cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Hafiz Johar Channel

Channel ini bukan ditulis oleh seorang ustaz, ulama, mufti atau ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Jika was-was silalah rujuk ustaz dan kitab yang berhampiran dengan anda. @hafizjoharr

Mostrar más
Malasia12 879El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad75 919
Publicaciones publicitarias
373
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
-130 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Seorang daie tak akan melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah dan tidak mengotori jiwanya dengan hasutan hawa nafsu. Dia akan menjaga hatinya agar sentiasa ikhlas dan menjauhkan diri daripada sebarang kepentingan selain daripada keredaan Allah. Antara tanda seorang daie yang tidak mengikhlaskan hidupnya untuk dakwah; 1. Berdakwah pada masa-masa lapang dan senang sahaja. 2. Rasa berat untuk berkorban harta, masa dan tenaga untuk dakwah. 3. Cuba mengelak daripada menanggung beban kerja dakwah dan memberikan kepada orang lain. 4. Tidak proaktif menawarkan diri dan khidmat untuk menanggung beban dakwah. 5. Menjadi penempel, bukannya kader dalam menjayakan aktiviti dakwah. 6. Gemar mengkritik dan bercakap tentang orang lain. 7. Buat dakwah kerana habuan, pujian dan nak nampak aktif. 8. Berusaha mencari sebanyak alasan walaupun alasan itu munasabah. Jika ada sikap-sikap berikut, mungkin itu tanda-tanda Allah tak nak kita berada di jalan ini. t.me/hafizjohar
Mostrar todo...
Hafiz Johar Channel

Channel ini bukan ditulis oleh seorang ustaz, ulama, mufti atau ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Jika was-was silalah rujuk ustaz dan kitab yang berhampiran dengan anda. @hafizjoharr

Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Kita anggap dengan meninggalkan dakwah dan tarbiah, segala masalah kerja, keluarga, kewangan akan selesai. Rupanya, sama je. Malah, masalah makin bertambah. Ternyata kita silap dan dah terpedaya dengan tipu helah syaitan. یَأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [Muhammad: 7]
Mostrar todo...
Kesan Tarbiah Berbeza Setiap Individu Ada orang baru setahun ikut tarbiah, dah banyak perubahan dalam diri dia. Sampai keluarga dan kawan sekeliling terkejut! Ada orang dah bertahun-tahun ikut tarbiah, tapi tiada apa yang berubah. Macam biasa je. Kalau ada pun cuma sedikit. Kesan tarbiah kepada diri bergantung pada niat, bergantung pada sejauh mana kita serahkan diri ini untuk ditarbiah. Kalau memang tak nak berubah, sekadar untuk suka-suka, ikutlah tarbiah berpuluh tahun sekali pun, tetap susah nak berubah. Berubahlah.
Mostrar todo...
Sumber Kekuatan Daie. Seorang daie memerlukan solat tahajud untuk menguatkan iman dan rohaninya. Medan sepertiga malam merupakan senjata rahsia para daie untuk kekal bertahan atas jalan ini. Ia mampu menjadikan para daie terus bangun daripada rebahnya, cekal menghadapi musuh, ikhlas dalam perjuangannya dan tabah menjalani dan menempuh ujian dan mehnah. Ambil peluang keberkatan dalam bulan Ramadan ini untuk mencari sebanyak mungkin kekuatan bagi menempuh ujian selepas ini. Amat rugi bagi mereka yang mensia-siakannya kerana kita tak pasti sama ada dapat berjumpa lagi Ramadan pada tahun hadapan. Bulan Ramadan, bulan perjuangan. Bertaqwalah.
Mostrar todo...
Beza Soleh dan Musleh 1. SOLEH: Orang baik untuk dirinya sendiri sahaja. MUSLEH: Di samping memperbaiki dirinya, dia juga berusaha memperbaiki orang lain. 2. Menjadi orang SOLEH lebih mudah, namun untuk menjadi MUSLEH sedikit sukar. 3. Walaupun menjadi orang SOLEH itu elok dan baik, tetapi jauh lebih elok jika berusaha menjadi MUSLEH. 4. Orang SOLEH biasanya disanjung dan dipuji, tetapi MUSLEH biasanya dicaci dan dibenci. 5. Nabi Muhammad SAW dipuji sejak kecil lagi kerana baik budi pekertinya sehingga dipanggil dengan "Muhammad Al-Amin" tetapi setelah Baginda diangkat menjadi Rasul Allah, Baginda mula dicaci dan dibenci kerana Baginda cuba memperbaiki umat daripada sifat jahiliyyah. 6. Orang SOLEH, dia sekadar beribadat untuk dirinya sendiri sahaja tanpa menghiraukan masalah umat. Itulah yang dipanggil ahli ibadah yang bermain-main, yang hanya syok sendiri sahaja. 7. MUSLEH dapat menjadi penyebab Negara mendapat Rahmat Allah dan terselamat daripada bencana. Itulah rahasianya dalam al-Quran yang menyebut "Selama penduduknya Muslehun", dan Allah tidak menyebut "Solehun" وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِیُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ بِظُلۡمࣲ وَأَهۡلُهَا مُصۡلِحُونَ Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, selama penduduknya Muslehun (orang-orang yang suka berbuat kebaikan) [Hud:117] 8. Orang SOLEH tak semestinya MUSLEH, tetapi MUSLEH Inshaa Allah dia SOLEH. Begitulah.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Baru selesai tonton Noktah Merah Perkahwinan 1. Komunikasi sangat penting dalam sesebuah perhubungan terutama dalam rumahtangga. 2. Ada perkara tak puas hati kena cakap dan berbincang, bukannya pendam dan diam seribu bahasa. 3. Jangan anggap itu common sense, patut dia kena faham sendiri. Tidak. memang kena cakap juga. What is common sense for you, may not be common sense to your partner. 4. “Lebih baik takyah cakap, cakap nanti gaduh pula” Diam kerana tak mahu gaduh panjang itu tak akan selesaikan masalah. Masalah itu terus berlaku sehinggalah kita meletus akhirnya. 5. Jangan bersangka, terus tanya. Suami balik lambat terus tanya pergi mana, tak perlu bersangka-sangka. 6. Kadang bukan pasangan yang tak cuba memahami kita, tetapi kita yang tersilap cara dalam memahamkan pasangan tentang apa yang kita suka dan tidak suka. 7. Suami isteri kena bijak mengurus konflik. Konflik confirm akan ada. Setiap konflik yang berlaku adalah peluang untuk suami isteri menjadi pasangan yang lebih baik. 8. Konflik yang berlaku tidak berakhir dengan “saya menang, kamu kalah”. Semua konflik mesti berakhir dengan kedua-dua pihak berpuas hati. Wajib! Usia perkahwinan baru sebulan jagung tak layak berkhutbah panjang kerana belum lagi diuji. Selamat menonton!
Mostrar todo...