DAPUR BAKERI
Ir al canal en Telegram
2 890
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-3230 días
Archivo de publicaciones
2 890
Takyah susah-susah pakai resepi lain-lain, satu resepi ni je dah boleh jadi macam-macam. Yang penting sedap, gebu, lembut dan jadi!
RESEPI 3 in 1 Roti Donut Bomboloni Sedap
(Burger malaysia pun boleh)
Bahan A
* 11g yis paket (instant)
* 2 sudu besar gula
* 1 cawan air suam
bahan bertanda * satukan dan biarkan sampai naik buih
Bahan B
500 g tepung roti / tepung gandum
1 sudu kecil garam
4 sudu besar marjerin / butter
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil bread improver (kalau ada, lagi baik.. takde - boleh je janji buat)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur (pukul telur sekejap dengan garfu hingga berbuih)
Satukan semua bahan B sampai jadi macam serbuk roti
Campur dengan bahan A
Uli hingga tak lekat di tangan
Kalau guna breadmaker, masukkan Bahan A (cecair) dulu, kemudian masukkan Bahan B.
Biarkan lebih kurang 30 minit. Dah naik, tumbuk buang angin dan bahagikan doh kecil2 ikut suka besar mana. Roundingkan.
Kalau nak buat donut, buat lubang di tengahnya.
Ketepikan, biar sekejap dalam 10 - 15 minit.
Kalau nak buat roti, masukkan dalam loyang. Taburkan potongan kecil butter di atas adunan roti.
Untuk Donut :
Panaskan kuali api sederhana, masukkan donut dan biarkan sekejap, dah perang baru terbalikkan sebelah lagi.
Angkat, toskan minyaknya di jaring.
Kisar gula + sedikit susu tepung untuk salut donut.
Cucuk inti coklat / nutella untuk bomboloni.
Kalau jadikan roti, bila dah naik gebu, panaskan oven 160c, bakar roti api atas dulu 7 minit, kemudian buka api atas bawah 15 minit. (Agak-agak, ikut oven masing-masing ya)
Gebu, gebas dan sedappp!
Selamat mencuba semua!
2 890
RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAP
bahan2 dan step2
4biji telur
1cawan gula
1sk esen vanila
( mix semua di atas -----> kembang)
lepas tu masukkan
1cawan susu pekat
1cawan minyak
ke dalam adunan di atas..( mix sekejak )
ayak...
1cawan 1/2 cawan tepung gandum ( 1 1/2 cawan)
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
sedikittttt garam
1cawan serbuk koko
(kemudian masukkan ke dlm adunan..kacau guna senduk je)
+1/2 cawan susu cair dan 1/2
cawan air panas mendidih.. kacau sebati ( guna senduk)
tuang ke dalam loyang.. kukus 45 minit / ---> masak
topping
Serbuk chocalate ( koko)
susu cair
minyak
(agak2 sendiri kuantiti)
masak secara double boil
selamat mencuba
2 890
[NEW LAUNCH] SKINTIFIC Perfect Stay Velvet Matte Cushion 11ml Foundation full coverage oil Control Concealer
Barang baru mendarat,
telah terjual 165k botol !
Harga Promo masih Jalan
dapatkan diskaun dan FREE Postage
Disini
https://s.shopee.com.my/6AXmT0riHl
untuk yang terawal sahaja :)
2 890
Kesuntukan MASA ???
Tak sempat nak masak untuk berbuka??
cuma panas kan jer..
Daging Dendeng Ready To Eat Tersedia
Paling Murah dalam pasaran,
100g cuma RM10 shj
Pengeposan Pantas !
Link kat sini : https://s.shopee.com.my/40S04nDgwa
2 890
RESEPI SEMUR DAGING SALAI
Bahan-bahan utama
* ½ kg daging salai (hiris nipis)
* 2 biji kentang dipotong baji dan digoreng
* 1 labu bawang besar dibelah 4
Bahan-bahan kisar
* 5 senduk cili kering yang dikisar.
* Bawang merah 5 ulas
* Bawang putih 3 ulas
* 1 sudu besar jintan halus
* 1sudu besar jintan kasar
* 1 inci belacan
Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)
* 2 labu bawang besar dipotong baji
* 3 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci halia (hiris)
* 1 batang kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 2 kuntum bunga cengkih
* 3 biji ketumbar
* Kicap manis secukup hitam
* Sekeping asam keping saiz besar.
Kaedah
* Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. tambahkan asam keping sekeping.Tambahkan kicap secukup hitam. Tambah sedikit air, lebih kurang secawan.
* Masukkan bawang yang telah dibelah 4. Kemudian masukkan daging salai yang telah dihiris nipis tadi.Gaul rata dengan sambal yang telah masak sebati. Biarkan sehingga semuanya mesra.
* Akhir sekali tambah sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana masakan ini telah ditambah kicap
2 890
RESEPI DAGING BULGOGI
Bahan:
- 400-500g daging
- kucai (dihiris)
- bawang (dihiris)
- lobak merah (dihiris)
- daun bawang (dihiris)
- 2 sudu minyak bijan
- 1 sudu bijan
Bahan perap:
- 3 sudu besar gulang perang
- 1 sudu besar minyak bijan
- 8 sudu besar kicap
- 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
- 2 sudu kecil bawang putih cincang
- 2 sudu kecil halia cincang
- 1 buah pir yang telah diparut
- 1/2 sudu kecil lada hitam
Cara penyediaan:
1. Sediakan bahan perap - campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.
3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
2 890
RESEPI DAGING MASAK MERAH
Resepi & Bahan²..
Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti..
Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²
Bawang putih di tumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & pak aji (optional)
Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan)
Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging..
Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit..
Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili..
Siap utk di hidangkan..
2 890
RESEPI DAGING DENDENG
Bahan-bahan:
* 1/2kg Daging – potong nipis
* 1 labu bawang besar – dimayang halus
* 4 biji bawang merah – dimayang halus
* 3 ulas bawang putih – dimayang halus
* 1 inci halia – dimayang halus
* 2 batang serai
* 3 helai daun limau purut
* Kulit kayu manis
* Bunga lawang
* 1 senduk cili blend
* 1/2 cawan kicap cap kipas udang
* Sedikit air asam jawa
* Air rebusan daging
Cara-cara:
1. Daging dipotong nipis dan kemudian rebus hingga lembut. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk satu2 hirisan daging tadi
2. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar, jangan terlalu lama nanti daging keras. Ketepikan
3. Tumis bahan yang dimayang halus sampai garing kemudian angkat
4. Guna minyak yang sama tadi, tumis serai, bunga lawang dan kulit kayu manis
5. Bila dah wangi, masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.
6. Masukkan kicap, air asam jawa, daging, gula dan garam
7. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng awal tadi. Kacau sebati dan siap
2 890
Posting harini, admin nak share RESEPI DAGING bagi tujuan menu Berbuka Puasa seisi keluarga nanti.. ❤️ semoga bermanfaat.
2 890
Salam Semua..
beberapa hari lagi kita semua akan menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh berkah...
dikesempatan ini, admin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf pada semua, sekiranya ada kesilapan admin dimana-mana yang tak senang dihati.. admin juga mendoakan pada semua, smoga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezki, dan dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi..
Semoga kita semua sentiasa dibawah payung rahmat Allah SWT hendaknya..
2 890
Musim Prepare pakaian sekolah bermula.. 2025 Zaman ekonomi mencabar..
admin pasti ibu bapa sedang buat perancangan kewangan sebaik mungkin untuk persediaan persekolahan anak-anak dan persiapan untuk menjalani ibadah puasa dan musim perayaan..
yang mana boleh jimat, kita akan jimat.. admin pn mcm tu juga..
admin share link Pakaian sekolah yang Premium pada harga Marhaen kebanyakan dari Pasaraya MU.
👉 HARGA MAMPU MILIK !
admin memang setiap tahun akan borong pakaian dari pasaraya ini secara online je.. pastikan size badan anak-anak betul sebelum check out.. itu je yang agk rumit, yang lain-lain senang..
jimat masa dan tenaga.. duit minyak,tol parking semua tak perlu dah..
1. BAJU KURUNG PUTIH (MENENGAH) 💥
Kain Licin & Cotton size 20-48 (easy iron)
👉 https://s.shopee.com.my/4VNI7JqOay
2. BAJU KURUNG PUTIH (RENDAH) 💥
kain licin & cotton size 20-44 (easy iron)
👉 https://s.shopee.com.my/5psfhp6nI7
3. BAJU KURUNG PUTIH (AGAMA) 💥
kain licin & cotton size 20-44 (easy iron)
👉 https://s.shopee.com.my/AUeVGRjtjs
4. BAJU KEMEJA + SELUAR (RENDAH) 💥
baju size 12-22
seluar size 20-42
👉 https://s.shopee.com.my/AA1es1fuJ4
5. BAJU KEMEJA (MENENGAH) 💥
kain licin (easy iron) size XS - 7XL
https://s.shopee.com.my/Vr9MW1NQz
6. BAJU KEMEJA (MENENGAH) - LONG SLEEVE (Plus Size 2XL - 3XL) 💥
👉 https://s.shopee.com.my/9Uly5940JZ
7. BAJU KURUNG PENGAWAS (RENDAH)💥
kain licin & cotton size 24-46 (easy iron)
👉 https://s.shopee.com.my/9f5OHYWMXh
8. BAJU KEMEJA PENGAWAS 💥
(Rendah & Menengah)
Size XS - XL
👉 https://s.shopee.com.my/4AkRjcLygJ
9. INNER TUDUNG BUDAK & DEWASA 💥
👉 https://s.shopee.com.my/2LInYHSd9B
10. KASUT SEKOLAH B.BEST (HITAM) 💥
size 31-45 comfort
👉 https://s.shopee.com.my/3LBKkDqZy5
11. KASUT SEKOLAH FULL PVC (HITAM) 💥
LINE 7 superbb comfort
👉 https://s.shopee.com.my/qTzli7dGS
semoga bermanfaat untuk semua, yang pasti harga yang ditawarkan tersangat murah dan mampu milik..
claim diskaun + coin percuma pada link-link diatas..
2 890
❤ RESEPI KEK LAPIS CHEESE ❤
Bahan-bahan :
20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas
Cara Membuatnya:
▪ Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping creamhingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
▪ Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
▪ Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
▪ Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.
▪ Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
▪ Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah makan
2 890
Salam Tahun Baru..
Alhamdulillah & InsyaAllah admin akan terus berkongsi Resepi yang mengancam dalam channel ni...
doakan admin diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki, agar dapat terus berkongsi perkara2 yang bermanfaat untuk semua 😍
respon ❤️ tanda sokong boleh? 😁
