!
Biasa duda kan? Kita twist sikit muehehehehehhe!
1 046
Rindunya nak update cerita dkt wattpad mcm dulu² 🥺
Saya dah tekad nak bertenang next year. Nak lepak baca novel, update wattpad. Doakan cita2 saya tercapai🥲
But, alhamdulillah. Rezeki saya melalui ebook yang saya tulis.
Fun yet soooo tired😭😭😭
One month ye tak tidur malam, asyik tidur lepas subuhhhh aje.
Podcast cinta dgn pemendam cinta dah siap layout wkwkwkwk!
Tinggal Ribbon je lagi lepastu tunggu feedback beta reader and done!
Btw, can i have 1 Fahri Adli? I mean, he is sooo protective and serba serbi tahu pasal Lia😭✨
Fahri dgn Lia ni hero heroin dlm Pemendam Cinta. Friends to lovers trope!
1 046
https://www.wattpad.com/story/240451350
Pagi!
Saya dah publish 9 bab pertama From Regular To Forever dkt wattpad! Bolehlah baca2 dulu sebelum nak beli😚
1 046
teaser 2
***
“Kau cakap apa ni, Ziyad? Lia
pengsan dekat mana?”
“Depan bangunan kecemasan
hospital besar.”
“Kenapa Lia dekat sana pula?”
Nak melawat mak sendiri pun tak
boleh, inikan pula berada di hospital
tanpa sebab?
“Dia datang nak jumpa aku. Aku
kena tahan wad sebab jatuh motor.”
“Shit!”
Panggilan terus dimatikan dan
kereta dipecut menuju ke hospital.
“Dah tahu tak boleh jejak hospital,
kenapa kau pergi juga, bebal?!”
Sumpah, Fahri bengang dengan
sikap Lia yang satu ini. Kononnya sentiasa mahu berada di sisi Ziyad ketika lelaki itu memerlukan seseorang sampaikan tidak peduli dengan keadaan diri sendiri.
Sampai sahaja di hospital, Fahri
terus menuju ke ruang kecemasan untuk melihat keadaan Lia. Dan keadaan perempuan itu sudah boleh Fahri agak.
Dahi berpeluh, tangan digenggam
erat, bibir bergetar. Dahi juga berkerut
seperti dia sedang mengalami mimpi
ngeri. Mata dipejam rapat dan tidak mahu dibuka.
“Lia, aku datang ni.”
Fahri mula bicara. Nak marah pun,
sekarang bukan masanya. Jururawat yang menunggu, dipandang.
"Boleh nurse pegang tangan
kawan saya ni?”
Jururawat yang sejantina dengan
Lia hanya menurut. Tangan Lia dipegang erat.
“Lia, bangun Lia. Kau ada aku. Aku
teman kau dekat sini.”
Perlahan-lahan, kerutan dahi Lia
beransur hilang. Genggaman tangannya juga kembali longgar. Mata, dibuka perlahan.
“Fahri…”
***
Boleh klik link di bawah untuk pembelian!
https://miszhann.carrd.co
1 046
Selagi awak tak guna voucher tu, selagi tu boleh digunakan untuk mana2 ebook yang saya yang dijual secara solo. Maksudnya, ebook yang saya jual sendiri, tak collab dgn mana2 penulis.
Sekali guna saja tau!
1 046
Hai!
I need another beta reader untuk podcast cinta. Kalau ada yang berminat, boleh chat saya ya! @HanaHanisah
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
