es
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

Ir al canal en Telegram

Impak positif kehidupan seharian ✨

Mostrar más
6 154
Suscriptores
Sin datos24 horas
-27 días
-3530 días
Archivo de publicaciones
#TAGSAHABATBAIKMU Soalan : Hijrah ini indah ke? Adakah kawan-kawan lama kita kena tinggal kan? . Tak terkata indahnya bagaimana, selama apa yang saya lalui. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Terima kasih ya Allah. . Jika awak nak tinggalkan apa yang menganggu iman dalam diri awak, lakukan kerana Allah. Allah tahu apa yang awak rasakan, pengorbanan yang awak lakukan. Demi Allah, hijrahlah. Allah akan datangkan rasa nikmatnya. . Istiqomahlah atas perkara kebaikan, jangan mudah kembali atas masa silammu. Kawal nafsumu, jangan diikuti. . Kawan lamamu asbab buat diri kamu hijrah, Syukurlah Allah pilih diri awak. Tak semua dapat taufiq dan hidayah. Dah dapat jaga ia dengan baik. Ada satu doa. “Ya Allah, kekalkan taufiq hidayah pada diriku. Semoga istiqomah penghijrahanku.” . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : @rabithahofficial - Sucikanlah (Kiroro Mirai) Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Soalan : Kalau dulu saya sering buat maksiat, pernah minum arak dan kehidupan saya sangat sosial. Adakah saya masih boleh berubah untuk lebih baik? . Jika niat kamu betul-betul nak berubah kerana Allah, Allah pasti akan membantu setiap langkah perubahan kamu. Dari segi kawan kamu jangan risau, yang taknak dekati diri kamu itu normal sebab mereka terkejut dengan perubahan diri kamu. . Tak kuat jangan dekat, kalau kamu dekat takut masuk dalam lobang jahil yang sama, jauhkan kuatkan iman dengan kawan yang baik pasti diri kamu akan bersedia nanti untuk mengajak kawan lama kamu. . Kita ni nak ubah orang suka kan kita mana boleh, itu hanya Allah saja yang berhak. Ianya hati manusia, Allah yang Maha Mengetahui atas segala. Tapi kita ini punya doa, itu penguat buat diri. Jadi doa apa saja pada Allah, moga Allah bukakan hati buat mereka untuk terima kita. . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Achey - Yang Terindah Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Soalan : Saya tinggalkan dia kerana bersebab, taknak dia dekat dengan saya semakin lakukan kemaksiatan. . Jika kamu tinggalkan dia kerana Allah, atas bersebab dengan perkara yang terlarang lebih baik kerana tidak membawa kamu lebih banyak dosa lagi. . Ada juga yang sayang pasangannya, tapi tak tahu nak buat macam mana. Jika kuat dirimu tegurlah atas kesilapan, bawa hijrah ke arah kebaikan. Jangan tinggalkan, tapi sama-samalah hijrah. Jangan lama-lama hubungan nanti kelak takut jatuh dalam kemaksiatan. Bukan senang nak pertahankan, walaupun kamu kuat agama bila berdua-duaan pasti akan lemah juga. . Ramai sekarang walaupun ‘berukhti, berakhi didalam whatsap tetapi bukan-bukan yang tulis sampaikan ada yang berkata lucah. Kerana apa? Kerana kepercayaan! . Pergi bukan untuk bersikap tidak baik, tapi untuk perbaiki diri untuk lebih baik. #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Fiena - Tuhan Jagakan Dia Untukku Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Soalan : Kenapa kadang kita susah dapatkan pasangan yang terbaik? . Nak dapat pasangan yang terbaik itu bermula dari diri kamu kerana pasangan ini cerminan buat diri kita. . Jika dulu kita ni tidak solat, sekarang solatlah. Jika kita tidak menutup aurat, tutuplah aurat dengan sempurna. Jika dulu kita suka ke club, berhentilah dari pergi ke club. Jika diri kita dengan ibubapa kurang ajar, berbaiklah pada ibubapa kerana adanya keberkatan dalam hidup. Jika diri sentiasa ego, belajarlah untuk sentiasa menerima. . Banyak sebenarnya nak beritahu, paling baik jika diri sentiasa Muhasabah Diri apa yang perlu perbaiki. . Jika kalian dapat perbaiki diri, kelak akan datang jodoh yang juga sama-sama perbaiki. Moga jadi lebih baik. Doakan Saya. #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : @hafizhamidun - Jodoh Berdua Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Soalan : Bagaimana kita nak sayangkan seseorang itu kerana Allah? . Tak salah untuk kamu bercinta, tapi cinta kamu tidak utamakan Allah. Kamu bercinta tapi lupakan Allah. Lupa segala perintah Allah. Kamu pegang tangan sebelum halal. Kamu berdua-duaan sampai naik syahwat kamu. . Bagaimana nak bercinta kerana Allah jika sudah begitu, dalam pengalaman saya jika tidak utamakan Allah, boleh lihat masalah yang akan terjadi. Mungkin akan putus, masalah ditinggalkan, masalah dari segi keluarga. Tak dapat mahabbah (kecintaan) dari sesiapapun. Yang dapat dosa saja. . Nak bercinta biar ikut syariat yang betul. Nakkan ia, usahalah jadi terbaik, walau diri belum baik. Hadirkan diri di Majlis ilmu, semua akan dijelaskan disana. Segala persoalan dihati kamu. Sama-sama jadi baik. Bestkan? Yakinlah pada diri. . Nak jumpa pasangan boleh ke? Boleh, ajak family dia sekali lepak. Indah pun indah 😉 #pesanandiriku #doakansaya #halimghani . Music : @ismailizzani_ - Luar Biasa #luarbiasabyizzani Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku (click je di bio saya)

