es
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

Ir al canal en Telegram

Impak positif kehidupan seharian ✨

Mostrar más
6 154
Suscriptores
Sin datos24 horas
-27 días
-3530 días
Archivo de publicaciones
MENANGIS DALAM DIAM (Tag Seseorang Yang Paling Kamu Rindukan Akhir-Akhir Ini) . Pernah tak kita lalui, saat kita kesorangan tiba-tiba air mata mengalir? . Benda ini terjadi pada diri saya sewaktu saya memandu kereta kesorangan.. Saya teringat pengorban ibu ayah membesarkan saya dan saya teringat muka mereka yang sekarang sudah kelihatan tua.. tiba-tiba air mata sendiri mengalir hati begitu sebak apa yang dirasai. . Hidup ini tidak lama orang yang kita sayang pasti akan pergi, begitu juga dengan kawan-kawan kita. Cuba kita ingat kembali sewaktu kita kecil, sampai sekarang. Ramai juga kawan kita yang telah menghadap ilahi 😢 ... Sampai saat kelak diri kita juga akan pergi.. . Paling terasa apabila kita menangis kerana diri kita sendiri, betapa banyak ujian yang telah dilalui, kita menangis kerana sampai sekarang kita masih kuat. Allah sentiasa bersama.. . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : @alifsatar @raihaninternational - Sesungguhnya2019 Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

RAHSIA JODOH KITA 💑 (Tag Seseorang Yang Perlu Nasihat Ini) . Soalan : Bagaimana hendak mendapatkan pasangan yang terbaik? Maksud saya soleh/solehah. . Pertama sekali kamu dulu perlu menjadi baik, kerana jodoh itu cerminan buat diri. Janganlah depan pasangan kamu berlakon buat-buat baik, acah soleh/solehah nanti pasangan kamu juga begitu. . Sebab itu jika kamu lihat ramai pasangan soleh/solehah keduanya usaha menjadi baik walau kita tahu sebelum ini kisah zaman mereka bagaimana. Jadi masih ada masa lagi untuk berhijrah ke arah kebaikan, In sha Allah nanti Tuhan pasti akan aturkan. . Semoga mereka yang masih belum bertemu jodoh, Allah hadirkan jodoh yang terbaik buatnya kelak. Aamin 💐 . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : @adira.suhaimi - Pujaan Hati Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

KASIH SEORANG IBU ( Selamat Hari Ibu Sedunia ) . Wahai ibuku... Tiada yang ku mampu membalas segala jasamu...hanya doa yang ku kirimkan setiap waktu... . Jika solatku beribu-ribu rakaat, sedekahku berjuta-juta ringgit, haji yang ku lakukan berkali-kali, tapi jika diriku sakitkan hatimu ibu, syurga bukan milikku... . Ibu maafkanlah kata yang terucap, kadang telah menyakiti perasan ibu. Kebahagianku akan terasa begitu indah apabila ibu redha atas segalanya. . Tempat yang paling selamat dan selesa kita pernah rasa tidak lain ialah dalam pelukan dan dakapan ibu kita. . Akhir kata, "Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu." . Selamat Hari Ibu Sedunia ❤️ , Tag Ahli Keluarga Kita, Adik Beradik & Kawan Baik Kita 💐 #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Ummi Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

ANDAI ENGKAU KESEPIAN (Tag Kawan Baik Kita) . Wahai sahabat, aku pernah rasai apabila aku kesepian. Aku luah segalanya pada Tuhan dan hatiku tenang. Dan hadir dirimu wahai sahabat, engkau banyak beri semangat/nasihat pada diriku. . Disaat aku sedang down, disakiti, kecewa engkau sentiasa ada bersama, menasihati untuk diriku terus move on. . Wahai sahabat, terima kasih kerana sentiasa ada disaat aku susah dan senang. Semoga Allah membalas segala jasa dan kurniakan Syurga buat dirimu. . Sayang padamu Sahabat 💐 #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Kemarin Instrumental Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

MASALAH KEHIDUPAN (Tag Kesayangan Kita) . Soalan : Hidup dia aku tengok tiada masalah je, Allah bagi apa yang dia nak. Tapi hidup aku sentiasa ada je masalah... . Jangan kita mudah sangka kehidupan seseorang itu tiada masalah, kerana kita tak tahu masalah yang dihadapi mungkin lagi besar dari kita. . Manusia yang hebat, ia sentiasa tabah dan sabar dengan setiap masalah yang datang. Ia bersyukur, muhasabah diri kerana Allah berikan ada bersebab bukan kezaliman pada hamba-Nya. . Ingatlah, setiap aturannya masalah itu tanda Dia sayang pada diri kita 😊 . Sebarkan, semoga manfaat. . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Instrumental Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

