es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Canal cerrado

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Mostrar más
1 007
Suscriptores
Sin datos24 horas
-17 días
-1030 días
Archivo de publicaciones
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut kecuali orang yang berpuasa. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap (memasukinya). Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut". (HR Bukhari No: 1896) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar dan kedudukannya di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah SWT menyediakan pintu khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan kepada orang yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke dalam syurga melaluinya dan tiada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja. 2. Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa. 3. Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat diperkatakan. 4. Al-Rayyan membawa maksud: Orang yang tidak merasa dahaga. Ia kalimah atau sifat yang sangat sesuai kepada orang yang berpuasa. 5. Berkata Mulla al-Qari: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.” 6. Syurga itu indah dan terlalu mahal harganya. Sudah pasti untuk memasukinya memerlukan rahmat Allah SWT yang Maha Luas. Di bulan Ramadhan ini, rahmat Allah SWT mencurah-curah untuk hamba-Nya yang berpuasa dan sudah disediakan kepada orang yang berpuasa satu pintu untuk memasukinya. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa). Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan. #1hari1hadis
16 abr 2021, 23:47

#DeedOfTheDay
#DeedOfTheDay
16 abr 2021, 02:38

*Assalamualaikum* *PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS* *_Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu_* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Berpuasa atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah. 2. Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar. 3. Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ Daripada Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar".( HR. Ahmad No: 8830) Status Sahih Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan bersungguh-sungguh akan menjadi penghapus dosa-dosa setahun yang lalu. #1hari1hadis
15 abr 2021, 23:29

- Kalau kita kuat untuk orang lain, Allah akan berikan kita satu kekuatan yang tak pernah kita jangka - miszhann❣✨
+9
- Kalau kita kuat untuk orang lain, Allah akan berikan kita satu kekuatan yang tak pernah kita jangka - miszhann❣✨
15 abr 2021, 19:57

Hihihi i want to share my story this morning! Hope you guys dapat manfaatnya🥰
15 abr 2021, 19:55

Salam jumaat❣✨
15 abr 2021, 19:55

So, theres new hashtag sepanjang puasa ni! #DeedOfTheDay ! I'll try my best to share the video with you guys sebab video2 tu is my friend❣✨ You guys boleh follow ig @gallantry02 untuk tgk update sepanjang bulan puasa! ✨
14 abr 2021, 23:40

14 abr 2021, 23:37

#DeedOfTheDay
14 abr 2021, 23:37

*Assalamualaikum* *PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS* *_Makan dan Minum Ketika Terlupa_* عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ Daripada Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum" (HR Bukhari No: 1797) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia perlu memberhentikan pengambilan makanan atau minuman. 2. Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa. 3. Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya adalah hadiah Allah kepadanya. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian #1hari1hadis
14 abr 2021, 21:54

Today, i want to tell yang im emotionally, fine😊 terima kasih semuanya yg mendokan arwah abah saya dan juga keluarga saya. Alhamdulillah, keluarga saya cukup kuat dan kami nampak hikmah disebalik pemergian abah yg terlalu mengejut ini. Semua pasti akan mati cuma yang bezanya siapa yg akan pergi dulu. Yang dah tiada di muka bumi, kita kena doakan mereka tenang bersama pencipta. Yang masih hidup ni pula, kita kena teruskan kehidupan dan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pengkahiran yang baik❣✨ Untuk manuskrip, im working on them rn. Sekarang ni, saya tgh working on one story untuk saya hntr kpd pihak penerbit. Wish me all the best okay? Bulan puasa ni, jangan banyak tidur tauuu. Kalau boleh, banyak luangkan masa dgn al quran sbb hari2 biasa kita slalu lupa nak baca surat cinta pencipta kita😇 Banyakkan doa dan treasure the time with beloved one❣✨ And saya akan usahakan #1hari1hadis untuk korang sepanjang bulan yang mulia ini supaya kita sama2 dpt ilmu❣ Salam sayang, 💜 miszhann
14 abr 2021, 05:29

#DeedOfTheDay
14 abr 2021, 03:07

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ibadah Puasa dan Anugerah عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya. 2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah. 3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina. 4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa. 5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi. 6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan: a. Gembira ketika berbuka puasa b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima. Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan terbaik. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita. #1hari1hadis
13 abr 2021, 18:03

*Assalamualaikum* *PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS* *_Ramadan Bulan Ibadah_* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah: 1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa. 2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa). 3. Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan disediakan padanya dengan rahmah Allah syurga. 4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka. 5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu. Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian.. #1hari1hadis
13 abr 2021, 11:56

Selamat berpuasa dengan penuh barakah semuanya ❣✨
Selamat berpuasa dengan penuh barakah semuanya ❣✨
12 abr 2021, 08:19

Assalamualaikum and hai. I just want to share one news with you guys since saya dah anggap semua kat sini adalah family saya. Yesterday, 8 April 2021, i lost my greatest man. Bukan hanya saya tapi keluarga saya. Abah tinggalkan kami semua untuk berehat daripada perkara di dunia ini selamanya. I lost my motivation to keep on writing stories sbb abah is one of my biggest supporter ever. Bila allah ambil abah, saya rasa sangat kehilangan. Saya rasa nak stop menulis. But, semalam, when abah dikebumikan, saya sedar yang abah tak nak saya berhenti menulis sebab abah selalu ckp abah bangga dengan kelebihan saya. Saya nak abah bangga sampai ke syurga. Biar abah bercerita dengan keluarga dan sahabatnya di sana betapa bangganya abah dapat isteri macam umi dan anak macam saya, along, angah, abecik, abg dan adik. Jadi, i'll hiatus until my feelings, emosion, and family is okay. I'm sorry if any of you keep waiting. Maaf, untuk masa sekarang, saya tak mampu untuk menulis apa2. Sekarang ni, saya perlu kuat untuk umi dan adik beradik yg lain. Untukmu abah❤️ Abah, hana rindukan abah. Kami rindukan abah sangat2. Berehatlah abah. Rehatlah. Abah dah penat berpeluh untuk kami sekeluarga. Allah pilih abah dulu dalam kalangan keluarga kita untuk bertemu roh tok ayah, mok, tok dan tokwan. Kirim salam rindu kami pada mereka ya abah. Kami semua tahu abah dah masuk ke dalam syurga bersama mereka. Jadi, tunggu kami semua di syurga ya abah? Sayang abah sampai ke syurga ❤️ Doakan kesejahteraan ayah saya di sana ya. Semoga yg baik2 juga berbalik kepada kalian ❤️
08 abr 2021, 23:51

Alhamdulillah done pos novel for batch pertama yg mana yg dah bayar duluuu😭❣✨ Thank you yg mana beliiii😭❣
Alhamdulillah done pos novel for batch pertama yg mana yg dah bayar duluuu😭❣✨ Thank you yg mana beliiii😭❣
07 abr 2021, 05:09

Banyak nyahhh freegiftt😂 Tak sabar nak pos esok! Baru tahu kesusahan org packing order🤣🤣🤣
06 abr 2021, 11:56

Selamat belajarrrr😘❣✨ Pesanan ikhlas dari suho dan chanyeol😂
04 abr 2021, 09:48

Belajar rajin2 tau! Yg mana balik asrama tu, hati2 dalam perjalanan💖
03 abr 2021, 10:21