Wahai sahabat. . Tak ramai yang berani tegur diri kita jika kita lakukan kesalahan. Ada sahabat yang rapat dengan kita, walau hari-hari gelak ketawa, sedih bersama, suka bersama, tapi kita lakukan kesalahan ia tidakpun tegur. Mungkin dari situ tidak nampak ia sahabat yang sebenar. . Nak bersahabat biarkan ikhlas dengan berani tegur atas kesilapan. Janganlah biar ia hanyut dengan dosa, kita tahu ia salah janganlah biarkan. Tegurlah walaupun pahit, kelak akan menjadi keindahan dalam bersahabat. . Kadang yang menegur bukan sahabat rapat kita, malah orang yang baru kenal atau orang sekeliling kita. . Jika sudah tegur ia tidak boleh terima dan lari dari kita. Bersabarlah, banyak berdoa pada Allah untuk dirinya. Semoga apa yang kita doa, kembali yang baik-baik buat kita. #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : @lah_ahmad - Kehadiranmu Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Ya Allah, Sembuhkanlah mereka yang sedang sakit dan luka hatinya di hari ini. Hentikanlah air matanya. Hilangkan segala sedih, derita dan kecewanya. #halimghani #pesanandiriku #doakansaya Music : Yiruma - River flows in you Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Ada seseorang bertanya kepada saya, bagaimana hendak meneruskan hidup jika seseorang yang kita sayang telah meninggal dunia? Masih teringat akan dirinya. . Setiap manusia itu akan pergi meninggalkan dunia. Semua telah tertulis oleh ilahi. . Jika orang yang kita benar-benar sayang pergi meninggalkan kita. Belajarlah redha, belajarlah untuk saat kita pula akan hadapi. Jangan tinggal doa untuk dia, hadiahkan bacaanmu pada si dia kerana itu cukup untuk membuatkan dirinya tersenyum dialam seterusnya akan hal yang kamu lakukan untuknya. #halimghani #pesanandiriku #doakansaya Music : Ketika Cinta Bertasbih Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Mendoakan. . Sesuatu hubungan kita dengan Pencipta. Segala apa yang kita mahukan semua kita meminta pada-Nya. . Jangan mengeluh andai tidak diqabulkan doa, mungkin lambat atau cepat akan diqabulkan. Tapi lihatlah nanti Allah akan qabulkan tepat pada waktunya. . Yakinlah atas doa yang kamu berdoa. Yakinlah apa yang kamu doa itu akan sampai. #halimghani . “Seorang muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam, akan disambut Malaikat dengan berkata, SEMOGA UNTUKMU JUGA.” 😊 (HR Muslim) Music : @virgoun_ - Bukti Join Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Kecewa. . Semua pernah merasai, semua pernah dilukai. Tapi siapa yang mampu untuk teruskan kehidupan selepas dikecewakan. . Wahai teman, jangan dibawakan perasaan itu didalam hatimu. Yang sudah terjadi itu takdir dari ilahi serahkan pada-Nya. Aturannya lebih sempurna. Sangka baik dengan perancangan-Nya. Jangan disalahkan takdir-Nya. . Semoga diri dapat belajar atas pengalaman hidup yang dihadapi buat mendatang masa akan datang. #halimghani Music : @sufiansuhaimi_ - Di matamu