SEORANG PENDOSA (Tag Seseorang) . Engkau takkan mampu menyenangkan hati semua orang. Kerana itu cukup bagimu memperbaiki hubunganmu dengan Allah, dan janganlah terlalu peduli dengan penilaian manusia. - Imam Syafi’i . Setiap orang belum tentu baik, tetapi selalu ada kebaikan pada setiap orang. Jangan terlalu cepat menilai seseorang, kerana setiap orang suci pasti punya masa lalu dan setiap pendosa masih punya masa depan. . Sebarkan, semoga manfaat. . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Sadnes Instrumental Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

CINTA KERANA ALLAH (Tag Seseorang) . Soalan : Bagaimana kita hendak melepaskan seseorang yang kita sayang? Saya nak bercinta tapi takut terjatuh dalam kemaksiatan. . Banyak sekali saya mendapat soalan berkenaan cinta. Ya, memang betul cinta itu fitrah buat manusia, tapi ada manusia yang salah menggunakan. . Kenapa ia salah menggunakan? Permulaan kata hendak menikah tapi itu hanya kata-kata tapi tiada tindakan, tidak berjumpa dengan ibubapanya, berlebihan pertanyaan didalam Whatsap dan sebagainya. Itu akan membuatkan nafsu tidak terkawal. Jangan lupa jika kita berdua ada orang ketiga iaitu syaitan penggoda hingga akhir zaman. . Cinta itu tidak salah, yang salah kamu menggunakan cinta itu kerana nafsu yang membuatkan kedua-dua pasangan akan mereka menyesal dengan perbuatan. . Cinta yang sebenar lahir apabila saat kamu halal menjadi miliknya, disaat itu hati kamu rasa tenang dan bahagia kerana kamu menjaga pergaulan, batasan semua kerana Allah. . Jangan pernah rasakan bahawa kamu matang sebelum menikah, boleh kawal dan sebagainya. Kerana ramai yang kecewa, hancur musnah kerana nafsu. . Nasihat saya, menikahlah disitu kamu akan merasakan cinta yang sejati. . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Piano Instrumental Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

MOVE ON (Tag Kesayangan Kita) . Sering kali kita ingat bahawa penderitaan itu selamanya, tapi hakikatnya tidak. Allah SWT itu tidak memberikan ujian selamanya, hakikatnya ada kemanisan yang Dia simpan. . Cuma hamba-Nya mampu bertahan dengan ujian akan merasai kebahagiaan itu. Permulaan akan terasa sangat berat bila menimpa.. . Tapi yakinlah bila ujian itu kita rasanya Allah sayang pada kita. Hati kita akan tenang dan rasa bahagia. . Move on dari segala perkara yang terjadi, kerana ia akan membuatkan diri kita lebih dewasa dan pengalaman pahit itu bermakna buat diri. Lama kelamaan akan hilang.. . Moga diri kamu lebih kuat. In sha Allah 💐 #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Instrumental (You Are My Everything) Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

ADA SEBAB BERTEMU (Tag Kesayangan Kita) . Perhubungan itu kadang tidak berpanjangan, ada yang kita bertemu namun sekarang ia sudah tiada. . Ada sebab mengapa ia pergi dari hidup kita, Allah ingin mengajar diri kita bahawa tidak semua didunia akan kekal. Muhasabah dengan apa terjadi. . Walaupun dia seseorang yang kita percaya, namun jika ditakdirkan tidak bersama dia akan pergi juga. . Tapi percayalah, jika kita yakin kesetiaan itu dengan penuh kecintaan dan berdoa pada Allah. Allah pasti akan menjaga hubungan seseorang itu. Moga dia menjadi kebahagiaan buat diri kita 😊 . Terima kasih. #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Instrumental Miss Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

KAWAN BAIK . Nak cari kawan tu memang senang, tapi kawan yang sanggup menempuh hujan bersama kita memang susah. . Kadang hanya mahu menumpang payung kita. Apabila hujan hilang dia pun akan hilang. . Jika sekarang ada kawan yang sentiasa membantu dirimu saat susah dan sentiasa ingatkan dirimu pada ilahi. Jaga ia baik-baik, moga bertemu di Syurga 😊 . #doakansaya #halimghani

photo content

Self-Healing - Estadísticas y analítica del canal de Telegram @beyourselfcom